" Suria? ”
Baginda lihat Puteri Suria seperti mencari-cari sesuatu. wanita itu pula membelakangkannya. Dengan itu, baginda mula berjalan menuju ke arah Suria.
‘ apa saja gadis ini lakukan ’
Baginda berdiri tegak di belakang Suria. Suria sepertinya tidak perasan akan kehadirannya. Baginda memandang tepat ke arah kepala Suria. Disebabkan baginda agak tinggi, Suria pula orangnya rendah, Maka baginda hanya nampak bahagian atas kepala sahaja.
" fuh selamat~~ ”
suara itu dari wanita di hadapannya. wanita itu masih tidak sedar lagi kehadirannya disitu. baginda terbau haruman dari rambutnya Suria.
rambut yang disanggul kemas dan dihiasi dengan bunga-bungaan kecil berwarna merah jambu dipandang lama. sungguh harumannya.
Suria memusingkan badannya ke belakang. alangkah terkejutnya melihat sebuah dada tepat dihadapan matanya. disebabkan terlalu terkejut, dia hampir nak jatuh tersembam ke lantai kayu yang keras itu.
Aku memejamkan mata. kalau jatuh mestilah sakit, tapi tidak sakit. kenapa eak? aku membuka mata ku perlahan-lahan. alangkah terkejutnya yang berada di depannya itu sekarang ialah baginda Sultan Zharif.
" ahh! ”
“ adinda? mengapa menjerit? ”
“ bila masa awak ada kat sini ha? bukan saya seorang saja di sini? ”
“ adinda saja yang tidak perasan kehadiran beta di sini. beta sudah lama di belakang dinda ”
Aku menjelingkan mata. tapi bila lihat dinding di belah kiri, kelihatan dinding itu sengget. ‘ ehh kenapa dinding tu macam sengget sebelah jerk? ’
Aku baru perasan yang aku berdiri dalam keadaan 45 darjah. aku memandang pinggang ku. kelihatan satu tangan disitu. aku memandang baginda.
sekarang baginda memeluk pinggangnya. terus aku menolak baginda. hampir terjatuh baginda, tapi baginda dengan segera mengimbangkan dirinya. mukanya binggung dengan tindakan aku.
“ mengapa dinda? ”
“ awak tu! ambil kesempatan pula ye. hmph! ” marah aku.
muka baginda tenang.
“ dinda.. tadinya dinda hampir terjatuh, jadinya beta segera memeluk pinggangnya dinda. apa itu salahkah? ”
“ ishh salahlah. ish benci tau ” mulut aku automatic muncung.
Baginda menggeling kepala dan kemudian ketawa kecil. Lucu dengan kelakuan Suria.
“ adinda... mengapa adinda di sini? ” tanya baginda.
Aku tersentak bila baginda bertanyakan soalan itu. “ hmm sebenarnya... saya sesat. istana ni besar sangat. ”
‘ sebenarnya aku nak pi dekat tasik istana. tapi terserempak pula dengan lelaki ni ’ omel hatinya.
“ tidak mengapa. Mari kita sama-sama ke balai santapan. semua orang sedang menunggu kita. Mari ” titah baginda.
“ menjunjung perintah tuanku ” jawab aku seperti mengejeknya.
Maka kami berjalan menuju ke Balai Santapan. Aku memandang baginda dari belakang. kelihatan tubuh baginda belah belakang kelihatan segak. elok sahaja pakaiannya. baginda berpakaian baju melayu lengkap berserta samping berwarna biru.
“ hmm tuanku?? boleh saya tanya sesuatu ”
“ apa dia dinda? ”
“ pagi tadi, saya pergi dekat tasik istana... kenapa airnya makin berkurangan? ” soal aku kepada baginda.
“ kerna Ratu Nenda sudah mengarahkan bendahara untuk memindahkan air tasik ke sungai rambai. mengapa adinda bertanya? ” jawab Baginda dengan tenang.
“ ha!? kenapa pula dia buat macam tu?! ” kata aku sambil berhenti di hadapan baginda.
terhenti langkah baginda. Nasib baik dirinya tidak terhempas jatuh. kalau tidak dengan suria pun kena hempap dengan dirinya.
“ apa dinda sudah lupa. dinda hampir lemas di tasik itu. sebab itu Ratu Nenda berbuat keputusan demikian. demi keselamatan adinda ” kata baginda lagi.
“ boleh tidak tuanku penuhkan tasik itu dengan air? ” tanya aku dengan bersungguh-sungguh.
“ beta tidak boleh berbuat demikian kerna hal itu diuruskan oleh Ratu Nenda. jikalau dinda mahu memenuhkan tasik itu dengan air, pergilah bertemu dengan Ratu Nenda sendiri dan katakan pada nya ” kata baginda yang sudah mara ke depan.
Aku masih berdiri tercenggah disitu.
“ siapa pulakk Ratu Nenda ni? aduh pusing! ” bebel aku.
“ dinda! marilah cepat! ” jerit Baginda.
“ iya! ” aku mengikutnya.
_______
“ kemana sahaja mereka berdua ini? ” kata Ratu Nenda.
Ratu Nenda atau nama sebenarnya ialah Intan Purnama ialah nenek kepada baginda Sultan Zharif. Berumur 60 tahun dan seorang yang obses dengan kecantikan dirinya.
“ tunggu sajalah bonda ” kata Ratu Bonda pula.
Ratu Bonda atau nama sebenarnya ialah Tun Serimah merupakan ibonda kepada Sultan Zharif dan isteri kepada almarhum Sultan Mahmud IX. Ratu Bonda ialah menantu kepada Ratu Nenda. berumur 42 tahun.
Sudah lama mereka menunggu ketibaan Sultan Zharif dan Puteri Suria ke balai santapan.
“ apa bonda benar-benar mahu mengahwinkan Zharif bersama Suria? ”
“ ya. apa anakanda ada masalahkah dengan itu ”
“ tidak bonda. anakanda cuma risau jika Zharif tidak boleh terima dengan perkahwinan itu. bagaimana kalau Suria diabaikan oleh Zharif? anakanda tidak mahu perkara itu terjadi ” kata Ratu Bonda dengan nada yang sedikit resah.
“ anakanda. percayalah pada Allah. Takdir sudah ditentukan. bonda juga mengikut wasiat yang ditinggalkan oleh anakanda Mahmud. itu sahaja yang dia mahukan ” jawab Ratu Nenda bagi menenangkan hati menantunya itu.
keadaan mula sunyi bila disebut tentang orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Iya. perkahwinan diantara Sultan Zharif dan Puteri Suria telah ditetapkan oleh almarhum Sultan Mahmud IX. Mereka berdua juga tidak tahu tentang perkara itu kerna itu permintaan almarhum buat kali terakhir.
“ bonda. nenda ”
mereka berdua berpaling muka ke arah pintu. muncul sudah dua orang pasangan itu.
“ maafkan anakanda kerana lambat ” kata baginda.
Aku hanya di belakangnya sahaja. kepala dijengah keluar. aku lihat dua orang wanita berusia di hadapannya. yang seorang itu muda sedikit dan yang lagi seorang tua sedikit.
' mungkin ini lah Ratu Nenda dan Ratu Bonda ’ kata ku dalam hati.
“ tidak mengapa cucunda. Mari duduk bersama-sama. Nenda sudah kelaparan ” kata Ratu Nenda.
jadinya kami berdua berjalan ke arah tempat masing-masing. aku hanya senyap sahaja. tidak tahu mahu cakap. sudahlah tempat makan ku di tengah-tengah antara kedua wanita tua ini.
Makanan diletakkan disetiap meja makan kami. aku meneliti makanan yang dihidang. ‘ omg! ’
Makanan yang dihidangkan oleh dayang istana ini ialah makanan traditional. Nasi putih, ayam masak merah dan banyak ulam-ulaman. ‘ wehh favorite weh. ayam masak merah ni! ’
aku memang kelaparan sangat ni, sejak bangun dari pengsan yang berhari-hari lamanya tidak pula aku menjamah satu pun makanan. kini dapat pula makanan kegemaran.
aku menelan liur. glup!
“ marilah kita mula bersantap ”
baru aku nak terkam makanan itu, terus terhenti gerakannya.
“ baca doa terlebih dahulu dinda ” kata satu suara.
aku memandang suara itu.
‘ saja je kan kau. tak pe. this is your time, next time my turn okeh ’ marah aku dalam hati.
aku lihat baginda. baginda tersenyum sinis. aku dah memandangnya dengan pandangan yang tajam kepada baginda, lalu tersenyum manis.
tangan ditadahkan bagi membaca doa. mulalah bacaan doa makan dari baginda.
‘ not bad your voice ’
dia tamat dan barulah boleh makan. mujurlah mereka semua makan dengan tangan sahaja. aku ingatkan makan dengan sudu dan garpu.
‘ fuh sedap betullah ayam masak merah ni ’
Tengah syok makan, seseorang bertanya soal dengan ku.
“ Suria...apa Suria sudah sembuh? ”
Tangan yang baru saja nak menyuap nasi ke dalam mulut terhenti dan memandang suara itu. wanita yang sedikit muda itu bertanya kepada ku. ‘ hmm nak panggil apa ye? kalau sebelah ni Ratu Nenda... ni mesti Ratu Bonda. ahh hentam sajalah ’
aku tersenyum kepadanya. “ saya baik-baik sahaja Ratu Bonda ”
kelihatan wanita itu mengangguk faham dan mula makan semula.
‘ fuhh nasib baik betul sebut nama dia ’ lega hati Emylia.
“ semua persiapan perkahwinan kamu berdua telah pun Ratu Nenda dan Ratu Bonda telah lakukan. Maka lusa kamu berdua akan melanjutkan perkahwinan ya ” kata Ratu Nenda.
terus tersembur segala makanan yang berada dalam mulut ku bila dengan sahaja pasal kahwin.
“ Hokk! Hokk! ”
makanan yang tersembur keluar terkena pada baginda sebabnya meja makan baginda berada di depannya. terkejut mereka semua.
baginda menutup mata disebabkan betul-betul tepat kena pada mukanya.
“ ehh tuanku ”
ketua Kassim mengeluarkan sapu tangan dan dihulurkan kepada baginda. baginda mengambil sapu tangan itu dan menyapunga di muka. habis meleket mukanya dengan nasi lah ayam lah. haih...
“ kenapa Suria? ”
“ iya kenapa sampai tersembur nasi sebegitu rupa? ”
aku menoleh kira dan kanan bila rat Nenda dan Ratu Bonda bertanya soalan. kemudian memandang baginda. mukanya dingin.
“ ha .hahahah sebenarnya Suria hampir tercekik tukang ini. maafkan Suria yah " jawab aku dengan berhati-hati.
‘ aduh janganlah cakap pasal kahwin. kan tak pasal-pasal aku tersemburkan makanan. takkan awal sangat nak kahwin! ’ omel aku dalam hati.
“ hmm Ratu Nenda. kenapa awal sangat nak buat majlis perkahwinan itu? ” tanya aku. sudah tak ada selera nak makan tau!
“ pertunangan kamu berdua sudah pun melebihi 3 purnama. jadinya sudah tiba masanya kamu dan Zharif melangsungkan perkahwinan. ” jawab Ratu Nenda sambil bersantap.
aku terdiam. ‘ jadinya Suria ni sudah bertunang dengan baginda selama 3 purnama. ehh purnama tu lebih kurang macam bulan kan? Yelah kot ’
Sultan Zharif memandang Suria dengan pandangan yang pelik. ‘ pelik sungguh gadis ini? apa dia tidak mahu perkahwinan itu berlangsung? selama ini juga dia yang nak akan perkahwinan ini ’ omel baginda dalam hati dengan perasaan yang pelik terhadap Puteri Suria.
‘ aku kena pergi dekat tasik tu kejap lagi. mana tahu aku boleh pulang ’
Share this novel