Bab 9

Fantasy Series 1070

“ hmm abang Zain... boleh Suria tanyakan sesuatu? ”

.....

“ apa yang Suria mahu tanyakan? ”

“ jarak kerajaan Me..wangsi dari kerajaan Langka Buana berapa? ambil masa berapa lama masuk ke sini? ” tanya aku.

Dia tergelak kecil.

“ kenapa abang gelak? ”

“ Suria...salah itu. bukan mewangsi, tapi Melangwasi ”

Aku turut tergelak sama. Alahai! salah sebut. malu cekk.

“ kalau diikutkan jarak dari Melangwasi ke Langka Buana mengambil masa kira-kira tiga hari lamanya ” jawapnya.

Terlopong luas mulut ku bila mendengar jawapannya itu. “ biar betul! lamanya! ”

“ hahaha Suria... Suria bukannya tidak biasa ke sini... mengapa Suria bertanyakan soalan itu? ”

“ hmm? apa maksud abang...Suria bukannya tidak biasa ke sini? ” tanya aku pula.

“ Semasa abang menjalankan latihan bagi menjadi hulubalang istana, abang sering kali melihat tandu dari kerajaan Melangwasi datang ke istana. ketika itu jugalah abang tahu Suria sering kali datang ke istana. Abang juga merupakan pengawal kanan bagi baginda ketika itu. Sering kali lihat Suria berjumpa sama baginda ”

Aku hanya mengangguk faham.

‘ jadi maknanya sejak dari kecil lagi Suria dah kenal dengan baginda. kalau abang Zain ialah pengawal kanan bagi baginda, maknanya Suria sering kali berjumpa dengan abang Zain lah kan? ’ berteka-teki aku dalam hati.

“ tapi...jika Suria mahukan lagi ceritanya.... apa kata jika Suria tanyakan pada baginda ”

cepat-cepat aku membuat bentuk pangkah dengan kedua tangan ku. “ tak nak! ”

Aku memandang kembali tasik itu.

“ abang... betul ke tasik ni akan penuh dalam masa satu bulan? ”

“ bulan? ”

“ ehh maksud Suria...satu purnama ”

Dia memandang ke arah pekerja-pekerja istana yang sedang bekerja. Dia memandang aku semula.

“ jika dilihatnya memang mengambil masa satu purnama untuk tasik ini dipenuhkan dengan air ”

“ kenapa lama sangat? ” rungut aku.

“ Suria... cuba Suria lihat mereka yang sedang bekerja itu... ” kata Laksamana Zainab sambil menunding jari ke arah lain.

Aku pandang.

“ mereka ialah seorang manusia juga. mereka juga perlukan rehat dan juga tenaga yang mencukupi. Makanan mereka juga ada kalanya tidak dapat memberikan tenaga yang banyak untuk mereka. Jarak sungai rambai dari istana juga agak jauh serta dengan keadaan berbatu dan berbukit. Sebab itulah masa yang dapat diberikan ialah satu bulan ” jelas Laksamana Zainab kepada ku.

Ada betulnya kata Laksamana ini. Aku terlalu sibuk mahukan tasik ini dipenuhkan dengan air dengan secepat yang mungkin. tanpa sedar aku sudah mementingkan diri sendiri.

“ tapi... semasa pemindahan air tasik ke sungai itu, ambil masa berapa lama pulak? ” tanya aku lagi dengan riak muka yang keliru

“ 5 hari... semasa Suria tidak sedarkan diri ”

“ kenapa itu hanya mengambil masa 5 hari saja? ” tanya aku lagi.

“ kerna... Ratu Nenda menitahkan kepada semua pekerja istana untuk memindahkan air dalam masa 5 hari... jika tidak.. ”

“ jika tidak?? ” kening aku terangkat.

“ jika tidak mencapai masa yang diberikan, Maka hukuman mati akan dilaksanakan.”

‘ what! ’

“ sampai macam itu sekali!? ”

Laksamana Zainab mengangguk.

“ abang tahu... jika Suria tidak mengalami tidur yang lama, Suria pasti menghalangnya ”

“ jadinya... kalau-kalau mereka semua ini tidak sampai masanya... maka... ” perlahan-lahan aku memandang ke arah para dayang dan hulubalang istana yang sedang bertungkus-lumus membawa air ke tasik.

Dia seperti sudah tahu apa yang aku mahu katakan. Nafas ditarik dengan kasar dan dihembuskan.

Aku terfikir sesuatu. “ abang .. macam mana air dari bilik air dikeluarkan? ”

“ mengapa Suria bertanya? ”

“ alah abang ..jawab sajalah ”

“ hmm menggunakan saluran air yang diperbuat daripada buluh ” jawabnya dengan muka yang hairan.

‘ ohh... ha! aku ada idea!! ’ datang satu akal yang baik punya!

Aku memandang Laksamana Zainab dengan senyuman yang penuh makna. aku terus berdiri.
“ abang! Mari ikut Suria! ”

“ ha? kemana? ”

___________

Aku melihat dayang dan hulubalang istana dihadapan ku. mereka semua sujud hormat kepada ku.

“ bangun semuanya ” kata ku. tidak sukalah mereka bersujud kepada ku, aku bukannya tuhan nak disujud.

“ semuanya berdiri! ” jerit Laksamana Zainab dari arah belakang ku.

Maka dengan arahan itu semuanya berdiri tegak semula.

Kali ini terpaksalah aku gunakan bahasa istana. harap prefect lah!

“ beta ada penguguman hendak dibuat. beta... minta maaf jika beta membebankan kamu semua. ”

“ tidak tuanku! ”

“ tidak tuanku! ”

kata mereka semua dengan serentak. hmm jaga hati semua ni.

“ oh ya. beta ada bawakkan makanan serta minuman bagi kamu semua. nikmatilah. ini tanda terima kasih beta kepada kamu semua yang sudah menolong beta. ”

“ hamba menjunjung kasih tuanku!! ” jawab mereka serentak. sepertinya kelihatan suka.

“ bukan itu saja. beta juga ada satu idea untuk mempercepatkan pekerjaan kamu di sini, tapi beta perlukan pertolongan kamu semua ”

Mereka semua memandang antara satu sama lain. Aku memandang Laksamana Zainab. dia tersenyum memandang ku. Aku tahu apa yang cuba dia sampaikan.

__________

“ berapa banyak buluh yang kita ada? ” tanya aku kepada Ketua Som.

mujurlah ketua Som dan Siti datang ke tasik. bolehlah mereka turut sama tolong.

“ sudah pun hamba tanyakan tadi dari mereka, katanya ada seratus batang buluh yang kita ada ”

Jika mengikut kiraan jarak dari tasik istana ke sungai rambai, itu sudah lebih mencukupi.

“ Mari kita mulakan! ” kata aku pula kepada Laksamana Zainab yang berada di sisi ku.

“ Mari ”

Sultan Zharif POV

Aku agak sedikit terganggu mendengar derungan tapak kaki berlari di luar. Dia tahu ada seseorang yang akan menghadapnya. Hanya menanti perkhabaran dari luar sahaja.

“ Datuk Bendahara Abu datang menghadap ke bawah duli yang mulia baginda Sultan Zharif! ”

“ beta perkenankan! ”

Pintu dibuka. Aku agak pelik bila lelaki tua itu berlari ke arahnya. sampai jatuh ke lantai.

“ kenapa Datuk Bendahara!? ” pelik aku lihat lelaki tua itu. seperti ada sesuatu yang mengejutkan.

Dia berdiri semula dan menunduk hormat.

“ ampun tuanku sembah patik harap diampun. Patik datang hendak menyampaikan khabar berita berkenaan tuanku Puteri Suria ”

“ khabar berita apa itu? ”

“ hulubalang beritahu kepada patik yang Puteri Suria sedang melakukan kerja-kerja pertukangan di tasik istana. Patik juga turut memeriksa. memang benar tuanku, sepertinya tuan puteri Suria sedang membina sistem air ”

“ sistem air? ”

Aku berjalan menuju ke tasik istana bersama-sama Datuk Bendahara Abu. Aku mahu melihat sendiri dengan mata kepala ku apa yang diceritakan oleh Datuk Bendahara.

Setibanya aku disana, aku dapat lihat satu saluran panjang yang terkeluar dari sebalik hutan.

“ apa itu datuk bendahara? ”

“ kemungkinannya itulah sistemnya tuanku ”

Aku bergerak menghampiri beberapa dayang-dayang istana yang sedang berehat. Bila sahaja mereka sedar akan kehadiran ku terus mereka bersujud.

“ ampun tuanku! ”

“ tidak mengapa. berdirilah ” pinta aku kepada mereka.

Mereka bangun berdiri semula.

“ apa yang berlaku disini? dimana Puteri Suria? ” tanya aku kepada mereka.

“ ampun tuanku. Tuan Puteri Suria sekarangnya berada di Sungai rambai tuanku ”

‘ apa yang dilakukan dia di situ? ’

“ bersama siapa dia sekarang? ”

“ Tuan Puteri Suria sekarangnya bersama-sama dengan Laksamana Zainab dan beberapa dayang dan hulubalang istana tuanku ” jawab salah seorang dayang istana itu.

“ Laksamana... ”

Aku terdengar bunyi dari arah laluan pulang dari sungai rambai. Aku memandang ke arah itu. Kelihatan Suria bersama Laksamana Zainab berjalan diiringi dengan kedua dayang peribadinya Suria.

Aku juga dapat dengar gelak tawa gadis itu. Kelihatan gembira sungguh gadis itu sekarang. Mereka sedar akan kehadiran aku disini. Sampai sahaja mereka dihadapan ku, mereka menunduk memberi hormat kepada ku. Hanya gadis ini saja yang tidak melakukan, dia hanya berdiri tegak sahaja memandang ke arah tasik.

“ Ampun tuanku! ”

“ dinda... ”

Dia menoleh memandang ku semula. Mukanya biasa.

“ beta dengar bahawa dinda telah membina sistem air? apa benarkah? apa batang buluh itu berfungsi? ” kata aku kepadanya.

mukanya teruja dengan soalan yang aku tanyakan. Dia menghampiri ku.

“ betul awak nak tahu ”

Aku menganggukkan kepala. Dia memegang pergelangan tangan ku. Mata aku membulat.

“ jom saya tunjukkan! ” katanya lalu aku ditarik ke saluran buluh itu. Yang lain juga turut ikut.

Tangan aku dilepaskan.

“ ini namanya sistem pindahan air ”

“ sistem pindahan air? ”

“ ye. saluran ini hanya menggunakan batang buluh yang dicantum sehingga panjangnya sampai di sungai. Kemudian, ada satu baldi yang dicondongkan 45 darjah bagi memudahkan air masuk ke dalam saluran. akhirnya air akan mengalir terus sampai ke tasik. Dengan itu, dayang serta hulubalang akan bersilih ganti memasukkan air ke dalam baldi ”

Sungguh menarik ciptaannya ini. Tapi mengapa dia mencipta sistem ini?

“ ohh begitu. tapi mengapa dinda berbuat demikian? ”

“ hmm sebab saya tak nak orang lain susah disebabkan saya. Mereka juga ada kerja lain yang perlu dibuatkan. dengan terciptanya alat ini, ianya dapat mengurangkan bebanan mereka. tak ada lah mereka semua perlu berulang alik dari sungai ke tasik ” penjelasannya kepada aku.

Aku agak terharu mendengar penjelasannya. Bukan Suria jika dia tidak mengasihi orang lain selain dirinya. itulah gadis yang bernama Puteri Suria.

“ lagipun... tak adalah ambil masa satu bulan untuk penuhkan tasik ni dengan air. kalau ikut kiraan mungkin dalam masa seminggu ” katanya lagi.

Aku terdiam. Dia tersenyum memandang tasik yang semakin dipenuhi dengan air.

“ dinda... mengapa mahu sangat tasik ini diisikan dengan air semula? kenapa dinda sering kali berkatakan tentang tasik ini? ” tanya aku. sungguh aku mahu tahu jawapannya.

Dia menoleh memandang ku. Senyumannya masih lagi terukir.

“ saya mahu pulang... ”

.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience