Setelah selesai bersantap tengahari, aku kembali semula ke dalam bilik ku. Seperti biasa, aku diiringi oleh ketua Som dan Siti. Bila sahaja masuk ke dalam bilik, aku terus merebahkan diri ke atas katil yang empuk itu. Habis hilang rasa penatnya. Aku memejamkan mata seketika.
“ ketua Som... dah masuk waktu zohor belum? ” tanya aku.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi beduk dari luar. Bunyi sebanyak tiga kali.
“ bunyi apa tu? ” tanya aku sambil bangun dari baring. Aku memandang ke arah tingkap.
“ itu namanya beduk tuanku. Tandanya sudah masuk waktu zohor ” jelas ketua Som kepada aku.
“ ohh baguslah. senang nak tahu dah masuk waktu ke belum. awak berdua boleh keluar ye ”
“ jika begitu hamba berdua minta diri dahulu ” kata Ketua Som dan mereka keluar dengan penutup pintu rapat.
Tiba masanya mendirikan solat. Selesai sahaja solat, terus aku melipat telekung dan diletakkan di atas katil. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arah bilik ku.
Pintu dibuka. Muncul dua orang kakak kesayangan Puteri Suria.
‘ apa pulak kali ini?! ’
“ dinda! ”
mereka memegang kedua-dua tangan aku lalu ditarik keluar.
“ ehh ehh...nak pergi mana ni!? ” tanya aku siap tarik-tarik tangan bagai. bukan aku lari pun.
“ Mari... Suria kena cuba baju pengantin. Kanda Mawar sudah lihat bajunya, memang cantik! ”
“ betul tu dinda suria! ”
Terlopong mata ku. Terus aku meronta-ronta minta dilepaskan.
“ tak nak! tak nak! ”
Tapi mereka terus memeluk lengan aku dengan erat menyebabkan aku tidak boleh meronta. Terpaksa jugalah aku ikut mereka.
_________
Sekarang aku berada di satu bilik yang luasnya seperti dua bilik tidur kecil. Bilik itu juga ada sebuah cermin yang besar dan ada kerusi bagi sesiapa yang mahu duduk.
Di dalam bilik ini hanya ada aku sama dua kekanda ku iaitu Puteri Mawar dan Puteri Melur. Hampir setengah jam menunggu disitu.
“ Kanda Mawar... lama lagikah mahu tunggu!? ” kata aku. Terbaring aku atas kerusi. Duduk malaslah senang citer hahaha.
Tiba-tiba bahu aku dipukul oleh Puteri Melur yang duduk disebelah aku. Automatic aku duduk tegak semula.
“ aduhh sakitlah Kanda Melur! ” mengadu aku kesakitan. digosok-gosok bahu aku yang dipukul.
“ duduk itu biar bersopan dinda ” katanya.
muncung mulut aku. Aku menyilangkan tangan di dada.
“ Ketibaan tuanku Ratu Bonda dan Permaisuri Maimunah ke bilik perkemasan! ” jeritan wanita dari luar.
Kami bertiga berdiri. Menanti kedua wanita itu masuk. pintu dibuka dari luar. muncul dua wanita itu.
“ ha anakanda... sudah cubakah bajunya? ” tanya permaisuri Maimunah kepada aku.
“ haa... belum lagi ibu...eh bonda ” tersasul pula aku memanggilnya ibu.
“ sebenarnya bonda... bajunya tadi sudah disimpan. tapi Mawar sudah minta Mak Yam bawa semula. Takut ukurannya lari ”
Aku hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Kalau Mak Yam tu tak dapat datang pun lagi bagus. Kejap! Siapa pula Mak Yam tu?
Aku berbisik dengan Puteri Melur.
“ Kanda...siapa Mak Yam tu? ”
“ Mak Yam... seorang tukang jahit. dialah yang menjahit baju pernikahan dan persidangan dinda dan Sultan Zharif ” jawabnya.
“ ohhh ”
‘ macam wedding planner lah ye ’ kata aku dalam hati.
Kedengaran lagi perkhabaran dari luar.
“ Ketibaan Mak Yam ke bilik perkemasan diraja! ”
‘ alamak! dah datang lah pulak ’
Aku lihat seorang wanita masuk ke dalam dengan gaya yang seperti model. Terbeliak mata aku melihat wanita itu. Terkebil-kebil mata aku.
‘ ni ke mak yam!? ’
Wanita aku berada di depan aku memakai pakaian baju kebaya berwarna merah hati yang sedikit ketak. Nampak juga bahagian bahu yang terdedah disebalik kain yang jarang. Bentuk badannya ramping juga. Dan mukanya, nampak muda sekitar 30-an.
‘ aku ingatkan Mak yam ni dah tua. muda rupanya ’ kata aku seorang diri dalam hati.
“ ampun tuanku Ratu Bonda. patik datang menghadap tuanku. maaf patik terlambat sedikit tuanku ” kata Mak Yam sambil menunduk hormat.
“ tidak mengapa lah Mak yam. ada baiknya dilakukan segata. beta mahu melihatnya ” titah Ratu Bonda.
“ menjunjung perintah tuanku ”
Dia memandang ke arah aku. “ Mari kita mulakan ”
Aku ditarik masuk ke dalam satu bilik kecil yang turut berada di dalam bilik perkemasan diraja. Siapa lagi yang tarik kalau bukan Mak Yam. Ketika aku berada di dalam bilik itu, aku disuruh memakai baju kebaya berwarna putih. Selesai menyaruhkan baju itu ditubuh ku, aku diperagamkan di hadapan cermin di dalam bilik itu.
Aku terdiam melihat diri ku sendiri di dalam cermin.
“ cantik bukan... sesuai dengan tubuh mu tuan puteri ” katanya.
“ ha ye.. ” jawab aku acu tak acu. Baju ni begitu melekat dikulitnya. kadang-kadang tidak senang hendak bernafas.
“ Mari kita keluar ” katanya lagi sambil membuka pintu.
Jalan aku jadi berkepit-kepit disebabkan kain kebaya ini sedikit ketat. Aku melintasi pintu itu dan melihat semua orang yang berada di dalam bilik perkemasan diraja itu.
Terus langkah aku terhenti bila melihat susuk tubuh yang sangat aku kenali.
‘ kenapa baginda ada dekat sini! ’ jerit aku dalam hati.
susuk tubuh yang berada di hadapannya itu sekarang ialah baginda Sultan Zharif.
______________
Sultan Zharif POV
Aku berjalan ke arah bilik perkemasan diraja. Bilik ini ialah bilik yang berfungsi sebagai tempat untuk kerabat diraja untuk memperkemaskan diri sebelum melakukan sesuatu perkara atau majlis. Aku diiringi oleh Laksamana Zainab yang berada di belakang ku.
“ Laksamana ” panggil aku.
“ ye tuanku? ”
“ beta dengar Dato Seri Jaafar datang ke istana. apa betul? ”
“ betul tuanku. Katanya mahu berjumpa sama Datuk Bendahara tuanku ”
“ ohh. apa benar dia mahu berjumpa sama Datuk Bendahara ”
Laksamana Zainab seperti pelik dengan pertanyaan aku.
“ apa tuanku tahu juga kah? ”
“ setiap apa yang berlaku dalam istana ini, beta akan tahu. dari hal yang sebesar gajah ke sekecil zarah semuanya beta akan tahu. bukan setakat dalam istana malah luar istana juga. Bukan kamu seorang sahaja mata yang beta ada Laksamana ”
Aku tahu akan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Jaafar kepada dayang-dayang istananya. semasa Dato Seri Jaafar melakukan kerja terkutuk itu almarhum ayahandanya yang memerintah. Jadi aku tidak boleh berbuat apa-apa, tapi sekarang aku boleh cuma aku perlu menyimpan bukti-bukti si pesalah.
Aku tiba di hadapan bilik perkemasan. Pintu biliknya tidak tertutup malah dibuka. Aku dapat melihat dari luar bonda ku yang berada di dalam. Aku terus mahu ke dalam bilik.
Bukan tidak mahu menyatakan kehadirannya disitu, tapi rasa malas mahu menunggu.
“ bonda ”
Ratu Bonda menoleh memandang aku.
“ ehh Anakanda? apa anakanda buat disini? ”
“ Zharif tadinya pergi ke kediaman bonda, tapi dayang disana mengatakan bonda disini. sebab itulah Zharif datang ke sini. ”
“ ohh. ada apa anakanda mahu berjumpa bonda? ”
“ sebenarnya bonda... ”
“ ha. nanti anakanda. bonda mahu melihatnya ” bonda memandang ke hadapan semula.
aku turut menoleh ke hadapan. “ melihat apa bonda....”
Terhenti kata-kata ku bila melihat satu figura yang elok rupa parasnya.
‘ Suria... ’
DUP! DAP! DUP! DAP!
Suria memakai baju kebaya berwarna putih dan berkaitan songkat. Didandankan dengan selendang jarang berwarna putih dan rambutnya turut dilepaskan.
Sungguh cantik.
Hati aku berdegup kencang.
‘ kenapa dengan hati aku ini ’
“ amboi! cantik sungguh adinda kanda ini!! ” kata Puteri Melur lalu berjalan ke Suria.
“ hehehe mana ada kanda Melur ini ” kata Suria pula. Lengok badannya seperti tersipu malu.
Mata aku masih lagi tidak lepas memandangnya. Bila mata kami bersatu, cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.
" bonda! anakanda minta diri dahulu! " kata aku dengan tiba-tiba.
" ehh bukankah anakanda mahu berkata sesuatu dengan Bonda? " tanya Ratu Bonda.
" hmm lain kali sajalah bonda. anakanda ada hal. Laksamana mari " jawab aku dengan cepat.
aku cepat-cepat keluar dari bilik itu. Laksamana juga turut mengikuti ku dari belakang. aku tidak boleh berlama-lama disitu.
_________
Puteri Suria POV
' kenapa dengan dia tu? ' tanya aku dalam hati.
Tapi bila tengok balik baju ini memang cantik. Ramping sangat tubuh si Suria ini. Corak baju ini juga sangat cantik. Sesuai dijadikan baju pernikahan.
" cantik sungguh anakanda bonda ini. tidak lama lagi anakanda Suria akan bergelar seorang isteri. " kata Permaisuri Maimunah kepada aku.
" betul itu. bonda juga tidak sabar mahu mendapat menantu. akhirnya anakanda bonda bakal bergelar suami " kata Ratu Bonda pula sambil mendekati aku dan membelek-belek baju ku.
aku hanya tersenyum sahaja. ' suami isteri ea hmph '
Muka aku mula berkerut. Aku memandang Permaisuri Maimunah dan bertanya kepadanya.
" hmm bonda... mana ayahanda? Suria tidak nampak pun " tanya aku.
" ohh ayahanda ada bersama-sama pembesar berempat. katanya ada urusan mahu dibincangkan " jawab Permaisuri Maimunah.
aku hanya meng 'ohh' kan sahaja jawapannya.
*******
selesai sahaja memeriksa keadaan baju pernikahan dan baju persandingan, aku terus menghilangkan diri. Saja mahu lari dari semua orang termasuklah kedua dayang kesayangan Puteri Suria. aku bersiar-siar di sekitar perkarangan istana. semenjak aku berada di zaman ini, tidak pernah aku bersiar-siar melihat sisi luar dan dalam istana kerajaan Langka Buana ini. asyik-asyik pergi dekat tasik istana sahaja.
Aku melihat bangunan istana ini. Kebanyakkannya bangunan istana ini diperbuat daripada kayu dan batu. Entah bagaimana mereka membina bangunan ini daripada batu. Ada simen ke zaman ini? Hebat jugakan orang zaman dulu ini. Corak yang terukir pada batu ini juga sungguh menarik perhatian ku. Sehabisnya aku melihat struktur bangunan istana ini, aku secara tidak sengaja sampai di tasik istana. Ada jodoh kot dengan tasik ini HAHAHA. Aku lihat air di tasik itu semakin bertambah. Secara tidak sengaja aku teringat akan kejadian pada malam itu, dimana baginda memeluk ku bagi menenangkan aku yang menangis ketika itu.
DUP! DAP! DUP! DAP!
Tangan ku diletakkan di bahagian dada. ‘ kenapa dengan aku ni! Boleh pula teringat dekat dia ishh! ’ marah diri aku sendiri dalam hati. Aku dapat merasakan kehangatan tubuhnya pada malam itu.
“ it’s okey Emy. Engkau akan balik juga dekat zaman kau yang serba moden. Sikit je lagi engkau akan pulang. Dan aku tak perlu hadap semua ini ” kata aku seorang diri sambil memandang tasik yang terlapang luas dihadapan ku.
Tidakk sabar mahu pulang.....
Share this novel