Puteri Suria POV
Senang hati aku bila menceritakan zaman aku kepada mereka berdua. Apa yang aku ceritakan itu semuanya memang betul-betul terjadi.
aku memandang tasik itu dengan damai. Teringat keluarga ku di zaman ku. Apalah yang mereka lakukan. bagaimana dengan keadaan aku disana.
kalau aku ada disini, siapa yang berada di zaman ku. kadang-kadang aku terasa sedih bila memikirkannya.
_____
Sultan Zharif POV
Baginda yang sedang duduk termenung di dalam bilik kerjaanya menatap lama memandang ke luar jendela. Hatinya sungguh panas sekarang. Baginda teringat kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.
Imbas kembali,
Setelah sahaja bersantap tengahari, aku mahu berjumpa samanya Suria. Mahu bertanyakan hal perkahwinannya. Berani-beraninya menyatakan soalan itu kepada Ratu Nenda sepertinya dia tidak mahu perkahwinan itu berlangsung.
Pergi ke kediaman peraduannya, dayang disitu katakan dia tidak tiba disitu. Ketua Som dan Siti juga turut berada di situ. Makaku suruh mereka mencarinya.
Aku tidak boleh menunggu lama disitu, jadinya aku turut juga mencarinya. Agak lama juga aku mencarinya.
Di bilik bacaan tiada.
Di dewan istirehat juga tiada.
Di dapur istana juga tiada.
Kemana lagi si gadis itu pergi. Baru baginda terfikir yang Suria banyak kali menyoalkan tentang tasik istana.
“ kemungkinan dia disana ” kata aku lalu bergerak menuju ke tasik istana.
Bila sampai di sana, niat untuk bertemunya hilang serta-merta. “ apa yang laksamana buat disitu? ”
aku lihat Suria bersama-sama Laksamana Zainab dan Dayang Siti duduk bersantai di tepi tasik. kelihatan Suria sepertinya sedang berceritakan sesuatu.
“ apa yang mereka bualkan? ”
Apa yang lagi menyakitkan hatinya bila melihat Laksamana Zainab tidak renggang dari memandang tepat ke arah Suria. Perasaannya tiba-tiba berubah.
“ mengapa aku perlu berduka cita? aku tidak menyukainya. ” kata baginda seorang diri.
“ ada baiknya aku pulang dahulu ke bilik kerja ku ” kata baginda lagi dan melangkah pergi dari situ.
imbas kembali tamat.
Baginda duduk di atas kerusinya. Banyak lagi hal yang perlu dia lakukan selain dari memikirkan tentang gadis itu.
Dia menyelak satu-persatu helaian buku laporan berkaitan tentang rakyat.
( di dalam helaian tersebut )
Kampung Simbah Sini
Permasalahan;
1. kekurangan tempat tinggal bagi penduduk.
2 . sumber makanan yang tidak mencukupi.
3. penempatan bagi pedagang asing
4. keizinan pedagang asing memulakan perniagaan.
Kening terangkat bila baca laporan ini. Ada yang pelik.
“ bukankah peruntukkan bagi Kampung Simbah Sini telah pun aku luluskan. mengapa masih lagi kurang tempat tinggal untuk rakyat? Tapi, telah pun aku lihat semua bahan binaan mencukupi sebelum dihantar ke sana. mengapa pula masih berkurangan? ” tanya baginda seorang diri.
Baginda terasa ingin memeriksa laporan jual beli antara penjual. siapa yang menguruskan hal ini?
Di bukanya buku laporan itu. “ pembesar Tun Seri Jaafar? Tapi... jika lihat dari sini, sepatutnya Kampung Simbah Sini tidak akan mengalami kekurangan. bekalan makanan juga selalu dihantar setiap purnama ke sana. mengapa masih lagi tidak mencukupi? ”
sungguh pelik. ada yang tidak kena. Lagipun, semasa pemerintahan almarhum ayahandanya terdapat dua pecahan pembesar telah berlaku. pembesar dibahagikan kepada dua iaitu Pembesar Istana dan Pembesar Daerah.
Tugas pembesar istana ialah mereka hanya bertugas di sekitar istana. Bagi membantu baginda Sultan menguruskan hal ehwal negara. Manakala bagi pembesar Daerah, mereka akan ditempatkan di satu daerah bagi menguruskan hal ehwal penduduk bersama dengan penghulu kampung.
Dahulunya, setiap laporan rakyat akan disalurkan melalui pembesar daerah sahaja. Namun begitu, sejak aku menaiki takhta sebagai seorang sultan, telah pun aku ubah corak pemerintahan. Penghulu kampung juga berhak untuk menghadap sultan untuk membincangkan hal ehwal penduduk di kampung masing-masing.
Kedengaran ketukan dari luar. Aku menanti penguguman dari hulubalang yang berkawal di hadapan pintu itu.
“ Datuk Bendahara Abu datang menghadap ke bawah duli yang mulai Tuanku baginda Sultan Zharif! ” jeritan hulubalang dari luar.
‘ ohh datuk bendahara rupanya ’ omel aku dalam hati.
“ beta perkenankan! ” kata aku dari dalam. Bilik ini juga aku tidak benarkan sesiapa pun masuk, termasuklah 4 pembesar. Dulunya bilik ini juga didiami oleh almarhum ayahanda, kini dimiliki oleh aku.
Kelihatan seorang lelaki yang sedikit berusia masuk setelah pintu dibuka. aku lihat sahaja lelaki tua itu berjalan menuju ke arahnya. kemudian dia merapatkan kedua telapak tangannya dan dinaikkan ke dahi.
“ ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun, patik bendahara Abu datang menghadap ” kata Bendahara Abu.
Tangannya dijatuhkan ke bawah.
aku kembali membelik buku laporan yang masih berada di tangan.
“ apa hajat kamu datang menghadap beta datuk bendahara? ”
“ tuanku.. patik datang menghadap tuanku kerna ingin menyampaikan khabar berita kepada tuanku ”
“ khabar berita apa itu datuk bendaraha? ”
“ tuanku.. patik sebenarnya baru pulang dari kediaman peraduan Ratu Nenda. Ratu Nenda telah mengarahkan kesemua dayang dan hulubalang untuk mengisi semula tasik istana dengan air tuanku ”
mata aku tidak lagi membelek buku laporan, sebaliknya aku mengalih pandangan memandang datuk bendahara Abu.
“ Ratu Nenda mengatakan demikian? Tapi mengapa dengan tiba-tiba? Apa datuk bendaraha tahu? ” tanya aku. Pelik sungguh bila nendanya mengarahkan berbuat demikian.
“ yang itu patik kurang periksa tuanku. Ada kemungkinannya Puteri Suria berjaya memujuk Ratu Nenda untuk mengisi semula tasik dengan air. ”
Aku terdiam seketika. ‘ mengapa dia bersungguh-sungguh mahukan tasik itu diisi semula dengan air? apa dia ada muslihat lain? ’ agak aku.
“ tidak mengapa datuk bendahara. kamu teruskan sahaja titah dari Ratu Nenda itu. Beta perkenankan titah tersebut ” kata aku kepada bendahara Abu.
“ menjunjung perintah tuanku. jika begitu, patik mohon undur diri terlebih dahulu tuanku ”
Aku hanya mengangguk.
Baru sahaja bendaraha Abu mahu keluar dari bilik ini, cepat-cepat aku memanggilnya.
“ Datuk bendahara! ”
“ ye Tuanku? ”
“ Boleh beta minta pertolongan kamu? ”
Datuk Bendaraha Abu terpingga-pingga. menanti balasan aku.
__________
“ baginda mahu berjumpa sama hamba datuk? ”
“ iya. hamba baru sahaja pulang dari menghadap baginda sultan. kata tuanku, mahu Laksamana menghadapnya ”
“ sekarang ini? ”
Bendaraha Abu menganggukkan kepala.
“ baiklah. jika begitu, hamba minta diri dulu. ”
Oleh itu, Laksamana menuju ke bilik kerjaan baginda sultan. Sebaik sahaja sampai, aku mengarahkan hulubalang yang berkawal untuk menyatakan kehadirannya disitu.
“ Laksamana Zainab datang menghadap ke bawah duli yang mulai Tuanku baginda Sultan Zharif! ” jeritan hulubalang itu.
“ beta perkenankan! ”
Maka pintu dibuka dan aku berjalan masuk ke dalam. Aku lihat baginda berdiri menghadap jendela.
Aku memberi tunduk hormat terlebih dahulu.
“ ampun tuanku, patik Laksamana Zainab datang menghadap ”
Baginda menoleh memandang ku.
“ apa kamu tahu mengapa beta memanggil kamu menghadap beta ” kata baginda. Aku dapat melihat pandangan baginda agak dingin.
.......
Share this novel