Bab 10

Romance Series 2314

DHIYA
"Awak buat apa dekat sini?"

ARSYAD
"Saya datang sebab open house. Hahahaha, awak mesti terkejutkan?"

DHIYA
"Serius terkejut."

ARSYAD
"Kawan awak yang Amanina tu sepupu saya."

DHIYA
"La, ya ke? Sepupu rupanya...so nombor saya yang awak dapat tu daripada Nina ke Dijah?"

ARSYAD
"Hahahah, Nina yang bagi nombor awak dekat saya."

DHIYA
"Ohh, faham. Awak dah makan ke?"

ARSYAD
"Dah, awak pergilah makan dulu. Bye."

DHIYA
"Okay, bye."

Dhiya mengambil makanan dan minuman menuju ke meja yang diduduki oleh Sofia, Nina dan Dijah.

NINA
"Hah, sampai pun dia. Ingatkan lama lagi borak tu."

SOFIA
"Hahahah, untunglah dapat jumpa crush kat sini."

DIJAH
"Crush? Oh, Dhiya suka Arsyad ke?"

NINA
"Ya Dijah."

DIJAH
"Wah, menarik ni. Sejak bila ni?"

SOFIA
"Sejak zaman sekolah lagi."

DHIYA
"Ish, korang ni...malulah aku. Kenapa tak bagi tahu aku yang Arsyad tu sepupu kau?"

NINA
"Hahahaha, sebenarnya aku pun tak tahu yang crush kau tu sepupu aku."

DHIYA
"Habis tu macam mana kau boleh bagi nombor aku kat dia?"

NINA
"Cerita dia macam ni..."

Nina mengimbas kembali peristiwa yang terjadi ketika itu. Keluarga Nina datang melawat ke rumah Arsyad.

ARSYAD
"Eh, pak ngah..mak ngah..jemput masuk. Mama ada dekat dapur. Papa keluar kejap."

NINA
"Hey, long time no see..."

ARSYAD
"Kau ni amani...makin kurus kau sekarang. Where's Abang Long?"

NINA
"Eh, excuse me. Aku memang kurus eh. Oh, abang aku busy hari ini."

ARSYAD
"Hahahaha, aku gurau je. Tu adik aku tu nak jumpa kau."

NINA
"Ya ke? Lama tak jumpa Alisa."

ALISA
"Eh, Kak Nina..."

NINA
"Hai Alisa. Dah besar dah. Sekarang umur Alisa berapa eh?"

ALISA
"16 tahun."

NINA
"Wah, dah tingkatan 4 rupanya."

ALISA
"Jomlah masuk bilik Alisa. Kita borak dekat dalam bilik."

NINA
"Jom."

Bilik Alisa yang dipenuhi dengan warna merah jambu yang lembut. Cadar katil, warna dinding, almari bilik, meja belajar dan langsir semuanya berwarna merah jambu. Ia feminin dan cantik.

ALISA
"Kak Nina ada ke boyfriend?"

NINA
"Eh, tak adalah. Kak Nina single je. Oh, Alisa mesti ada boyfriend ni..."

ALISA
"Hahahaha, crush adalah."

NINA
"Amboi, siapa orangnya tu. Nak tengok muka dia."

ALISA
"Jap, ada gambar kelas. Jom kita pergi bilik sebelah."

Bilik sebelah merupakan mini perpustakaan yang dibina oleh ayah Alisa dan Arsyad, Pak Lang. Bilik yang dipenuhi dengan buku-buku yang mempunyai pelbagai genre. Alisa mengambil buku sekolah tahunannya di rak buku itu.

ALISA
"Ni gambar dia..."

NINA
"Hensemlah, bukan beshe-beshe. Ni buku sekolah Alisa jugak ke?"

ALISA
"Eh, taklah. Itu buku tahunan sekolah abang Arsyad."

NINA
"Ohh..."

Nina mengambil buku itu dan membelek muka surat sehingga jumpa gambar kelas Arsyad.

NINA
"1 Kenanga...lol, dah kenapa dia berdiri sebelah perempuan. Budak lelaki lain semua kat belakang. Eh, jap...macam kenal je orang sebelah dia ni."

ALISA
"Siapa dia kak Nina? Kak Nina kenal ke?"

NINA
"Muka dia sama macam kawan kak Nina. Jap kak Nina nak tanya Arsyad."

(Di ruang tamu)

NINA
"Arsyad, nak tanya sikit jap."

ARSYAD
"Hah, kenapa?"

NINA
"Ni, gambar kelas kau ni. Perempuan sebelah kau ni nama dia Dhiya kan?"

ARSYAD
"Eh, kau kenal ke? Haah, nama dia Dhiya."

NINA
"Kenal sangat, dia housemate aku dan satu tempat belajar dengan aku."

ARSYAD
"Really?!"

NINA
"Yup."

ARSYAD
"Kau ada nombor dia tak?"

NINA
"Err, ada. Kau nak ke?"

ARSYAD
"Nak."

NINA
"Do you like her? Kau nak ngorat dia eh?"

ARSYAD
"Ish, tak payah nak sibuk."

NINA
"Ish, dia ni...nanti aku send kat whatsapp."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience