Bab 16

Fantasy Series 1070

Kami berjalan menuju ke bilik santapan untuk bersantap pagi. Aku agak keletihan disebabkan aku tidak dapat tidur dengan lenanya. Nak tahu sebab apa. Sebabnya aku berjaga-jaga. Aku teringat kejadian malam tadi.

Imbas kembali,

Aku masih lagi duduk di sofa yang berada bersebelahan dengan jendela. Baginda pula sudah terbaring di atas katil. Aku memandangnya. ‘ sedapnya dia tidur dekat atas tu .. aku pula tidur disini ’ bebel aku dalam hati.

Sudahlah ini kali pertamanya dia duduk bersama satu bilik dengan seorang lelaki. Tapi di zaman ini lain! Lelaki itu suami aku yang sah. Walaupun kami selamat dihijab kalbukan, Namun aku tidak selesa hendak berkelakuan bebas didepannya. Aku memicit-micit bahu ku yang terasa lenguh.

“ kenapa itu? ” kata satu suara.

Aku menoleh memandang baginda yang sedang berjalan menuju ke arah aku.

“ hmm bahu saya lenguh ”

“ jika begitu dinda... Pergilah beradu di atas katil. ” katanya.

“ Ha? Habis awak nak tidur mana... Saya tak selesalah nak tidur satu katil. Tak apa... Saya boleh tidur di sini ” jawab aku. Memanglah nak tidur dekat katil, tapi bila bayangkan akan tidur bersama terus aku menolak ajakannya.

“ jika begitu biar kanda beradu di sini saja ”

“ ha? ”

“ atau dinda mahu... ”

“ oky! Saya tidur di katil! ” kata aku dengan pantasnya aku pergi ke katil.

Aku lihat baginda membaringkan diri ke atas sofa. Aku pula sudah membaringkan diri di atas katil. Hmm selesanya. Walaupun aku sudah berada di tempat yang selesa untuk, namun dalam pada masa yang sama aku rasa simpati kepadanya. Iyalah. Baginda tidur tidak berselimut dan hanya berbantalkan kosyen sofa itu. Sekejap aku lelapkan mata, sekejap tengok balik baginda.

Bila sudah lama kami berdiam diri, aku agak pelik terhadap baginda.

“ sudah tidurkah? ” tanya aku dengan nada yang perlahan.

Aku mengambil keputusan untuk pergi ke sana. Aku jalan terhenjit-henjit ke sana bagi tidak menganggu baginda. Bila tiba disana, aku lihat baginda sudah beradu dengan nyenyaknya. Aku melambai-lambai tangan aku dihadapan mukanya.

“ hmm bagaimana awak boleh tidur dengan lenanya? Hmm... ”

Aku kembali ke katil dan mengambil satu bantal dan selimut, kemudian aku kembali ke sana. Aku meletakkan barang itu kebawah dan hanya memegang bantal. Aku dengan berhati-hatinya mengangkat sedikit kepala baginda untuk meletakkan bantal dibawah kepala baginda. Akhirnya berjaya. Seterusnya aku menyelimutkan baginda.

Aku tatap mukanya.

Wajahnya putih dan sedikit berjambang. Rambutnya juga tidak begitu panjang. ‘ pandai kau gayakan rambut ’

Rasa simpati aku hilang dan kembali semula ke katil dan beradu sehinggalah keesokan paginya. Aku hanya memakai selimut nipis katil itu sahaja. Tapi aku tidak dapat tidur dengan begitu lena disebabkan faktor-faktor tertentu. Iyalah pertama kali tidur bersama satu bilik dengan lelaki, macam mana nak tidur dengan lena.

Imbas kembali tamat.

Selepas sahaja bersantap pagi nanti, majlis persandingan diraja akan dijalankan. Jadi dengan itu, masing-masing sibuk melakukan hal masing-masing. Sedang aku berjalan itu, tanpa sedar aku tersendung dengan satu balang.

“ ahh! ”

Baginda menyambut aku daripada jatuh. Mata kami bersatu. Jantung aku berdenyut dengan pantas.

“ dinda... Apa dinda tidak apa-apa? ” katanya dengan nada risau.

Aku terdiam. Tidak tahu mahu jawab apa.

“ ehem! Ehem! ”

Kami berdua memandang ke arah suara itu. Terus kami berdua berdiri tegak.

“ ehh ayahanda... Baru mahu ke bilik santapan kah? ”

“ iya paduka anakanda Zharif. ” kata Raja Dika Mayan sambil melintasinya. “ jika mahu berasmara... Pergilah ke kamar hahaha ” katanya lagi.

“ ayahanda! ” marah aku. Muka mula kemerah-merahaan menahan malu. Dengan pantas aku berlari mengikut ayahanda dari belakang. Tidak mahu aku memandang ke belakang.

_________________

“ apa engkau sudah buat kerja engkau? ” tanya Dato Seri Jaafar.

“ Sudah...cumanya sekarang tidak boleh aku lakukan ”

“ kenapa!? ” tanya Dato Seri Jaafar lagi.

“ apa engkau tidak tahu.. nama saja pembesar, malah tidak tahu apa yang berlaku ” kata orang itu.

“ apa yang engkau maksudkan? ”

“ apa engkau tidak tahu sekarang ini Penghulu Bendahari Talib yang menguruskan pembiayaan penduduk disini. Dan engkau, tidak punya kuasa lagi. Itu saja engkau tidak tahu ” jelas lelaki itu.

“ apa!? Mengapa aku tidak diberitahu ” kata Dato Seri Jaafar seperti terkejut.

“ hmph bodoh! Malah ketua kampung juga turut membantu Talib itu. Apa gunanya engkau menjadi pembesar di daerah ini. Aku mahu engkau uruskan masalah ini. Kerja aku akan aku selesaikan. Sekarang hanya giliran engkau Dato Seri Jaafar hmph ”

“ hey Leman! Aku ini lebih tua dari engkau.. hormat aku ini ” marah Dato Seri Jaafar bila Leman seperti menyindirnya.

“ memang engkau lebih tua... Akan tetapi rancangan ini aku ketuanya. Jadi engkau perlu mengikuti dan menerima cara percakapan ku. Hmph jika engkau mahu memegang jawatan pembesar yang lebih tinggi dari yang engkau ada sekarang. Maka kau mahu..kau perlu ikut segala arahan aku ” jawab Leman dengan tegas. Lalu berlalu dari situ.

“ biadap sungguh. Nasib baiklah aku mahu jawatan pembesar istana jikalau tidak, tidak mahu aku ikut rancangan kau ” sindir Dato Seri Jaafar.

Leman berjalan menuju ke kudanya, lalu dinaikinya. Leman menunggang kuda berjalan disekitar hutan bagi membuatkan tiada siapa yang mengesannya. Kepala selendang disarung menutupi bahagian kepala. Kadir mengambil sesuatu didalam poket seluarnya. Lalu dibacanya.

MAJLIS ISTIADAT PERNIKAHAN DIRAJA

SULTAN ZHARIF IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD IX

DAN

PUTERI SURIA BINTI RAJA DIKA MAYAN

23.4.1269
ISNIN

Kertas itu Leman koyakkan, lalu dibuang ke tanah. Mukanya begis seribu. “ bila tiba saatnya, engkau bakal jadi milik ku.. Suria ku sayang ”

“ susah aku mahu buat rencana ku. Nama saja pembesar, malah diabaikan oleh sultan hahaha. Makin susah. Nampaknya aku perlu melakukan cara lain. Aku tidak boleh menahan rindu ku padanya. Orang tua itu sudah tidak berguna ” kata Leman.

Lalu kuda itu dikerahnya dan membuatkan kuda itu memecut laju.

*******

“ dinda? ”

“ ye kanda Melur. Suria di sini! ” jerit Suria dari dalam bilik perhiasan.

Puteri Melur berjalan ke sana. “ dinda..masih belum siap lagikah? Majlis sudah mahu dimulakan ” katanya sambil berdiri di depan pintu.

“ iya. Sudah siap semuanya. Kanda... cantik tidak? ”

“ dinda kanda ini memang lawa orangnya. Tidak perlu lebih berhiasa hahaha ”

Muka ku kemerah-merahaan bila dipuji. “ kanda nii! Malu Suria tau ”

“ hmm kanda... Apa saja yang akan kita lakukan hari ini? Suria kurang ingat ”

“ dinda... Hari ini dinda akan bersanding terlebih dahulu kemudian diperarakan sekitar kerajaan Langka Buana bersama dengan suami adinda. ”

“ ha? Naik apa? ”

“ naik kereta kudalah dinda ini. ”

“ tapi... Masa kira berlatih hari itu...tiada aktiviti itu bukan? ”

“ ihmm hanya hulubalang istana sahaja yang membuat latihan. ”

“ habis itu dinda mahu buat apa dalam kereta kuda itu? ”

“ haih dinda... Dinda lambai saja kepada rakyat jelata. Bukannya dinda turun dari kereta kuda ” jawab Puteri Melur.

“ ohh begitu yahh ” kata aku.

Maka kami bergerak menuju ke dewan Istiadat bagi mengadakan majlis persandingan sambil diiringi oleh beberapa dayang istana. Berlangsung dengan jayanya majlis itu. Aku elok bersanding di sebelah baginda. Muka aku hanya terukir senyum sahaja. Mulalah menawar tabur antara ahli keluarga. Pertama sekali Raja Dika Mayan ayahanda aku memulakan tawar tabur kepada pasangan sejoli. Dan seterusnya Ratu Nenda dan selainnya.

Akhirnya mula majlis bersantap. Tempat aku berada di sebelah baginda. Iyalah bagindakan suami aku. Manakala keluarga kerabat diraja berada di meja lain. Di meja itu hanya ada kami berdua sahaja. Aku lihat banyak makanan yang dihidang seperti makanan yang berada di kenduri kahwin. Ada ayam masak merah, arca, Kari daging, Kari ayam, daging masak briyani ishh banyaklah. Tak termasuk minuman, buah-buahan dan manisan.

Terliur aku melihat makanan itu semua. Semuanya sudah terhidang elok di hadapannya. Baru nak ngap...

“ dinda... Seeloknya kita baca doa dahulu. Betul tidak ” kata Sultan Zharif seperti menyindir aku.

“ iyolah ”

Bacaan doa dimulakan. Baginda membacakan doa. Cuma hanya kami berdua sahaja. Bila sudah habis terus aku ngap. Kali ini makan menggunakan sudu.

“ hmm sedapnya! ”

“ jika begitu santaplah dengan banyak dinda ” kata baginda.

“ semestinya! ”

Makan penuh selera aku kali ini. Sungguh beza masakan ini dari masakan di zaman moden aku. Cukup rempah ratusnya dan aromanya cukup menyengat deria rasa ku. Selepas makan, aku duduk berehat disitu bagi melepaskan lelah di perut. Setelah itu aku mahu bersama-sama dengan sepupu ku. Walaupun aku bukan Suria yang sebenar, tapi aku tetap kena jaga perlakuan aku sebagai Puteri Suria. Aku memandang baginda yang masih lagi bersantap.

“ awak ”

Baginda berhenti bersantap dan menoleh memandang aku. “ iya dinda? ”

“ saya ada sesuatu nak cakap dengan awak ”

“ apa itu dinda? Perkatakanlah ”

“ macam mana kalau kita buat satu perjanjian ”

“ perjanjian? ”

“ iya! Perjanjian... Perjanjian tidak bersentuh ”

“ kanda masih tidak mengerti... Boleh dinda perjelaskan ”

“ macam nii... Perjanjian tidak bersentuh bermakna kita tidak boleh langsung bersentuh antara satu sama lain. Macam..malam pertama gitu gitu .. langsung tidak boleh dibenarkan... Macam mana.. awak setuju tidak ”

Baginda sepertinya memikirkan sesuatu. Kemudian dia memandang makanan dan tidak lagi memandang aku.

“ nanti kanda beri jawapannya ”

“ hmm oky. ”

Sultan Zharif terfikir akan sesuatu. ‘ mengapa perlu adakan perjanjian itu. Dia tidak mencintai aku lagi kah? ’ terfikir Sultan Zharif di dalam hati. Berat untuk dia terima perjanjian itu.

______________

Aku keluar dari dewan istiadat secara diam-diam. Aku mahu hilangkan rasa lelah aku. Penat melayan tetamu, melayan sepupu sepapat dan ramai lagi. Sebentar lagi aku dan baginda akan diperarakan di sekitar kerajaan Langka Buana. Sebelum itu aku mahu mengambil udara segar.

“ suria? ”

Aku menoleh memandang suara itu.

“ ehh Kadin..Buat apa awak disini? ” kata aku sambil melihat Kadin mendekati aku.

“ sepatutnya kanda yang tanya pada dinda...apa yang Suria buat disini? Sepatutnya Suria bersama baginda sultan ” katanya lalu meletakkan tangannya di berada kayu itu dan melihat pemandangan taman bunga di hadapan.

“ hmm Suria mahu ambil udara sekejap. Lepas ini kan mahu bersiar-siar pula ” jawab aku sambil menoleh ke hadapan semula.

“ bersiar-siar... Maksud Suria perarakan ya? ”

Aku mengangguk kepala tanda betul apa yang dia katakan.

“ di dalam dewan ramai orang... Jadi saya keluar sebentar untuk ambil angin ” kata aku lagi. Dewan begitu sesak dengan kehadiran ramai tetamu kerabat diraja.

“ dinda.. ” panggilnya dengan nada yang lembut.

“ hmm Kadin... Jika boleh... Tidak perlulah berdinda kanda dengan saya. Tidak sedap telinga orang mendengar panggilan awak kepada saya itu ” tegur aku dengan sopan dan tidak begitu kasar. Ianya bagi menjaga hati Kadin agar tidak terasa akan tegurannya itu.

“ mengapa dinda... Dulunya kita selalu bergelarkan diri kita dengan dinda kanda bukan? Kenapa sekarang tidak boleh? ” tanyanya seperti tidak tahu tentang status aku sekarang.

“ iya... Itu dulu... Semasa Suria masih lagi anak dara. Tapi sekarang, saya sudah bergelar seorang isteri. Tidak manis jika awak berkata begitu... Lagipun saya tidak suka ” jawab aku dengan sopannya.

“ mengapa dinda tidak suka... Dulu juga dinda yang mahu kanda berkata begitu bukan ” balasnya.

“ okey! Saya panggil awak macam itu sebab saya hormat awak sebagai sepupu yang lebih tua dari saya. Tapi sekarang ni... Panggil saja saya dengan nama. Saya masuk dulu ” kata aku dan berlalu masuk ke dalam dewan istiadat semula.

Aku tidak berapa suka bila orang lain memanggil aku dinda, lagi-lagi dia seorang lelaki. Jika kekanda aku yang memanggil aku seperti itu tidak apa kerna adanya ikatan kekeluargaan. Walaupun Kadin itu sepupunya Suria, tapi aku tidak suka dengan panggilan manisnya itu. Jika dia itu suami aku tidak mengapa.

Aku lihat Baginda sedang berbual-bual bersama dengan beberapa lelaki. Aku tidak mengenali mereka. Mereka juga rasanya berusia sama dengan baginda. Sedang aku lihat-lihat mereka, baginda memandang aku. Dia memberi isyarat untuk aku ke sana. Dengan gaya malas aku ke sana. Bila sudah dekat, baginda memeluk pinggang ku dan merapatkan ku dengan dirinya. Tajam mata aku memandangnya.

‘ baru saja cakap pasal perjanjian tidak bersentuh, kau sudah sentuh-sentuh pulakk. Depan orang pulakk tuu haihh ’ bebel aku dalam hati.

“ dinda... Biar kanda perkenalkan rakan-rakan kanda ini ” kata baginda.

Aku hanya mengangguk kepala dan tersenyum manis kepada baginda. “ perjelaskanlah kepada dinda kanda... Tidak sabar dinda mahu mengenali mereka ini ” kata aku dengan sedikit sindiran.

“ baiklah... yang ini namanya Raja Audin dari kerajaan Semantu. Ini pula Raja Mustafa dari kerajaan Minang Kalu. Yang ini pula Sultan Hashim dari kerajaan Manikan dan ini pula Raja Kilan dari kerajaan kamantan. Ini semua kerajaan yang menjalankan hubungan perdagangan dengan negara kita. Mereka ini juga rakan karib kanda sewaktu remaja dulu ” jelas baginda sambil menerangkan seorang demi seorang kepada aku.

“ ohh iya kah... Selamat berkenalan semuanya. Nama patik Puteri Suria dari kerajaan Melangwasi ” kata aku bagi memperkenalkan diri aku pula.

“ kami kenal sangat dengan Puteri Suria ini. Siapa yang tidak kenal bukan. Puteri kesayangannya Paduka Raja Dika Mayan ” kata Raja Mustafa.

“ ya. Betul tu. Aku juga pernah mendengar Suria ini seorang yang suka memanah. Apa betul itu Puteri Suria? ” tanya Sultan Hisham pula.

‘ ehh! Suria pandai memanah ke!? Apa aku nak jawab ni... Aku bukan memanah...sentuh busur pun aku tak pernah tau ’ bebel Emylia dalam hati.

“ hmm betul lah tu...ta..tapi sekarang ini patik kurang bermain manah lagi. Sudah lupa cara-caranya ” jawab aku dengan sedikit gagap.

Baginda memandang aku pelik.

“ dinda lupa? ”

“ hihihi iya... Bukankah dinda gering dahulu...jadi ingatan dinda dengan memanah sudah pudar hahaha ” jawab aku dengan gelakan yang kecil.

Baginda hanya mengangguk kepala.

“ haihh... Sayangnya tidak dapat Suria mengikuti kejuaraan memanah kerajaan Langka Buana ” kata Sultan Hashim.

“ ha? Kejuaraan Memanah kerajaan Langka Buana? ” tanya aku pula. Tidak pula aku tahu yang kerajaan ini akan buat pertandingan.

“ iya. Kejuaraan ini akan diikuti oleh seluruh kerabat diraja. Kali ini pertandingan dibuat di kerajaan Langka Buana. Ianya juga akan dipertontonkan dihadapan rakyat jelata ”

“ lelaki perempuan semuanya masuk kah? ” tanya aku lagi.

“ iya semuanya boleh masuk. Tapi kami semua tidak pernah melihat Suria bertanding sebelum ini ” jawab Raja Audin.

Aku hanya mengangguk kepala sahaja. ‘ aku ni tak tahulah pula Suria ini pandai memanah. Mahu saja aku masuk...tapi itu pertandingan yang besar. Kalau ada pertandingan memasak boleh juga aku masuk. Ehh tapi boleh je kan kalau aku nak buat pertandingan itu sendiri sebab aku sekarang permaisuri kerajaan Langka Buana hihihi ’ bebel aku seorang diri dalam hati.

“ ampunkan patik kalian semua ” kata seseorang.

Lamunan aku tersentak bila orang itu menegur. Aku lihat orang itu yang berada di sebelah Raja Kilan. Seorang wanita. Cantik pula itu. Badannya ramping sahaja dan memakai baju kebaya berwarna merah hati. Rambutnya juga ditoncangkan.

“ aku ingatkan engkau tidak datang Puteri Intan kawasin ” kata Raja Kilan.

“ maafkan aku. Aku terlambat sedikit ” jawab Puteri Intan.

Dia memandang aku sambil menampilkan senyuman. Aku hanya membalas senyuman yang nipis sahaja. Kemudian dia memandang baginda.

“ patik ucapkan tahniah atas perkahwinannya kalian berdua ” kata Puteri Intan.

“ terima kasih beta ucapkan ” jawab Baginda dengan riak muka yang dingin.

“ biar beta perkenalkan. Ini permaisuri hati beta Puteri Suria dari kerajaan Langka Buana. Dinda ini pula Puteri Intan kawasin dari kerajaan Majapahit ” kata baginda kepada aku dan dia. Baginda turut menarik tubuh aku dekat lagi dengannya. ‘ apahal pulak dia ni ’

“ Selamat berkenalan saya ucapkan Puteri Intan.. Panggil saja saya Suria ” kata aku.

“ baiklah Suria... Kalau begitu panggil saja aku dengan nama Intan ” jawabnya.

‘ ishh orang zaman dulu ni memang suka ea pakai aku kau. Nasiblah aku ni suka pakai saya awak tau ’ bebel aku lagi dalam hati.

“ dinda... Marilah kita bersiap-siap untuk perarakan. ” kata baginda.

Aku hanya mengangguk kepala dan kami meminta diri dahulu. Selepas kami beredar dari dewan itu baginda hanya diam sahaja. Tidak pula dia menyakat aku.

Tidak lama lepas itu, kami memulakan perarakan. Aku difahamkan kami hanya diperarakan dikawasan tertentu dan pulang kembali ke istana. Aku lihat banyak kuda serta penunggannya. Rasanya penjaga kami sepanjang perjalanan. Ada juga kereta kuda.

Baginda masuk terlebih dahulu dan menghulurkan tangannya kepada aku. Mungkin sebagai tanda menolong aku naik. Tapi terpaksa jugalah kau pegang sebab kain aku ini ketat pula kalau nak angkat kaki.

Aku duduk disebelah baginda. Dalam kereta kuda ini hanya ada aku dan baginda. Kedudukan kami juga rapat. Kereta kuda itu mula berjalan. Pada mulanya aku tidak begitu teruja, tapi terlebih terujalah pula. Yalah ini kali pertamanya aku kelaur dari istana sejak aku berada di zaman ini.

Laluan ke Kampung Zulu Perak. Kami hanya akan diperarakan di kampung ini sahaja disebabkan kampung ini yang paling dekat dengan istana. Perjalanan dari istana ke kampung itu pada mulanya hanya dapat pemandangan kehijauan pokok-pokok. Bila tiba di kampung itu aku lihat ramai orang yang berkumpul. ‘ alamak! Ramainya orang ’
Aku juga dapat mendengar sorakkan gembira mereka dan ada juga yang memberi tabit hormat. Aku lihat anak-anak kecil berlari-lari keseronokan. Ada juga yang berkelah disitu. Meriah sungguh. Sekarang ini kereta kuda kami sudah pun memasuki kampung dan sorakkan mereka makin kuat. Aku hanya tersenyum manis bila mereka memanggil-manggil nama ku.

“ daulat tuanku! ”

“ daulat tuanku!.”

“ daulat tuanku Permaisuri Suria! ”

“ Daulat tuanku baginda Sultan! Semoga Allah melindungi tuanku! ”

Itulah jeritan mereka yang aku dengarkan. Aku lihat baginda melambai-lambai tangan kepada rakyat jelatanya dan senyumannya tidak putus-putus diukirkan. Aku juga turut ikut gerak gerinya dengan melambai-lambai tangan kepada semua penduduk disitu.Tiba disatu kawasan, mata aku agak tertarik kepada sesuatu benda.

“ berhentii!!! ” jerit aku dengan secara tiba-tiba.

Maka kereta kuda itu berhenti mengejut. Tersentak baginda ke depan. Bukan baginda seorang saja yang terperanjat, dengan rakyat jelata sekali terperanjatnya. Mana tak nya, kami sekarang berhenti di hadapan satu rumah berdindingkan kayu dan berbumbungkan daun nipah kering. Senang cerita keluarga ini mesti hidupnya sederhana, namun banyak jenis bunga yang ditanam dihadapan rumah.

“ dinda? Mengapa dinda?! ” tanya baginda dengan melihat Kiri dan kanan dengan keadaan yang cemas.

“ I..itu kat luar tuu... ” kata aku sambil menunding jari ke luar.

“ ada apa binda? Kanda tidak lihat apa-apa pun? ” tanya baginda lagi sambil melihat-lihat diluar.

“ itu... Bunga lidah buaya!! Ahh!! ” jerit kegembiraan aku. Aku mula keluar dari kereta kuda itu dengan penuh kegembiraan.

“ ehh dinda! ” jerit baginda dengan memanggil aku.

Sultan Zharif turut turun dan mengikut aku dengan rapat dari belakang. Bukan hanya baginda sahaja, malah seluruh hulubalang juga mengelilingi kami berdua. Rasanya demi keselamatan kami.

“ siapa Tuan rumah ini? ” tanya aku kepada mereka semua yang berada disitu.

“ itu rumah hamba tuanku! ” jerit seseorang dari belakang.

Aku menoleh ke belakang. Aku lihat seorang lelaki tua yang perutnya buncit dan seorang wanita tua berlari ke arah kami. Bila sampai dihadapan kami mereka menduduk hormat.

“ ampun tuanku beribu-ribu ampun. Ini rumah hamba tuanku. Ada apa tuanku? ” kata lelaki tua itu.

“ assalamualaikum pakcik ” aku memberi salam kepadanya.

“ waalaikumusalam tuanku ” jawabnya.

“ siapa nama pakcik? ”

“ hmm nama hamba tok layang. Ini pula isteri hamba Mek Simah ”

“ apa khabar Mek Simah? ”

“ khabar baik tuanku ”

“ hmm sebenarnya... Hajat saya berhenti dirumah ini kerna... ”

Mereka menanti jawapan aku.

“ kerna... Saya mahu bunga ini. Bolehkah? ” kata aku sambil menunding jari ke arah bunga lidah buaya.

Mereka melihat bunga itu.

“ boleh tuanku! Simah. Mari kita bungkuskan bunga itu dan berikan kepada permaisuri ” kata Tok Layang.

Jadi aku melihat bunga itu dibungkus. Mulanya bunga itu hanya ditanam dipermukaan tanah, kemudian mereka pindahkan ke pasu bunga. Sungguh kemas mereka membungkus bunga itu. Mereka menghadap aku semula.

“ ini dia tuanku ” kata Tok Layang.

“ terima kasih banyak-banyak! Di istana tiada bunga ini. Dengan adanya ini, saya dapat tanam kemudian di istana. ” kata aku sambil menyambut huluran Mek Simah. Namun sekejap sahaja bunga itu berada di tangan ku dan diambil semula oleh hulubalang. Itu pun sebab baginda yang titah.

“ berapa harganya bunga ini Tok Layang? ” kata baginda yang berada di belakang aku.

“ ehh tidak mengapa tuanku. Hamba ikhlas memberi bunga ini kepada permaisuri. Anggap saja sebagai hadiah perkahwinan hamba kepada tuanku ” kata Tok Layang

“ wahhh! Terima kasih Tok Layang dan Mek Simah! ” ucap terima kasih aku kepada mereka berdua.

“ menjunjung kasih tuanku! ”

“ jika begitu, beta dan Permaisuri meminta diri dahulu. Assalamualaikum ” kata baginda. Baginda melilit pinggang ku. Terjungkit bahu aku bila rasakan ada satu usapan disitu. Aku memandang tajam ke arah baginda. Aku menjeling.

“ waalaikumusalam tuanku! ”

Aku naik ke dalam kereta kuda terlebih dahulu sebelum baginda. Selepas sahaja kami masuk, kereta kuda dijalankan. Aku melambai-lambai kepada Tok Layang dan Mek Simah.

“ dinda... Dinda ini kan...suka buat kanda risau ”

“ hmm saya buat apa? ”

“ tadi itu... Dinda keluar sahaja dari kereta kuda ini. Kalau jadi apa-apa, siapa yang susah... Kanda juga susah nanti ”

“ alahh... Saya bukan apa... Dah alang-alang nampak bunga itu terus saya suruh berhenti ”

“ apa yang dinda mahu buat dengan bunga... Bunga apa itu? ”

“ bunga itu namanya pokok lidah buaya. Pokok tu boleh merawati kulit tau! ” aku jawab dengan penuh keseronokan.

“ dinda tidak ada masalah kulit... Jadi untuk siapa bunga itu dinda mahu bagi? ” tanya baginda lagi.

Aku tersenyum senggih. Senggih ada makna tau.

“ adalahh... ” balas aku.

*********

Ratu Nenda POV,

“ ha! Permaisuri Suria datang menghadap beta? Sekarang ini? ” kata Ratu Nenda.

“ iya tuanku. ” kata dayang Inang.

“ kalau begitu.... Beta perkenankan permaisuri masuk menghadap beta ” kata Ratu Nenda.

Dayang Inang menuju ke arah pintu dan menyuruh dayang diluar untuk membuka pintu membenarkan Permaisuri Suria masuk. Permaisuri Suria masuk.

Permaisuri Suria memberi tabit hormat.

“ ampun tuanku Ratu Nenda. Cucunda Suria datang menghadap Nenda ” sapa Permaisuri Suria.

“ iya cucunda. Silakan duduk ” kata Ratu Nenda.

Lalu Permaisuri Suria duduk bersipu dihadapan ku.

“ ada apa Suria datang berjumpa Nenda ini? ”

“ kehadiran Suria ke sini untuk menunaikan janji Suria pada Nenda. Apa Nenda ingat lagi? ” tanya permaisuri Suria kepada ku.

Aku mengingati semula perjanjian. Baru aku teringat. “ iya! Nenda ingat! Apa itu untuk kulit Nenda kah? ”

“ iya Nenda. Ini kerana tasik itu sudahpun semakin penuh. Jadi ingat Suria menunaikan janji. ”

Aku mengangguk kepala. Tidak sabar rasanya.

“ ketua Som!! Siti!! Masuk!! ” jerit Permaisuri Suria.

Oleh itu kedua dayang setia Permaisuri Suria masuk ke dalam sambil membawa satu dulang yang bertutup dengan kain batik. Kemudian dulang itu diletakkan di depan aku. Permaisuri Suria membuka kain itu dan aku lihat ada dua mangkuk di atas dulang itu.

“ apa itu Suria? ”

“ ini namanya masker Nenda ” kata Permaisuri Suria.

“ masker? Apa itu? Tidak pernah Nenda mendengarnya ”

Aku lihat Permaisuri Suria mengambil satu kain lalu direndamkan ke dalam mangkuk entah berisi apa tidak aku tahu.

“ Nenda... Nanti mintakkan inang untuk rendamkan kain ini lalu dibalutkan ke muka. Setelah itu biarkan selama 15 atau 20 minit. Tidak boleh lebih dari itu ya Nenda. Jika tidak makin teruk kulit muka dinda. Kain ini juga hanya perlu dipakai sekali sahaja. Seeloknya dipakai sebelum tidur. Tapi kali ini percubaan pertama, jadinya Nenda boleh pakai petang ini ” kata Permaisuri Suria sambil memperjelaskan semua itu kepada aku.

Aku pula mendengar penuh teliti. Sungguh menarik benda ini. Setelah Permaisuri Suria dan dua orang dayangnya itu keluar, terus aku menyuruh Inang melakukan apa yang dikatakan oleh Permaisuri Suria sebentar tadi.

********

“ hmm selesai sudahhh ” kata aku dengan melepaskan keluhan. Badan aku, aku renggangkan. Berbunyi semua tulang aku. Tiba-tiba aku terkejut terdengar bunyi guruh.

Gruhh!!!!

“ ahh! Masyallah! Terkejut sis... ” terjerit kecil aku sambil menyorok dibelakang Ketua Som.

Mereka sepertinya terkebil-kebil melihat kelakuan aku seperti kekanak-kanakan yang menyorok di belakang Maknya. Aku memperbetulkan diri ku semula dan berdiri tegak.

“ tuanku tidak apa-apakah? ” tanya Siti.

“ ya. Saya tak apa-apa. Cuma... Terkejut jerk ”

Aku memandang langit.

“ ishh gelapnya. Nampak gayanya seperti mahu hujan ni tuanku ” kata Siti lagi.

‘ ni kalau hujan ni... Tasik akan penuh dengan lebih cepatlah kan. And aku boleh balik dengan cepat! Yahoo! ’ kata aku dalam hati.

Hujan mula turun dengan lebat. Aku memandang hujan yang turun itu dengan rasa gembira. Aku bakal pulang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience