Bab 2

Romance Series 2314

ALIA
"Dhiya, dhiya..."

Dhiya memaling mukanya ke arah Alia. Rupa-rupanya, bukan Alia sahaja yang sedang melihatnya tetapi rakan-rakan sekelas dan juga cikgu didepan pun melihatnya juga.

DHIYA
"Weh Alia, kenapa semua sedang pandang saya?"

ALIA
"Dhiya,awak tak dengar ke dari tadi cikgu panggil awak dekat depan...boleh pulak awak mengelamun."

DHIYA
"Serius ah...hmmm,malunya."

CIKGU SALMAH
"Dhiya, tolong ambil perhatian dalam kelas."

DHIYA
"Baik cikgu."

Masa kini, 2019.

-Jam 10 malam.
(Di bilik Dhiya)

DHIYA
"Ish, malu pulak bila ingat balik pasal mengelamun dalam kelas tu...tak pasal-pasal semua pandang aku. Haih, dah pukul 10...esoklah aku sambung baca."

Keesokkan harinya, Dhiya menerima mesej daripada kawan lamanya, Alia ketika dia sedang menyidai baju di ampaian.

Dhiya, semalam aku ternampak Arsyad dekat IOI City Mall. ;) Kau mesti rindukan dia kan? Hehehe.

- Alia

DHIYA
"Arsyad ada dekat Selangor...?"

Ibubapa Dhiya yang baru lepas berjoging di taman sampai di rumah.

PN. LISA
"Dhiya, pukul 12 ni mama dan papa nak pergi kenduri kahwin dekat area Bangi. Kamu nak ikut tak?"

DHIYA
"Tak apalah mama. Dhiya nak kemaskan bilik Dhiya."

PN. LISA
"Habis nanti kamu nak makan apa?"

DHIYA
"Ala, maggi kan ada. Hehehe."

-Jam pukul 12 tengahari
(Di bilik Dhiya)

Dhiya mula mengemas barang-barang di biliknya sambil mendengar lagu di telefon bimbit.

DHIYA
"Banyak pulak barang dalam bilik aku ni...rehatlah kejap."

Ketika Dhiya sedang berehat, dia mengambil peluang untuk habiskan baca diarinya.

Tahun 2011,
(Di dalam kelas 1 Kenanga)

LUQMAN
"Korang nak tahu tak! Arsyad suka Dhiya! Dhiya suka Arsyad!"

DHIYA
"Bisinglah! Kau ni memang nak kenakan..."

LUQMAN
"Dhiya suka Arsyad!"

DHIYA
"Mana adalah."

LUQMAN
"Ala, aku nampak kau berborak dengan dia pastu dia siap gelak-gelak lagi."

DHIYA
"Kami berdua kawan jelah."

LUQMAN
"Ala mengaku jelah kau suka dia."

DHIYA
"Ish bisinglah Luqman!"

Habis kecoh satu kelas apabila Luqman suka mengenakan Dhiya didalam kelas. Dhiya mengejar Luqman sambil memegang penyapu di tangannya.

Masa kini, 2019

Dhiya ketawa apabila mengingat semula memori lama apabila dia sering bergaduh dengan Luqman. Luqman suka mengejeknya dia menyukai Arsyad.

DHIYA
"Hahahahaha, apalah Luqman ni...buat malu aku je depan Arsyad."

Dhiya menyelak muka surat seterusnya, pada tarikh 14 Februari setiap kelas akan diadakan sesi bergambar untuk gambar kelas diletakkkan didalam buku tahunan sekolah.

CIKGU SALMAH
"Okey kelas! Masing-masing berdiri dekat sini, kalau boleh ikut ketinggian."

DHIYA
"Ala, nanti tak dapatlah kita tangkap gambar sebelah-sebelah...Alia tinggi mesti duduk tengah."

ALIA
"Tak apa, next shoot kita duduk sama-sama waktu freestyle nanti."

CIKGU SALMAH
"Cepat kelas...kita tak ada masa ni. Banyak lagi kelas tengah tunggu giliran."

Dhiya berdiri di paling kiri sekali kerana dirinya comel.

CIKGU SALMAH
"Arsyad! Cepat sikit datang...orang dah nak start tangkap gambar dah ni."

ARSYAD
"Maaf cikgu, tadi saya ke toilet...saya nak berdiri dekat mana cikgu?"

CIKGU SALMAH
"Kamu duduk disebelah Dhiya."

DHIYA
"Apasal pulak dia berdiri sebelah aku..."(bicara dalam hati)

Okey...1,2,3 Senyum!

Masa kini, 2019

Gambar kelas 1 Kenangan ditatap oleh Dhiya memberikan satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Berdiri dia disebelah Arsyad membuatkan perasaannya nervous.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience