Bab 3

Fantasy Series 1070

“ ki...kita tak boleh kahwin! " jerit aku. aku lihat mukanya tenang.

" berikan sebab pada beta kenapa kita tidak boleh berkahwin? " soal baginda.

" hmm sebab...sebab... "

" sebab? "

aku memikirkan idea untuk melepaskan diri.

“ sebab...ha! sebab saya bukan Suria! "

Baginda tergelak kecil. aku pula dah tercenggah.

" kenapa gelak? "

" adinda... apa adinda ini masih gering yah? "

“ mana ada! saya tak sakit ahh. saya sihat je ni kan. memang betullah saya bukan Suria. saya Emylia. EMYLIA! " kata aku dengan bersungguh-sungguh demi menyakinkan baginda

baginda menyilangkan tangan di dada.

“ sudahlah dinda. ada baiknya dinda pergi beristirehat. beta ada urusan yang perlu dilakukan " kata baginda yang sudah mula berjalan.

aku menoleh memandang baginda yang sudah mara ke hadapan bersama-sama pengawalnya.

‘ seriously! aku kena kahwin juga ke nii! ’

pasrah!

________

aku masuk kembali ke dalam bilik yang pertama kalinya aku mencelikkan mata memandang zaman ini. aku menghempaskan diri ke atas tilam yang empuk itu. Nasib katil tak patah hahaha.

aku menyuruh ketua Som dan Siti untuk tidak berada di dalam bilik. aku termenung sendirian, memikirkan nasib ku yang akan datang. Aku bangun dari baring.

" macam mana aku nak balik ke zaman aku yang serba moden. sudahlah di sini tiada television, tiada telefon and yang paling penting tiada internet. so boring! ” kata aku.

Sungguh bosan.

Dalam tengah aku mengelamun, terdengar bunyi ketukan dari luar.

knock! knock!

" ada saja yang kacau. siapa! "

" ampun tuanku! patik tabib diraja Saab datang ke sini atas titah baginda Sultan Zharif ” jeritan lelaki dari luar.

“ masuklah! ”

Maka masuklah tabib diraja dan kedua dayang yang aku kenali.

“ ampun tuanku. patik datang ke sini ingin memeriksa kesihatan tuanku " kata Tabib Saab.

“ hmm silakan ”

Tabib Saab mula melakukan pemeriksaan. pemeriksaan yang ringkas. Dia hanya menggunakan kain putih bersaiz empat segi dan meletakkannya di pergelangan tangan ku. di bahagian urat.

aku hanya memandang sahaja Tabib Saab melakukan kerjanya. Jari telunjuk dan jari tengah dirapatkan dan diletakkan di atas kain putih itu.

' nak check nadi kot ' teka ku.

Dalam 5 minit gitu, dia sudah habis melakukan kerjanya.

' aik.. kejapnya? '

“ dari apa yang patik lihat, keadaan tuanku sudah semakin pulih. Tapi tuanku perlu rehat yang secukupnya ya. Patik akan berikan ubat-ubatan herba kepada tuanku untuk diminum ya ” kata Tabib Saab.

Aku hanya mengangguk kepala sahaja. Entah betul ke tidak apa yang dia periksakan itu.

“ tuanku, patik minta diri dulu ya ”

“ silakan ”

Tabib diraja keluar bersama-sama ketua Som dan Siti. aku mula membaringkan diri semula. “ ada baiknya aku tidur... lagi bagus "

_______

Di luar bilik peraduan Puteri Suria.

“ Som ”

" ye Saab? ” kata Ketua Som.

Tabib Saab mengeluarkan beberapa benda di dalam begnya dan dihulurkan kepada Ketua Som.

“ ini herba ya. kamu rebus ini dengan air, kemudian berikan kepada tuanku untuk diminum ya. Ini sebagai memberi kekuatan kepada tuanku ” kata Tabib Diraja.

Ketua Som mengambil barang yang sudah dibalut dengan kain berwarna coklat. ketua Som mengangguk faham. “ baik Saab. Saab, aku mahu bertanyalah ”

“ apa yang mahu engkau tanyakan pada ku? ”

“ ini ada kaitannya dengan tuanku Puteri Suria. Tuanku kelihatan pelik sejak tuanku sedar ”

“ apa yang peliknya. aku periksa tuanku tadi, baik-baik sahaja. cuma kekuatan badannya kurang ”

“ iya. aku juga tidak mengerti. Tuanku seperti kehilangan ingatannya. Bahasa yang digunakan juga lain. Tuanku tidak membahaskan diri dengan panggil beta. asyik bersaya awak sahaja. apa betul tuanku tidak apa-apa Saab? ”

“ Som. apa yang baiknya yang kita perlu lakukan adalah berdoa kepada Allah agar tuanku cepat sembuh. Engkau usahlah risau. Aku perlu balik segera, ada orang yang sedang menunggu ku di rumah ” kata Tabib Saab.

“ iyalah. hati-hati di jalan ya ”

Tabib Saab mengangguk kepala dan berlalu pergi.

_______

Di Balai Perbincangan.

Balai Perbincangan ialah tempat dimana kesemua hal-hal rakyat disuarakan di balai ini. Kesemua Penghulu Kampung dari seluruh Kerajaan Langka Buana akan dikumpulkan untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan rakyat.

Sultan Zharif bergerak masuk ke dalam Balai Perbincangan. kesemua penghulu kampung serta pembesar-pembesar istana tunduk hormat kepada baginda.

Sultan Zharif duduk di singgahsana nya. Laksamana Zainab pula setia berdiri di samping baginda. Laksamana memandang seorang lelaki dan memberi isyarat agar memulakan majlis.

“ Perbincangan akan dimulakan! dipersilakan Penghulu kampung dari serata kampung untuk membahaskan isu-isu rakyat kepada baginda Sultan Zharif ibni Almarhum Sultan Mahmud IX! ” kata lelaki itu. tugasnya ialah sebagai pemula majlis.

Maka dengan penguguman itu, mulalah perbahasan diantara penghulu kampung dan Sultan Zharif.

“ ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun, patik Pak Ali penghulu kampung dari kampung Kaliwasi datang menghadap Tuanku atas masalah yang dihadapi oleh patik dan penduduk kampung tuanku ” kata salah seorang lelaki tua yang berada di barisan hadapan sebelah kiri.

“ apa masalahnya Pak Ali? ” tanya baginda.

“ begini tuanku, seluruh penduduk kampung patik menghadapi masalah padi tuanku ” kata Penghulu kampung pak Ali.

“ masalah padi? ”

“ ya tuanku. Tikus sering kali memakan hasil tanaman padi tuanku. Kami mula menghadapi masalah kekurangan bekalan padi tuanku ”

“ ohh begitu yah. Bendahara! ” panggil baginda sultan.

“ ye Tuanku? ”

“ berikan Penghulu Kampung Pak Ali beberapa racun tikus ya agar ditaburkan disekeliling kawasan penanaman padi itu ya ” titah baginda.

“ menjunjung perintah tuanku ” kata bendahara. Lelaki yang sedikit berusia mula menulis di atas kertas.

Jadi berjalan teruslah permasalahan yang baginda dengari di setiap penghulu kampung. Mengambil kira-kira dua jam membahaskan isu-isu berkaitan dengan rakyat.

Baginda mula keluar dari perkarangan Balai Perbincangan diiringi bersama Laksamana Zainab. Baginda merenggangkan badan sedikit. terasa lenguh.

“ apa tuanku mahu patik memanggil tukang urut? ” tanya Laksamana Zainab.

“ tidak. tidak perlu Laksamana. Beta baik-baik sahaja ” kata Baginda.

Laksamana Zainab mengangguk faham.

Sultan Zharif berjalan ke bilik peraduannya. Mengikut bayangan matahari, sudahnya masuk waktu zohor. Maka baginda mahu pulang ke bilik peraduannya bagi menunaikan solat zohor.

“ Laksamana. engkau pergilah menunaikan solat mu sekarang. beta mahu pula ke bilik peraduan beta ” titah baginda.

“ menjunjung perintah tuanku ” jawab Laksamana Zainab. Laksamana Zainab berlalu pergi.

baginda sampai di hadapan biliknya lalu masuk. setelah selesai membersihkan diri, maka baginda mula menunaikan solat zohor. setelah selesai mendirikan solat, baginda perlu ke Balai Santapan kerana sekarang sudahnya masuk waktu bersantap.

Di istana, baginda perlu bersantap bersama-sama ahli kerabat diraja yang lain. Baginda berjalan sendirian ke balai santapan. sedang dia berjalan, langkahnya terhenti melihat figura seseorang yang sangat dia kenali.

“ Suria? ”

. . . . . . . . . .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience