Bab 13

Fantasy Series 1070

Sultan Zharif POV,

Sekarang aku berada di dewan perincangan bersama-sama pembesar berempat iaitu Datuk Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana turut disertai oleh Raja Dika Mayan. Katanya ada hal yang mahu dibincangkan. Setelah pulang dari bilik perkemasan diraja, aku terus berangkat ke sini. Walaupun aku ialah sultan kerajaan Langka Buana, aku tetap menghormati orang tua. Aku duduk bersebelahan Raja Dika Mayan. Mereka berbincangkan isu-isu berkaitan dengan dua kerajaan iaitu kerajaan Langka Buana dan kerajaan Melangwasi.

Sedang kami mengadakan perbincangan, fikiran aku melayang ke tempat lain. Setelah melihat Suria yang berpakaian baju pernikahan serba putih itu sangat mengganggu fikirannya sekarang. Dia nampak lain sangat. Dengan rambutnya yang dilepaskan dan tidak berikat itu mampu membuatkan hati ku cair.

Niat aku mahu berjumpa bonda sebentar tadi mahu mengatakan aku ada berjumpa bersama Raja Dika Mayan dan pembesar bereempat dan ini menyatakan bahawa aku mahu mengziarahi makam almarhum ayahanda. Tapi lain pula jadinya bila melihat gadis itu. Teringat aku sewaktu kami kecil dahulu. Suria sering kali datang ke istana ini bersama-sama ayahandanya. Dengan itu jugalah, dia sering kali bertemu dengan ku walaupun aku sendiri tidak mahu bertemu dengannya. Malah, setiap kali aku berlatih memanah, itu jugalah dia mahu ikut dan turut berlatih. Sehinggalah usia kami beranjak ke alam remaja, dia mula kurang bertemu dengan ku dan jarang sekali datang ke istana ini. Ayahandanya bersama kekandanya sahaja yang datang. Fikirnya aku ketika itu malu mahu bertemu dengan ku. Tapi waktu itu tidak aku bertanya dan peduli akan dia.

Dan waktu ini, aku bakal menjadi seorang suami kepadanya. Pada mulanya aku tidak mahu bila Ratu Bonda dan Ratu Nenda mengatakan akan menghantar rombongan peminangan ke kerajaan Melangwasi bagi merisik Suria. Tapi sekarang, aku mula menerimany. Walaupun aku pernah mengatakan padanya yang aku tidak sukakannya, namun dia tetap mahu teruskan pernikahan ini. Aku juga tidak tahu tujuan bonda dan nenda ku menyatukan aku bersama Suria. Atau ada tujuan lain yang menyuruh kami berkahwin.

Serabut!

“ zharif! Zharif! ”

Aku sedar dari layangan ku. Aku memandang orang yang memanggil nama ku. Raja Dika Mayan yang memanggil ku.

“ iya? ”

“ apa zharif tidak sihatkah? ” tanyanya.

“ tidak. Zharif baik-baik sahaja. Mari kita teruskan ” jawab aku.

“ ampun tuanku. Patik telah pun memastikan persiapan perkahwinan tuanku telah pun disiapkan. Patik juga telah mengumumkan kepada rakyat Langka Buana tentang perkhabaran perkahwinan tuanku yang akan berlangsung tidak lama lagi ” kata Penghulu Bendahari

Aku memandang Penghulu Bendahari. “ baguslah jika begitu Penghulu Bendahari Talib ”

Penghulu Bendari berperanan dalam mengawal perbendaharaan kerajaan, memungut cukai dan hasil daerah., menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua pembesar daerah. Penghulu Bendahari juga aku tugaskan untuk mengumumkan sebarang perkhabaran daripada istana kepada rakyat. Dia juga sering kali bersemuka dengan rakyat, dengan itu aku memberikan kepercayaan kepadanya Kalau kamu semua mahu tahu Penghulu Bendahari Talib ini muda orangnya, rupa parasnya boleh memikat para wanita. Sebaya saja dengan aku. Aku turut mengenalinya. Rakan kecil aku juga. Dia telah mengantikan bapanya yang sudah uzur dan tidak dapat mengalas tanggungjawabnya lagi sebagai seorang Penghulu Bendahari, dengan itu aku mencadangkan agar anaknya Talib dijadikan sebagai ganti. Cadangan aku juga turut diterima oleh pembesar-pembesar lain.

Setelah berbincang selama beberapa jam, akhirnya selesai juga. Aku meminta diri terlebih dahulu. Laksamana Zainab dan Penghulu Bendahari Talib mengikuti aku dari belakang.

“ apa semuanya sudah siapkah? ” tanya aku tanpa memandang mereka.

“ sudah tuanku. Telah pun patik periksa semuanya bersama Datuk Bendahara. Apa tuanku mahu melihatnya? ”

“ boleh juga. Mari ” kata aku.

Jadi kami menuju ke Dewan Istiadat diraha. Dewan itulah yang akan dijadikan tempat pernikahan dan persandingan bagi kerabat diraja.

*********

Siti tercari-cari keberadaan Puteri Suria. Penat dia cari dari bilik peraduannya hinggalah ke dapur istana. “ kemana sajalah tuanku ini pergi ” katanya seorang diri.

Peluh yang berada di dahi dilepas dengan kain batiknya yang tersarung di bahu.

Mata masih lagi mencari-cari Puteri Suria. Siti perasan ada satu orang yang sedang terbaring berdekatan tasik istana. Siti dengan langkah seribu berlari ke arah orang itu kerna orang itu ialah Puteri Suria.

“ tuanku! Kenapa ini!? ” kata Siti sambil mengoncang-goncang tubuh Puteri Suria. Tapi tiada balasan.

“ apa tuanku pengsan!? Aku mesti minta pertolongan ” kata Siti dan berlari ke istana semula bagi meminta pertolongan.

Aku bangun dari perbaringan ku yang hanya berlapitkan rumput. Aku memandang siti yang berlari dengan tergesa-gesa itu. Muka aku berkerut. “ dah kenapa dia tu? ”

Aku pandang ke arah tasik. Sudah tiada orang. Barangkali berehat agaknya. Aku baring semula dan menyambung tidur ku. Sungguh nyaman tidur di bawah pokok yang rendang ini. Angin juga turut memberi kerjasama dengan meniup lembut ke arah aku. Memang nyaman sekali!

“ bunyi apakah itu laksamana? ” tanya Penghulu Bendahari Talib.

Laksaman Zainah dan Baginda meneliti suara yang dikatakan oleh Penghulu Bendahari Talib. Lama-kelamaan suara itu makin menghampiri mereka.

“ tolong! Tolong hamba! ”

Sultan Zharif lihat dayang peribadi Puteri Suria.

“ itu bukankah siti. Dayang peribadi miliknya Puteri Suria. Mengapa dia terjerit-jerit meminta tolong? ” kata Laksaman Zainab.

Sultan Zharif mula berada tidak senang hati. Apa ini ada kaitankah dengan Suria? Ku harap tidak.

Siti memberhentikan diri di hadapan kami. Dia menunduk hormat.

“ ampun tuanku! ” katanya. Mukanya basah dengan air mata.

“ siti...mengapa terjerit-jerit meminta tolong? Ada apa-apa yang terjadi kah? ” tanya Sultan Zharif.

“ ampun tuanku...se...sebenarnya sebentar tadi hamba melihat tuanku Puteri Suria jatuh pengsan berdekatan tasik istana tuanku. Sebab itu hamba menjerit meminta pertolongan ” katanya sambil menangis-nangis.

Kami semua terkejut.

“ apa! ”

Sultan Zharif terus berlari menuju ke arah tasik istana. Laksaman dan Penghulu Bendahari juga turut mengikut dari belakang termasuk jugalah dayang Siti. Setibanya di tasik istana, memang benar Puteri Suria terbaring di bawah pokok besar berdekatan tasik istana. Tanpa berlegah lagi Sultan Zharif terus mendapatkan Puteri Suria, lalu tubuh itu digendongnya dan mahu dibawa masuk ke dalam istana.

Tapi bila digendong, terasa ada rontaan.

“ eh! Apa ni!! ”

Mata Sultan Zharif terkebil-kebil. “ dinda? Bukankah dinda jatuh pengsan? ”

“ hey! Sapa kata saya pengsan? Saya tidur jelah dekat sini! Turunkan saya! ” katanya sambil meronta-ronta minta diturunkan. Sultan Zharif menurunkan gadis itu.

“ ehh tuanku cuma tidur saja kah? ” kata dayang Siti yang meluru ke arah aku.

“ yelah. Saya tidur je. Awak tu je yang terus berlari. tak sempat saya nak panggil ” jawab aku.

Lantas dia memeluk aku. “ tuanku! Tuanku buat hamba risau huwahh ” kata dayang siti sambil menangis teresak-esak.

Aku buat muka pelik.

“ tinggalkan beta sama Puteri Suria sekarang ”

Aku memandang baginda. Mukanya seperti menahan marah.

“ menjunjung perintah tuanku ” kata Laksamana Zainab dan memberi isyarat kepada Penghulu Bendahari dan Siti untuk turut beredar dari situ.

Bila sahaja tinggal kami berdua disitu, baginda terus bersuara.

“ apa dinda suka berbuat begini kepada beta bukan ”

Muka aku berkerut. “ suka buat apa? ”

“ apa sekarang ini dinda tunjukkan perasaan marah dinda kepada beta bukan! Sebab itulah dinda sering kali berpura-pura gering bukan!? ” kata baginda dengan suaranya yang kian meninggi.

Aku terdiam.

“ apa tujuan dinda mahu tasik ini dipenuhkan dengan air?! ” jerkahnya.

terangkat bahu aku dibuatnya.

“ kan saya kata saya nak pulang...” tidak habis aku bercakap, baginda sudah mencelah.

“ pulang? Jika dinda mahu pulang, pulang saja! Mengapa sampai mahu tunggu tasik ini penuh dengan air!? ” marah baginda lagi.

Aku terdiam lagi. Mengapa dia marah begitu sekali kepada ku.

“ apa dinda berbuat begini kerna mahu membatalkan pernikahan kita bukan? Sebab itulah dinda terjun ke tasik ini pada malam itu bukan? ” kata baginda lagi dengan nada yang dingin.

Aku pelik dengan kata-katanya itu. ‘ jadinya Suria terjun sendiri ke dalam tasik? Tapi apa sebabnya? ’

“ beta tahu beta pernah mengungkapkan kata yang beta tidak suka sama suria. Tapi mengapa perlu membuatkan semua orang risau akan keadaan mu! ” kata baginda lagi. nadanya sudah mula meninggi.

Lagilah aku terkejut. ‘ suria cuba bunuh diri sebab... lelaki ini tidak suka samanya? Jadi perkahwinan mereka ini satu paksaan ke? ’

“ jawab Suria! ” jerkah baginga.

“ ya! Memang saya nak balik! Saya tak nak duduk kat sini lagi! Lagi-lagi menghadap muka tuanku! ” tahap kesabaran aku ada hadnya. Tapi kali ini dah tahap itu dah tahap level 100.

Giliran baginda terdiam.

“ jika tuanku tidak sukakan saya... mengapa masih lagi meneruskan perkahwinan ini! Batalkan saja! Senang saya nak balik! Saya akan lebih aman duduk di dunia saya daripada duduk di kerajaan Langka Buana bersama tuanku! ” kata aku dengan melepaskan semua yang dipendam di dalam hati.

Tanpa sedar air mata aku mengalir. ‘ kenapa aku mengalirkan air mata. Apa suria sedang bersedih? Maaf suria, tiada gunanya jika berbaik-baik dengan lelaki yang tidak punya perasaan terhadap diri engkau sendiri ’ kata emylia dalam hati. Hatinya turut sakit secara tiba-tiba, entah mengapa.

Baginda mula mendekati aku. Dia menurunkan mukanya separas dengan muka ku.

“ dengarkan dengan jelas Suria...”

“ beta tidak akan sama sekali membatalkan perkahwinan ini. Beta juga tidak akan lepaskan kamu pergi dari sini. kamu hanya milik beta seorang ” katanya dengan nada yang tegas. Dia mula mengorak langkah untuk beredar dari situ.

Aku mula terasa panas hati. Aku mengejarnya.

“ yah! mengapa tuanku masih lagi mahu teruskan perkahwinan ini sedang tuanku tidak suka sama saya ha!? ” tanya aku dengan keadaan yang marah.

Baginda hanya diam dan meneruskan langkahnya untuk beredar dari situ. Aku terhenti. Tangan dikepalkan menjadi buku lima. Aku menoleh memandang ke arah tasik. Tasik itu hampir sahaja penuh. Ini lah masanya. Aku tidak mahu duduk di sini lagi. Aku berlari ke tasik itu sehingga kain aku tersingkat menampakkan betis. Aku tidak peduli lagi, apa nak jadi... jadilah. Aku terus terjun ke dalam tasik itu.

KEDEBUSH!!

Baginda yang berjalan itu terhenti dan menoleh ke belakang bila terdengar sesuatu. Baginda mendekati tasik itu. Kening terangkat sebelah. Tangan mula bersilang didada.

“ apa yang dinda cuba lakukan sekarang ini ”

Aku membuka mata aku. Aku memandang diri ku. ‘ aik tak tenggelam pun? ’

Lak! Airnya baru sampai paras lutut! Memang lah tidak tenggelam! Haih...nasib badan. aku lihat baginda seperti mahu ketawa.

waduh! Malu!!

“ siti!! ” jerit aku memanggil siti. Aku nampak Siti bersama-sama dua orang lelaki menghampiri aku dan baginda. Seorang lelaki itu tidak aku kenali.

“ tuanku!? ” terkejut Siti bila melihat Puteri Suria berada di dalam tasik yang airnya masih belum penuh secukupnya.

Laksamana Zainab memandang baginda yang tidak lepas memandang Puteri Suria yang berada di dalam tasik. ‘ apa yang jadi? ’

“ siti tolong saya keluar dari sini! ” kata aku sambil menghulurkan tangan aku kepadanya. Baru sahaja Siti mahu mencapai tangan aku, seseorang bersuara.

“ biar patik saja yang tolong tuanku ”

Abang Zain. Terharunya.

Tangannya memegang tangan ku. Jadinya aku ditarik keluar olehnya. Aku perasan baginda sudah mula berubah muka. Aku ada idea nak kenakan baginda. Dengan sengaja aku mengadu sakit di kaki kanan ku sambil bersandar di dada Laksamana Zainab.

‘ha kau tak suka Suria kan... so rasakan HAHAHA ’ ketawa aku dalam hati. Saja aku mahu kenakannya.

Sudahlah kain aku basah dan terangkat sedikit menampakkan betis. Tapi nak kenakan lelaki yang tinggi pendiriannya, aku abaikan saja.

Tapi lagi mengejutkan aku bila Laksamana Zainab mendukung tubuh ku. Aku memandangnya dengan muka terkedu.

“ a..abang zain... ” terkelu lidah aku dibuatnya.


‘ ishh aku saja je... tapi takkan lah sampai dukung aku ’ kata aku dalam hati.

“ mari patik bawakkan tuanku ke bilik ” kata Laksamana Zainab. Dia mula berjalan, tapi berhenti pula. Aku lihat baginda sudah tercegat di hadapan kami.

“ berikan pada beta ” katanya sambil mendepakan tangan tanda mahu menyambut aku.

aku pandang Laksamana Zainab dan menggelengkan kepala aku tanda tidak mahu. Tapi apakan daya, terpaksa jugalah Laksamana Zainab memberikan aku kepadanya.

Lalu aku diberikan kepada baginda. Aku menjeling baginda. Menyampah! Tadi tidak suka... sekarang ini cemburu ker.

Baginda membawa aku meninggalkan mereka bertiga disitu. Aku langsung tidak memandang baginda. Aku perasan yang baginda membawa aku ke bilik peraduan ku. Aku nampak juga ketua Som berada di luar bilik. Mukanya pelik termasuk juga dua dayang yang berjaga disitu.

Tiba sahaja dia hadapan pintu, baginda mengarahkan dayang untuk membuka pintu.

" Buka pintu ini "

Lalu pintu dibuka dan baginda melangkah masuk. Kemudian baginda bersuara lagi.

" Tinggalkan beta sendiri bersama Puteri Suria. Jangan ada seorang pun yang berada di sekitar bilik ini " titahnya dengan tegas.

' asal pula nak suruh diorang pergi? ' tertanya aku dalam hati.

Sedang aku mengelamun, baginda mencampak aku ke atas katil. Mengadu kesakitan aku.

“ ishh apa awak ni! ” marah aku. Aku lihat baginda mula menghampiri katil ku. Aku pula sudah mengesot ke belakang. Baginda mula memanjat naik ke atas katil ku. Kesotan aku terhenti bila tiba di penghujung katil.

“ a...apa awak nak buat ni? ” kata aku ketakutan.

Baginda mendekatkan mukanya di telinga ku.

“ beta tahu dinda hanya berpura-pura sahaja tadi. Beta beri amaran. Jika beta lihat lagi ada seseorang yang menyentuh mu. Maka beta boleh melakukan lebih daripada ini ” bisik baginda dengan tegas di telinga ku.

“ ye! ye! saya tak buat lagi dah! ” kata aku sambil membenamkan muka aku di atas tilam. Tidak mahu tengok baginda. Habis aku kalau baginda buat macam-macam nanti.

Baginda turun dari katil. Aku menoleh memandang baginda. Aku kembali duduk semula. Aku lihat baginda memandang ke arah satu tempat. Aku mengikut biji matanya dan terus menuju ke arah betis aku yang terdedah. Cepat-cepat aku menutup betis aku yang terdedah dengan selimut. Aku memandang tajam ke arah baginda.

“ apa yang awak pandang!? ”

Baginda menjelengkan mata. “ ingat pesan beta. Beta pergi dahulu ” katanya dan keluar dari bilik aku.

Aku menarik nafas lega. “ ishh langsung tak boleh bergurau. Tadi aku saja-saja je. Manalah aku nak tahu abang zain nak dukung aku. Itu pun nak marah ” omel aku seorang diri. Aku bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

******

Dayang Siti tiba di bilik peraduan Puteri Suria. Dayang Siti lihat Ketua Som sedang berjaga di hadapan pintu bilik peraduan Puteri Suria. Terus dayang Siti ke situ.

“ ketua Som. Apa tuanku Puteri Suria berada di dalam? ” tanya dayang Siti kepada Ketua Som.

“ tuanku ada didalam. Tadinya baginda mendukung Puteri Suria ke sini. Apa yang berlaku sebenarnya? ”

Dayang Siti hanya menjongket bahu sahaja. Tidak mahu dia bercerita hal yang berlaku di tasik istana sebentar tadi kerna sudah dipesan oleh Laksamana Zainab untuk tidak memberitahu kepada sesiapa pun.


******

Aku berjalan menuju ke dewan santapan. Sudah tiba masanya untuk makan malam. Aku diiringi oleh Siti sahaja. Katanya Ketua Som sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan aku. Baguskan, aku yang pengantin pun tidak sibuk-sibuk bila sudah tahu yang baginda sebenar tidak sukakan Suria. Kesian Suria.

“ tuanku ” panggil Siti.

“ ye Siti? ” aku memandang dia yang berada di sebelah ku.

Dia berbisik kepada ku. “ hamba rasa baginda cemburu bila Laksamana Zainab mendukung tuanku ” katanya.

“ eakk! ” terkejut aku mendengar katanya itu.

Aku tergelak. “ haihh... mana lah awak tahu yang dia tu cemburu ”

“ hamba dapat rasakannya tuanku. Muka baginda juga turut berubah bila Laksamana Zainab menolong tuanku naik ke atas petang tadi ” bisiknya lagi.

“ ishh ada ada je awak ni Siti. ”

Aku tiba di hadapan dewan santapan dan masuk ke dalam. Aku lihat semua orang sudah berada di situ. Aku memandang tajam ke arah baginda. Menyampah! Aku duduk bersila di tempat meja makan ku. Makanan mula dihidangkan oleh para dayang istana. Aku lihat makanan yang dihidangkan. Ada ayam rendang, kuah lodeh, ketupat dan kuah kacang. Aku menelan liur.

‘ ya allah! Sedapnya lauk malam ini! ’

Bacaan doa dimulakan. Siapa lagi kalau bukan baginda yang membacanya. Setelah habis membaca doa makan, apa lagi teruslah ngap! Makanlah hehehe. Jiwa aku melayang bila makan ketupat bersama dengan kuah kacang. Peh mencair di dalam mulut. Kali ini tiada siapa yang menyuarakan tentang hal-hal perkahwinan. Mood makan onz terus.

Setelah habis makan, aku mengucapkan alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan hari ini. Aku ada sesuatu mahu bertanya kepada ayahanda ku. Eh! Maksud aku ayahandannya Puteri Suria. Aku memandang Raja Dika Mayan yang masih lagi menikmati makanannya.

“ ayahanda ” panggil aku dengan sopan.

Dia memandang aku. Mejanya terletak jauh sedikit daripada aku. “ ya anakanda? Ada apa anakanda? ”

“ayahanda. Bila Suria boleh pulang ke kerajaan Melangwasi. Anakanda rindu sungguh hendak ke sana. Sudah berbulan-bulankan suria ada di sini. Tidak salahkan jika anakanda ke sana ” kata aku dengan bahasa istana yang entah perfect atau tidak.

Aku menjeleng memandang baginda. Baginda memandang dingin ke arah aku. ‘ lantak ah ’

“ hahaha. Anakanda...buat masa ini tidak bolehlah anakanda ”

“ kenapa pulak? ”

“ anakanda. Kan tidak lama lagi anakanda sudah mahu bergelar isteri. Pernikahan anakanda juga tinggal dua hari lagi. Jika anakanda mahu pulang ke sana, mintalah izin sama Zharif ” kata ayahanda lalu menyambung semula bersantap.

‘ kenapa nak kena mintak izin dia pula ’

Aku lihat baginda ketawa kecil. Aku menjengkel mata ke arahnya. Baginda turut melawan. Ha! Malas aku nak layan.


******

Sultan Zharif POV

Setelah bersantap malam, aku terus pergi ke bilik peraduan ku. Aku tidak rasa mahu melakukan sebarang kerja untuk malam ini. Selesai sahaja solat isyak, terus aku membenamkan diri ku di atas katil. Katil yang berukuran besar ini bakal dikongsinya bersama Suria tidak lama lagi. Aku melelapkan mata seketika.

Aku teringat akan kejadian di tasik istana petang tadi. Mata yang tadi terlelap dibuka semula dan bangun dari baringnya. Aku meraup rambut ku ke belakang. “ mengapa aku memarahinya tadi haihh ”

Aku juga teringat akan Suria didukung oleh Laksaman Zainab. Panas hatinya ketika itu. Nasib sajalah Zainab itu rakan kecilnya dahulu. Aku tahu kenapa dia sanggup berbuat demikian.

“ apa sekarang aku cemburu? ”

“ apa zainab cuba mengajar aku? ”

“ tapi kenapa Suria memanggilnya abang Zain. Apa maksud abang itu? ”

Banyak betul persoalan yang bermain di fikirannya. Semua ini gara-gara gadis itu. Aku menghempas kembali diriku di atas katil. Ada baiknya aku beradu sahaja.

........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience