Puteri Suria POV
selepas sahaja makan tengahari, aku terus meminta diri untuk pergi dari balai santapan. malas nak lama-lama disitu. Lagi-lagi menghadap muka tuanku.
Memandangkan ketua Som dan Siti tiada dengannya sekarang, dia boleh bersiar-siar seorang diri.
Aku sudah mula terima hakikat bahawa aku sudah termasuk ke zaman ini. Tapi bukan menerima akan terus duduk di sini, aku tetap akan cari jalan untuk pulang ke zaman ku yang asal.
Aku berniat untuk pergi ke tasik istana sebentar tadi, jadinya ke sana jugalah aku akan pergi sekarang ini. Aku sudah tahu jalan ke sana jadinya aku tak kan sesat.
aku memandang pakaian ku. “ cantik juga kan pakaian orang zaman dulu ”
Emylia memakai baju kebaya berwarna anggur dan berselendang putih. Kulit Suria sungguh putih bak merpati dan lembutnya tidak terkata. entah apa yang dipakai oleh orang zaman dulu kan. bukan ada losyen pun zama ini.
aku berjalan ke tasik istana. sampai sahaja disitu, terkejut aku melihat keadaan tasik itu.
“ Mak ai! sampai kering tasik ni dibuatnya! ”
aku memandang ke kiri dan kanan. sekarang ini tasik ini hanya dihiasi dengan bunga-bungaan yang cantik sahaja.
“ ishh tak boleh jadi ni. aku kena jumpa juga dengan Ratu Nenda ”
Aku mula berjalan semula. tanpa aku sedar yang aku tidak tahu mahu kemana. bukan aku tahu pun tempat ini. aku tercari-cari seseorang yang boleh aku bertanya. sehinggakan aku nampak seorang lelaki yang sedikit tegap badannya, berpakaian baju melayu lengkap serta berkeris yang elok tersangkut di pinggangnya.
“ fuhh... memang tak boleh dikalahkan. ada juga lelaki handsome zaman dahulu kala ya. baik aku tanya dia ”
aku memanggilnya.
“ hey! awak di sana tu! ” panggil ku.
Lelaki itu menoleh ke belakang. aku tergamam. mukanya sungguh kacak. Seperti pelakon Syukri Yahya. Rambutnya dipotong pendek dan ada sedikit jambang yang kemas. lelaki itu mula mendekati aku. Aku pula masih beku berdiri di situ.
Dia menunduk hormat terlebih dahulu.
“ Ye Tuanku? ada apa tuanku memanggil patik? ” tanya lelaki itu.
Suria masih termenung memandang muka jejaka itu.
Lelaki itu mula mengangkat kening. “ hmm tuanku? ”
baru aku tersedar. “ ha ye. hmm a...awak tahu tak dekat mana tempat Ratu Nenda? ” agak tergagap-gagap aku nak bercakap. Yelah, kacak orangnya!
“ apa tuanku mahu ke kediaman ratu nenda? ”
aku mengangguk kepala tanda betul.
“ biar patik yang iringi tuanku ke kediaman ratu nenda ”
“ okeh ” aku lagi suka kalau dia ikut sekali hehe.
“ okehh? apa itu tuanku? ” tanya dia pelik dengan perkataan aku itu.
“ maksud okeh itu baiklah wahai abang kacak ” jawab aku. tersenyum sipu aku.
“ ohh begitu yah tuanku. jikalau abang itu apa pula maksudnya? ” tanyanya lagi.
sambil kami berjalan, sambil itulah kami berborak. aku memandangnya.
“ abang itu maksudnya kanda. mengerti? ” jawab aku dengan sopan.
aku dapat lihat lelaki itu seperti terkejut dengan panggil itu, tapi dia pandai cover. dia hanya senyum sahaja dan mengangguk faham.
“ ohh iya. apa nama mu? ” tanya aku pula. asyik dia jer tanya.
“ apa tuanku lupa sama patik? ”
soalan dia buat aku berhenti berjalan. dia pun sama.
“ hmm saya lupa sikitlah. yalah tidur untuk Lima hari lamanya kan hahaha ” jawab aku dengan suara yang janggal.
“ ohh kalau begitu patik mengerti. nama patik Zainab. Laksamana Zainab tuanku ”
“ Laksamana? panglima perang bukan? ”
“ ye. patik ialah ketua panglima perang bagi kerajaan Langka Buana. maafkan patik kerna patik kurang berada di istana. patik menguruskan hal-hal di sempadan kerajaan ” jawab Laksamana Zainab.
“ ohh begitu. ”
‘ nasiblah dia jarang jumpa Suria. tak ada lah aku kena jawab soalan dia macam-macam ’ lega Emylia dibuatnya.
kami berjalan semula.
“ boleh tidak kalau saya panggil awak Abang Zain? ”
“ jikalau itu yang tuanku mahukan, patik dengan suka hatinya menerima panggil itu tuanku ” jawab Laksamana Zainab dengan riang.
‘ aduhai... lembutnya suara dia. cair sis~~ ’ luah aku dalam hati.
“ baiklah... abang Zain hahaha ” kata aku dengan malu-malu.
Dengan sikap aku yang tersipu malu itu membuatkan lelaki itu turut tergelak kecil.
_______
kami tiba di satu kediaman yang agak terasing dari perkarangan istana. Dah macam rumah pun ada juga. macam rumah teres tapi satu tingkat jelah.
“ tuanku...inilah kediaman peraduan Ratu Nenda ” kata Laksamana Zainab.
“ kenapa tempat dia agak terasing? ”
“ itu kerna Ratu Nenda suka duduk sendiri dari duduk bersama anakanda nya dan cucundanya. ”
“ ohh... hmm Abang Zain, boleh tidak kalau abang panggil saya dengan nama sahaja? tidak selesa lah panggil saya dengan panggilan tuanku ”
“ tapi tuanku...itu adat istiadat istana. patik perlu menghormati kerabat diraja ”
“ ishh kalau depan kerabat diraja awak boleh panggil saya Tuanku...tapi kalau dengan saya seorang saja panggil saya Suria okehh "
“ jika itu yang tuanku...eh maksud abang...Suria mahukan, abang akan terimanya ”
senyuman manis mula terukir di bibir ku. Tidak perlulah dia nak berformal sangat. ada juga orang nak buat teman borak.
“ hmm abang? boleh tak kalau abang teman Suria bertemu dengan Ratu Nenda? ”
Laksamana Zainab mengangguk kepala tanda boleh. aku menarik nafas terlebih dahulu mencari kekuatan walaupun sudah berjumpa Ratu Nenda ketika makan tengahari tadi.kami menaiki anak tangga. hanya ada 5 saja anak tangga.
“ katakan pada Ratu Nenda yang tuanku Puteri Suria datang mahu menghadap ” kata Laksamana Zainab kepada seorang dayang yang berdiri tegak di hadapan pintu kediaman ratu nenda.
dayang itu mengangguk faham dan menolehkan badan dan menghadap pintu.
“ tuanku Ratu Nenda! Tuanku Puteri Suria datang bersama Laksamana Zainab menghadap tuanku Ratu Nenda! ” kata dayang itu.
‘ agaknya memang ini ke adat istana jika ada orang yang nak jumpa. ’ omel aku dalam hati.
Tidak lama kemudian pintu dibuka dari dalam. Nampak seorang dayang lagi yang sedikit tua usianya. dia mempersilakan kami berdua masuk.
“ tuanku dan Laksamana silakan masuk. Ratu Nenda memperkenankan kedatangan tuanku dan Laksamana ke sini. silakan ” kata dayang itu.
Maka kami masuk. aku dapat lihat Ratu Nenda sedang duduk bersila sambil memandang cermin. Aku dan Laksamana Zainab sudah berdiri di hadapannya. aku nampak Laksamana Zainab menunduk hormat, tapi aku tak buat pun. aku kan tuanku Puteri hahaha.
“ ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun. Patik Laksamana Zainab dan Puteri Suria datang menghadap Tuanku ” kata Laksamana Zainab.
Ratu Nenda mula memandang kami berdua.
“ Laksamana? mengapa kamu bersama Puteri Suria? ” tanya dia dengan muka yang sedikit dingin.
“ hmm Suria yang minta Laksamana Zainab temani Suria ke sini Ratu Nenda. hmm tidak salah bukan? ” jawab aku agar Laksamana Zainab tidak dimarahi.
Ratu Nenda mengangguk faham.
“ apa sebabnya Suria mahu berjumpa sama Nenda? ”
“ hmm Ratu Nenda...Suria mahu tanya sesuatu. mengapa Ratu Nenda memindah air ke sungai rambai? ”
“ Nenda cuba mengelakkan kejadian yang berlaku pada Suria. Nenda tidak mahu kejadian itu berlaku lagi ”
“ tapi Ratu... ”
“ Suria...ada eloknya kamu panggil Nenda dengan Nenda ” sampuk Ratu Nenda.
“ baiklah Nenda. Nenda...kalau Nenda pindahkan air tu dekat kawasan lain..macam mana dengan tasik tu? hilanglah keindahan taman istana itu tanpa tasik yang cantik ” kata aku dengan nada comel bagi memudahkan pemangsa nya itu agar permintaannya ditunaikan.
“ tidak! Nenda tidak akan memindahkan air itu semula ke tasik istana. ”
“ alah Nenda! ”
“ Suria! Nenda kata sudah. sudah. faham! ” kata Ratu Nenda. dia mula memandang cermin di sebelah sisinya.
Aku memandang sekeliling kalau..kalau ada yang boleh dibuat umpan. Mata aku terpandang beberapa kain. seperti masker muka. Bila tengok betul-betul memang masker dan Ratu Nenda ini selalu melihat dirinya di dalam cermin.
‘ dia ni obses dengan kecantikan rupanya. aku boleh umpan dia hahaha ’
“ jikalau Nenda tidak mahu memenuhkan air di tasik tidak mengapa.... Suria baru saja mahu membantu Nenda untuk menghilangkan kedutan-kedutan di muka Nenda ” umpan aku sambil menekan perkataan KEDUTAN.
Aku nampak Ratu Nenda mula berhenti dari mengurut-urut mukanya.
Aku menunduk hormat dan mula memusingkan badan. lalu berjalan ke pintu. Laksamana Zainab juga turut mengikuti langkah ku.
‘ 1...2....3... ’
“ tunggu! ”
aku tersenyum sinis. ‘ dah makan umpan ’
aku memusingkan badan menghadap Ratu Nenda. “ ye Nenda? ”
“ apa betul kata-kata Suria itu? ”
“ betul Nenda... Suria boleh beritahu lebih lagi tentang kecantikan ”
“ baiklah. jika begitu... Inang!! ”
dayang yang menjemput ku masuk tadi menuju ke arah Ratu Nenda. Personal assistant kot.
“ ye Ratu Nenda? ”
“ beritahu pada bendahara supaya menyuruh dayang-dayang serta hulubalang-hulubalang untuk mengisi semula tasik istana dengan air. atas arahan beta ” titah Ratu Nenda kepada dayang inang.
“ menjunjung perintah Ratu Nenda ”
Aku menyorok kegembiraan dalam hati.
Imbas kembali,
“ kalau aku nak balik... aku kena ikut macam yang aku kena lah kan. Suria pun jatuh dalam tasik, aku pula jatuh dalam kolam. lebih kurang samalah kan ” kata aku seorang diri. untuknya aku seorang sahaja dalam bilik ini. bilik ini pula besarnya tidak terkata. kalah bilik aku di zaman moden.
Jari aku mainkan di dagu.
“ jadi betullah kan. aku kena terjun dalam tasik tu dan yup! aku kan kembali ke zaman aku yang asal! yahoo! ”
imbas kembali tamat.
Ada sebabnya kenapa aku nak sangat tasik itu dipenuhkan oleh air. Bak peribahasa melayu mengatakan bahawa ada udang disebalik batu.
ada muslihat yang tersembunyi.
_____________
Laksamana Zainab POV
Setelah selesai dia menemani Puteri Suria dari kediaman Ratu Nenda, terus dia menemani puteri hingga ke tasik istana. Itu pun sebab Puteri Suria mahu dia temaninya.
tiba sahaja di situ, aku lihat Puteri Suria hanya termenung memandang tasik yang sudah kering.
“ Suria...apa yang Suria termenungkan itu? ”
“ tak ada apa-apa pun yang saya termenungkan. saya cuma ingat zaman saya saja ” kata Puteri Suria.
“ zaman Suria? ini kan zaman Suria? ada zaman lain kah? ”. Aku agak sedikit keliru dengan soalannya.
“ hmm maksud Suria...hmm Suria bermimpi malam tadi Hahahaha ” jawabnya dengan ketawa.
Aku tidak ketawa. soalannya itu benar-benar membuatkan aku keliru. aku benar-benar mahu tahu zaman apa yang dia mimpikan.
“ boleh tidak Suria cerita zaman yang Suria mimpikan itu? ”
“ betul apa yang abang cakap ni? ”
aku mengangguk tanda mahu mendengar ceritanya.
“ okeh duduk dulu ”
Perkataan okay juga sudah aku mengerti. jadi kami duduk beralaskan rumput-rumput kecil. tidaklah aku duduk dekat dengannya. Dia ini bakal menjadi permaisuri kepada baginda Sultan Zharif.
setelah kami duduk, terdengar satu jeritan dari belakang.
“ tuanku! ”
Rupanya Siti, dayang kepada Puteri Suria. Setelah sampai dihadapan kami, tercunggap-cunggap dia.
“ tuanku... penat hamba cari tuanku. rupanya di sini tuanku ” kata Siti sambil tercunggap-cunggap kelelahan akibat berlari.
“ maaf ye Siti hehehe. saya menghilangkan diri tadi. ” jawab Suria sambil ketawa kecil.
Perasaan aku jadi lain bila melihat dia ketawa. cepat-cepat aku hilangkan perasaan itu. ' apa kena dengan perasaan ku ’
“ eh Laksamana pun ada di sini. ampunkan hamba laksamana ” kata Siti yang baru menyedari kehadiran aku disitu.
“ tidak mengapa Siti ” jawab ku.
“ Siti... marilah duduk. saya nak bercerita ni ” kata Puteri Suria. Maka dengan itu Siti duduk di sebelah Suria.
Aku menanti cerita yang ingin gadis itu katakan.
“ dalam mimpi Suria... Suria mimpi zaman itu penuh dengan kemajuan-kemajuan teknologi yang lebih canggih dari sekarang. adanya laptop, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Di zaman itu Suria ialah seorang tukang masak di sebuah restoran yang sangat terkenal. ” kata aku.
“ laptop? apa itu? ” tanya Siti.
“ haha laptop itu ialah satu alat teknologi yang dicipta oleh manusia. Laptop memudahkan manusia mencari maklumat dari seluruh pelusuk dunia. ”
“ wahh canggih sungguh alat itu ” kata aku dengan nada sedikit teruja.
“ ye memang canggih. berbalik kepada cerita Suria tadi... senang cerita semuanya akan berubah. tidak seperti sekarang ini ” sambung Puteri Suria kembali.
“ tuanku .. bagaimana pula dengan istana ini? apakah ianya akan berubah juga? ” tanya Siti lagi. dari pertanyaan itu, menampakkan dia betul-betul ingin tahu. aku juga menanti jawapan dari Puteri Suria.
Dia tersenyum. apa maksud disebalik senyuman itu?
“ semuanya berubah tapi tidak bagi istana ini ”
“ macam mana itu? ” tanya aku.
“ istana ialah satu tempat paling bersejarah untuk semua orang. dari situ semua orang dapat tahu apa yang berlaku pada zaman dahulu. Istana akan diperbaiki untuk dipertontonkan kepada generasi yang akan datang ” jawab Puteri Suria lagi.
Jawapan betul-betul menerujakan aku untuk mengenali lebih dalam tentang zaman yang dia mimpikan.
Sungguh menarik!
“ hmm Suria.. siapa itu generasi akan datang? ”
“ hahaha generasi akan datang itu ialah anak cucu kita. Semua peninggalan ini akan mengajar mereka mengenali peristiwa-peristiwa yang berlaku dahulu kala. ” katanya lagi dengan pandangan yang redup memandang ke arah tasik.
Pandangannya itu langsung tidak aku mengerti. apa dia sedang berduka?
........
Share this novel