" Hey! Emy! "
Emylia memandang suara itu. " Ye ketua? Kenapa? "
" Ada seseorang nak jumpa kau. Cepat emy "
Emylia menuju ke arah Ketua Chef di restoran itu yang digelar sebagai Ketua Chef Iman. Berumur 33 tahun dan telah berkahwin.
" Siapa yang nak jumpa saya tu ketua? " tanya Emylia sambil mengelap tangannya yang basah dengan kain bersih.
" Adalah. Mari kita keluar " jawab Ketua Chef Iman.
" Ha! Ke..keluar? Kenapa nak keluar? Tak nak lah. Malulah ketua nak keluar ". Emylia bukannya pernah keluar ke ruang makan pelanggan, jadi bila disuruh itu jadi hairan dia.
" Alahh... Jommm. Banyak pulak jawabnya ". Ketua Iman terus menarik lengan Emylia yang berlapit itu keluar ke ruang makan pelanggan.
" Aduh ketua. Tak nak lah " berbisik mereka berdua. Tapi Ketua Chef Iman tak hiraukan.
Tiba di sebuah meja, mereka berdua berhenti. Emylia tengok orang yang berada di meja itu. Seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
" Kamarul. Inilah budak yang aku katakan tadi. Dia yang masak makanan ini. " kata Ketua Chef Iman.
Lelaki yang bergelar Kamarul itu berdiri dan tersenyum ke arah Emylia. Emylia menunduk kepala. Malu!
" Siapa nama awak? " tanya Kamarul.
" Hmm emy...Emylia " kata aku menjawab soalan lelaki itu.
" Ohh chef Emylia. Sedap nama tu sama sedap dengan masakan kamu ni " kata Kamarul.
" Hmm boleh saya tanya. Kenapa dengan masakan saya? Tak sedap ke? "
Kamarul menggelengkan kepala.
" Bukan tak sedap. Memang sedap sangat. Lagipun saya tak pernah nampak lagi makanan ni dalam menu "
Tersenyum manis Emylia mendengar jawapan itu. " Betul ke! Makanan ni resepi saya sendiri. Bila ketua kata ada order special jadi saya masakan makan ini. " ( Nada teruja ).
Kamarul membalas senyuman yang manis itu. " Ketua "
" Ye "
" Saya rasa makanan ini boleh dimasukkan ke dalam menu. Saya akan mintak Tuan Muda untuk merasai makanan ini "
" Excuse me. Tuan Muda? Sapa Tuan Muda? " soal Emylia. Yelah sepanjang dia bekerja disini, selalu juga dengan nama Tuan Muda tapi tidak tahu siapa orangnya.
" Tuan Muda ialah CEO restoran ini. Tuan Zafrin namanya " jawab Kamarul.
Emylia mengangguk faham.
" Sekali lagi saya ucapkan tahniah dengan masakan awak yang special ni. Teruskan usaha kamu ye "
" Terima kasih Encik Kamarul! "
Kamarul mengangguk kepala. Lalu berlalu pergi bersama-sama ketua Chef Iman.
Emylia melompat-lompat kegembiraan. Siapa yang tidak seronok kalau masakannya akan dimasukkan ke dalam menu. Lagi-lagi di restoran bertaraf 5 bintang ini.
Tanpa sedar ada seseorang yang memerhatikan Emylia dari dalam dapur. Mukanya tidak puas hati melihat kegembiraan yang dirasai oleh Emylia sekarang.
" Aku dah keje sini 3 tahun tapi sorang pun tak ada puji masakan aku. Budak baru tu baru je keje 3 minggu dah ada orang yang puji. Tak pe. Kau tunggu nasib kau Emy "
Ketua Chef Iman mengiringi Kamarul ke arah lif. Sambil mereka berjalan, mereka berbual. " Chef "
" Ye "
" Periang sungguh emy tu bukan "
" Dia memang macam tu. Mesra dengan semua orang. Aku ni dari muka ketat, boleh ketawa dengar suara emy tu. " kata Ketua Chef Iman sambil tergelak kecil.
" Betul ke. Hahahah "
" Ye. Kenapa? Kau berkenan? "
" Eh bukan aku lah. Tapi...Tuan Muda ".
Jawapan itu membuatkan Ketua Chef Iman terkejut besar. " ha!? Tuan Muda berkenan dengan Emy? Tapi...Sejak bila? "
" Sejak dia nampak emy for the first time. Dah aku gi dulu. Pi sambung kerja kau balik " kata Kamarul sebelum masuk ke dalam lif.
" Iyalah tahu lah aku " dia menyilangkan tangan di dada. Dia memandang Kamarul yang masuk ke dalam lif dari luar.
Pintu lif ditutup rapat. Kamarul mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluar dan mendail nombor seseorang. Lalu diletakkan telefon di telinga menanti panggilannya dijawab.
" Hello "
" How? "
" Good. She so friendly and the food is so amazing Tuan Muda. You have to taste the food "
" Oky. Tomorrow I want to taste the food. I really want to see the girl "
" Everyday Tuan Muda berjumpa dengan dia bukan hahaha "
" Yeah memang aku selalu jumpa dia hanya dengan jarak jauh, tapi aku belum pernah bercakap dengan dia secara berdepan. "
" Hahaha tomorrow you can see her "
Kamarul mematikan panggilan itu setelah selesai berbual. Pintu lif pun terbuka dan dia menuju ke arah pejabatnya.
Akhirnya waktu bekerja telah pun tamat. Ketua Chef Iman mengemas semua barangnya dimasukkan ke dalam beg galasnya. Pakaian chef pun telah ditukar kepada pakaian biasa. Dia menutup suis lampu kemudian dia keluar dari pejabatnya.
Dia berjalan menuju ke pintu keluar dapur, tapi langkah terhenti bila lihat seorang pekerjanya.
" Emy! "
Emylia yang sedang mengelap meja dapur terhenti bila namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah suara itu. " Ye Ketua "
Ketua Chef Iman berjalan ke arahnya. " Emylia. Kamu tak balik lagi ke? Waktu kerja awak kan dah habis. Ni kenapa tak balik lagi? "
" Hmmm tadi saya dah punch card dah. Saya tolong makcik Rokiah sat kemas-kemaskan dapur. Ketua balik lah dulu " jawab Emylia sambil menyambung kerjanya.
Ketua Chef Iman melihat makcik Rokiah dan beberapa pekerja pembersihan di situ. Menjadi kebiasaan kepada mereka untuk menjalankan kerja pembersihan selepas sahaja waktu bekerja tamat dan restoran di tutup.
" Mak Kiah " panggil Ketua Chef Iman.
Makcik Rokiah menuju ke arah Ketua Chef Iman setelah namanya dipanggil.
" Ye encik Iman? "
" Hmm Mak kiah tolong tengok-tengokkan si Emy ni. Dia nii baru lagi keje kat sini "
" Tahulah Mak kiah encik iman... " jawab Makcik Kiah.
Ketua Chef Iman mengangguk faham. " Emy "
" Ye ketua? "
" Awak tu...esok jangan pulak masuk lambat ye. Kalau lambat saya potong gaji awak ye " kata Ketua Chef Iman dengan tegas tapi muka biasa.
Emylia mengangkat tabit seperti seorang polis. " Baiklah ketua! "
Ketua Chef Iman menggelingkan kepala. " Saya balik dulu. Assalamualaikum "
" Waalaikumusalam "
Tuan Zafrin mengemas barangnya sebelum pulang ke rumah. Dia terpaksa pulang lewat hari ini disebabkan ada hal yang perlu dia selesaikan. Maklumlah dia seorang CEO sebuah syarikat pembinaan dan seorang CEO sebuah restoran. Sengaja dia buat kerja di restoran ini disebabkan lebih selesa.
" Emy. Mak kiah balik dulu " kata Mak Kiah sebelum keluar dari dapur restoran.
" Oky bye! "
Emylia mengambil beg galasnya dan keluar dari dapur restoran. Dia melihat jam ditangan. " Wahh dah pukul 9 "
Sebelum nak ke jalan keluar untuk pekerja restoran, dia perlu melalui satu kolam renang. Dia berhenti seketika di situ. Dia menghirup udara malam. Nyaman sungguh.
Bila sahaja dia menoleh kebelakang, dia lihat Kamiliah berada di situ. Terperanjat dia dibuatnya. " Ehh Liah! Kau ni terkejut aku. Kau tak balik lagi ke? "
" Belum "
Jarak antara aku dengan kolam renang begitu dekat. Kamiliah pulak betul-betul berada di hadapan aku.
" Kau kenapa tak balik lagi? "
" Aku ada benda nak buat sebelum aku balikk " katanya.
" Ohh. kalau macam tu aku balik dulu ye " kata Emylia. Dia mula melangkah pergi. Tapi dengan pantas tangannya ditarik.
" Liah! Kenapa ni! Sakit tau " mengadu Emylia.
" Kau nak tahu apa benda yang aku nak buat... "
' ishh scary betullah dia ni ' bisik hati Emylia.
" A..apa kau nak buat? "
" Aku nak buat...nii! " Terus dia tolak Emylia masuk ke dalam swimming pool.
" Ahhh!!!! "
Terkapai-kapai Emylia di dalam kolam itu. Dia bukannya pandai berenang.
" Ahh! To..tolong!! Liah!! Aku tak pandai berenang! "
Kamiliah ketawa terbahak-bahak.
" Padan muka kau! Rasakan! "
Kamiliah melarikan diri dari situ agar tiada orang perasan dia yang menolak Emylia ke dalam kolam.
Emylia terasa kepalanya betul-betul berat. Nafasnya juga tidak normal. Air mula masuk ke dalam mulut dan rongga hidungnya. " Ahh! To..tolong! Tolong! "
Terbatuk-batuk Emylia bila air mula masuk ke dalam mulutnya.
Zafrin keluar dari lif, tiba-tiba dia terdengar seseorang meminta tolong.
" Tolong! Tolong! "
Zafrin berlari terus ke arah jeritan itu. Jeritan itu dari arah kolam renang. Bila sahaja dia sampai di situ, alangkah terkejutnya dia yang berada dalam kolam itu ialah Emylia.
" Emylia! "
Tubuh Emylia mula tenggelam ke dasar kolam. Dengan pantas dia terjun ke dalam kolam. Dia berjaya mendapatkan Emylia. Lalu dibawahnya ke dalam pelukannya dan berenang naik ke permukaan air.
Tercunggap-cunggap dia bila berada di permukaan air. Tapi lain pula Emylia yang tidak menujukan sebarang respon.
" Emylia! Emylia! "
Emylia lihat seseorang di hadapannya. Tapi samar-samar. Kepalanya betul-betul berat sekarang. Dia pengsan disitu juga. Sebelum dia pengsan dia terdengar jeritan namanya.
" Emylia! Bertahan Emylia! Aku akan selamatkan kau! emy jangan tinggalkan aku! "
Semua pandangannya gelap. Dia hanyut dalam dirinya sendiri.
~Janganlah kita dengki dengan kejayaan orang lain. Sebaliknya, perbaiki lah diri bagi memperoleh kejayaan kita. Janganlah berputus asa dan sentiasa berusaha dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan lakukan perkara yang sia-sia....~
Share this novel