bab 20

Fantasy Series 1070

Auch! "

" Suria! "

......

Tangan ku mulai mengalirkan darah. Rasa sakit mulai rasa.

" Argh Kadin...sakit Kadin " gadu aku.

Kadin memegang tangan ku yang berdarah. Aku lihat Kadin mengeluarkan kain dari kocek seluarnya dan diikatnya di tangan ku.

Kepala aku terasa pening. Pandangan aku pinar. Aku terdengar suara Kadin.

" Suria... Bertahan "

Aku memegang bahunya untuk mendapatkan sokongan.

" Kadin...kepala saya... "

" Suria? "

Pandangan ku mula kabur. Lama-kelamaan penglihatan ku gelap. Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Suria bersandar di bahu Kadin.

" su...Suria? " panggil Kadin.

Namun tiada tindakan darinya. Terus Kadin mendukung Suria dan meminta pertolongan.

_________

Sultan Zharif POV,

Aku duduk bersandar di satu batu untuk melepaskan lelah memanah. Terkadang aku terfikirkan akan Suria.

" kemana dia sekarang ini? Adakah aku patut mencarinya? " kata ku seorang diri.

" apa yang engkau omelkan seorang diri tu " kata Kilan dan duduk disebelah ku.

" tidak...tidak apa-apa "

" hahaha Zharif.... Aku ini kenal kau dari kita kecil lagi. Tidak perlulah engkau sembunyikannya daripada aku " kata Kilan lagi.

" tidak...aku tidak apa-apa Kilan " balas ku. Tidak mahu aku menceritakan hal yang berada dalam bilik beradu ku.

" tuanku! "

Aku terdengar jeritan dari luar.

" apa yang cemas itu? " kata Puteri Intan.

Aku lihat ketua Kassim berlari ke arah ku. Dia juga memberi tabit hormat kepada ku.

" mengapa engkau menjerit-jerit memanggil beta? " tanya ku. Kelihatan cemas saja.

" ampun tuanku...patik mendapat perkhabaran dari bilik peraduan tuanku... Permaisuri Suria... " kata kepala Kassim seperti mahu menangis.

Aku terkedu. " kenapa dengan permaisuri beta?! "

" tuanku Permaisuri... Luka ketika berlatih bermanah bersama tunku Kadin. Tuanku " jawabnya.

Tanpa menunggu lama terus aku berlari ke bilik peraduan ku. Yang lain turut mengikuti ku dari belakang.

Apa yang aku mahu tahu sekarang keadaan permaisuri ku.

________

Puteri Suria,

" Kadin...maaf ye. Susahkan awak saja " kata aku.

Aku membetulkan kedudukan ku. Rasa gilu di tangan terasa. Ketika ini jugalah Tabib Saab sedang merawati luka hirisan di tangan ku.

Kadin yang sedang berdiri bersebelahan Tabib Saab memandang ku.

" tidak mengapalah Suria... Aku turut risau tadi... "

Aku gelak. " saya tak boleh tengok darah. Rasa macam nak pitam "

Rasa seperti gilu lagi di tangan.

" tok Saab.... "

" ye Tuanku permaisuri "

" apa terus ke luka saya ni? "

" tidak begitu teruk permaisuri... Dalam seminggu dua eloklah luka ini... Daun sirih ini akan melegakan rasa perit luka itu " ujah Tabib Saab.

Aku mengangguk faham.

Tiba-tiba aku terdengar denguran tapak kaki menuju ke arah bilik ini. Aku pandang pintu dan kelihatan baginda.

Baginda terus pergi ke arah ku.

" dinda? Kenapa ini dinda? " tanyanya dan suaranya kedengaran cemas.

Dia memegang tangan ku yang luka itu. Cepat-cepat aku menepis.

" sakitlah! " aku menjeleng ke arahnya.

" tok Saab. Bagaimana keadaan permaisuri beta? " tanya baginda kepada Tabib Saab.

Tabib Saab yang sudah berdiri itu memberi tunduk hormat kepada baginda. " ampun tuanku. Keadaan permaisuri baik-baik saja. Luka hirisan di telapak tangannya juga tidak begitu teruk. Telahpun patik letakkan ubat dan akan elok seminggu dua lagi "

" syukur alhamdulilah " kata baginda sambil mengusap-usap rambut ku.

Aku memandang Puteri Intan yang berada di sebelah Raja Mustafa. Kelihatan riak mukanya berubah.

' hmph! Cemburulah tu. Macam tulah aku rasa masa kau bermesra-mesra dengan suami aku! ' bebel aku dalam hati.

Aku berfikir satu akal. Aku memandang baginda.

" kanda... "

Aku mengusap-usap tangannya dengan lembut.

" dinda...rasa sakit di tangan dinda ini...boleh tidak kanda tiupkan " pinta ku dengan suara yang mengoda.

" tiupkan? "

" iya...dengan tiupan kanda...boleh menyembuhkan sakit dinda ini..chia chia chia " kata aku. Sempat lagi bagi pickup line.

Baginda berdehem.

" ketua Kassim... Tinggalkan beta sama permaisuri beta sendiri... Beta akan menjaga permaisuri beta sendiri sekarang " titah baginda.

Maka semua orang yang berada di dalam bilik ku ini keluar. Aku sempat melihat Puteri Intan sepertinya menjeleng ke arah aku.

' ehh ehh pandai pempuan ni menjeleng '

Setelah mereka keluar, terus aku melepaskan tangan baginda. Aku membaringkan diri memandang ke tempat lain.

Baginda sepertinya hairan dengan ku.

" dinda...tadi mahu kanda tiupkan. Mari kanda tiup "

" tak mau! " jawab aku. Aku masih marah lagi dengannya.

" dinda...kenapa ni dinda... Tadi dinda mesra sama kanda... Sekarang ini lain pula. Apa kanda ada buat salah sama dinda? " katanya.

Aku bangunkan diri semula dengan hanya satu tangan.

" ye...awak ada buat salah. Salah sangat sangat " marah ku dengan nada yang biasa.

" kanda buat salah apa?... Tapi kanda ada benda mahu tanya sama dinda...apa dinda buat sama Kadin? Berlatih memanah sama nya? "

Haih....

" saya yang ajak dia untuk bermain panah bersama...kenapa. ada masalah ke " jawab ku.

" berlatih sehingga luka..mengapa tidak mengajak kanda mengajar dinda memanah. Kanda boleh " katanya.

" hmphh! Awakkan tengah elok bermain panah dengan Puteri Intan kan... Seronok lah kan " kata aku lagi.

Baginda tersenyum senggih. " apa dinda...cemburu "

" me... Saya cemburu...oh no no " kata ku.

Baginda mengangguk kening. " apa dinda kata? "

" hmm maksud saya... Mana ada saya cemburu... Memang tak lah " jawab aku kembali.

Baginda turun dari katil. Dia berjalan ke meja solek.

' apa dia nak buat tu? '

Dia membuka laci dan mengambil sesuatu. Kemudian berjalan ke arah ku semula.

Aku memandangnya pelik. Dia turut memandang ku.

" apa?! "

" boleh dinda pandang ke sana "

" ishh tangan saya sakitlah. Macam mana nak pusing " kata aku. Malas sebenarnya nak ikut cakap dia.

" Mari kanda tolong "

Kena ikut juga. Baginda memegang lengan kanan ku. Aku menggunakan tangan kiri untuk menyokong tubuh ku. Aku berpusing ke arah kanan.

Tiba-tiba aku terasa satu sentuhan di leher ku. Aku menelan liur. Sejuk terus leher ku.

Baginda menyelak rambut ku dan membawanya ke bahu hadapan ku. Tidak semena-mena jarinya terkena kulit leher ku.

" kanda harap dinda suka "

" hmm? "

Aku melihat dada ku. Terlihat satu gelang emas tersarung elok di leher ku.

' gelang emas? '

Aku memandang baginda. " apa ini? "

" hadiah untuk dinda... Sudah lama kanda mahu memberikan ini kepada dinda "

" hmm bukan ke patutnya awak bagi pada cinta pandang pertama awak " kata aku sambil menjeleng kepadanya.

" pandang kanda " katanya sambil memegang bahu ku untuk menyuruh ku memandangnya.

Mata kami berpandangan.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Muka aku sudah membahang.

" kanda mohon maaf. Sememangnya Puteri Intan itu bekas tunangan kanda. Namun sekarang ini, kanda ada seorang wanita yang sangat kanda sayangi dan sebagai permaisuri hati kanda...hanya Suria seorang sahaja di dalam hati kanda "

Aku terkedu mendengar katanya. Aku terasa seperti mahu menangis. Tanpa aku sangka, aku memeluk tubuhnya. Entah mengapa, tapi aku mahukannya.

Sungguh kata-katanya itu membuatkan aku begitu terharu.

' cintanya hanya untuk ku seorang... Apa aku sudah mencintainya? '

" awak...saya akan kembalikan Suria yang dulu... Tak lama lagi. Awak sabar ye " kata ku.

Baginda sepertinya ketawa kecil mendengar kata ku. Dia membalas pelukan aku. " dinda...dinda sudah pun menjadi Suria kesayangan kanda... Tidak perlu diubah lagi "

aku bukan Suria...aku Emylia...

Share this novel

MN DAN MS
2022-06-24 17:53:40 

Ketagih pulak !

MN DAN MS
2022-06-24 17:52:43 

Best Sangat lah Cerita Ni !!!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience