Sultan Zharif terbatukbatuk apabila baginda sedang menjamu santapan petang. Entah mengapa tiba-tiba terbatuk. Baginda hanya seorang diri berada di kerjanya. Sepatutnya orang yang sudah berkahwin ini mestilah meluangkan masa bersama pasangannya, tapi lain pula baginda. Baginda ada urusan yang perlu diselesaikan. Tiba-tiba baginda terdengar bunyi hentakan kaki yang kuat dari luar bilik. Seperti yang diduga oleh baginda keberadaan siapa yang akan menghadapnya sebentar lagi.
Pintu dibuka dengan kuat. Baginda masih tidak memandang gerangan siapa yang menghadapnya.
“ yah! ”
Baru baginda memandangnya. “ dinda... mengapa dinda disini? Apa dinda rindu sama kanda kah ” kata baginda seperti mengejek.
Aku sudah panas hati. Aku menyilang tangan di dada. “ awak... siapa suruh awak pindahkan semua barang saya pergi ke bilik awak ha? Saya tak setuju pun dengan keputusan awak tu. Jadi... kenapa awak buat sesuka hati awak hmph ” kata aku dengan nada yang cool.
Baginda menyandarkan badan ke kerusi. Kertas ditangan juga telah pun diletakkan kembali ke atas permukaan meja. “ kanda tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada dinda. Sememangnya dinda perlu berpindah masuk ke dalam bilik peraduan kanda. Hmm maaf, bilik peraduan kita berdua ”
Aku menarik nafas sedalam-dalamannya. “ SAYA TAK NAK! ” kata aku dengan tegas.
“ jika dinda berkeras juga tidak mahu berpindah masuk ke bilik peraduan kita. Maka dengan itu kanda boleh menitahkan untuk memindahkan air tasik istana ke sungai rambai kembali ” balas baginda dengan mengugut aku.
Terbeliak mata aku. Aku mengeluh.
“ janganlah sampai macam tu! ”
“ terpulang pada dinda. Jika dinda setuju berpindah tanpa kanda mendengar lagi keluhanan dari dinda. Maka kanda tidak akan berbuat demikian. Keputusan ditangan dinda ” kata baginda dengan memandang tepat ke arah aku.
“ haihh... ”
‘ kalau aku bertegas juga tak nak pindah masuk dalam bilik dia... habis patahlah usaha aku selama ni. Penat-penat je aku buat sistem pindahan air tu ’ terfikir-fikir aku dalam hati.
“ oky! Sa...saya setuju! Tapi awak perlu janji dengan saya yang awak tak akan pindahkan air tu semula ke sungai ” kata putus aku kepadanya. Terpaksa jugalah setuju.
“ kanda janji. Dinda pergilah beristirehat di bilik peraduan KITA. Kanda akan menyusuli dinda sebentar lagi ” jawab baginda dengan menyambung semula kerjanya.
Aku tidak berlama-lama disitu dan keluar dari bilik itu. Ketua Som dan Siti turut berada di luar bilik itu. Aku menghentak-hentakkan kaki melepaskan geram.
Mereka berdua hanya menonton sahaja dan tidak berani mahu menegur. Tiba-tiba mereka mendengar gelakan kecil dari Puteri Suria. Ketua Som sudah berbisik dengan Siti yang berada dekat dengan sebelahnya.
“ apa patut kita menegurnya? ” bisik Ketua Som.
“ rasanya tidak perlu ” jawab Siti.
‘ siaplah kau zharif. Tahulah aku nak kenakan kau hahaha ’
“ mari kita ke bilik peraduan sultan Zharif sekarang! ” kata aku dengan penuh keyakinan dan berlalu pergi dari bilik itu.
Laksamana Zainab POV
Setelah selesai majlis istiadat pernikahan antara dua pasangan mempelai, terus aku pergi ke dewan perlatihan. Aku mengambil busur dan panah untuk melakukan aktiviti memanah. Hari ini baginda telah memberi cuti kepada pegawai tinggi ke atas meraikan hari kegembiraan baginda. Jadinya hanya aku seorang sahaja di dewan perlatihan.
Panah diletakkan di tali busur dan menyasarkan kepada patung di hadapannya. Agak jauh juga sebenarnya patung itu dengan kedudukannya sekarang. Lalu tali busur itu ditarik dan dilepaskan. Panah itu tepat kena pada badan potong. Banyak kali aku mengulanginya.
Kemudian aku berhenti seketika akibat terlalu lama sangat memanah. Dia duduk berehat sebentar. Aku teringat beberapa kejadian dimana dua hari sebelum berlangsungnya majlis istiadat pernikahan baginda dan Puteri Suria, aku telah pun pergi ke Kampung Simbah Sini bagi melakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu sebelum aku pergi ke sana dengan jangka masa yang lama.
Imbas kembali,
Sedang aku menyelinap masuk ke dalam kampung itu ketika waktu malam, aku dapat lihat sekumpulan lelaki sambil memegang obor-obor kayu merayap-rayap di sekitar hutan. Aku terasa pelik dengan keadaan mereka, jadinya aku hanya mengekori mereka dari jarak jauh. Sampai sahaja di suatu tempat, aku mula memanjat satu pokok besar dan memerhati mereka dari situ. Jarak antara aku dengan mereka agak sedikit jauh dan itu menyebabkan aku tidak dapat mendengar setiap perbualan mereka. Sedang aku perhatikan mereka, aku melihat seorang lelaki yang berjubah sambil menutupi bahagian paras mukanya datang kepada mereka.
Mereka mula bersuara. Malangnya aku tidak dapat mendengar, hanya cuma memerhati sahaja. Tetapi dalam fikiran aku tertanya-tanya siapa lelaki itu. Apa sebenarnya yang mereka bualkan. Setelah lama mereka berbualkan sesuatu, mereka mula bergerak pergi. Sekumpulan lelaki itu bergerak ke arah lain dan lelaki misteri itu bergerak ke haluan yang lain.
Aku tidak mengekori mereka lagi. Risiko tinggi jika aku bertindak terlebih awal. Jadinya aku meninggalkan tempat itu dan mula meninjau keadaan kampung itu.
Imbas kembali tamat.
Aku termenung.
‘ siapa lelaki itu? ’ tertanya aku didalam hati.
“ Laksamana! ”
Habis lamunan aku. Aku memandang suara itu. “ ada apa engkau ke sini? ” tanya aku. Aku mula kembali memanah.
“ aku lihat engkau tiada di dewan istiadat... jadinya aku ke sini. Apa yang engkau lakukan ke sini ” kata Penghulu Bendahari Talib.
“ aku mahu mengambil angin disini ”
“ marilah kita ke dewan santapan. Banyak makanan yang dihidangkan ” kata PB Talib.
“ aku tidak punya selera. Engkau sajalah ke sana. Hey Talib, aku mahu bertanya sesuatu kepada kau ” tanya aku kepadanya sambil menoleh memandangnya.
“apa yang engkau mahu tanyakan ”
“engkau sekarang sedang menguruskan urusan rakyat di kampung simbah sini bukan? ”
Dia menganggu. “ iya... mengapa engkau tanya ”
“ apa ada masalahkah disana? ”
“ ada... sudah pun aku berikan laporan kepada tuanku. Sekarang ini aku sedang memantau pembinaan rumah disana. ” jawabnya.
“ engkau kenal dengan semua penduduk disana bukan? ”
“ hahaha semestinya aku kenal.... mengapa? ”
“ aku ada sesuatu yang mahu engkau lakukan. Aku akan menghadap tuanku dan engkau akan turut sama ”
Penghulu Bendahari Talib sepertinya dapat tahu apa yang aku mahu dia lakukan. Dia berjalan disebelah aku di tempat yang adanya panah dan busur. Lalu diambil busur dan panah. Kemudian ditarik tali busur itu dan melepaskannya. Panah itu tepat terkena pada sasaran. Dia memandang aku kembali.
“ sebelum engkau menyuruh ku, telahpun tuanku menitahkan aku untuk membuat pemantauan di sana ” katanya.
“ jika begitu baguslah... senang kerja ku ” kata aku dan kami mula memanah.
Jika kamu semua mahu tahu, Talib merupakan salah satu bekas hulubalang terkuat di kerajaan Langka Buana sebelum dia memegang jawatan sebagai Penghulu Bendahari. Aku dan Talib juga merupakan hulubalang paling hebat bersama-sama tuanku baf
*******
Malam menjelma. Aku duduk di bilik baru ini dari petang tadi hinggalah ke malam. Bilik ini besarnya seperti tiga biji rumah teras. Lagi besar dari biliknya yang dulu. Aku kebosanan. Aku sebenarnya memikirkan idea untuk mengenakan baginda. Dari tadi fikir, tapi tidak dapat-dapat. Katanya Ketua Som bahawa malam ini ada majlis santapan bersama-sama kerabat diraja, tapi aku mengatakan bahawa aku tidak mahu mengikuti majlis itu degan alasan yang aku kepeningan. Jadinya aku hanya duduk di dalam bilik ini sahaja dan hanya meminta membawa makanan ke biliknya.
Aku berjalan ke pintu dan membuka pintu. Niat mahu mengambil udaran malam di tasik istana. Terkejut aku dibuatnya.
“ ehh awak berdua ni.... saya boleh faham masa yang masih dara awak berdua akan jaga saya. Ni saya dah kahwin pun awak nak jaga saya hmph ” kata aku kepada Ketua Som dan Siti.
“ semestinya tuanku. Kami akan berkhidmat kepada tuanku walaupun tuanku sudah berkahwin. Lagipun tuanku, hamba berdua telah pun dititahkan oleh baginda agar tidak membenarkan tuanku meninggalkan bilik ini ” jawab Ketua Som.
Aku mengeluh berat. Aku menutup pintu itu kembali dan berjalan semula ke katil. Terbantut niatnya.
“ apa.. dia ingat aku nak lari ke...sampai nak suruh diorang jaga aku pulak ” marah aku seorang diri.
Jadinya hanya tidur sajalah yang boleh aku buat.
******
Sultan Zharif POV,
Aku berjalan pulang ke bilik peraduan ku selepas sahaja mengikuti majlis santapan bersama kerabat diraja. Aku hairan yang Suria tidak mahu mengikuti majlis itu disebabkan kepeningan. Dengan itu, aku mengatakan kepada ayahanda mertuaku dan dia mengarahkan aku pergi sahaja melihatnya. Syukur ayahanda mertua ku seorang yang memahami dan dialah yang mengikuti majlis itu mengantikan aku.
Tibanya di bilik peraduan ku, aku lihat kedua dayang peribadi Suria berada di hadapan bilik itu. Mereka menunduk hormat kepada ku.
“ kamu berdua boleh pergi. Pergilah beristirehat. Beta akan mengambil alih tugas kamu sekarang. Terima kasih kerana menjaga suria untuk beta ” kata ku.
“ menjunjung kasih tuanku! ”
Mereka meninggalkan bilik itu dan aku mula membuka pintu. Aku lihat sekitar bilik itu dan mendapati ada satu tubuh yang terbaring elok di atas katil. Aku mendekati Suria yang sedang elok beradu. Pakaian gadis itu juga belum diganti. Rambutnya juga dilepaskan. Perasaan aku mula lain melihat keadaan gadis itu. Cepat-cepat aku menghilangkan perasaaan itu.
Aku mengejutnya.
“ dinda... dinda... ”
Perlahan-lahan matanya terbuka. Kami berpandangan antara satu sama lain. Aku tersenyum kepadanya.
“ ahhhh!! ” jeritnya sambil bangun dari baringnya dan menutup tubuhnya dengan selimut.
Aku hanya memandang sahaja.
“ awak buat apa ni!? ” katanya.
“ tidak...kanda tiada buat apa-apa. Dinda mahu kanda berbuat apa-apakah ” kata aku. Saja mahu mengusik gadis itu.
“ ishh! ”
Suria mengambil bantal dan memukul aku. Tapi aku langsung tidak terkesan. Aku menyilangkan tangan di dada. “ mengapa dinda mahu lagi menukar pakaian? Mahu tunggu kanda jugakah dinda ” tanya aku.
Tajam matanya memandang aku. “ ehh buat apa nak tunggu awak ”
“ jika begitu dinda pergilah bersiram dan tukar pakaian. Kemudian kita solat isyak bersama ” kata aku sambil membuka tanjak di kepala. Kemudian rambut aku diselak ke belakang. Aku menuju ke meja perkemasan dan meletakkan tanjak itu di atas meja.
Aku menoleh memandang ke arah Suria kembali. Gadis itu masih lagi duduk tercengat di atas katil. Aku mendekatinya. Dia turut memandang aku.
“ apa ” katanya.
Dengan itu, aku mendukungnya tanpa kerelaanya.
“ hey! Awak buat apa ni!? Turunkan saya! ” jeritnya sambil meronta-ronta minta dilepaskan.
“ mahu siramkan dinda ” kata aku dengan sahaja. Saja mahu mengusik gadis itu.
Rontaan itu hilang dan dia bersuara. “ oky..oky... Saya malas nak bergaduh dan turunkan saya. Saya boleh mandi sendiri... Tolonglah ” rayunya kepada ku sambil kedua telapak tangannya bersatu.
Aku menurunkannya semula, terus dia berlari masuk ke dalam bilik bersiram. Tergelak kecil aku melihat telatahnya itu.
“ Suria...Suria ”
Kemudian aku memandang ke bilik permakaiannya. Aku memandang pelik. Kemudian aku tersenyum sinis dan akan mengerti situasi yang bakal berlaku sebentar lagi.
____________
Puteri Suria POV,
Aku dengan pantas masuk ke bilik bersiram. Terus aku menutup pintu itu dan menguncinya. Kunci pintu itu bukannya mange, tapi hanya menggunakan kayu sebagai pengunci pintu. Tak apalah, asalkan pintu ini tertutup. Aku menarik nafas lega. Tangan aku gosok-gosok dada aku tanda kelegaan.
“ Ishh geramnya aku ”
“ mentang-mentanglah dia kuat...nak angkat angkat aku pulakk ishh!! ”
Aku memandang persekitaran bilik bersiram itu. Ianya seperti tub mandi yang besarnya seperti kolam mandi di luar halaman rumah. Aku lihat juga kedalaman kolam itu dan tidak begitu dalam. Jadi tanpa berfikir panjat, aku mahu menanggalkan baju. Tapi pergerakan aku terhenti.
Aku memandang pintu.
“ Macam mana kalau dia masuk dan nampak aku tidak berpakaian... Haishh! Andea!! ”
“ lebih baik aku mandi pakai baju... Kalau dia terjah masuk pun aku dah bersiapkan diri. Aku boleh je kalau nak silat dia. Hahaha ” kata aku seorang diri. Padahal aku bukan tahu nak bersilat.
Aku mula melangkah masuk ke dalam air dan merendamkan diri dengan duduk. Nyaman. Airnya tidak begitu sejuk dan tidak begitu panas. Suam suam...
Setelah berlama-lama aku bersiram, aku membuat keputusan untuk keluar dari kolam. Lalu diperah-perahkan baju. Tapi baru aku perasan yang tiada tuala di dalam bilik ini.
Alamak!
“ tuala pula tak ada!! ” jerit kecil aku. Tak adalah sampai dengar orang di luar.
Aku mengigit kuku. Badan sudah basah lencuh. Tak ada cara lain lagi. Aku mendekati pintu itu dan membukanya. Kepala aku dikeluarkan. Aku lihat baginda sedang berbaring di atas katil.
‘ oky Emy... Mintak jerk...bukan susah sangat betul tak. Yes! You can do it! ’
“ awak... ”
Baginda tiada respon.
“ awak... ” panggil aku lagi.
Masih lagi sama.
Hilang kesabaran aku. Sudahlah sejuk. “ awak! ”
Barulah baginda pandang.
“ ada apa dinda... Mahu kain keringkah ” katanya tanpa mendengar apa yang aku mahu katakan.
“ ehh mana awak tahu saya nak hmph ”
“ semestinya Kanda tahu... Kerna dinda masuk ke dalam bilik bersiram tanpa membawa satu pun kain kering. Sebab itulah Kanda tahu ” jawabnya dengan mukanya biasa.
‘ aduhh... Malu guwee ’ Rengek aku.
Aku melihat baginda mencapai kain batik yang sudah terlipat elok di atas katil bersebelahan dengannya. Lalu dibawa kepada aku. Aku menghulurkan tangan kepadanya untuk mengambil kain batik itu.
Baginda memandang sesuatu.
“ Awak pandang apa? ”
“ dinda bersiram dengan pakaian sekali kah? ”
Terkebil-kebil mata aku.
“ hmm... Hmm... ”
“ apa dinda takut jika Kanda akan masuk ke dalam sana dan mengapa-gapakan dinda...begitu ”
Tidak boleh berselindung lagi. Aku mengangguk perlahan-lahan.
“ Dinda...jika dinda tidak mengizinkan kanda , Maka kanda tidak akan melakukannya tanpa menerima kerelaan daripada mu... Wahai permaisuri ku... ” kata baginda dengan nada yang sangat lembut.
Aku terkedu. ‘ apa betulkah aku dengarkan ini?! ’
“ sebentar ” kata baginda lagi dan menuju ke satu bilik. Dan kembali semula kepada ku. Dia menghulurkan sesuatu.
“ apa ini? ” tanya aku.
“ pakaian kering. Apa dinda mahu keluar dari bersiram ini dengan hanya memakai kain batik saja ” jawab Baginda lagi.
‘ ye tak ye jugak. ’ kata aku dalam hati.
Aku mengambil baju itu dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Lalu aku menutup pintu semula. Aku berdiri terdiam dihadapan pintu itu lagi. Aku memandang baju yang berada di tangannya. Tiba-tiba hati berdengup kencang.
“ ishh asal dengan hati aku ni. Sudahlah. Baik aku pakai baju ” kata aku dengan menolak segala perasaan pelik yang hadir tentang baginda yang berkelakuan baik dengannya.
Share this novel