Bab 2

Fantasy Series 1070

Emylia membuka matanya. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia mengadu kesakitan. " Aduhh. Sakitnya kepala aku! "

Dari posisi baringnya yang menegak, kini menjadi posisi mengiring. Dia memicit-micit pelepisnya yang tadinya terasa berdenyut. Lama dia memicit di bahagian itu. Tiba-tiba dia teringat tragedi yang menimpa dirinya malam tadi. Terus dia bangun dari baring.

" Ha! Baru aku ingat! Semalam si Liah yang tolak aku masuk dalam swimming pool! "

" Tapi...apa sebabnya dia tolak aku? "

" Aku mesti dengar penjelasan dia. Aku kena jumpa dia sekarang jugak " bertubi-tubi soalannya.

Emylia terus turun dari katil. Tapi air mukanya berubah. " Ehh ni bilik siapa pulak ni? "

Pelik dia tengok keadaan bilik ini. Kelihatan begitu klasik. " Hmmm pedulilah. Yang penting sekarang ni aku mesti jumpa Kamiliah. "

Dia membuka pintu kayu itu dan melangkah keluar sambil menjerit nama Kamiliah. " Kamiliah! Mana kau! "

Betapa geramnya dia dengan Kamiliah. Sampai hati dia menolaknya ke dalam kolam. Aku hampir mati lemas.

" Kamiliah! Mana kau! "

Dia berhenti di satu kawasan taman yang luas. " Ehh kejap. Sejak bila dekat restoran ada taman seluas ni? "

Dia baru terfikir sesuatu. " Bilik yang aku baring tadi nampak klasik betul. Lepastu semua bangunan kat sini semuanya klasik "

Emylia tengok pakaiannya. " Se..sejak bila aku pakai baju kurung pulak nii? Bukan aku pakai baju chef ke semalam? "

Dia menuju ke arah tasik itu. Dia tengok dirinya di dalam air. Alangkah terkejutnya dia bila lihat dirinya. Terlopong matanya dan mulut terbuka luas. Terjatuh dia ke tanah.

" Ahhh!!!! "

Dia pegang wajahnya. " Kenapa muka aku lain macam jerk "

Dia merangkak ke arah tasik itu kembali. Dia tengok wajahnya lagi.
" Aah lah. Muka aku lain macam lah. Mana make-up yang aku pakai? Nampak natural jerk muka aku ni "

Dia duduk kembali. Dia tengok bangunan yang berada di belakangnya itu. " Aku macam pernah tengoklah reka bentuk bangunan ni...macam istana "

" Ahh aku tak peduli. Aku nak jumpa Kamiliah sekarang "

Dia termenung tasik yang luas terbentang di hadapannya. Tasik itu penuh dengan bunga-bungaan yang cantik. Nyaman sungguh.

" Tuanku! "

Jeritan itu terdengar di telinganya. Tapi dia buat tak endah. Jeritan itu semakin dekat dengannya.

" Aduh.. sapa pula yang terjerit-jerit panggil tuanku nii! ". Habis kedamaian yang sedang dia rasakan hilang bila jeritan itu datang dekat dengannya.

Dia berdiri dan memandang ke arah suara itu. " Yahh! Siapa yang jerit-jerit nii! "

Emylia lihat di hadapannya. " Ehh mana orangnya? ". Perlahan-lahan dia menunduk ke bawah. " Wohh "

Terkebelakang dia dibuatnya. Apa yang dia lihat 2 orang wanita sedang melutut kepadanya.

" Apahal pula nii? "

" Ampun tuanku! Mohon maafkan hamba berdua tuanku! "

' aku ke yang diorang panggil tadi? Tuanku? '

Emylia lihat pakaian wanita itu. Sama juga. Pakaian kurung klasik seperti yang aku lihat di muzium sejarah.

" Hmm berdiri please "

Mereka berdua berdiri. Muka mereka terlihat pelik.

" Ke..kenapa? "

" Apa yang tuanku katakan tadi? P..peles? " Kata salah seorang wanita itu. Wanita ini seperti berumur 30 atau 40 tahun.

" Ohh maksud awak please? Please tu kan maksudnya tolong " jelas Emylia.

" Tuanku. Apakah tuanku sudah sembuh? "

" Sembuh? Ada sesuatu jadi pada saya ke? " tanya ku kepada mereka.

" Tuanku. Tuanku tidak ingatkah yang tuanku jatuh ke dalam tasik ini 5 hari yang lepas "

" Ha!? 5 hari? " terkejut Emylia mendengarnya.

' ehh bukan ke semalam aku kena tolak dalam swimming pool? Bila masa pulak aku jatuh dalam tasik pulak dan berlaku 5 hari yang lepas? ' omel Emylia dalam hati.

" Hmm kenapa korang semua panggil saya Tuanku? " tanya Emylia. Muka kelihatan keliru sangat.

" Tuanku. Apa bahasa yang tuanku bahaskan ini? Tuanku adalah seorang puteri. " kata salah seorang wanita yang sedikit berusia.

" Ha?! Pu...puteri? "

Chop!!

' Bilik klasik. Bangunan luar seperti istana. Pakaian pula kelihatan klasik macam yang aku dilihat di muzium. Pakaian dua orang wanita ini pula seperti seorang dayang istana. Dan... mereka panggil aku tuanku dan seorang puteri? '

Aku menampar pipiku.

PANG!

" Tuanku! "

Terkebil-kebil mata aku. ' sakit. Ini bukan mimpi '

Dia terus memandang dua orang wanita itu. " Tahun berapa ni? "

" Tahun 1269 tuanku " jawab wanita itu.

" Ha!? Ne..negeri apa nii? "

" negeri? Maksud tuanku kerajaan ye. Kita berada di kerajaan Langka Buana Tuanku " jawab pula wanita yang kelihatan sedikit muda dari wanita tadi.

" Lang...Langka Buana!? "

' bukan aku tinggal kat KL ke? Macam mana aku boleh ada kat Langka Buana ni? Dan tahun 1269? Bukan ke 2022 sekarang? ' berteka-teki dia di dalam hati.

" Wait! "

" Ahh ahh!! " Jerit aku tiba-tiba

" Tuanku. Kenapa!? "

Dua orang wanita itu terus menuju ke arah Emylia. Barangkali terkejut dengan jeritan Emylia.

" Maknya... A..aku ada dekat zaman dulu ke!!! " Jeritanya lagi.

___________

Seorang lelaki lengkap berpakaian pahlawan berhenti di hadapan satu pintu. Dia memberi isyarat kepada pengawal yang berjaga di hadapan pintu agar membuka pintu.

" Panglima Zainab datang menghadap ke bawah duli yang mulia " kata pengawal itu. Itu satu perkara yang akan dikatakan kepada seseorang sebelum menghadap baginda sultan.

Panglima Zainab masuk ke dalam. Dia lihat baginda sultan sedang menulis sesuatu. Dia mencemar duli terlebih dahulu. Kedua tangan dirapatkan dan tangan dinaikkan ke dahi.

" Ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap di ampun "

" Ha Zainab. Ada apa kamu datang menghadap beta? "

Tangan diturunkan. Muka menghadap baginda sultan.

" Ampun tuanku. Patik datang ke sini ingin menyampaikan khabar berita bahawa Puteri Suria sudah sedarkan diri " jawab Laksamana Zainab.

Tangan Sultan Zharif yang sedang menulis itu terus  terhenti. Dia memandang Laksamana Zainab.
" Puteri sudah sedar? "

" Ye Tuanku. Tapi keadaannya agak pelik tuanku "

" Mengapa? Pelik yang bagaimanakah itu? "

" Patik rasa ada baik nya jika tuanku yang pergi melihat sendiri keadaan Puteri Suria "

" Hmm baiklah. Mari kita ke sana. Ketua Kassim! " Baginda memanggil seseorang.

Terus seorang lelaki berumur 40 an masuk ke dalam dengan keadaan segera.  " Hamba tuanku? "

" Beta mahu ke kediaman Puteri Suria sekarang " titah baginda kepada Ketua Kassim.

" Ba..baik tuanku "

________

Emylia terbaring sahaja selepas pulang dari tasik. Dia sentiasa diiringi oleh dua orang wanita tadi. Sempat juga dia tanya nama mereka berdua. Dayang yang sedikit berumur itu bernama Som dan yang muda pula bernama Siti. Som digelarkan sebagai Ketua Som. Mereka berdua merupakan dayang setia kepada Puteri Suria.

Ye aku baru tahu yang nama aku di zaman 1269 ialah Puteri Suria.

" A..aku ada dekat zaman dulu...Abad ke 12... " kata aku dengan lemah.

Emylia bangun dari baringnya. Kepalanya digosoknya kasar. Habis kusut masaj rambut dibuatnya.
" Aduhh pening pening. "

" Macam mana aku boleh ada kat zaman ni pulak? "

" Dan macam mana aku boleh masuk dalam tubuh Si Puteri Suria ni? "

Dia menghempaskan dirinya kembali ke atas katil. Dia lihat situasi bilik itu. Semua dalam bilik itu klasik betul! Tiada kipas. Tiada aircond. Katil kayu tapi tilam empuk. Tingkap pula seperti rumah kayu dulu-dulu. Ada juga meja solak dengan cermin. Ada juga bilik air di dalam bilik ini dan ruang pakaian juga diasingkan. Sempat Emylia meronda-ronda bilik ini tadi.

" Ohh ye. Tadi Ketua Som tu cakap yang puteri Suria ni jatuh dalam tasik kan... Macam mana dia boleh jatuh dalam tasik eakk? "

Dia memejam matanya. Niatnya nak rehatkan diri seketika. Pening dari tadi dia memikirkannya. Tak sangka pula boleh tertidur.

" Tuanku! Baginda Sultan Zharif datang menghadap Tuanku " jerit Ketua Som dari luar.

Malangnya suara dia tidak aku dengar disebabkan sudah terlelap. Sultan Zharif, Ketua Som serta Siti masuk ke dalam.

Terhenti langkah Sultan Zharif bila lihat figura yang elok beradu di atas katil. Terkejut Ketua Som dan Siti melihat puteri Suria tidur.

' Sudahkah hamba beritahu tadi ada orang mahu melihatnya malah tidur pula. ' omel Ketua Som.

" Ehemm ehem! " berdehem Sultan Zharif sambil membalikkan diri menghadap tempat lain.

" Mohom ampun tuanku. " kata Ketua Som. Terus Ketua Som dan Siti berlari ke arah Puteri Suria yang sedang terbaring elok itu.

" Tuanku. Bangun tuanku " kejut Ketua Som.

Puteri Suria memusingkan badan ke arah Ketua Som. " Alahh.. jangan lah kacau. Bagilah saya tidur kejap. Saya pening nii " kata dia sambil mata yang masih tertutup.

" Ye. Hamba tahu tuanku mahu beradu. Tapi sekarang baginda sultan mahu menghadap tuanku. " kata Ketua Som sambil berbisik.

" Ha? Su..sultan? " Tercelik matanya. Terbangun dia dari baring. " Sapa sultan? Mana? "

Mulut dimuncungkan ke arah hadapan. Perlahan-lahan kepala lihat ke arah hadapan. Dia lihat figura seorang lelaki berpakaian baju melayu lengkap berwarna kuning diraja.

Perlahan-lahan Sultan Zharif memalingkan badan ke arah Puteri Suria. Terlopong besar mata dia memandang Sultan Zharif. Sultan Zharif melihat dirinya. " Apa ada yang tidak kenakah pada beta sehinggakan adinda melihat beta seperti itu? "

" A..ada lelaki!! Ahh! " Terjerit Puteri Suria.

Terkebil-kebil mata baginda bila terdengar jeritan itu. Terus Puteri Suria turun dari katil dan menolak lelaki itu keluar dari bilik itu. Terpingga-pingga lelaki itu apabila ditolak oleh gadis itu.

" Keluar!! " jerit aku

" Tuanku "

" A..adinda? "

Terus pintu itu ditutup. Terkelip-kelip mata dia bilik pintu dihempas oleh Puteri Suria.

" Apa yang berlaku ini? " tanya baginda sendiri.

" Kepala Kassim "

" Ye Tuanku? "

" Apakah beta sudah ditolak oleh Puteri Suria hmm? " tanya baginda lagi.

" Ahh... Bukan begitu fikir tuanku. Mungkin Puteri Suria masih gering selepas kejadian Puteri jatuh ke dalam tasik " ujah Ketua Kassim bagi menenangkan baginda.

Sultan Zharif mengangguk faham
" ahh ye. Itu be..betul HAHAHA puteri tidak akan begitu bukan. "

Mereka semua mengiyakan apa yang dikatakan oleh Sultan Zharif.
_____

" Ketua Som! " panggil aku.

" Ye Tuanku? Kenapa tuanku? "

" Kenapa bagi lelaki masuk bilik saya ni...at least bagilah tahu kalau ada orang nak masuk "

" Hamba sudah pun membuat penguguman kedatangan baginda diluar tadi. Mungkin tuanku beradu dan tidak dengar apa yang hamba katakan diluar " jawab Ketua Som.

" Wahh banyak alasan Mak som ea. Yelah. Saya tertidur tadi. Saya ni kalau dah tidur. Tidur mati. Tak pelah. Panggil Sultan tu masuk " kata ku dengan pasrah.

" Mak..Mak som? " Terangkat kening sebelah dibuatnya.

" Tak salahkan kalau saya panggil Ketua Som dengan nama Mak som. Kan hormat tu. Oky. Panggil dia oky "

Ketua Som memandang Siti. Kedua-duanya mengangkat bahu tanda pelik dengan Puteri Suria.

Sultan Zharif masuk ke dalam kediaman Puteri Suria setelah dua orang dayang memberitahu bahawa dia menyuruh baginda masuk. Dia lihat Puteri Suria sudah pun duduk bersila di atas katil. ' amboi. Duduk bersila seperti lelaki '

Puteri Suria mengangkat kening sebelah. Pelik dia tengok lelaki itu berdiri tegak dihadapannya. " Kenapa. Awak tak geti nak duduk ke? Ke nak saya perlawa awak. Oky have seat " kata aku.

Sultan Zharif mula buat muka pelik.
" Hava Sit? Apakah itu adinda? "

' hmm hampir terlupa pulak aku ada dekat Abad ke 12. Penggunaan bahasa inggeris pun tak wujud lagi ' kata aku sendiri sambil menepuk dahi.

" Maksud have seat tu silakan duduk wahai sultan " jawab Puteri Suria sambil tersenyum manis.

Baginda mengangguk kepala. Sultan Zharif mula duduk di sebelah Puteri Suria di atas katil. Tetapi dihalang oleh gadis itu. " Ehhh ehh ehh...awak buat apa ni!? "

Terbantut niat baginda mahu duduk, terus berdiri tegak semula.
" Bukankah tadi adinda menyuruh beta duduk? Kenapa sekarang melarang beta pula? "

" Iyelah. Duduk je dekat mana-mana, bukan sebelah saya. Ni lagi satu, tak perlulah ber adinda dengan saya..eaa geli " sambil mengeletik badannya tanda geli dengan panggilan itu.

Terkejut besar Ketua Som dengan Siti. Lagi terkejut si Sultan. " Hmm nampaknya adinda masih gering lagi. Nanti beta akan menyuruh tabib diraja untuk datang memeriksa keadaan adinda "

" Tabib? Maksud awak doktor? "

Jari dinaikkan ke pelipis. Pelik baginda dengan Puteri Suria. Bermacam-macam perkataan pelik yang puteri Suria katakan.

" Adinda rehatlah dahulu. Ketua Som tolong perlihatkan Puteri Suria. Beta mahu Puteri sihat sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Beta keluar dahulu ". Baginda keluar dari bilik itu.

" Menjunjung perintah tuanku " kata Ketua Som.

Terlopong mulut Puteri Suria bila dengar apa yang si Sultan katakan. Terus dia berlari mengejar Sultan Zharif.

" Tunggu!! " terus Puteri Suria melompat terjun dari katil dan berlari keluar dari bilik itu.

" Tuan Puteri! "

" Tuan Puteri! "

Ketua Som dan Siti turut berlari keluar. Mengejar sang Puteri.

" Nanti!! "

" Tuanku jangan berlari. Nanti tuanku jatuh "

Dia nampak Sultan Zharif berada di hadapannya. Jarak antara mereka dalam dua bilik. Terus aku berlari sambil mengangkat sedikit kain sehingga menampakkan betis bagi memudahkan dia berlari. Sudahlah aku pakai baju kurung dan rambut aku terlepas tidak diikat.

Sultan Zharif memalingkan badannya menghadap suara itu. Pengikut yang mengikut dari belakang terus ke tepi dinding bila baginda sultan memalingkan diri ke belakang.

Akibat berlari terlalu pantas ya amat, tidak sempat Puteri Suria membrek kaki. Akhirnya....

BUKK!!

Akibatnya aku jatuh. " Aduhhh! Sakitnya! " Mengadu Puteri Suria.

" Ehh aku jatuh atas apa eak? "

Puteri Suria mengangkat badannya dengan kedua-dua tangannya. Membulat matanya bila pandang seseorang yang berada di bawahnya.

" Ehh sorry...sorry. saya tak sengaja " Puteri Suria cepat-cepat nak bangun dari menghempap tubuh Si Sultan itu.

Dengan pantas pinggang aku ditarik masuk ke dalam dakapan si sultan. Aku pandang dia. " Ishh apa nii...lepas lah "

" Adinda sudah buatkan beta begini, tapi sekarang adinda nak melepaskan diri hmm "

Aku menggunakan kedua tangan ku dari membiarkan dada aku rapat pada dada baginda. " Begini? Apa yang saya buat? "

Sultan Zharif memandang kepada pengikutnya dan pengikut si Puteri. Dia memberi isyarat untuk memulingkan badan ke arah lain. Jadi mereka mengikut arahan itu.

Dia memandang Puteri Suria semula.
" Apakah adinda cuba untuk mengoda beta "

" Bila masa pulak dia ni.. ish lepaslah "

" Jikalau beta tidak mahu melepaskan adinda bagaimana? "

" Ohh tak nak lepas ea. Okehh. Siap kau "

Aku terus geletek pinggang dia. Aku gunakan tangan satu lagi untuk geletek dia manakala satu lagi menahan diri aku dari terus terhempap ke dada dia.

" Ehh ehh din..dinda buat apa nii "

" HAHAHAHA "

Ketawa terkekek-kekek dia. Akhirnya pelukan di pinggangnya dileraikan. Aku cepat-cepat berdiri. " Ha padan muka! Rasakan " kata aku sambil bercekak pinggang.

Baginda turut bangun. " Adinda mempermainkan beta ye. Apakah yang adinda mahukan dari beta sehingga berlari seperti beruk "

" Ha! Beruk! Ewahh ewahh ewahh. Sedap mulut dia panggil kita beruk. Ehh Tuanku Sultan. Patik cuma nak bertanya tentang perkahwinan itu. Apa yang tuanku katakan tadi? "

" Kita akan berkahwin pada lusa nanti. "

" Ki..kita? Maksudnya saya dengan awak..kah...kahwin?! "

Sultan Zharif mengangguk.

' ohh no! No! Aku tak boleh kahwin!! '

~ seeloknya mempercepatkan perkara yang baik, jangan dilambat-lambatkan ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience