Aku terbaring seorang diri di dalam bilik ini. Sekejap badan ku dibaringkan mengiring ke kiri dan ke kanan. Aku teringat akan kata-kata baginda semasa mereka berada di tasik istana.
“ sudahlah dinda. beta akan pastikan ayahanda sama ibonda dinda tiba dengan selamat ” - Sultan Zharif
Tidur tidak lena dibuatnya. “ ayahanda dan ibonda? Tapi ibu dah lama meninggal.. sah memang bukan ayah aku ”
“ mungkin mereka parents Suria? Yelah kan baginda yang kata macam tu ”
“ maknanya Suria ada keluarga ”
“ waduhh tidur je lah dulu...esok baru fikir ”
malam itu aku tidur dengan sedikit lena. Tidak tahu apa yang bakal menantinya esok.
_________
“ adinda Suria... ”
“ adinda Suria... ”
Tidur aku diganggu oleh suara itu. Siapalah yang sebut nama aku ni, kacau saja mahu tidur. Aku membuka mata aku. kelihatan samar-samar bilik itu, tapi mata aku tertumpu kepada susuk tubuh yang samar-samar aku pandang.
Mata dibesarkan. lama-kelamaan pandangan itu menjadi jelas. seorang wanita sedang duduk di sebelahnya.
“ ahhh!! ”
Tergolek jatuh dari katil aku dibuatnya. Punyalah terkejut. Siapalah tak terkejut kalau kau bangun tidur, tiba-tiba ada perempuan duduk disebelah.
“ han... hantu!! ” jerit aku.
“ mana...mana hantu!? ”
Aku menunding jari ke arahnya.
“ hey! dinda suria! sampainya hati dinda panggil kekanda Melur hantu yah! ” jerit wanita itu atau dikenali sebagai kekanda Melur.
‘ kekanda Melur? kekanda tu kakak ke? ’
Dia mendekati aku. Aku berdiri dengan cepat.
" Dinda... ini kekanda mu...apa dinda tidak kenal sama kekanda Melur? " katanya sambil mendekati aku.
Wanita itu berlari ke arah ku dan memeluk aku. Aku tidak bersedia pun nak elak Aku sedikit kelemasan bila perempuan itu memeluk tubuh ku dengan begitu erat berserta dengan tangisan.
" Woo wohhh "
" Adinda Suria. Kenapa selalu buat kekanda risau! Huwahhh " kata wanita itu.
' Ha? Adinda Suria? '
Wanita itu melepaskan pelukannya dan memegang kedua-dua bahu ku. " Dinda suria, apa dinda masih gering lagi? " tanya wanita itu sambil menelek-nelek muka ku.
" Hmmm maaf ye. Kakak ini siapa? " Pertanyaan aku itu membuatkan dia terkejut.
" Hey! Dinda suria. Apa dinda lupa sama kekanda Melur hmph! "
Terlopong mata ku. ' kakak Suria ke ni? '
Melur berlari keluar dari bilik itu. Mata aku masih lagi memandang pintu. Tidak lama kemudian masuk lagi 2 orang wanita bersama Melur. Seorang wanita agak sedikit tua.
Aku memandang mereka dengan riak pelik.
" Bonda. Lihatlah Suria ini. Dia tanyakan pada Melur yang dia tanya siapa Melur bonda. " Kata Melur kepada wanita sedikit tua itu.
Wanita tua itu mendekati aku dan memegang bahu ku. Aku masih memandangnya.
" Paduka Anakanda Suria. Apa benarkah yang kekanda Melur katakan kepada Bonda itu? "
" Makcik ni siapa pulakk? "
Lagi terkejutlah muka makcik itu.
" Suria... Ini bonda mu Suria! Apa Suria tidak ingat sama bonda kah?! Suria juga tidak ingat sama Kanda Mawar hmph?! " Kata seorang wanita lain yang bernama Mawar.
Mata aku terkebil-kebil.
" Suria... Janganlah buatkan bonda sama ayahanda kerisauan dengan keadaan mu ini " kata wanita yang bergelar bonda dan dia memeluk ku erat sekali sambil menangis.
' ehh alamak! Diorang semua ni keluarga Suria ke? ' omel Emylia.
Tak lama lepastu ada dua orang lelaki masuk ke dalam bilik ku. ' berapa ramai lagi yang akan masuk bilik aku nii! '
Seorang itu tua sedikit dan aku tidak kenal. Tapi seorang lelaki itu aku kenal. Siapa lagi kalau bukan Sultan Zharif itu.
" Dinda? Kenapa bising-bising ini? Kanda dari luar boleh mendengarnya " kata lelaki tua itu kepada Bonda.
" Ayahanda. Suria ini. Pelik sungguh! Dia tidak mengenali kita semua. " Kata Melur.
Lelaki tua itu memandang ku.
" Paduka Anakanda. Apa anakanda juga tidak mengenali ayahanda? "
Aku lambat-lambat menggelengkan kepala.
Lelaki tua itu memandang baginda.
" Zharif. Apa anakanda beta masih lagi gering? "
Aku lihat baginda mengangguk sahaja.
Semua disitu mula sedih aku lihat.
' dah kenapa? '
Lelaki tua itu mula mendekati ku dan berdiri di samping bonda.
" Anakanda Suria. Ini ayahanda mu Raja Dika Mayan. Ini pula bonda mu Permaisuri Maimunah dan kekanda mu. Kanda Mawar dan Kanda Melur. "
" Kamu itu dinda nya kepada kekanda mu. Dinda suria. Puteri bongsu kerajaan Melangwasi " terang Raja Dika Mayan yang merupakan ayahanda kepada Suria.
' what! kerajaan Melangwasi! ' jerit hati ku.
" Tuanku Raja Dika. Apa kata kita semua biarkan Suria beristirehat seketika. Nanti bila keadaannya sudah pulih bolehlah kita berbual lebih lagi dengannya. " kata baginda Sultan Zharif.
Semua mengangguk faham. Maka semua keluar dari bilik ku. Tapi yang tinggal hanya Sultan Zharif.
Baginda duduk di tepi katil ku. aku pula masih berdiri dan masih memakai baju tidur. Baju tidur ini cuma baju kurung yang simple sahaja.
“ bukankah semalam dinda katakan pada beta yang dinda rindukan keluarga dinda. mengapa sekarang ini dinda sepertinya tidak mengenali mereka? ” kata baginda tanpa menoleh memandang ku.
Aku dah terdiam.
‘ alamak. aku nak cakap apa ni!? Ingatkan nak tanya dengan Siti pasal keluarga Suria pagi ni...tapi tak sempat pulak ’ omel aku dalam hati.
Aku memikir idea. “ ha kan saya... hmm tidur yang agak lama.. jadi saya kurang ingat tentang keluarga saya hihihi ” alasan aku.
Alasan aku diterima olehnya. baginda memandang aku. Dia memandang aku atas bawah. aku memandang diriku. cepat-cepat aku mengambil selimut yang berada di atas katil, lalu aku menyelubungkan ke tubuh ku. Baru aku perasan baju kurung ini agak jarang.
“ a..apa yang awak pandang! ” marah aku. Ambil kesempatan ni.
Baginda berdehem. Baginda memandang ke hadapan semula. “ tiada apa. dinda...pergilah bersiram dahulu. selepas itu kita bersantap pagi. beta beransur dahulu ”
aku lihat baginda sudah mula berjalan keluar. cepat-cepat aku berlari ke arahnya dan menghalang jalannya dengan berdiri di hadapannya. Tubuh aku masih diselumbungi oleh selimut.
“ awak..bukan semalam awak kata yang awak akan hantar utusan kepada keluarga saya kan? kenapa hari ini diorang sampai? cepat betul ” tanya aku. Yelah, baru hantar utusan dah sampai. pakai ilmu ghaib ke apa.
Baginda ketawa kecil. “ sebenarnya dinda... keluarga dinda sudah pun memulakan perjalanan dari 3 hari yang lalu. saja beta berkata begitu ”
“ jauh sangat ke Kerajaan Me.. Melangwasi ke sini? ”
“ dinda... beta akan jawab soalan dinda...tapi pergilah bersiram terlebih dahulu ” kata baginda lalu pergi meninggalkan aku seorang diri.
Aku menghentak kaki. geram dengan baginda. Apa salahnya jawab saja soalannya.
“ ehem ehem ” seseorang berdehem.
aku memandang ke arah suara itu. Kelihatan Siti sedang berdiri sambil memegang kain tuala dan sebesen air.
‘ alamak...dia nampak ke? ’
“ Siti! ”
“ ye Tuanku ” dia tersenyum manis. senyum ada makna tu.
“ siapkan air mandian saya. saya nak mandi ” dengan pantas aku masuk ke dalam balik.
“ menjunjung perintah tuanku ”
__________
Aku menikmati sarapan pagi atau lebih dikenali sebagai santapan pagi. Pagi ini dihidangkan kuih-kuih tradisional iaitu pelepat pisang, kochi, karipap dan kuih bakar. Ada juga sarapan berat seperti nasi goreng dan nasi lemak.
Aku memandang semua orang yang berada di dewan santapan. Tapi mata aku tertumpu kepada baginda. Fikiran aku teringat akan kejadian malam semalam.
‘ kenapa bila aku kata yang dia tak perlu ambil berat pasal aku, dia mesti marah? kenapa mesti libatkan abang Zain? salah ke kalau nak rapat dengan abang Zain ’
pandangan ku masih ke arah baginda. Tempat makan baginda juga hanya berada di hadapannya sahaja.
Hati dengan secara tiba-tibanya berdegup kencang. Aku turut terfikir yang baginda memeluk dan mengusap belakang ku dengan lembutnya. seperti memujuk seseorang yang menangis.
Aku kembali sedar.
“ haishh ” kata aku perlahan.
“ adinda Suria ada berkata sesuatu kah? ”
Aku memandang suara itu. Puteri Melur. dengan pertanyaan itu semua orang memandang ku.
“ tidak ada Kanda Melur... jemputlah bersantap ” jawab aku dengan sopan. Tunggang langgan bahasa istana aku ini hmm keh keh.
Semua kembali bersantap.
aku menarik nafas berat. ‘ kenapalah aku tiba-tiba fikir pasal dia ni. mesti tu Suria...bukan aku. yep semestinya. ’
Aku memandang baginda semula. Membulat mata aku. Baginda turut memandang ku. cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke bawah.
‘ apa lah yang dia fikirkan bila pandang aku ’
Aku makan semula.
“ Nampaknya semua persiapan perkahwinan sudah pun siap ”
aku menoleh ke arah suara itu. Raja Dika ayahanda Puteri Suria.
‘ mengapa perlu ditanya soal itu sekarang! ’ bebel aku dalam hati.
“ iya...memang semuanya sudah lengkap Raja Dika. Tinggal lagi dua hari sahaja perkahwinan ini akan berlangsung ” jawab Ratu Nenda.
“ beta amat gembira dapat melihat paduka anakanda beta akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. sudah bakal bergelar seorang permaisuri ” kata Raja Dika Mayan lagi dengan nada yang gembira.
Semua yang berada disitu mengucapkan tahniah kepada ku dan juga baginda. Aku hanya senyum nipis sahaja. Baginda pula hanya mengucapkan terima kasih.
‘ dua hari lagi aku akan bergelar isteri orang di zaman ini! ’ jerit aku dalam hati.
Tiba-tiba terasa sesak di dada. ‘ ada baiknya aku pergi dari sini daripada mendengar lagi tentang perkara ini ’ omel aku.
Aku berdiri.
“ dinda suria. dinda mahu kemana? ” kata Puteri Mawar.
“ hmm... Suria mahu ke bilik semula. kepala ini rasa pening sedikit. izinkan Suria beransur dahulu ” kata aku kepada mereka semua.
Puteri Mawar tiba-tibanya berdiri. Dia memegang kedua-dua pipi ku. “ ha? Suria masih gering yah? biar kanda Mawar bawa dinda ke bilik ” katanya.
Aku memegang tangannya dan diturunkan. aku menggeleng kepala. “ tidak mengapa. Kanda Melur duduk disini dan bersantaplah. dinda baik-baik sahaja ” kata aku sambil menyuruh duduk.
“ ehh tapi Suria... ”
Tanpa aku mendengar katanya dengan segera aku bertindak keluar dari dewan santapan.
“ haihh Suria...Suria ”
baginda memandang ke arah pintu. ‘ mengapa setiap kali berkata perkahwinan, dia sepertinya tidak mahu mendengar? Bukankah patutnya aku yang berbuat demikian? ’ tanya baginda dalam hati.
_______
Aku bukan pulang ke bilik, sebaliknya berjalan-jalan disekitar istana. rugilah kalau tidak melihat persekitaran istana zaman dahulu kala ini. Semuanya diperbuat daripada kayu. Istana ini juga banyak dihiasi oleh kain berwarna kuning. Ialah kuning itu lambang diraja.
Udara disini juga sejuk. Pelik bukan. Zaman ini bukannya ada kipas dinding dan penyaman udara, tetapi aku tidak merasa panas. Rasa panas bahangan matahari adalah. Tapi bila sahaja malam, udaranya memang sejuk. Muka sebab zaman ini terdapat banyak kawasan tumbuhan hijau yang dapat menyerap haba dan membuatkan kawasan sekitarnya menjadi sejuk.
Kawasan tadahan air juga banyak yang dibini. Jadinya orang zaman dulu juga pandai untuk menyejukkan kawasan persekitaran.
Sebut pasal air, sepertinya aku lupa sesuatu.
“ ohh ya! tasik! ”
Dengan langkah seribu, aku berlari terus ke tasik istana. Aku hampir terlupa pasal tasik itu. Sampai sahaja, keadaan tasik itu sepertinya sama cuma ada sedikit air yang boleh merendam kaki kedalamannya. di sebelah kiri aku terdapat ramai dayang istana dan hulubalang yang sedang memikul sebakul kayu. Aku lihat mereka mencurahkan air ke dalam tasik.
Aku meraup wajah.
“ ini ke sistem yang mereka gunakan. nampaknya memang ambil masa satu bulan lah nak penuhkan tasik ni dengan air ” kata aku.
Aku terduduk di atas rumput.
tasik ini ialah satu-satunya harapan untuk dia pulang. Jika tasik ini lambat dipenuhkan, Maka aku akan berlama-lama lagi tinggal di zaman ini. Aku termenung memandang tasik itu.
“ Suria? ”
Lamunan aku terhenti bila seseorang memanggil nama ku. Aku memandang ke arah suara itu. Senyuman mula terukir di bibir.
“ abang Zain! ” jerit aku sambil melambai-lambai tangan kepadanya.
Laksamana Zainab rupanya. Dia berjalan mendekati aku.
“ apa yang Suria lakukan di sini? ” tanya Laksamana.
“ hmmm saja. nak ambil udara pagi. abang pula? ” jawab aku.
“ abang dalam perjalanan ke Dewan Perlatihan. ” balasnya.
“ ohhh ”
“ boleh abang duduk sama? ”
“ mestilah. duduklah ” kata ku sambil menepuk-nepuk tanah itu tanda diizinkan duduk.
Laksamana Zainab duduk bersila tidak jauh dari ku. aku masih lagi memandangnya.
“ bukankah tuanku Raja Dika Mayan dan tuanku permaisuri Maimunah berada di dewan santapan sekarang ini. mengapa Suria tidak bersama mereka? ”
“ haah. dekat sana panas, di sini sejuk ” jawab aku dengan spontan.
“ hahaha begitu yah ”
Aku baru teringat sesuatu. ‘ daripada aku tanya baginda, lebih baik bertanya dengan abang Zain. you so clever lah Emylia! ’
“ hmmm abang Zain...boleh Suria tanyakan sesuatu? ”
......
Share this novel