prolog

Fantasy Series 1070

Sultan Zharif

Baginda merupakan anak sulong kepada almarhum Sultan Mahmud IX yang telah memimpin kerajaan Langka Buana selama 25 tahun. Baginda juga merupakan Raja Muda dan telah menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya kerana gering. Baginda telah menjadi pemimpin kerajaan Langka Buana pada usia yang muda.

Akhirnya baginda telah bertunang bersama seorang puteri dari kerajaan Melangwasi atas kehendak Ratu Nenda dan Ratu Bonda.

Puteri Suria

Seorang puteri jelita dari kerajaan Melangwasi. Merupakan anakanda ketiga dari tiga adik-beradik. Dari kerajaan Melangwasi ke kerajaan Langka Buana. Apabila telah dipertunangkan dengan sultan kerajaan Langka Buana, dia dibawa tinggal di sana atas kemahuan Ratu Nenda dan Ratu Bonda.

Sejak dari usianya kecil, hatinya mula jatuh cinta sama baginda. Apabila keluarganya mengatakan hasrat Ratu Nenda dan Ratu Bonda yang mahu menyatukan dia bersama baginda, alangkah gembiranya rasa hati. Tapi hakikatnya tidak seperti yang dia bayangkan.

Kerajaan Langka Buana menghadapi krisis perebutan kuasa diantara pihak pembesar dan kerabat diraja. Setelah kemangkatan baginda Sultan Mahmud IX, Raja Muda Zharif ditabalkan menjadi Sultan baharu kerajaan Langka Buana.

Baru sahaja memimpin, baginda sudah mengetahui masalah yang berlaku di dalam kerajaannya. Banyak rahsia yang sudah baginda ketahui. Isu perebutan kuasa dari golongan pembesar istana, masalah kemasukan pelabur asing dari luar negara, isu peperangan, masalah sistem penghambaan dan banyak lagi.

Semua ini mengugat kesejahteraan rakyatnya. Baginda berusaha untuk mengukuhkan kepimpinan kerajaan dan memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat jelatanya.

Dalam sedang baginda menyelesaikan masalah ini, baginda telah diminta oleh Ratu Nenda dan Ratu Bonda untuk bertunang dengan puteri dari kerajaan Melangwasi. Sungguh diri ini tidak mahu menjalankan pertunangan itu kerna perkahwinan itu merupakan satu paksaan dan bukan atas dasar cinta. Walaupun baginda mengenali Puteri Suria dari kecil lagi, namun hatinya susah untuk menerima dirinya  yang bakal bergelar suami di usia yang muda.

Dapatkah baginda mengalas tanggungjawabnya sebagai ketua kerajaan Langka Buana dan sebagai seorang suami.

_____________

" Cinta dan kasih ku hanya untuk mu hingga hujung nyawa ku "

_ Puteri Suria _

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience