Bab 1

Romance Series 2314

Masa kini, 2019
Dhiya yang sedang menghabiskan pengajian tingginya di Uniten yang berbaki 1 semester memberikan dia azam baru untuk memastikan dia mendapat anugerah dekan buat kali terakhir. Dhiya yang baru sahaja habis menjawab ujian di dalam kelas tadi membuatkan dirinya lapar akibat terlalu berfikir.

SOFIA
"Weh Dhiya, kau nak tak lunch dekat foodcourt? Ke kau diet?"

DHIYA
"Mana ada diet...aku lapar ni, jomlah pergi foodcourt."

Selesai memilih makanan berlauk di kedai kak liza, mereka mencari tempat duduk di bawah kipas kerana cuaca di sana sangat panas.

SOFIA
"Dhiya, esokkan public holiday...kau dah beli ticket bas ke belum?"

DHIYA
"Mestilah dah, awal-awal lagi aku dah beli. Kalau lambat, memang tak baliklah aku. Duduk dekat muadzam seorang."

SOFIA
"Hahahaha,bagus...cepat dan pantas."

-Jam 8 malam
(Di dalam bilik Dhiya dan Sofia)

DHIYA
"Sofia, tiket bas kau pukul berapa?"

SOFIA
"Pukul 5 petang. Aku ada kelas sampai pukul 4. Kenapa?"

DHIYA
"Ye ke? Aku baru je nak minta kau tolong hantarkan..."

SOFIA
"Laaa, ya ke? Erm, cuba kau tanya Peah. Aku rasa dia free."

Knock,knock,knock

DHIYA
"Peah..."

PEAH
"Hah dhiya, ya nak apa?"

DHIYA
"Weh...esok kau free tak pukul 4 petang?"

PEAH
"Free je. Asal?"

DHIYA
"Boleh tak kau tolong hantarkan aku dekat stesen bas?"

PEAH
"Boleh je Dhiya. Pukul berapa tadi kau cakap?"

DHIYA
"Pukul 4. Hehehe thanks Peah."

Keesokkan harinya, Dhiya bersiap-siap mengemaskan barang untuk pulang ke rumah. Jam 3.45 petang, Peah menghantar Dhiya ke stesen bas.

DHIYA
"Bye Peah...jumpa hari isnin nanti."

PEAH
"Bye Dhiya...take care."

Mereka berdua melambai tangan ke arah masing-masing sebelum bas mula bergerak.

Beberapa jam kemudian, Dhiya tiba di TBS yang dipenuhi dengan khalayak orang ramai. Kebanyakkannya pelajar-pelajar yang ingin balik ke rumah halaman masing- masing. Ibubapa Dhiya yang baru tiba ke destinasi memeluk satu-satunya anak perempuan yang sudah lama tidak pulang.

DHIYA
"Ma, Pa...Dhiya laparlah."

PN. LISA
"Hahahaha, kesiannya anak mama. Jom kita pergi makan."

EN. AZMAN
"Macam mana test hari itu? Okey ke?"

DHIYA
"Hehehe, bolehlah. Ada susah dan senang."

EN. AZMAN
"Tak apa, kamu dah buat yang terbaik."

Selepas makan bersama-sama, mereka bergerak ke rumah.

-Jam 8 malam
(Di rumah Dhiya)

PN. LISA
"Dhiya, esok nak tak join mama dan papa jogging?"

DHIYA
"Tak apalah mama. Dhiya malas."

PN. LISA
"Yelah. Esok pagi jangan lupa sidai baju tu."

DHIYA
"Okay."

Dhiya naik ke atas menuju ke bilik tidurnya. Barang-barang yang dibawa pulang belum habis dikemas.

DHIYA
"Aduh, esoklah aku kemas."

Bilik tidurnya yang dipenuhi dengan buku-buku terutama novel di seluruh rak buku membuatkan dirinya tertarik nak baca novel pada malam tersebut.

Ketika dia cuba memcari novel yang ingin dibaca, hatinya terdetik untuk melihat buku diarinya yang terselit di dalam rak buku.

DHIYA
"Diari ni...dah lama aku tak menulis. Heheheh, bacalah kejap."

Buku diari yang dihiasi dengan pelekat-pelekat comel dan lukisan memberikan kemeriahan buku tersebut. Apabila Dhiya membelek muka surat pertama, tahun 2011 terpampang di matanya. Ketika itu, Dhiya berumur 13 tahun.

Dear Diary...

Tahun 2011

(Di dalam kelas 1 Kenanga)

DHIYA
"Nama saya Nur Dhiya Bt Azman. Saya duduk di Taman Saujana Permai."

Dhiya yang baru selesai memperkenalkan dirinya di depan cikgu dan rakan sekelas memberikan dia semangat untuk mencari kawan-kawan baru. Sesi persekolahan yang baru di buka membuatkan sekolah dipenuhi pelajar-pelajar yang baru memasuki tingkatan 1.

Hatinya berdebar-debar apabila dia memperkenalkan dirinya di depan orang. Ketika itu, datang seorang budak lelaki yang baru tiba ke kelas. Guru kelas mengarahkan budak lelaki itu duduk disebelahnya memandangkan meja itu kosong.

CIKGU LAILA
"Awak yang baru datang tu, boleh kenalkan diri?"

Budak lelaki disebelahnya bangun dan memperkenalkan diri.

ARSYAD
"Nama saya Muhd Arsyad bin Zulkifili. Saya tinggal di Taman Bukit Kinrara."

DHIYA
"Oh, nama dia Arsyad..."(bicara dalam hati)

Dhiya membetulkan tudung sekolahnya menggunakan cermin kecilnya. Selang beberapa jam kemudian, waktu rehat yang dinanti-nantikan sudah tiba. Murid-murid berpusu-pusu meninggalkan kelas.

Seorang budak perempuan datang ke arah Dhiya dengan senyuman manis. Dhiya melihat teg nama ditudung gadis bertudung tertera Alia.

ALIA
"Awak Dhiya kan? Saya Alia...nak tak kita pergi rehat sama-sama?"

DHIYA
"Boleh jugak."

Sambil berjalan ke arah kantin sekolah, Dhiya terserempak dengan kawan sekolah rendahnya, Sara.

SARA
"Eh, Dhiya? Kau pun sekolah dekat sini?"

DHIYA
"Kau pun sama Sara? Kau duduk kelas mana?"

SARA
"Aku duduk kelas 1 Mawar. Kau pergilah makan, aku balik kelas dulu. Bye."

DHIYA
"Bye."

(Di kantin sekolah)

Dhiya dan kawan sekelasnya, Alia mencari tempat duduk terlebih dahulu.

ALIA
"Dhiya, awak pergilah beli makanan dulu...saya jaga tempat."

DHIYA
"Okay."

Beberapa minit kemudian, Dhiya dan Alia yang sudah selesai makan beranjak dari tempat duduk menuju ke kelas semula.

ALIA
"Dhiya, awak pergilah kelas dulu...saya nak pergi toilet kejap."

DHIYA
"Tak apalah, saya teman awak."

ALIA
"Eh, tak apa. Awak pergi dulu ke kelas."

Dhiya pun berjalan ke kelasnya tetapi nampaknya pintu kelas belum dibuka.

DHIYA
"Hmm, penolong kelas tak sampai lagi..."(bicara dalam hati)

Sambil menunggu pintu kelas dibuka, Arsyad juga baru tiba.

DHIYA
"Oh, dia pun baru sampai jugak...aku tak tegur dia pun lagi. (bicara dalam hati) Hai Arsyad, tak perasan pulak awak pakai braces...dah berapa lama awak pakai braces?"

Arsyad memandang Dhiya dengan muka terkejut. Lalu, Arsyad pun ketawa apabila mendengar soalan Dhiya yang cuba sampaikan.

DHIYA
"Eh, ketawa pulak dia..."(bicara dalam hati)

Penolong kelas yang ditunggu-tunggu sudah sampai dengan membawa kunci.
Dhiya terus masuk ke kelas.

Cikgu bahasa Malaysia yang juga guru kelas Dhiya, Puan Salmah datang dengan membawa kotak kecik.

CIKGU SALMAH
"Okey kelas, hari ini cikgu nak kamu ambil satu kertas dalam kotak kecik ni dan kamu duduk di tempat yang kamu dapat nombor berapa."

Masing-masing di dalam kelas mula bising apabila cikgu Salmah memberi pengumuman bahawa tempat duduk akan bertukar. Dhiya berjalan ke depan mengambil satu kertas yang tertera nombor tempat duduknya.

#8

DHIYA
"Nombor 8...wah tepi tingkaplah. Agaknya Arsyad dapat nombor berapa ya?"(bicara dalam hati)

ALIA
"Dhiya, awak nombor berapa? Saya nombor 7."

DHIYA
"Saya nombor 8. Wah,kita seat sebelah-sebelahlah."

ALIA
"Hehehehe, itulah. Bestnya..."

DHIYA
"Maksudnya Arsyad tak duduk lagilah sebelah aku...hmm, dah kenapa aku rasa sedih pulak ni." (bicara dalam hati)

ALIA
"Dhiya, oh Dhiya...mengelamun pulak dia."

DHIYA
"Hah Alia, awak cakap apa tadi?"

ALIA
"Amboi mengelamun nampak. Fikir apalah tu."

DHIYA
"Hehehehe, fikir lepas ni cikgu siapa pulak nak masuk."

CIKGU SALMAH
"Okey kelas, sila duduk ditempat masing-masing. Cikgu nak start mengajar dah."

Sewaktu cikgu Salmah sibuk menulis di papan putih, Dhiya memandang luar tingkap disebelah meja kirinya untuk menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas. Pada masa yang sama, ada seseorang yang sedang memerhati Dhiya dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience