Chop! Sebelum reader baca...Hamba ingin ucapkan....
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Jika ada salah dan silap, harap maafkan lah tuan hamba ini
Okeh back to the story
******
Sultan Zharif POV,
Aku duduk termenung di dalam bilik kerja ku. Fikiran ku melilau ke tempat lain. Jiwa ku tidak tenteram. Hati ku selalu berdebar-debar.
Aku meraup muka ku beberapa kali. Tanjak juga sudah aku lepaskan. Bahang dimuka tidak dapat ditahan.
Ku berdiri dan berjalan keluar ke jendela. Ku lihat suasana pagi yang sungguh mendamaikan. Udara ku sedut dan dihembuskan kembali.
“ tidak boleh jadi ”
“ senyumannya... Gelak tawanya... Marahnya... beradu nya yang sungguh mempersona sentiasa tergiang-giang di fikiran ku... ” kata ku sambil mengingati setiap inci mukanya.
Aku bersilang tangan di dada.
“ apa ini tanda aku mulai jatuh cinta padanya... ”
Teringat aku akan kejadian malam semalam.
Imbas kembali,
Aku terdengar bunyi dengkuran halus darinya. Ku pandang wajah yang elok melekat di bahu ku. Perlahan-lahan aku menolak sedikit mukanya untuk melihat wajahnya.
Aku tersenyum.
“ haihh sudah beradu kah? ”
Wajah yang anggun itu ku pandang lama. Matanya Bak bulan yang menyinari gelap malam. Hidungnya mancung. Pipinya yang kemerahan-merahan. Dan bibirnya... Merah merekah bak biji saga. Sungguh cantik.
“ mengapa kanda membutakan mata kanda untuk melihat dinda sebelum ini... ”
Badannya aku dakap semula. Diusap-usap rambutnya dengan lembut. Wangian badannya juga dapat aku bau... Sungguh wangi baunya.
“ apa dinda sudah memaafi kanda? Apa dinda masih lagi mencintai kanda? Bolehkah kanda mencuri semula hati yang telah kanda sakiti? ” tanya aku sendiri kepadanya.
“ Suria... Akan kanda menjaga mu walau kanda terkorban nyawa sekali pun... Dinda tetap akan berada di sisi kanda ”
Ku mencium lembut embun rambutnya. Setelah itu, aku mendukung tubuhnya naik ke atas katil dan dibaringkan. Aku turut membaringkan diri di sebelahnya.
Dibelai lembut pipinya yang gebu itu. Malam ku sungguh indah melihat wajah mu...
Tidak kanda sia-siakan masa kita bersama...
Imbas kembali tamat...
Aku meraup rambut ku kebelakang.
“ apa dia dengari setiap apa yang ku katakan? Sungguh malu... Tapi bukankah itu bagus? ”
“ semestinya dia akan memberi ku peluang mencuri kembali hatinya ”
Sedang aku bercakap sendiri, aku terlihat rakan raja ku sedang bersiar-siar di taman istana. Maklumlah, depan bilik kerjaan ku ini adalah taman istana. Jadi aku boleh melihat mereka dari bilik ku.
4 orang raja bersama-sama dengan Puteri Intan kawasin.
Tetamu yang lainnya sudah pun pulang, hanya yang tinggal sepupunya Suria dan sahabat-sahabat ku.
Katanya mereka mahu melihat lagi keindahan istana kerajaan Langka Buana.
“ Zharif! ”
Aku memandang ke bawah. Terlihat sahabat ku Raja Kilan melambai-lambai ke arah ku.
“ Zharif! Marilah kita memanah! ”
Aku berfikir sebentar. Aku juga sedang dalam tempoh bercuti. Lapi pula pembesar berempat mengantikan seketika tugas ku. Apa salahnya jika aku berehat hari ini.
“ baiklah! ” jawab ku.
*****
Puteri Suria POV,
Lama aku duduk di taman bunga ini. Bila lihat matahari, rasanya akan masuk tengah hari.
Aku kehairanan.
“ baginda tak cari aku ke? Hmmm dia buzy kot ”
Aku kebosanan duduk bersendirian disitu. Jadinya aku membuat keputusan untuk bersiar-siar sekitar istana.
Setibanya aku di dewan perlatihan, aku terdengar suara gelak tawa seseorang. Perlahan-lahan aku buka pintu dewan dan menjenguk ke dalam.
Alangkah panasnya hati ku bila melihat orang di dalam. Sedang ku lihat baginda sedang berpegang tangan membantu Puteri Intan kawasin mengajarnya memanah. Sedang raja yang lain elok bermain panah sendiri.
Aku menutup kembali pintu itu.
“ sampainya hati... ”
Hati ku sakit melihat kemesraan mereka berdua. Entah mengapa hati ku ini terasa seperti digores oleh pisau yang tajam.
Aku meninggalkan tempat itu dan membuat keputusan untuk pergi ke bilik peraduan ku yang dulu.
Setelah sampai, aku terus membaringkan diri ku di atas katil.
“ dia pegang tangan perempuan lain boleh pulak... Kalau lelaki lain pegang aku dia marah ” bebel ku.
Panas hati bila teringat gelak tawa Puteri Intan.
Aku membangunkan diri semula.
“ diorang macam rapat semacam jerk? Diorang ni ada apa-apa ke? ”
“ yang baginda ni pun satu... Langsung tak cari aku... Menyampah betul! ” bebel aku lagi.
Bila difikirkan balik, aku perlu lebih tahu lagi tentang masa silam Suria.
“ ha! Tapi sebelum itu aku nak kenakan dia ” kata aku sambil memetik jari.
Aku turun dari katil dan berjalan keluar dari situ. Aku menuju ke suatu tempat.
“ Kadin! ”
Kadin menoleh ke belakang. “ eh Suria? ”
Aku berhenti di depan Kadin.
“ apa Suria sudah sihat kah? ” tanya Kadin.
Aku mengangguk kepala. “ sudah... ”
“ alhamdulilah...apa sebab Suria datang kemari? ” tanya Kadin.
“ hmmm yang lain mana? ”
“ yang lainnya keluar bersiar-siar...hanya Kadin sahaja ” jawab Kadin.
“ ohhh Kadin sibukkah sekarang? ”
Kadin menggeleng kepala.
“ apa Kadin pandai memanah? ”
Kadin tergelak kecil.
“ mestilah...bukan kita sering kali berlatih... Suria juga selalu berlatih bersama Kadin dari kecil lagi ” jawab Kadin.
“ ohh...jadi sudi tak Kadin mengajar Suria semula...sebab Suria sudah lupa caranya...apa boleh? ” tanya aku lagi.
“ mestilah boleh ”
Aku tersenyum manis. ‘ tahulah aku nak kena kan kau macam mana hahahah ’
____________
Aku dan Kadin berjalan di taman istana. Aku sudah hairan.
“ Kadin...kita buat apa dekat sini? ”
“ berlatih memanah... Kenapa? ” balas Kadin.
“ alahh...kenapa tidak ke dewan perlatihan? ”
“ seeloknya di kawasan yang luas ini bukan...kan ianya lagi bagus ” kata Kadin yang sedang meletakkan 2 orang panah di atas rumput.
Aku terasa sedikit dengan katanya itu. “ Kadin...maafkan saya ye. Saya berkasar bahasa dengan awak tempoh hari ” kata ku.
Kadin memandang ku.
“ Suria... Kadin tidak pernah marah sama Suria... Bila difikirkan balik memang benar apa yang dikatakan Suria... Maafkan Kadin ya. Kita jadi seperti dulu-dulu ya ” balas Kadin.
Aku tersenyum kepadanya. Kemudian mengangguk kepala. “ boleh. Kita jadi macam dulu ya Kadin ”
“ oky...Mari kita berlatih! ” kata Kadin dengan semangat.
Siapa yang patut bersemangat ni? Aku ke kau hahaha.
Kadin menghulurkan aku busur itu dan aku menerimanya.
Busur kayu itu aku pandang lama. Talinya aku pegang. Tegang gila tali ni.
Kemudian Kadin memberikan aku panah pula.
“ baiklah Suria. Letakkan panah itu pada tali busur. Bahagian depan panah letakkan di depan busur dan belakangnya di hujung tali ” arah Kadin.
Aku mengikuti arahannya. Aku cuba menarik namun gagal.
“ kenapa Suria? ”
“ lenguhlah! Macam mana nak tarik ” gadu aku.
Kadin menggeleng kepala. Kemudian datang di depan Suria. Kadin membetulkan kedudukan busur dan panah. Kemudian dia memegang kedua tangan ku untuk memberi sokongan kekuatan kepada tangan ku.
“ mata pandang dihadapan...pandang pada sasaran ” arah Kadin.
Aku pandang pada batang pokok yang elok dipacak oleh Kadin sebentar tadi.
“ dada tegakkan ”
“ okey ”
Kemudian dia mengarahkan aku melepaskan tali busur. Dan kami melepaskan.
Laju saja panah itu menyusuk batang kayu. Walaupun tidak tepat namun aku berjaya.
Itu pun atas bantuan Kadin.
“ Kadin! Berjaya! ”
Aku bertepuk tangan dengannya. Bersorak kegembiraan aku. Kadin pula hanya melayani kegembiraan aku itu.
Apabila sedar diri aku sepertinya sudah berlebih-lebihan, terus aku membetulkan diri kembali.
“ maaf ” kata aku sambil menyelak rambutnya ke belakang telinga.
Kadin ketawa.
“ Kadin gembira melihat senyuman manis Suria kembali.... ”
Aku terdiam.
“ sejak Suria tahu bahawa Sultan Zharif bakal bertunang sama Puteri Intan dari kerajaan Majapahit... Suria terus mendiamkan diri sehingga gering berpurnama lamanya ” kata Kadin lagi sambil menghulurkan aku panah lagi.
Aku mengangkat kening. “ apa? Baginda bertunang? ”
“ iya... Apa Suria tidak ingat? ”
“ tidak...Suria tidak ingat... Boleh tidak Kadin ceritakan pada saya ” kata aku. Aku benar-benar mahu tahu.
Sambil itu aku memegang mata panah.
“ sebenarnya Suria pernah gering disebabkan cinta Suria ditolak oleh baginda. Semua ini Ros yang ceritakan kepada Kadin. Ketika itu baginda bakal bertunang dengan puteri Intan. Kami sering kali melawat Suria. ”
“ jadinya baginda dengan puteri Intan bertunang? ”
“ tapi selepas 3 purnama, Kadin mendapat khabar berita yang pertunangan mereka telah diputuskan oleh kerajaan Majapahit ” kata Kadin lagi.
“ putus? Kenapa? ” soal ku.
“ itu tidak Kadin tahu... ”
‘ patutlah mereka rapat saja. Rupanya Puteri Intan tu cinta pandang pertama dia...dan bukan aku...opss maksud aku Suria ’ omel aku di dalam hati.
Teringat kembali akan gelak tawa mereka berdua sebentar tadi.
Aku menarik tali busur dengan sekuat hati dalam perasaan aku yang sedang bercampur bauk. Tiba-tiba tali itu putus dan menghiris telapak tangan ku.
“ auchh! ”
“ Suria! ”
.....
Share this novel