Bab 11

Fantasy Series 1070

“ beta ada sesuatu yang beta mahu kamu lakukan ”

........

Aku berjalan menuju ke dewan perlatihan. Dalam perjalanan ku ke sana, aku teringat kata-kata baginda sebentar tadi.

imbas kembali,

“ beta mahu kamu pergi ke Kampung Simbah Sini. Siasat suasana rakyat beta di sana. Beta mahu kamu siasat secara rahsia ”

Aku setia mendengar.

Baginda meletakkan satu buku laporan dihadapan ku.

“ baca itu... beta akan terangkan secara terperinci ”

Aku mengambil buku laporan itu dan menyelaknya satu persatu helaian muka surat. Aku membacanya dengan penuh teliti. Mata aku tertumpu di helaian muka surat yang isinya berkaitan tentang permasalahan rakyat di kampung tersebut.

Baginda sepertinya dapat menangkap pergerakan mata ku.

Baginda bangun berdiri, tangannya bersilang di dada.

“ permasalahan itu agak mencurigakan. Beta difahamkan sebelum bahan binaan dihantar ke Kampung Simbah Sini, semuanya mencukupi. tiada kurangnya. Bila laporan ini dihantar kepada beta, tertulis kekurangan tempat tinggal bagi penduduk. ”

‘ betul juga kata baginda. aku turut menghantar bahan binaan itu ke Kampung itu... tapi mengapa masih ada berkurangan ’ tanya aku sendiri dalam hati.

“ bahan makanan yang sering kali dihantar turut mengalami kekurang bagi penduduk. ” kata baginda lagi.

“ tapi tuanku... apa kurang cukupkah bekalan makanan yang tuanku sering kali hantar. rasanya jumlah makanan itu cukup bagi 10 ribu penduduk. Mengapa masih lagi kurang? Kampung itu juga diuruskan oleh Dato Seri Jaafar bukan ”

aku lihat baginda tersenyum.

“ sebab itulah beta mahukan kamu pergi meninjau keadaan rakyat beta disana. Ketidakyakinan beta kepada Dato Seri Jaafar sudah pudar semenjak pemerintahan almarhum ayahanda beta. ”

Baginda duduk semula.

“ beta tidak dapat mengikuti kamu buat masa ini. beta juga ada urusan dengan hal-hal perkahwinan beta bersama dengan puteri Suria. beta mahu kamu laksanakan pemantauan ini dalam masa seminggu lagi. ”

Aku berdiri dan menunduk hormat. “ akan patik laksanakan dengan penuh tanggungjawab tuanku. ” kata aku.

“ beta juga perkenankan pada sesiapa sahaja yang mahu kamu ikuti ke kampung itu. ” kata baginda.

Pesan terakhir bagi baginda kepada aku sebelum keluar dari situ.

“ biar pecah diperut, jangan pecah dimulut. ingat itu Laksamana ”

Aku hanya mengangguk faham lalu keluar dari bilik itu.

Imbas kembali tamat.

Langkah aku terhenti bila melihat figura seorang lelaki yang sedikit berusia berjalan menghampirinya.

“ Laksamana Zainab. apa khabar Tuan hamba? ” kata lelaki berusia itu sambil menghulurkan tangan bagi bersalaman.

Aku tersenyum kepadanya dan membalas huluran tangan itu. “ hamba baik sahaja Dato Seri Jaafar. Tuan hamba? ”

Iya. lelaki berusia yang berada di hadapannya ini sekarang ialah Dato Seri Jaafar atau lebih dikenali sebagai pembesar daerah di kampung Simbah Sini.

“ hahaha hamba baik-baik saja. ”

“ apa yang Tuan hamba lakukan di sini? apa datang sini mahu menghadap baginda kah? ”

“ oh tidak. sebenarnya hamba datang ke istana mahu berjumpa sama Datuk Bendahara. ” jawabnya. dia tersenyum sinis.

Aku tahu maksud yang tersirat disebalik senyuman itu. Bukan aku tidak tahu apa tujuannya datang ke istana. Bukannya mahu berjumpa dengan Datuk Bendahara malah mengintai para dayang istana disini.

Isu itu mula aku siasat bila salah seorang dari dayang istana yang usianya muda telah dijadikan gundik kepadanya. Aku turut tahu bahawa wanita itu diugut bunuh oleh Dato Seri Jaafar jika tidak menjadi gundiknya.

“ jika begitu biar hamba mengiringi Tuan hamba bertemu dengan Datuk Bendahara ” kata aku. Sengaja aku mahu menemaninya bertemu Datuk Bendahara.

Walaupun berpangkat pembesar daerah, tidak sewenang-sewangnya dia datang ke istana tanpa tujuan.

Mukanya berubah. senyuman juga mati. Sepertinya tidak suka aku mengiringinya.

“ tidak mengapa tuan hamba. Datuk Bendahara mahu bertemu dengan hamba seorang sahaja. Hamba minta diri dahulu ” alasannya.

dia berjalan meninggalkan aku dibelakang. aku hanya memandang dari jauh.

“ hmph... alasan ” kata ku. Aku berjalan kembali ke dewan perlatihan.

_________

Puteri Suria POV,

“ tuanku! cantik betul makanan ini! ”

Suria tersenyum malu bila ada orang yang memuji masakannya. selepas kek coklat itu selesai dimasak, terus aku membuat hiasan ke atas kek itu.

“ jadi... Mari kita rasa ” kata aku. Baru sahaja aku mahu memotong kek itu, aku perasan yang mereka semua memandang aku dengan pelik.

“ kenapa? ”

“ tuanku...layakkah kami mahu merasai makanan yang disediakan oleh tunaku sendiri? ” kata salah seorang daripada mereka.

“ kenapa cakap macam tu. awak semua layak rasa sebab tiadanya awak semua, saya pasti tidak akan dapat bahan yang saya perlukan. ”

Terharu mereka semua.

“ marilah kita makan hahaha ”

Aku memotong kek itu satu persatu dan diedarkan kepada semua yang berada di situ. Aku menanti respond mereka semua.

“ tuanku... ”

“ ye ketua Merah?? ”

Dia menggengam kedua tangan ku. Mukanya berair.

“ ehh kenapa menangis ni?! ” tanya aku melihat dia tiba-tiba mengalirkan air mata.

“ tuanku! hamba tidak pernah merasai makanan seenak dan semanis ini tuanku!! ”

“ kami juga tuanku! ”

“ kami juga! ”

jerit keseronokan dari dayang dan hulubalang disitu. Sukalah kan, pertama kalinya mereka merasai kek coklat buatan aku di zaman lampau ini.

Aku ketawa bila melihat masing-masing seperti menghayati masakan itu.

“ makan lagi hahaha ”

________

“ Anakanda Mawar? ” panggil Raja Dika Mayan.

“ iya ayahanda? ”

“ apa Mawar berjumpa sama Suria? ”

“ tidak ayahanda. Mawar sama Melur tidak ada pula berjumpa dengan dinda suria pada pagi ini kerna terlalu sibuk melihat perhiasan perkahwinan adinda Suria ayahanda ” kata Puteri Mawar menjelaskan soalan yang ditanyakan oleh ayahanda Raja Dika Mayan.

Raja Dika Mayan mengangguk kepala.

‘ kemana saja dia ini? ’ kata baginda Sultan Zharif.

Semua sudah pun berada di dewan santapan untuk bersantap tengahari. Hanya menanti kehadiran Puteri Suria ke dewan santapan. Makanan juga telah pun dihidangkan. Makanan yang dihidangkan ialah kari ayam, Ikan masak merah dan sayur goreng campur. Boleh tahan juga masakan hari ini.

“ maaf anakanda lambat! ”

Baginda memandang ke arah suara itu. Baginda lihat Suria berdiri di hadapan pintu sambil bersandar. tercunggap-cunggap gadis itu. Gadis itu mula berjalan ke tempat makanannya. Gadis itu duduk tersipu.

“ Suria...kemana Suria pergi? sudah lama kami disini menunggu kamu ” bisik Puteri Melur ditelinganya.

“ hmm maaf... Suria ada di dapur tadi ”

Tiba-tiba masuk seorang dayang istana sambil membawa satu hidangan di tangannya. Aku tahu akan hidangan itu. dayang itu meletakkan piring hidangan itu ke atas setiap meja makan kami. Mereka memandang pelik makanan yang baru dihidangkan sebentar tadi.

“ apa nama makanan ini? tidak pernah beta melihat makanan seperti ini? ” kata Ratu Bonda.

“ ampun tuanku. ada baiknya jika Tuan Puteri Suria yang menjelaskannya kerna hidangan ini dimasak oleh tuan puteri sendiri. ampun tuanku ” jawab dayang istana itu sambil menunduk hormat.

Sekarangnya semua memandang ke arah aku. Aku tersengeh.

“ adinda Suria kah yang memasak makanan ini? ”

Aku memandang Puteri Mawar yang berada di sebelah kanan aku. Aku mengangguk kepala tanda betul.

“ haah! Suria yang masak ” jawab aku dengan teruja.

“ sejak bila dinda suria pandai memasak... ”

Pertanyaan itu membuatkan aku terdiam. Aku memandang gerangan orang yang bertanya. Puteri Melur yang berada di kanannya.

“ setahu Kanda... Suria tidak pandai memasak ” katanya dengan muka yang pelik.

“ hmm ...... ”

Aku memikirkan kata.

“ ha! Suria ...terasa ingin mahu memasak! jadi Suria masaklah ” kata aku dengan tersangkut-sangkut.

Mereka seperti mencurigai aku. Aku memandang baginda. Datang satu akal.

“ Suria kan bakal menjadi seorang isteri... jadi.. apa salahnya kalau Suria mahu belajar memasak kan. Suria juga mahu suami Suria merasai makanan dari air tangan Suria sendiri. ” jelas aku lagi kepada mereka semua.

“ wahh manis betul Suria ini hahaha ”

“ iyalah dinda Melur hahaha comel sungguh kamu berdua ini ”

Semua tergelak ketawa mendengar ayat yang keluar dari Puteri Mawar dan Puteri Melur. Aku ketawa iya tak iya. ‘ hmm comel lah sangat ’

“ sudahlah. makanan juga sudah pun dihidangkan semuanya. marilah kita bersantap ” sampuk Ratu Nenda.

‘ dah lapo lah tu ’ ejek aku dalam hati.

Seperti biasa bacaan doa makan akan dibaca oleh baginda. Aku menceduk lauk kari ayam ke dalam pinggan dan aku gaul hingga sebati kuah itu bersama nasi. Lalu disuap masuk ke dalam mulut. Aku kuyah perlahan.

‘ hmmm! sedapnya!! ’ jerit suka aku dalam hati.

Tidak juga aku lupa dengan lauk yang lain. Memang berselera aku makan kali ini. Hampir bertungkus-lumus aku di dapur memasak kek coklat dengan cara yang sangat tradisional, jadinya perut aku terus jadi lapar. Dah macam raksasa kelaparan hendak makan 2 ekor lambing golek. Ehh! gurau jerk.

Sedang aku makan dengan senangnya, tiba-tiba...

“ dinda suria... kanda Mawar sudah lihat persiapan perkahwinan dinda. cantik sungguh! sudah dinda lihat? ” tanya Puteri Mawar.

Tersedak terus aku.

“ dinda... minum air itu cepat ” kata Puteri Mawar.

Cepat aku mencapai cawan dan meminum air di dalam. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Puteri Melur pula sudah mengosok-gosok belakang ku.

Baginda cepat-cepat mengambil piring kosong yang berada di atas mejanya dan meletakkannya dihadapan muka.

Aku memandang baginda pelik. Aku mencebis bila dia berbuat demikian. ‘ takutlah tu kena sembur lagi dengan aku HAHAHA ’

“ Zharif? apa yang anakanda buat ini? ” tanya Ratu Bonda. pelik sungguh anakanda nya membuat demikian didepan tetamu.

Baginda menurunkan kembali piring itu dan ketawa kecil sambil mengosok-gosok belakang tengkoknya.

‘ kenapa lah setiap kali nak makan... ada saja nak tanya pasal kahwin...kahwin..K.A.H.W.I.N! ’ jerit aku dalam hati.

Setelah hilang sedakkan aku, terus aku menjawabnya dengan selamba. “ tak..Suria tak tengok lagi. nanti Suria tengok ye ” kata aku. Malas nak menjawab lebih-lebih. aku sambung makan semula.

Puteri Mawar mencendongkan badan sedikit kebelakang untuk melihat Puteri Melur. Puteri Melur juga berbuat demikian. Mereka memandang antara satu sama lain. Masing-masing mengangkat bahu tanda pelik dengan adindanya Suria. Kemudian sambung makan semula.

Sultan Zharif turut memandang Puteri Suria dalam senyap-senyap. ‘ setiap kali bercakap tentang kahwin, itu jugalah nak tersedak. Nasib kali ini tidak tersembur nasi kepada ku ’ omel baginda dalam hati. Tapi pelik juga, namun perasaan itu baginda hilangkan.

__________

Ratu Nenda mencapai sudu kecil yang berada di atas piring makanan yang terakhir dihidang oleh para dayang. Ratu Nenda memotong sedikit makanan itu dan disuap masuk ke dalam mulut. Kunyah sekali, terus membulat matanya.

“ Suria... ”

Aku memandang Ratu Nenda.

“ ye Nenda? ”

“ sedap sungguh makanan ini! ” katanya lagi sambil menyuap masuk kek itu ke dalam mulut.

Aku sudah ketawa kecil melihat orang tua itu makan kek itu dengan penuh selera.

Dengan luahan dari Ratu Nenda itu membuatkan semua orang mula merasa kek coklat buatan aku sendiri. Aku menerima banyak pujiam daripada mereka, tetapi tidak pula dari Sultan Zharif.

“ dinda! sedapnya! ” - Puteri Melur

“ wahh manis sungguh! ” - Puteri Mawar

“ tidak sangka anakanda pandai memasak makanan semanis ini dan lembut juga makanan ini! ” - Permaisuri Maimunah

“ masyallah sedapnya. pandai anakanda masak! ” - Raja Dika Mayan

“ iya. sedap sungguh! Apa nama makanan ini suria? ” - Ratu Bonda

Aku agak tertarik dengan soalan yang ditanyakan oleh Ratu Bonda. Semua menanti jawapan daripada aku.

“ makanan ini namanya kek coklat ” jawab aku.

“ kek coklat? ”

Aku mengangguk kepala. aku menjelaskan dengan lebih terperinci masakan ini. “ makanan ini biasanya akan dihidangkan selepas kita makan makanan yang berat seperti nasi. Kemanisan dari kek coklat ini akan membuatkan kita rasa gembira dan menghilangkan segala tekanan dalam diri ”

Mereka semua khusyuk mendengar penjelasan ku. Aku lihat baginda hanya memandang kek coklat yang berada di dalam piring.

‘ hmphh... kalau sedap pujilah. malu-malu pulak ’

Sultan Zharif memandang makanan yang namanya kek coklat. Bila saja santap untuk suapan pertama, memang sedap!

‘ tidak pula aku tahu yang Suria pandai memasak. Tapi, kek coklat ini memang sedap! betul dengan kata-katanya. Rasa manis dari kek coklat ini dapat mendatangkan rasa kegembiraan ’ omel Sultan Zharif dalam hati.

Tanpa sedar sultan Zharif tersenyum kecil. Baginda menikmati makanan itu.

____________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience