Sultan Zharif POV,
Selepas sahaja pulang dari perarakan diraja, aku terus berlalu ke bilik kerja ku. Suria pula entah kemana. Tidak aku tanya. Setelah lama aku di dalam bilik kerja ku, aku baru tersedar yang hujan mulai turun ke bumi. Aku memandang di jendela luar.
“ lebat sungguh hujan turun. Alhamdulilah ” kata aku menunjukkan kesyukuran ke atas tuhan yang telah menurunkan hujan.
Aku terfikir sesuatu.
“ apa dia sedang lakukan sekarang? Patutkan aku melihatnya. Sekarang ini juga mahu masuk waktu senja. ”
“ mungkin dia berada di bilik peraduan sekarang? ” tanya diri aku sendiri.
Oleh itu, aku membuat keputusan untuk ke kamar ku dan ingin membersihkan diri. Aku keluar dari bilik kerja ku dan menuju ke bilik peraduan ku. Dalam perjalanan ke sana, seseorang menegur ku.
“ kanda Zharif! ”
Yang pasti bukan suara permaisuri ku. Dan aku kenali sangat dengan suara itu. Aku menoleh ke belakang.
Puteri Intan berlari ke arahnya.
“ kanda... ”
“ ada apa Puteri Intan mahu berjumpa beta? ” kata ku.
Riak muka Puteri Intan mula berubah. Mukanya masam mencuka.
“ apa sekarang ini kanda tidak mahu dinda memanggil dengan gelaran kanda. Tadi pun kanda begitu ” katanya.
“ iya. Memang beta tidak berkenan. Beta sudah pun bergelar seorang suami. Hanya isteri beta saja yang boleh memanggil beta dengan gelaran kanda. Bukan orang lain ” jawab aku.
“ kanda... Janganlah begini. Jangan buat Intan resah hati ”
“ sebab apa Puteri Intan mahu beresah hati ” saja aku mahu mengujinya.
“ kanda! Dinda tahu dinda bersalah kerna... memutuskan pertunangan kita ketika dahulu. Dinda terpaksa ” kata Puteri Intan yang seperti mahu menangis.
Ya. Kalau mahu tahu aku sama Puteri Intan Kawasin pernah bertunang 2 tahun yang lepas. dengan itulah, Suria mula jarang datang ke sini. Namun sebaik sahaja 3 bulan mengikat tali pertunangan, kerajaan Majapahit telah menghantarkan kata putus bagi memutuskan pertunangan kami berdua. Sungguh aku berduka cita mendapat perkhabaran itu tanpa aku tahu sebabnya. Oleh itu, aku menghantar Laksamana Zainab untuk mencari kebenarannya dan keputusannya mendapati bahawa Puteri Intan bakal ditunangkan dengan raja kerajaan yang sama kerabat dengannya.
Sungguh aku berduka ketika itu tetapi apa yang aku boleh lakukan hanya redhokan sahaja.
“ beta sudah lama melupakannya. Itu tidak ada hubungannya lagi dengan beta ”
“ kanda... Dinda masih lagi menyayangi kanda. Tidak bolehkah kanda menerima semula dinda ” rayunya kepada aku.
Terkejut aku mendengar rayuannya itu. “ apa Intan sudah gila. Beta sudah ada permaisuri yang akan menyinari kehidupan beta. Mengapa beta perlukan seorang wanita lagi dalam hidup beta. Lagi-lagi wanita itu yang memutuskan pertunangan hanya untuk berkahwin dengan kerabat dirajanya sahaja. ”
“ kanda tahu? Macam mana kanda boleh tahu. Maafkan dinda... Dinda terpaksa mengikuti kata ayahanda dinda. Dinda terpaksa kanda ”
“ dari mana beta tahu tidak ada kaitannya dengan Intan. Intan binalah hidup Intan yang baru. Beta hanya doakan Intan mendapat jodoh yang jauh lebih baik dari beta. Beta minta diri dahulu ” kata aku. Malas mahu berlama-lama disitu.
Aku berjalan semula meninggalkan dia seorang diri disitu.
“ kanda! ”
Panggilannya aku hiraukan. Makin lama aku disitu, semakin hati aku ini sakit bila memikirkan pengkhinati oleh cinta lama ku sendiri.
*****
Pintu aku buka. Tapi aku tidak melihat siapa pun didalam bilik ini. Aku menuju ke katil dan meletakkan tanjak ku di atas katil. Rambut aku raup beberapa kali.
“ kemana saja dia ini pergi? ” tanya aku seorang diri.
Aku duduk di atas katil. Aku teringat akan kisah lama ku bersama Intan.
Imbas kembali,
“ kanda! Tunggulah dinda! ” jerit Intan dari belakang.
Aku menoleh ke belakang sambil hanyutan tali kuda aku genggam. Aku menyuruh kuda itu memperlahankan langkah. Kuda Intan mula berada disebelahnya.
“ kanda! Janganlah tinggalkan dinda! ”
“ dinda itu...lambat sungguh ”
“ ishh kanda ini! Dinda ini kan tidak mahir sangat dalam menunggang kuda. Malah mahu menunggang kuda ketika memanah pun asyik tersasar saja dari sasaran ” marah Intan.. Mulutnya mula muncung.
“ baiklah. Maafkan kanda ya. Jangan mulutnya dimuncung.. sudah seperti itik hahaha ” usik aku lalu mengarahkan kuda melajukan langkah dan meninggalkan Intan di belakang.
“ hey kanda!! Apa kanda cakap tadi hmph! Nak kena nii! ” jerit Intan dari belakang.
Ketika itu kami bersiar-siar sambil menunggang kuda di kerajaan Majapahit.
Imbas kembali tamat.
Itulah kenangan manis ketika aku dan Intan masih lagi menjadi tunangan. Namun, sebelum pertunangan aku dan Intan diadakan, Suria pernah mengatakan perasaannya kepada aku.
Imbas kembali,
“ ada apa Suria mahu berjumpa dengan beta? ” tanya aku bila dia sudah tiba.
Katanya mahu berjumpa dengan ku di dewan perlatihan. Hari ini juga Suria dan Raja Dika Mayan datang ke istana.
“ hmm sebenarnya Suria mahu katakan sesuatu kepada kanda ” katanya dengan malu-malu.
Aku memandangnya. “ apa yang Suria mahu tanyakan? ”
“ hmm... Se...sebenarnya... Suria... ”
“ suria apa? ”
“ suria suka sama kanda! ” katanya dengan laju.
Aku terdiam.
“ sebenarnya... Sejak dari kecil lagi Suria sukakan kanda. Sebab itulah Suria selalu datang kesini jika ayahanda ada urusan ke sini. ”
“ apa yang Suria katakan ini!? “ marah aku.
Mukanya terkejut melihat aku memarahnya.
“ beta hanya anggap Suria sebagai seorang kawan saja. Tidak lebih dari itu. Suria juga tahu bukan yang beta bakal bertunang dengan Intan. Mengapa masih lagi Suria mahu mengatakan ini kepada beta ”
Mukanya berkerut. “ kanda..ba..bakal bertunang? ”.
Dia sepertinya tidak tahu.
“ iya. Rombongan peminangan akan dihantar minggu depan. ”
Dia terdiam. Tidak berkata apa-apa pun.
“ beta minta maaf. Beta tidak sukakan Suria. Beta hanya mencintai Puteri Intan Kawasin sahaja. Beta pergi dahulu ” kata aku dan keluar dari dewan perlatihan meninggalkan Suria seorang diri di dalam itu.
Imbas kembali tamat.
Aku termenung jauh memikirkan kejadian itu. Aku berterus-terang menyatakan tidak suka aku kepada Suria ketika itu kerna aku sangat mencintai Intan. Sejak itu Suria tidak datang lagi ke istana hanya Raja Dika Mayan dan kedua anakandanya Puteri Melur dan Puteri Mawar yang selalu datang. Aku pula ketika itu tidak hairan dan tidak berada bersalah pun dengan kelakuan aku.
Imbas kembali,
Setelah aku meninggalkan Suria di dewan perlatihan, terus aku ke Balai Rom Seri. Aku lihat ada ayahanda ku dan Raja Dika Mayan sedang asyik berborak. Aku menunduk hormat kepada baginda berdua.
“ ha.. anakanda. Mananya Suria? Tadi katanya mahu berjumpa sama anakanda ” tanya ayahanda ku Sultan Mahmud.
“ hmmm rasanya Suria masih ada lagi di tasik istana ” jawab aku sambil duduk di sebelah ayahanda ku.
Aku terdengar bunyi langkah kaki menuju ke arah bilik ini. Aku melihat ke arah pintu. Suria masuk dengan langkah yang laju. Dia terus menuju ke ayahandanya dan duduk. Dia langsung tidak memandang aku.
“ ayahanda... Mari kita pulang ayahanda ” katanya.
“ ehh mengapa anakanda mahu pulang? ”
“ sebenarnya anakanda lupa... Anakanda sama Ros dan lain-lain ada berjanji mahu tidur di kediamannya esok ” kata Suria lagi.
“ ishh anakanda ni. Bagaimana boleh lupa. Jika begitu marilah kita pulang ya ” balas Raja Dika Mayan.
Raja Dika Mayan memandang Sultan Mahmud.
“ Mahmud... Nampak gayanya tidak boleh lah kita berborak lama. Suria ini mahu pulang pula hahaha ” kata Raja Dika Mayan kepada ayahanda ku.
“ ohh begitukah. Kenapa Suria mahu pulang awal? Selalunya Suria beradu di sini dua ke tiga hari bukan ” tanya Sultan Mahmud kepada Suria.
Suria mengangkat kepala dan hanya memandang ayahanda ku.
“ maaf ya Pak Mud. Suria lupa yang Suria ada berjanji sama Ros, mahu beradu di kediamannya esok ” jawab Suria.
Aku dapat lihat mukanya yang sedikit merah. Matanya juga sedikit bengkak. ‘ barangkali dia menangis ’
“ ohh jika begitu... Marilah Pak Mud menemani Ria dan Dika ke kereta kuda. Mari ” ajak Sultan Mahmud.
Itulah panggil ayahanda ku kepada Suria. Ayahanda ku suka jika memanggil Suria dengan panggilan Ria. Suria pula suka memanggil ayahanda ku dengan panggilan Pak Mud. Suria juga rapat dengan ayahanda ku berbanding dengan Intan. Maka dengan itu mereka bertiga meninggalkan balai ini.
Aku sepertinya tahu kenapa Suria mahu pulang dengan segera. Mungkin dia kecewa.
Imbas kembali tamat.
Sungguh aku menyesali kata-kata aku ketika itu. Aku juga tidak pernah mengucapkan kata maaf kepadanya.
*******
Share this novel