Bab 20

Romance Series 2314

(Di rumah Arsyad)

PUAN MARINA
"Arsyad, mama dengar kamu dah jumpa keluarga Sara. Betul ke ni?"

ARSYAD
"Yes, ma. Selama ni Arsyad ikut je arahan papa dan mama. Tapi sekarang ni melibatkan hidup Arsyad, jadi...kalau boleh biarlah Arsyad yang pilih pasangan hidup Arsyad sendiri."

PUAN MARINA
"Jadi kamu betul-betul tak sukakan Sara? Tapi Encik Rizal tu dah lama nak satukan kamu dengan anak dia."

ARSYAD
"Arsyad faham dan sebab itu Arsyad cuba menerima semua keputusan tu. Tapi..."

PUAN MARINA
"Tapi kenapa? Cuba bagi tahu mama."

ARSYAD
"Arsyad dah jumpa orang lain yang Arsyad rasa dialah satu-satunya yang Arsyad..."

ARSYAD!!

Papa Arsyad, Encik Zulkifli yang baru sahaja sampai di rumah terus memanggil nama anaknya dengan nada kuat. Arsyad hanya kaku apabila melihat air muka papanya kelihatan marah. Mamanya pula terdiam dan berasa kurang senang dengan situasi ini.

ENCIK ZULKIFLI
"Papa dengar kamu ada berjumpa dengan keluarga Sara? Kenapa kamu tak bagi tahu papa awal?!"

ARSYAD
"Papa, Arsyad minta maaf...Arsyad tahu ni permintaan papa untuk satukan Arsyad dengan anak kawan papa. But, Arsyad tak ada perasaan pun dekat Sara. Arsyad anggap dia sebagai kawan saja."

ENCIK ZULKIFLI
"Tapi kenapa? Arsyad bolehkan cuba? Apa kurangnya Sara? Papa tengok dia anak yang baik."

ARSYAD
"Pa, Arsyad dah cuba but I can't. I'm really sorry...."

ENCIK ZULKIFLI
"Kamu betul-betul pasti ni? Kamu tahukan Sara tu sukakan kamu. "

ARSYAD
"Yes, I know. Arsyad kalau boleh tak naklah buat dia sedih tapi Arsyad memang tak ada perasaan dekat dia. Please, pa."

ENCIK ZULKIFLI
"Are you really sure about this?"

ARSYAD
"Ya, dan perkara ni pun Arsyad dah berbincang dengan Sara. Keluarga Sara pun dah okay dengan keputusan Arsyad."

ENCIK ZULKIFLI
"Baiklah kalau macam tu. Kamu pun dah besar. Dah boleh buat keputusan sendiri. "

ARSYAD
"Jadi papa okay?"

ENCIK ZULKIFLI
"Papa okay saja asalkan kamu tahu apa kamu buat ni. Papa pun tak nak paksa kamu. You have your own choice."

PUAN MARINA
"Mama pun rasa begitu. Mama minta maaf kalau kamu ada rasa tertekan selama ni dengan keputusan yang kami buat."

ARSYAD
"Mama, Arsyad yang patut minta maaf sebab tak dapat nak ikut cakap mama dan papa kali ni. Tapi, Arsyad betul-betul nak berterima kasih sebab sokong dengan keputusan Arsyad."

Akhirnya Arsyad berasa lega sangat dengan apa yang dia dah buat kali ini. Sebelum ini, dia hanya turuti arahan ibubapanya terutamanya Encik Zulkifli. Berkenaan dengan Sara pula, dia tahu Sara mungkin sedih dengan perkara ini. Arsyad cuma berharap yang satu hari nanti ada jodoh yang terbaik untuk Sara. Mungkin lelaki yang lebih baik dan amat mencintai Sara sepenuh hati.

ALISA
"Apa yang bising-bising tadi tu? Abang bergaduh dengan papa lagi ke?"

PUAN MARINA
"Tak ada apalah sayang. Abang kamu dah decide yang dia tak nak teruskan pertunangan dia dengan Sara."

ALISA
"Apa? Betul ke ni? Betul ke abang?"

ARSYAD
"Ya, dik. "

ALISA
"Jadi lepas ni bolehlah abang dengan kak Dhiya."

ENCIK ZULKIFLI
"Apa?"

PUAN MARINA
"Siapa?"

Arsyad cepat-cepat menekup mulut adiknya sebelum dia menceritakan lebih lanjut tentang Dhiya kepada Puan Marina dan Encik Zulkifli.

ARSYAD
"Hey, adik abang ni...pandai pula dia bergurau. Hehehe."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience