Bab 18

Fantasy Series 1070

Aku berjalan ke bilik peraduan ku dan baginda sultan. Hari ini sungguh letih. Hujan juga tidak henti-henti dari petang tadi.

Sebentar tadi ada juga aku melihat seketika tasik istana, airnya bakal penuh.

" jika diikutkan kiraan... mungkin esok atau dua hari akan penuh tasik itu...ishh tak sabarnya " kata aku seorang diri.

Aku berada di depan pintu bilik peraduan. Lalu dibuka. Setelah masuk, aku melihat baginda sedang duduk menyendiri di tepi jendela. Elok saja baginda bersila di lantai.

' kenapa dengan dia? '

Aku mendekatinya. Aku berdiri di depannya.

" awak...kenapa ni? duduklah atas sofa " kata ku dengan menyuruh baginda duduk di atas sofa.

Namun baginda diam membisu. Aku sudah pelik. Aku duduk di hadapannya.

" awak...kenapa ni? awak ada masalah ke? " tanya aku kepadanya.

Baginda mengangkat muka. Aku terkejut melihat muka baginda yang sedikit basah oleh linangan air matanya.

" awak...awak menangis ke? " tanya aku. Pelik juga aku tiba-tiba saja dia begini.

Baginda diam lagi.

" Suria... " serunya.

" ye? "

Secara tiba-tiba tangan aku ditarik dan aku jatuh ke dalam dakapannya. Terbeliak mata aku dibuatnya.

" ehh apa awak buat ni! Lepas! " kata aku sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

Namun dakapan baginda semakin diperkemaskan. Aku terdengar bunyi sendu tangisnya.

" maafkan kanda akan kesilapan kanda dahulu... " kata baginda.

Aku sudah pelik. ' kesilapan? Apa yang dia buat pada Suria? '

" izinkan kanda memetik semula hati dinda... Izinkan kanda " kata baginda lagi.

' hati? Apa dia pernah melukai hati Suria? ' tanya aku lagi.

Tangisnya semakin kuat.

Aku berada kesian kepadanya. Namun hati aku tertanya-tanya apakah kesilapan yang dimaksudkan oleh baginda.

Aku mengusap belakangnya bagi menenangkannya.

' aku kena cari tahu apa yang dia cakapkan tadi...mesti ada konflik antara diorang berdua ' nekad aku.

__________

Kampung Simbah Sini, Langka Buana...

Pagi yang sungguh cerah hari ini. Ramai rakyat yang keluar bekerja. Ada yang bercucuk tanam, menukang dan banyak lagi aktiviti tradisional yang dikerjakan oleh penduduk kampung Simbah Sini.

" Siti... Kamu pergi belikan barang ini ya. Ini untuk tuanku Permaisuri " pinta Ketua Som.

Siti mengambil huluran kertas itu.
" baiklah ketua Som "

" kita jumpa disini saja. Aku mahu pergi ke sana. "

" baiklah " kata Siti dan berjalan ke arah gerai-gerai yang dibuka di pasar Simbah Sini.

Sesak sungguh dipasar ini.

" amboi...ramai sungguh hari ini " kata Siti. Bakul di tangan dipegang erat agar tidak jatuh.

Siti melihat kertas yang diberikan oleh ketua Som.

Barangan yang perlu dibeli

Madu
Limau
Teh
Serai

"

madu...limau...teh dn serai... Baiklah " Siti memulakan pencarian.

Akhirnya semua bahan dapat tetapi satu sahaja.

" sudah aku cari di semua gerai...tapi tidak aku jumpa madu... Mana lagi mahu aku cari? " kata Siti yang sudah berada di tengah-tengah pasar itu.

" cucu... "

Siti menoleh ke belakang. Terlihat seorang nenek tua berdiri elok di belakang aku.

" hmm ye nek? "

" cucu mencari madu kah? " kata nenek itu.

Perlahan-lahan Siti angguk kepala.

" ye nek "

Nenek itu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jubahnya. Nenek itu menghulurkan barangan itu kepada Siti.

" apa ini nek? "

" inilah madu... Anak nenek menjual madu di hujung pasar ini " jawab nenek itu.

Siti sudah pelik. " tapi nek.. tadi cucu sudah pergi ke hujung pasar. Tidak pula cucu jumpa gerai menjual madu "

" hahaha... Hari ini tidak dibuka gerainya. Nenek cuma menjual menjajah saja " jawab nenek itu lagi.

" ohh begitu kah... Bolehlah cucu membeli madu itu? " kata Siti. Akhirnya jumpa juga madu.

" boleh cucu...tapi madu ini tidak nenek jual... Nenek berikan saja..kerna ini madu tinggal satu saja...nenek mahu balik cepat ke rumah...ambillah cu "

" Siti! Mari! Kita mahu bergerak sekarang! " jeritan ketua Som boleh aku dengari.

" terima kasih ya nek...cucu minta diri dulu " kata Siti sambil meletakkan madu yang elok berbungkus daun pisang itu ke dalam bakul raga. Lalu Siti berlari ke arah Ketua Som yang sudah naik ke atas kereta kuda.

Nenek itu hanya memerhati sahaja kereta kuda itu bergerak meninggalkan kawasan pasar. Lalu nenek itu berjalan ke kawasan hutan.

" hahahaha " ketawa nenek itu.

" HAHAHAHAH " ketawanya sungguh mengerikan.

Selepas sahaja melepasi satu batang pokok yang besar dan rendang, tiba-tiba bentuk tubuh nenek itu bertukar menjadi seorang jejaka.

" hahaha... Sultan Zharif... Aku bakal mendapat hak aku semula... Hak yang kau rampas! " kata Leman.

Rupanya Leman telah menyamar menjadi nenek tua yang menjual madu kepada dayang utama Permaisuri Suria.

Leman tersenyum senggih. " bila saja madu itu dicampurkan dengan air...engkau bakal datang kepada ku Suria... " kata Leman sambil tergelak-gelak.

Rancangannya untuk meruntuhkan keturunan Sultan Mahmud bakal menjadi.

Leman naik ke atas kuda dan meninggalkan tempat itu.

___________

Suria duduk menyendiri di taman bunga istana. Sungguh dia malu kejadian pagi tadi.

" haihhh.... Malunya! "

Imbas kembali,

Aku membuka mata perlahan-lahan bila terasa cahaya menyinari mata ku. Aku mengeliat kecil.

Baru aku mahu bangunkan diri, terasa berat di pinggan ku. Aku selak selimut dan terlibat satu tangan elok terlekat di pinggang ku.

Perlahan-lahan aku memandang ke belakang. Terkejut aku dibuatnya.

Aku lihat baginda sedang elok beradu sambil memeluk pinggang ku. Rapat sungguh kedudukan aku dan baginda.

Aku memandang ke hadapan semula.

' ishh macam mana boleh tidur satu katil ni...rasanya lepas dia peluk aku malam tadi aku tertidur agaknya dekat bahu dia... Mesti dia dukung aku '

Aku mengalirkan perlahan-lahan tangannya. Akhirnya berjaya dan aku turun dari katil.

Imbas kembali tamat...

" ya Allah malunya.... First time aku tidur satu katil dengan lelaki... "

Aku memegang kedua pipi ku. Terasa panas. Dikibas-kibas pipi ku dengan tangan.

" macam manalah aku nak tengok muka dia... Malu... "

Aku berpusing-pusing.

Begitu malunya sampai tidak mahu melihat muka baginda. Sudahlah sampai solat subuh pun terlajak. Nasib aku sudah qada solat aku. Tadi pun lepas berkemas terus aku keluar dari bilik itu ketika baginda masih lena beradu.

" haihh kalau jumpa dia confirm I lari tau "

Tiba-tiba aku ternampak Ketua Som dan Siti yang sedang membawa beberapa bakul.

" apa yang diorang bawak tu? "

" Siti! Ketua Som! " jerit aku kuat untuk memanggil mereka.

Mereka mendengar jeritan ku dan menuju ke arah aku.

" ada apa tuanku Permaisuri? " kata Ketua Som.

" kamu berdua pergi ke mana... Saya cari tau pagi tadi... Tak jumpa pun " kata aku kepada mereka.

" ohh kami berdua pergi ke pasar untuk membeli barangan untuk permaisuri " balas Siti pula.

" barang untuk saya? Apa itu? "

" barangan untuk meningkatkan kewanitaan seseorang wanita yang sudah bergelar isteri tuanku " balas Ketua Som.

" ha? Apa itu? Ke...kewanitaan? " aku pelik dengan jawapan Ketua Som.

Mereka berdua tergelak kecil. " tidak mengapa lah tuanku...tuanku tunggu saja minuman itu sampai ke tuanku " kata Siti.

" ohh baiklah jika begitu " balas ku

.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience