Bab 15

Romance Series 2314

Selama Dhiya terlantar di katil hospital, kawan-kawan Dhiya yang akan menjaganya apabila ibubapa Dhiya sibuk bekerja. Tidak ketinggalan juga, Arsyad pun akan mengambil kesempatan untuk melawat Dhiya sehingga habis waktu melawat. Perasaan serba salah terhadap dirinya masih terasa kerana telah melukakan hati Dhiya. Dia masih cuba meminta papanya untuk memutuskan pertunangan dia dengan Sara tetapi masih belum mendapat jawapan.

Keesokkan harinya, Nina datang melawat Dhiya di hospital. Di sebelah katil kawannya terlihat seseorang sedang duduk bersandar sambil mengupas buah epal.

NINA
Assalamualaikum... Awak ni Alia kan?

ALIA
Waalaikumusalam, haah saya Alia. Awak ni mesti kawan satu Uni dengan Dhiya kan?

NINA
Ya betul, nama saya Nina. Dah lama ke awak ada dekat hospital?

ALIA
Lama jugalah, tadi saya datang dalam pukul 10 pagi macam tu.

NINA
Oh, kalau macam tu awak pergilah makan dulu. Saya tolong jagakan Dhiya.

ALIA
Eh, tak apa ke Nina? Tak menyusahkan ke?

NINA
Tak apa...awak pergi makan dulu.

ALIA
Alright.

Alia melangkah keluar dari bilik menuju ke gerai makan yang hanya terletak di aras bawah.

NINA
Dhiya...bilalah kau nak sedar...

Nina cuba menahan diri untuk tidak menangis apabila melihat kawannya sendiri masih belum sedarkan diri. Ketika dia bangun untuk ke tandas, dia terdengar suara sedang memanggil namanya.

DHIYA
Nina...

NINA
Ya Allah! Dhiya?! Kau dah sedar? Alhamdulillah...

DHIYA
Nina, kenapa aku ada dekat hospital ni? Asal kaki aku berbalut ni?

NINA
Kau tak ingat ke apa yang dah jadi dekat kau...kau accident.

DHIYA
Aku accident? Bila?

NINA
Takpelah Dhiya. Nanti aku ceritakan apa yang dah jadi...aku pergi panggil doktor kejap.

Dhiya yang masih keliru dengan apa yang berlaku terhadap dirinya cuba melihat sekelilingnya. Di sebelah katilnya, terletak meja kecil yang dihidang dengan buah epal yang sudah dikupas dan kalendar. Dia mencapai kalender dan ternyata sudah dua minggu dia berada dihospital. Tidak lama kemudian, Nina kembali semula dan membawa doktor untuk membuat usul periksa terhadap Dhiya.

Selang beberapa minit kemudian, doktor memberitahu bahawa keadaan Dhiya kini stabil dan tidak perlu dirisaukan dan Dhiya dapat pulang semula ke rumah tidak lama lagi. Alia yang baru habis makan tiba di bilik dengan keadaan terkejut.

ALIA
Dhiya?! Kau dah sedar ?

Alia terus berlari ke arah Dhiya dan memeluk badannya sambil menangis kegembiraan. Dia berasa lega sangat kawan baiknya sudah sedarkan diri.

DHIYA
Eh, Alia? Kau pun ada juga?

ALIA
Aku pergi turun bawah jap. Weh....syukurnya kau dah sedar...huhuhu

DHIYA
Kau ni tak perlulah nak menangis...aku okeylah.

NINA
Hahahaha, kau ni Dhiya...biarlah dia menangis. Dia gembira kau dah sedar. By the way, aku dah call mak ayah kau. Mereka on the way ke sini.

DHIYA
Hahaha, yelah. So sekarang ni cepatlah cerita apa yang dah jadi kat aku.

NINA
Okey, cerita dia macam ni...

Nina menceritakan satu persatu apa yang dah jadi terhadap Dhiya tetapi dia tidak menyebut nama Arsyad di depan Dhiya. Dia risau kalau Dhiya mungkin berasa sedih. Dhiya tidak menyangka yang dia sudah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kini, kakinya yang sudah berbalut menjadi bukti dia memang mengalami semua itu. Tak lama lagi akan bermula 'internship' selama 6 bulan. Dia berharap kakinya cepat sembuh supaya dia boleh berjalan seperti biasa.

Dhiya
Nina, nak tanya. Arsyad tahu ke yang aku accident?

Nina
Arsyad? Dia dah tahu dah...aku yang bagitahu dia pasal kau.

Dhiya
Oh...okay.

Nina
Asal? Kau rindu dia ke?

Dhiya
Tak adalah. Buat apa aku nak rindu dekat dia. Dia pun suka orang lain.

Nina
Sebenarnyakan, Arsyad dia...

Dhiya
Tak payahlah cakap pasal dia. Apa kata kau bawa aku jalan-jalan dalam hospital ni. Hehehe.

Nina
Eh, kau ni...

Alia
Ehem.

Dhiya
Weh, aku lupa kau ada dekat sini. Hahaha.

Alia
Yalah, siapalah aku ni. Seronok eh berbual tanpa ajak aku.

Nina
Hahaha, sorry Alia.

Alia
Hahaha, aku gurau je. Dhiya, kau ada rasa lapar tak? Kalau tak aku belikan makanan untuk kau.

Dhiya
Bila kau cakap pasal makanan...terus aku lapar weh. Hahaha.

Alia
Hahaha, kau nak apa?

Dhiya
Beli jelah apa-apa. Asalkan aku kenyang.

Semasa Alia cuba membuka pintu, dia melihat ibu bapa Dhiya sudah berada di hadapan pintu. Reaksi mereka berasa sedih bercampur gembira melihat anak mereka sudah bangun.

Dhiya
Mama...papa...

Pn. Lisa memeluknya anaknya dengan erat. Syukur doanya sudah makbul.

En. Azman
Baguslah kamu sudah sedar. Risau kami berdua dibuatnya. Mama kamu setiap hari menangis bila teringat kamu masih berada di hospital.

Dhiya
Mama, papa. Dhiya dah okay. Mama dan papa tak perlu risau.

Alia dan Nina tersentuh melihat drama keluarga ini sudah kembali okay. Orang kata situasi ini 'touching' seperti menonton drama Korea yang akan ada adegan sedih atau seperti keluarga yang sudah lama terpisah dan akhirnya bertemu semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience