“ saya mahu pulang... ”
......
Japawannya itu sungguh mengganggu fikiran ku. Bulu burung yang digunakan untuk menulis diletakkan kembali ke tempatnya. Selepas saja melihat hasil ciptaan gadis itu terus aku pulang semula ke bilik kerja ku.
Fikiran aku terganggu bila mendengar jawapan gadis itu.
“ hairan... dia mahu pulang ke Kerajaan Melangwasi. Jadi mengapa perlu penuhkan air di tasik itu? Apa kaitannya tasik itu dengan pulang? Jika dia mahu pulang, dia boleh saja pulang. tidak perlulah tunggu tasik itu sehingga penuh dengan air ”
Berbagai-bagai persoalan bermain di benih fikirannya sekarang.
Aku mengambil semula bulu burung dan dicelup sedikit hujung bulu ke dalam dakwat. Aku perlu melakukan tugas ku semula. Aku menulis sesuatu di atas kertas.
Tiba-tiba aku terhenti dari menulis.
“ aku juga tidak pernah setuju akan perkahwinan ini... tapi mengapa dia yang sering kali mengelak jika ada orang yang bertanyakan tentang itu. bukankah sepatutnya aku yang berbuat begitu... Apa sekarang dia sudah sedar yang perkahwinan ini satu paksaan? ”
Sudah! terganggu masa kerjanya.
___________
Puteri Suria POV,
Aku sekarang berada di dapur istana. Bosan! tidak tahu nak buat apa. Aku melihat keadaan dapur istana. semuanya sibuk melakukan pekerjaan masing-masing. Aku seorang saja yang duduk termenung seperti tunggul kayu. Di sisi aku pula berdirinya ketua Som dan Siti.
Aku bertongkat dagu. Tapi dalam fikiran aku sekarang, terbayang-bayang satu kek coklat. Peh sedap kalau dapat makan ni. terasa nak manisan pula.
“ Siti... ” panggil aku.
“ ye Tuanku? ”
“ ada kek coklat tak? ” tanya aku.
“ kek coklat... hmm rasanya ada tuanku. tunggu sekejap ya tuanku ” katanya lalu berlari arnab ke satu tempat.
“ eh ada ke? ”
Aku menanti kehadirannya. tidak lama lepas itu Siti muncul kembali. Dia menunjukkan sesuatu kepada ku.
“ ini dia kek coklat tuanku! ”
aku memandang piring yang berisi makanan itu. Bila pandang, rasa nak gelak.
“ HAHAHA! ”
“ mengapa tuanku ketawa? ” Siti memandang makanan itu.
“ Siti... itu bukan kek coklat...tapi ini kuih lapis hahaha ”
Aku bangun dari duduk. Aku bergerak ke tengah-tengah dapur. “ let's do this! ”
Aku memakai apron bagi mengelakkan baju aku kotor. Dah lama ni tak masak-masak.
“ tuanku... apa bahan yang tuanku mahukan? ” tanya Ketua Merah.
“ hmm saya nak serbuk koko, mentega, gula halus, susu pekat, baking soda, esen vanilla, minyak, tepung gandum dan 5 biji telur ” kata aku kepada mereka.
“ yang baking soda dan esen vanilla itu apa tuanku? tidak pernah hamba mendengarnya sebelum ini ” jawab Ketua Som.
Aku menepuk dahi. “ aduh lupa pula. manalah ada bahan-bahan ni. ”
“ serbuk koko ada? ”
“ ada tuanku. Inang bawakan kemari buah Koko itu ”
Salah seorang pembantu dapur membawa satu bakul yang bertutup. Aku membuka penutup bakul itu. ada sebiji sahaja buah koko. Aku mengambil buah itu. Aku tahu nk buat apa.
“ mentega? ” tanya aku.
“ apa itu tuanku? ”
Ah sudah! semua tak ada hahaha.
“ mana susu? ”
“ ada di tempayan di bilik simpan dapur tuanku ” kata Ketua Merah.
“ Mari ke sana ” kata aku.
Aku menceduk beberapa susu segar itu masuk ke dalam mangkuk. Kemudian aku kembali semula ke dapur istana. Diletakkan mangkuk yang berisi susu itu ke atas meja. Aku mencari sesuatu. Aku selongkar saja kabinet-kabinet disitu. Entah orang zaman dulu panggil kabinet tu apa.
Akhirnya jumpa. Aku mengambil batang buluh yang mempunyai penutup. Ianya seperti botol. Aku membuka penutup itu dan memasukkan semua susu itu ke dalam buluh itu. penutup ditutup rapat. Aku memulakan goncangan terhadaon buluh itu. entah berapa ratus kalinya aku mengoncang buluh itu. Mereka pula hanya melihat aku dengan muka yang pelik.
Aku berhenti. habis tenaga aku. Aku menghulurkan kepada Siti. Aku tercunggap-cunggap. “ Siti awak buat pulak macam saya buat tadi ”
Siti mengambil buluh itu. “ ba..baik tuanku ”
Benda itu bersilih ganti kepada tangan lain. Semuanya aku suruh buat. Sampaikan aku panggil hulubalang yang berjalan sekitar situ untuk mengoncangkan botol buluh itu. Tenaga lelaki lebih banyak dari perempuan, sebab itulah aku panggil mereka.
Setelah hampir lamanya botol buluh itu digoncangnya, akhirnya aku mengambil semula botol itu. Mereka semua berkumpul mengelilingi aku bagi melihat benda apa yang mereka goncangkan. Aku buka penutup botol buluh itu.
“ aik tuanku? susu saja? ” tanya Siti.
aku memandangnya. Aku tersenyum. “ bukan susu saja Siti. lihat ini ”
Aku menuang susu itu masuk ke dalam mangkuk. Memang keluar susu, tapi ada sisa lain yang berada di bawah sekali.
“ ehh ada benda lah dekat bawah itu ” kata salah seorang pembantu dapur.
Aku memasukkan benda yang mereka lihat ke dalam mangkuk lain. Aku menunjukkan kepada mereka semua. Aku lihat mereka memandang pelik benda yang berada dalam mangkuk itu.
“ hahaha inilah namanya mentega ” kata aku bagi menghilangkan rasa hairan mereka.
“ mentega dari susu segar ini lagi bagus dari yang diproses. ini mentega asli. Jika hendak dibuatnya, seperti tadi jugalah caranya. ” hujah aku kepada mereka.
Semua bahan telah pun aku sediakan. Cuma tiada esen vanilla dan baking soda. Aku memotong buah koko itu dan mengeluarkan isinya. Lalu aku menyuruh pembantu dapur untuk memanggang buah itu. Pada mulanya aku mengajar mereka cara untuk memanggang buah itu kerana tiada yang tahu.
Setelah sahaja selesai memanggang, aku mengambil kuali besi itu dan meletakkan buah koko itu masuk ke dalam mangkuk. Buah koko itu sudah pun bertukar warna. Dari warna putih ke warna keperang-perangan.
Aku biarkan sejuk seketika. Takkan lah nak pegang panas-panas. melecur beb.
“ mana gula? ”
Pembantu dapur memberikannya kepada aku. Aku melihat isi dalam balang kaca itu. “ ini gula batu... gula halus tak ada? ”
“ gula ada lain-lain jenis kah tuanku? ” dia bertanya kepada ku.
Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku melepaskan keluhan berat. aku berfikir cara untuk mendapatkan gula halus. Ha! datang satu idea “ tak apa. kita boleh kisar gula ni. pengisar tak ada, jadi kita gunakan batu lesung untuk hancurkan gula ini. ”
Aku menunjukkan caranya. Aku meletakkan gula batu itu ke dalam batu lesung itu, lalu mengetuknya sehingga kecil. Sambil aku mengetuk itu aku meminta Ketua Merah untuk mengambil batu kisar. Walaupun batu kisar itu hanya digunakan untuk mendapatkan tepung dari kacang hijau, aku mesti mencubanya.
Setelah gula itu hancur sedikit, aku memasukkan sedikit demi sedikit gula itu ke dalam batu kisar. Akhirnya, aku dapat gula halus yang aku mahukan.
Beralih kepada buah koko yang sudah hilang panasnya. Aku mengambil sebiji buah koko itu dan digengam kuat.
“ kalau nak dapatkan serbuk koko... buah ini perlu dipanggang terlebih dahulu dengan suhu yang panas. kemudian, kopek kulit buah koko ini dan asingkan ” kata aku dengan menjelaskan kepada mereka semua.
Aku memisahkan semua kulit buah koko itu. Setelah itu aku mengetuk buah koko itu dengan batu lesung dan melakukan benda yang sama dengan memasukkan ke dalam batu kisar. Dengan itu terhasillah serbuk koko.
semua hanya memandang sahaja aku melakukan kerja itu. Ialah manalah pernah mereka tahu cara nak buat kek.
Akhirnya semua bahan telah pun lengkap. Aku pecahkan telur sebanyak lima biji dan kemudian aku masukkan gula halus ke dalam mangkuk. Aku sebatikan. setelah itu aku ayak terlebih dahulu tepung dan serbuk koko sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk yang sama. Aku sebatikan kesemua bahan. Kemudian aku masukkan satu cawan air panas dan digaulkan. Akhirnya aku masukkan satu cawan minyak masak. Digaulkan sebati. Lalu aku masukkan acuan ke dalam loyang berbentuk bulat. Terlebih dahulu aku telah menyapukan tepung dan mentega disekeliling loyang agar kek tidak terlekat.
Tempat bakar sudah pun disediakan. Aku memasukkan loyang tersebut ke dalam tempat pembakar. Pernah tengok tempat bakar pizza, ha macam tulah tempat bakar di dapur istana itu.
“ lepas itu kita mahu buat apa tuanku? ” tanya Ketua Som kepada aku.
Aku memandang mereka semua.
“ Mari kita buat cream! ”
Mereka memandang antara satu sama lain.
Aku membuat cream tersebut sambil menerangkan kepada mereka. aku sepertinya seorang guru mengajar para wanita. Guru masakan lah dikatakan hahaha.
“ mentega lebihan tadi kita akan gunakan untuk buat cream. Kita hanya menggunakan tiga bahan saja. Pertama ialah mentega, kedua ialah gula halus dan akhir sekali ialah susu ”
Aku masukkan mentega dan gula halus bersama. Kemudian aku pukul dengan laju agar bahan sebati dan kembang. akhirnya, bahan tersebut sebati dan terjadilah cream. kalau ada mesin pemutar lagi bagus. cepat saja kerjanya.
“ sekarang kita tunggu kek masak ”
_____________
Laksamana Zainab POV,
Laksamana Zainab berjalan menuju ke bilik kerja baginda Sultan Zharif. Dia diarahkan untuk menghadap baginda. Tiba sahaja di hadapan pintu, aku memberhentikan langkah. Aku memberi isyarat kepada hulubalang yang berkawal.
“ Laksamana Zainab datang menghadap ke bawah duli yang mulia tuanku Sultan Zharif! ”
Aku mendengar suara dari dalam.
“ beta perkenankan! ”
Dengan itu, pintu dibuka oleh hulubalang dan aku melangkah masuk. Terlihat baginda sedang duduk membelakanginya sambil memandang ke luar jendela. Aku menunduk hormat.
“ ampun tuanku. patik datang menghadap ”
baginda menoleh memandang aku. Mukanya kelihatan serius. Aku faham akan riak mukanya. Sepertinya ada sesuatu yang tuanku mahu dia lakukan.
“ ada sesiapa yang mengekori mu ke sini ” tanya baginda.
“ hanya patik seorang sahaja tuanku ”
“ beta ada sesuatu yang beta mahu kamu lakukan ” kata baginda dengan tatapan mata yang tajam.
Aku dapat menjangka ini satu isu yang besar.
........
Share this novel