Bab 7

Fantasy Series 1070

“ apa kamu tahu mengapa beta memanggil kamu menghadap beta ” kata baginda. Aku dapat melihat pandangan baginda agak dingin.

Agak pelik soalan baginda. Apa baginda sedang berduka cita.

“ patik tidak tahu tuanku ”

“ beta lihat kamu ada bersama-sama Puteri Suria petang tadi. benarkah? ”

Aku terdiam seketika. ‘ kenapa baginda bertanya soal ini? ’

“ benar tuanku. patik menemani tuanku Puteri Suria ke kediaman peraduan Ratu Nenda dan menemani puteri ke tasik istana ” jawab aku dengan berhati-hati.

Baginda mengangguk kepala.

“ apa yang puteri buat di kediaman peraduan Ratu Nenda? ” tanya baginda.

“ tuanku Puteri Suria telah meminta Ratu Nenda untuk memenuhkan tasik dengan air tuanku ” jawab aku lagi.

Baginda terdiam. Baginda mula duduk.

“ Laksamana... kamu tahu bukan kamu ialah orang yang paling beta percaya ”

“ patik Tuanku ”

“ jangan hilangkan kepercayaan beta kepada kamu. ” kata baginda dengan tegas.

Aku terdiam.

“ beta mahu kamu sentiasa perhatikan Puteri Suria ”

Aku memandang baginda.

“ tapi...mengapa tuanku? ”

“ beta tiada alasan untuk itu. tapi beta dapat rasa dia ada sesuatu yang buruk bakal terjadi ” kata baginda dengan nada yang sayu.

“ baik tuanku. jika itu titah dari tuanku, akan patik laksanakan dengan penuh tanggungjawab ” jawab aku.

________

aku duduk termenung di hadapan jendela kayu. bosan sungguh. Aku tidak tahu mahu buat apa untuk hilangkan rasa bosan. aku memandang langit.

“ Siti? ”

Siti yang sedang duduk bersila sambil menjahit sesuatu berhenti bila nama dipanggil.

“ ye tuanku? ”

“ sudah pukul berapa? ”

Siti berdiri dan berjalan menghampiri aku. Dia memandang ke langit.

“ jika dilihatnya cahaya mataharinya, sudah mahu masuk waktu asar tuanku ” kata Siti.

“ ohh dah nak masuk waktu asar. kalau macam tu saya ambil wuduk dulu ”

“ baik tuanku. jika begitu hamba minta diri dulu ”

Aku memandang Siti yang hampir membuka pintu. “ Siti! ”

Dia menoleh memandang ku. “ tuanku? ”

“ jangan lah panggil saya dengan panggilan tuanku... panggil saya Suria okeh ” aku memberi senyuman manis kepadanya.

raup mukanya kelihatan pelik dan hanya mengangguk kepala. Pintu ditutup. tiba masanya untuk mendirikan solat.

________

Malam menjelma, aku masih lagi berada di dalam bilik. Terasa mahu bersiar-siar menghilangkan rasa bosan. aku menuju ke pintu lalu membukanya. aku lihat Ketua dan Siti masih berada di sini.

“ kenapa awak semua berada di sini? ”

“ kami sentiasa berada di sini tuanku. Tuanku mahukan apa-apa? ”

“ awak semua tidur atau tidak ni? ”

“ habisnya waktu kerja, kami akan pulang ke kediaman masing-masing tuanku ”

“ ohhh ”

Aku memandang mereka berdua bersilih ganti.
“ boleh tak awak tolong saya ”

mereka berdua turut memandang antara satu sama lain dan memandang aku pula. aku memberikan senyuman kepada mereka.

“ ini...ke...dapur? ”

Aku lihat dayang-dayang istana semuanya sedang melakukan kerja masing-masing. ada yang memotong sayur-sayuran, buah-buahan dan ada yang sedang memasak.

semua peralatan di sini semuanya secara tradisional. Dapur kayu, masak dalam tempayan dan bermacam lagi. Aku melangkah masuk ke dalam. Bila sahaja mereka semua nampak aku, terus terhenti dari membuat pekerjaan mereka.

“ ampun tuanku!! ” kata mereka semua dengan serentak.

Aku pula yang terkejut. Datang seorang wanita tua menghadap aku. dia memberi tabit hormat terlebih dahulu.

“ ampun Tuan Puteri. apa Tuan puteri mahukan sesuatu? ” kata wanita tua itu.

Aku lihat pakaiannya agak berbeza dari yang lain.
‘ mungkin dia ni ketua dekat bahagian dapur kot ’

“ ehh tak apa...tak apa. saya cuma nak tengok kamu semua bekerja je ” jawab aku.

Mereka mulakan tugas masing-masing. Aku agak teruja dengan cara mereka memasak menggunakan dapur kayu. Aku pergi ke arah mereka. Ketua Som dan Siti juga turut mengikut aku dari belakang.

Aku melihat mereka memasukkan beberapa kayu ke dalam satu peti besi. Barangkali seperti dapur untuk menyalakan api. Aku lihat ada tempayan besar diletakkan di atas peti besi itu.

Aku agak tertarik untuk melihat isi dalamnya. Tanpa fikir panjang, aku terus memegang penutup tempayan itu. Dan...

“ Auch! ”

“ tuanku! ”

Serta-merta Ketua Som dan Siti menuju ke arah aku. mereka membelek-belek tangan ku.

“ tuanku tidak apa-apa? Siti, tolong panggil tabib diraja sekarang ke sini ” kata Ketua Som.

“ ehh tak perlulah...saya okay... cuma melecur sikit je nii ” kata aku. Amboi, lukanya sikit saja sampai nak panggil doktor. eh silap! Tabib.

“ bagi kain ” kata ku.

Maka dihulurkan kain perca kepada ku. ianya pun untuk membalut tangan ku dari memegang penutup tempayan yang panas. Aku membuka penutup itu. Haruman makanan itu mula menusuk masuk ke hidung ku.

“ wahh kari ayam! Boleh saya rasa? ”

Mereka semua memandang pelik ke arah aku. Terkebil-kebil mata aku. “ kenapa? ”

“ tuanku tidak takut diracuni ke? ”

“ Racun? ”

“ setiap makanan yang dihidangkan akan dirasai oleh dayang istana terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada kerabat diraja untuk bersantap ” kata Ketua Som yang berada di sebelah kiri ku.

“ takkan lah... tapi lauk ni nampak elok je ”

“ tuanku...jangan menilai dari luaran sahaja, mesti menilai dari dalam juga ” kata Ketua Som lagi.

“ tak apa. saya rasa je okeh ”

Aku mengambil senduk kuah, lalu menyedok sedikit kuah kari ayam yang berada di dalam tempayan itu. lalu ditiup sedikit bagi menghilangkan rasa panas. aku meletakkan ditelapak tangan ku dan menghiraukan.

Mereka menanti jawapan ku.

“ hmm bagaimana rasanya tuanku? ” kata dayang yang menegurnya tadi.

“ sedap! ”

jawapan aku membuatkan mereka senang hati.

“ tapi....kurang sesuatu ”

“ kurang apa itu tuanku? ”

“ ada tomato? ”

dia menggeleng kepala. “ apa itu tomato? ”

‘ alahai... mesti zaman ni tak de tomato nye ’ omel aku dalam hati.

“ hmm lupakan...ada serai? ”

“ serai...ada tuanku. Ning! tolong ambilkan serai lalu dititik yah ”

“ baik Ketua Merah! ”

‘ ohh jadi nama dia ketua Merah. Dah macam mana bawang merah pulak ’ kata aku seorang diri dalam hati.

Dua batang serai yang sudah dititik dihulurkan kepada ku. Lalu aku mencampakkannya ke dalam tempayan itu dan dikacau sedikit. aku rasa kuah itu.

“ pehh! this is the best! ” jerit kecil aku. sedap rasa kuahnya.

semua tergelak kegembiraan.

“ tuanku ” bisik Siti.

aku mendekatkan telinga ku dengannya.

“ apa yang tuanku katakan tadi? hamba tidak mengerti? ” bisiknya lagi.

“ hahahah maaf ya ”

“ maksudnya! ini barulah sedap! ” jerit aku bagi mereka semua faham.

__________

Kembali semula di dewan santapan. kami semua telah pun berkumpul. Aku memandang baginda. Baginda hanya menunduk memandang ke bawah sahaja.

‘ aik...bad mood ke? ’

Makanan mula dihidangkan. Kami mula makan selepas baginda selesai membacakan doa.

“ Nenda? ”

“ ye Suria? ”

“ hmm bila agaknya... air di tasik itu ...akan penuh?? ” tanya ku.

Ratu Nenda yang sedang berselera menikmati makanan terhenti. Dia memandang ke arah ku.

“ barangkali dalam 1 purnama ianya bakal penuh. ”

“ satu purnama!! ” jerit aku sambil tangan dihentakkan di meja dan aku berdiri.

Terperanjat semua dibuatnya.

Aku duduk kembali. “ maaf ”

“ mengapa sampai satu purnama? ”

“ cucunda Suria... akibat dari kekurangan tenaga kerja, Maka nya hasilnya dapat dilihat dalam satu purnama lagi ” jawab Ratu Nenda. Dia menyambung semula bersantap.

aku mengeluh berat. ‘ takkan lah sampai sebulan baru siap. aku tak nak tinggal kat sini ’

Sudah tidak ada selera mahu makan.

‘ kalau tengok petang tadi sebelum masuk bilik, aku ada nampak orang dah mula pindahkan air masuk ke dalam tasik. kejap lagi aku pergi tengok ’

Sultan Zharif memandang Puteri Suria dengan senyap-senyap. ‘ mengapa dia bertanya? ’

___________

Selepas sahaja solat isyak, aku terus duduk di dalam bilik sahaja. Niat aku untuk pergi ke tasik tidak kesampaian disebabkan aku sentiasa ditemani oleh dua orang dayang kesayangan Puteri Suria. Siapa lagi kalau bukan Ketua Som dan Siti. kalau pergi mana-mana saja, mesti diikutnya.

Aku berjalan menuju ke arah jendela. aku memandang langit. gelap. “ mungkin dah pukul 11 kot. ”

Aku menutup jendela semula, lalu pergi ke arah pintu dan dibukanya sedikit. ‘ eh tak ada orang? ’

Aku buka luas bagi memastikan tiada orang yang berjaga diluar. ‘ ehh memang tak ada lah. aku ingatkan dia akan sentiasa berkawal sepanjang malam. tak apalah. lagi memudahkan kerja aku ’

Aku menutup pintu semula. Aku mengambil kain tudung bagi menutup kepala agar tiada siapa yang perasan. Aku akan keluar ikut pintu bilik air.

Aku buka pintu bilik air itu dan melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu. Tiada orang. Aku berjalan perlahan-lahan. menyorok disebalik semak samun.

Nasib baiklah istana ini diterangi oleh api obor-obor.

nak dijadikan cerita, aku tiba di tasik istana. Tiada sesiapa pun disitu, malah air di dalam tasik juga tidak ada penambahan.

“ apa diorang ni tak buat kerja ke? ”

aku terduduk lemah di tanah. “ sampai bila aku nak kena duduk kat sini... aku tak nakkk huwahhh.”

menangis. itu sahaja yang aku mampu sekarang ini.

“ Suria... ”

Aku menoleh ke belakang. “ ma..macam mana... ”

Aku lihat Sultan Zharif berdiri tengah menghadapnya. Mukanya dingin. Aku berdiri tegak.

“ macam...mana...awak tahu saya ada dekat sini? ”

“ sepatutnya beta yang bertanyakan soalan itu. mengapa Suria berada di sini ” kata baginda dingin.

“ hmm ahh ambil udara segar ”

“ jadi mengapa menangis? ”

Aku mengesat air mata aku yang masih tersisa di pipi dengan kasar.

“ mana ada. tak perlulah tuanku nak ambil berat tentang saya ” kata aku. aku berjalan melintasinya.

Tapi tidak semena-mena tangan aku ditarik olehnya.

“ ishh apa ni! ”

“ beta bakal menjadi tuanku agong kepada mu, mengapa beta tidak boleh mengambil tahu tentang bakal permaisuri beta ” kata baginda. riak mukanya menujukan dia marah.

“ lepas... ”

“ apa dinda lebih suka jika Laksamana Zainab yang lebih mengambil tahu lebih lagi pada dinda ”

“ apa yang awak merepek ni...lepaskan tangan saya ” aku cuba melepaskan genggaman tangan baginda yang mencengkam kuat pengelanggan tangan aku.

Sultan Zharif POV

Baginda memandang tepat ke arah Suria. Habis selendangnya jatuh dan menampakkan rambutnya yang tidak berikat. Bila terpandang sahaja muka ‘ apa sudah aku lakukan... ’

Cengkaman direnggangkan bila melihat titisan-titisan air jernih jatuh mengalih di pipi gadis itu.

‘ mengapa aku jadi begini? adakah sebab aku cemburu? tidakk aku tidak cemburu ’ kata baginda dalam hati.

Gadis itu jatuh lemah ke tanah. Aku mendengar suara tagisan darinya.

" dinda... "

aku melutut dihadapannya. “ maafkan beta kerna berbuat demikian ”

“ saya nak balik... saya tak nak duduk sini... saya nak jumpa ayah saya huwahh ”

“ apa dinda rindu sama ayahanda serta bonda? ”

Gadis itu menganggukkan kepala. Aku lihat pipinya sudah dibasahi dengan air mata. muka pula sudah memerah.

“ sebab itukah dinda bersedih? jika begitu beta akan menghantar utusan ke kerajaan Melangwasi . usahlah dinda bersedih begini ”

Mata aku tajam memandang tangannya. Aku mengangkat tangannya dan dibawa dekat ke arah ku.

“ kenapa dengan tangan dinda ini? ” selain dari kesan cengkamannya itu ada juga kesan lain. ianya seperti melecur.

“ ohh ini melecur...saya terpegang penutup tempayan masa dekat dapur tadi ”

“ dapur? dapur istana? ”

Gadis itu mengangguk.

“ apa yang dinda buat disana? ”

“ saya tengok diorang masak ”

Aku terdiam. ‘ adakah dia pernah ke dapur istana sebelum ini? ’

“ tidak mengapa lah dinda. Mari beta bawa dinda pulang ke kamar ”

“ tak nak... saya nak balikk ”

dia menangis lagi.

Aku memeluknya. Aku dapat merasakan sendu-sendu tangisan darinya. Di gosok lembut belakang badannya.

“ sudahlah dinda... beta akan pastikan ayahanda sama ibonda dinda tiba di sini dengan selamat ”

Dia mendonggakkan kepalanya memandang aku. Jelas kelihatan mukanya yang sembam akibat menangis.

“ a.. ayahanda bonda? ”

.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience