~ Cinta dan kasih ku hanya untuk mu hingga hujung nyawa ku ~ Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emylia. Emylia kala. Lagi satu hal, di zaman ini dia telah termasuk ke dalam satu jasad yang bernama Puteri Suria. Entah bagaimana dia boleh masuk ke dalam tubuh wanita ini pun dia tidak tahu. Bila sudah tahu di mana keberadaannya, barulah Emylia tahu bahawa Puteri Suria bakal berkahwin dengan seorang sultan yang memimpin kerajaan Langka Buana. Dan! perkahwinan mereka ini telah pun ditetapkan. Bagaimana Emylia mahu mengelakkan diri dari meneruskan perkahwinan itu jika sudah ditetapkan oleh seluruh kerabat diraja kerajaan Langka Buana. " Ki..kita tak boleh kahwin! " - Puteri Suria. " Berikan sebab pada beta kenapa kita tidak boleh berkahwin? " - Sultan Zharif " Boleh tidak tuanku tolong penuhkan tasik ini dengan air " - Puteri Suria " Beta tidak boleh berbuat demikian kerna Ratu Nenda yang mengendalikan masalah itu " - Sultan Zharif. dalam masa yang sama terjadi juga masalah perebutan kuasa antara pembesar dan ianya melibatkan seluruh kerabat diraja. " Kanda. Kanda lebih penting untuk kerajaan ini. Pergilah kanda. " - Puteri Suria. " Berjanji lah pada kanda yang dinda akan selamat dan sentiasa di sisi kanda " - Sultan Zharif. " Dinda janji. Dinda akan mengingati kanda. Cinta dan kasih dinda hanya untuk Kanda sehingga hujung nyawa dinda " - Puteri Suria. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa yang berlaku kepada Emylia yang berada di dalam tubuh Puteri Suria dan Sultan Zharif. Maklumat: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Watak-watak dan nama-nama tempat yang digunakan di dalam novel ini tidak wujud di dunia nyata ini ye dan direka sendiri oleh penulis.
Update 06 December 2024