Masa yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Hari ini ialah hari pernikahan bagi aku dan Sultan Zharif. Aku berada di bilik ku sekarang. Aku memandang diri aku di dalam cermin. Aku telah pun siap memakai baju nikah yang serba putih itu dan berselendangkan kain putih jernih. Aku juga telah pun didandankan dengan beberapa barang solek dan beberapa perhiasan rambut. Aku termenung lama.
“ tuanku... cantik sungguh tuanku ” kata Ketua Som.
Mak Yam yang berada di situ juga turut memuji aku. Dia lah yang mendandangi aku. Aku hanya tersenyum nipis.
‘ nak buat macam mana. Aku kena teruskan juga pernikahan ini. Apalah nasib aku lepas dari jadi isteri sah kepada dia ’ bebel aku dalam hati.
Tasik pula masih belum penuh.
“ tuanku.... masanya sudah tiba tuanku ” kata Ketua Som.
Aku mengambil nafas memberi kekuatan kepada ku. Berdiri dan melangkah keluar dengan diiringi oleh beberapa dayang istana. Aku tiba di Balai Istiadat diraja. Aku lihat sudah ramai orang disitu. Semuanya tidak aku kenali, hanya beberapa sahaja yang aku kenal. Aku lihat baginda turut berada di tempatnya dihadapan seorang lelaki tua. Barangkali tok kadi. Raja Dika Mayan juga turut berada disitu. Balai itu dihiasi oleh pelbagai perhiasan. Semuanya berwarna kuning diraja. Aku duduk bersipu di atas sebuah konsyen berwarna kuning. Yang mengelilingi aku hanyalah keluarga ku serta Ratu Bonda termasuklah Ratu Nenda.
Terlebih dahulu tok kadi akan memberi khutbah nikah. Tok kadi akan memberi khutbah berkaitan tentang bab-bab perkahwinan, hukum hakam, tanggungjawab suami isteri, nafkah, cerai, rujuk dan taklik. Tok kadi turut memberi khutbah dihadapan kedua mempelai bersama beberapa orang saksi dan ahli keluarga terdekat. Jadi aku mendengarnya dengan penuh teliti disebabkan ini pertama kalinya aku tahu bab-bab kahwin ini.
Setelah lama memberi khutbah akhirnya tok kadi itu berhenti. Lalu memandang Raja Dika Mayan yang berada di sebelahnya.
“ Ampun tuanku. Baiklah jika kita mulakan sekarang ” kata tok kadi itu berkata kepada Raja Dika Mayan.
“ Beta perkenankan ” titah Raja Dika Mayan.
Maka tangan Sultan Zharif dan tok kadi bersatu. Mulalah upacaran akad nikah bagi kedua mempelai. Tok kadi itu membaca-baca doa sebelum memulakan upacara.
“ Sultan Zharif ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar ”
“ beta ”
“ Aku nikahkan engkau dengan Puteri Suria Binti Raja Dika Mayan yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya senaskah al-Quran dan sebentuk cincin ” kata Tok kadi itu.
Dengan sekali lafaz Sultan Zharif bersuara. “ aku terima nikahnya Puteri Suria Binti Raja Dika Mayan dengan emas kahwinnya senaskah al-Quran dan sebentuk cincin ”
Tok kadi itu mula memandang kepada para saksi dan mengatakan perkataan sah.
“ sah ”
“ sah ”
“ sah ”
“ sah ”
“ alhamdulilah ” kata tok kadi itu. Mereka mula menadah tangan untuk membaca doa. Entah doa apa tidak aku tahu. Jadi aku turut menandah tangan dan mengaminkan sahaja. Setelah Istiadat akad nikah, seterusnya akan berlangsungnya upacara pembatalan air sembahyang di mana baginda akan memberi mas kahwin kepada aku dan kami akan membuat upacara pembatalan air sembahyang. Jika mahu lebih faham ialah aku akan bersalam dengan pihak pengantin lelaki yang telah menjadi suami ku yang sah.
Baginda berdiri dari duduknya dan berjalan ke arah aku. Kemudian dia berlutut di hadapan aku. Dia mengambil cincin yang dihulurkan oleh dayang istana. Kemudian mencapai tangan ku dan menyarungkan di jari manis ku. Cantik cincinnya. Cincin itu diseluti dengan emas dan ada berlian kecil di atasnya.
Aku terdiam.
“ dinda ” bisik seseorang.
Aku memandang orang itu. Puteri Mawar yang berada di sebelah aku.
“ salam suami mu dinda ” bisiknya lagi.
‘ ha! ’
Aku memandang baginda yang berada di depan ku. Lambat-lambat aku mencapai tangannya dan bersalam dengannya. Itulah pertama kalinya aku memegang tangan baginda. Sejuk terus tangan aku. Selepas itu baginda bertindak mencium dahiku. Aku terkedu. Baginda hanya tersenyum kepada ku. Pipi aku mula kemerah-merahaan.
‘ sedar Emylia! Sedarkan diri kau! ’
Selepas itu kami bersalaman dengan ahli keluarga terdekat. Akhirnya selesai juga majlis Istiadat akad nikah ini. Aku lihat baginda sedang bercakap sesuatu bersama ayahandanya Suria. Tidak pula aku mendengarnya. Iyalah dua kekanda aku ini sibuk melihat cincin yang elok tersarung di jari manis ku ini.
“ ayahanda. Anakanda minta diri sebentar. Mahu menunaikan solat sunat nikah. ” kata Sultan Zharif kepada ayahanda mertuanya.
“ iya. Anakanda pergilah. Itulah yang seelok-eloknya ” jawab Raja Dika Mayan.
Dengan itu Sultan Zharif mengorak langkah pergi meninggalkan Balai Istiadat diraja. Baginda Cuma pergi ke ruangan sebelah sahaja, kerna disitu telah dibuat khas untuk baginda menunaikan solat. Solat sunat nikah ini seeloknya dibuat sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan pernikahan dan berdoa moga mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. Ini tujuannya baginda menunaikan solat sunat nikah ini.
Aku lihat baginda sudah tiada. Sekarang ini mereka yang berada di dalam ini hanya berborak sesama yang lain. Aku menuju ke arah Raja Dika Mayan. “ ayahanda.”
“ ye anakanda? ”
“ mana Zharif? ”
Dia tersenyum lebar. “ anakanda Zharif sekarang ini sedang menunaikan solat sunat nikah. Mengapa? Anakanda rindu kah? ” jawabnya.
“ ehh tidaklah ayahanda. Suria tanya saja ” kata aku. Ishh buat apa nak rindu dia hmph!
“ Suria! Kemari! ” jerit seseorang. Puteri Melur dan Puteri Mawar. Aku menuju ke arah mereka yang berada di satu ruangan yang banyak dengan hadiah di satu meja panjang.
“ iya? ”
“ lihat lah ini. Banyak hadiah yang dinda sama Zharif dapat ” kata Puteri Melur.
Aku memandang hadiah yang berlonggok di hadapan aku itu. Aku ambil satu. Lalu dibaca ucapan yang ditulis di atas kotak hadiah itu.
Kepada sepupu ku Suria...
Ros mengucapkan selamat pengantin baru! Ros doakan kebahagian rumah tangga mu berkekalan hingga ke jannah.
Daripada sepupu mu, Ros.
“ Ros? Kanda Melur. Ros ini siapa? ” tanya aku. Baru aku tahu yang Suria ada sepupu.
“ ehh apalah dinda ini. Tidak kenal pula sama Ros. Ros itukan sepupu rapat mu. Dia juga rakan baik mu. Mengapa dinda bertanya ” jawab Puteri Melur.
Aku meng’ ohh kan sahaja. ‘ Ros ni datang ke tidak? ’
“ Suria!! ” jerit seseorang.
Tanpa sempat aku memandang orang itu, aku dipeluk secara beramai-ramai dengan sekumpulan gadis-gadia yang tidak aku kenali. Hampir tidak bernafas aku.
“ suria! Tahniah! ”
“ Selamat pengantin baru! ”
“ Huwahh Suria!! ”
Banyak suara yang aku dengar sekarang ini. Siapa mereka ini. Mereka berhenti memeluk aku. Pening aku dibuatnya.
“ ishh kamu semua ini. Jangan buat begitu pada Suria. Diakan pengantin baru sekarang hahaha ” kata salah seorang daripada mereka.
“ Iya iya. Cumanya nanti tidak boleh lagi kita memeluknya. Nanti suaminya saja yang memeluknya ” kata salah seorang lagi.
“ haih kamu semua ini sepupu yang selalu menyakat Suria kan! ” kata Puteri Melur yang berada di sebelah aku
‘ diorang semua ni sepupu Suria. Ramainya ’
“ hehehe mana ada kanda Mawar ini ” kata mereka sambil tergelak kecil. Aku lihat mereka gembira.
“ hey Mawar! ”
“ ehh orkid! ”
Jadinya Kanda Melur meninggalkan aku seorang bersama-sama sepupu ku yang ramai ini.
“ Suria apa sudah lihat hadiah-hadiah dari kami? ” kata salah seorang daripada mereka. Aku tidak tahu nama mereka.
“ hmm belum lagi. ”
“ Mari kita tengok sama-sama! ”
Mereka mula menarik lengan aku. Aku tidak boleh berbuat apa, jadi hanya ikut sahaja. Mereka menghulurkan satu-persatu kotak hadiah kepada aku. Aku mencapainya. Dilihat nama.
Ros. Ohh ini kotak yang aku baca ucapannya tadi.
Satu lagi dihulurkan kepada aku. Nama yang tertulis Delima
Lily
Melati
Kemboja
Cahaya
Raya
Nama mereka semua ini kebanyakkannya spesis bunga. Pelik hanya nama aku sahaja yang tidak menggunakan nama bunga sebaliknya diberikan nama Suria.Seperti nama matahari saja. Mereka semua peramah gila. Aku jadi selesa dengannya.
“ kalian semua duduk dimana? ” tanya aku.
“ kami semuanya tinggal di rumah penginapan yang disediakan oleh pihak istana. Sungguh cantik rumahnya Suria! ” kata Ros.
“ iya betul itu! ” kata Lily.
“ Suria... Apa Suria sudah berjumpa sama Kadin? ” tanya Kemboja kepada aku.
“ Kadin? Siapa Kadin? ”
“ ehh sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya hahaha ”
Semua tergelak melainkan aku. Watak apa pula kali ini.
“ apa kalian semua mengata-gatakan nama aku ya ” kata seseorang dari arah belakang.
Aku menoleh kebelakang. Kelihatan seorang lelaki muda yang memakai baju melayu lengkap berwarna merah. Dia berjalan menghampiri kami.
“ ehh mana ada Kadin. Betul tak semua!? ”
Semua mengangguk kepala.
“ iyalah tu. Suria juga mengata-gata tentang Kadin ya ” katanya kepada aku. Matanya memandang ke arah aku.
“ ha? ”
“ ishh Kadin ini memang selalu mengusik mu Suria. Iyalah sepupu kesayangan mu ini ” kata Raya.
Aku hanya mengangguk kepala.
“ Suria... ”
Aku memandangnya semula.
“ apa boleh Kadin bercakap berdua sebentar bersama Suria? ” tanya dia kepada aku.
“ ha? ”
“ pergilah Suria. ” kata cahaya
“ iya pergi sahaja ” kata kemboja pula. Senang cerita semua menyuruh aku pergi bersama Kadin. Dengan itu aku mengorak langkah mengikutinya dari belakang. Kami berdiri tidak jauh dari sekumpulan sepupu aku yang riuh itu.
“ apa yang...Kadin mahu katakan? ” tanya aku tanpa memandangnya.
“ apa sekarang Suria tidak suka melihat wajah Kanda? ”
Automatic aku memandangnya. “ Kanda? ”
“ itu kan panggil Suria kepada Kadin. Apa Suria lupa? ”
“ ehh tidak adalah. ” kata aku sambil tersengih-sengih.
“ Kanda mahu ucapkan Selamat pengantin baru pada Suria. Nampaknya Kanda sudah tidak ada peluang untuk menunaikan hajat Kanda ” katanya kepada aku dengan nada yang sayu.
“ hajat apa itu? ”
“ untuk memperisterikan Suria ” jawabnya dengan terus terang di hadapan aku.
Terkebil-kebil mata aku mendengarnya. Sekarang ini aku tidak apa yang berlaku diantara Suria dan Kadin. Aku tidak tahu mahu membalas apa.
“ makanya beta seorang yang bertuah... ” kata seseorang. Aku menjengah kepala aku memandang belakang Kadin. Aku lihat baginda berjalan menghampiri kami.
Baginda berdiri bersebelahan dengan aku. Tangannya juga mula melilit pinggang aku. Aku memandang tajam ke arah baginda.
“ apa khabar mu Kadin ”
“ baik-baik saja tuanku ” jawab Kadin. Suaranya tidak seperti tadi.
“ dinda ” panggilnya.
Aku memandang baginda. Baginda turut memandang aku.
“ marilah kita ke dewan santapan. Sudah tiba masanya untuk bersantap. Mari ” kata baginda lagi sambil memegang tangan aku dan membawa aku pergi dari situ.
Aku lihat tangan yang dipegang oleh baginda. Erat betul pegangan itu. Tiba bila lihat jalan, sepertinya bukan jalan nak pergi ke dewan santapan. Kemana dia mahu bawa aku?
“ awak...ni bukan jalan nak ke dewan santapan ” kata aku. Tiba-tiba aku ditarik masuk ke satu lorong. Belakang tubuh ku terhempas di dinding kayu. Nasib hempasannya tidak begitu kuat.
“ ish apa ni!? ”
Aku terdiam bila muka baginda betul-betul berada di hadapan aku. Mata kami bersatu. Muka baginda juga biasa sahaja. Tidak malu langsung dengan tindakannya. Baru saja aku mahu lari, baginda sudah terlebih dahulu memerangkap aku dengan melekatkan kedua tangannya ke dinding Kiri dan kanan aku. Itu membuatkan aku tidak dapat lari.
“ A..awak nak buat apa ni? ” tanya aku dengan teragak-agak. Takut kejadian kemarin berlaku semula.
“ Sudahkah beta memberitahu bahawa tidak ada seorang pun laki-laki yang boleh menyentuh dinda. Mengapa masih lagi mengingkari titah beta ” katanya dengan nada tegas.
“ mana ada dia pegang saya. Kami cuma berborak sajalah ” jawab aku dengan menegakkan keadilan.
“ borak atau apa sekalipun... Beta tidak suka ”
Aku tersenyum lebar.
“ mengapa senyum seperti itu? ” tanya baginda. Hairan dengan senyuman aku.
“ tuanku kata tuanku tidak sukakan saya... Jadi... ” kata aku dengan melilit lehernya.
Aku lihat baginda sudah berubah muka.
“ jadi... ” tanyanya mahu aku menyambung semula ayat aku yang tertangguh.
“ jadi... Sekarang ini tuanku cemburu yah ” sambung aku.
Tangan baginda mula turun perlahan-lahan. Baginda memandang ke arah lain. “ siapa kata beta cemburu ”
“ jadinya... ”
Aku mula berlari meninggalkannya disitu dengan peluang yang ada.
“ jadinya! Tidak perlulah tuanku sibuk-sibuk!hahaha! ” jerit aku sambil berlari.
“ ehh Suria! Tunggu! ” jerit Baginda dari arah belakang.
Kami berkejaran sehingga ke dewan santapan. Akhirnya kami memulakan majlis santapan bersama kerabat diraja dan para pembesar yang lain.
*******
Selepas kebanyakkan tetamu pulang, aku berjalan diiringi oleh ketua Som dan Siti.
“ haihh letihnya! ” kata aku sambil merenggangkan badan. Kalau boleh dia nak saja baring dan tidur.
“ tuanku? Tuanku mahu kemana? ” tanya Ketua Som.
Aku pelik dengan soalannya itu. “ saya nak pergi biliklah. Kenapa tanya macam tu? ”
“ tuanku. Bilik peraduan tuanku telah pun dikosongkan. ”
“ ha!!? ” jerit aku sambil menoleh memandang ketua Som.
Ketua Som mengangguk kepala.
“ what the!! Haishh!! ” terus aku berlari ke bilik peraduan aku. Seperti tidak percaya. Bilik sahaja buka pintu semua barangnya sudah tiada. Aku pergi ke bilik pakaian aku. Semua pakaian aku juga sudah tiada. Barang solek yang berada di atas meja solek juga sudah tiada.
“ mana kamu semua bawak barang-barang saya hmph ” tanya aku kepada mereka berdua dengan tenang. Tengah sabar je sekarang ini.
“ ampun tuanku. Hamba berdua telah dititahkan oleh baginda Sultan untuk mengosokkan bilik peraduan tuanku dan dibawa pindah ke bilik peraduan baginda Sultan Zharif ” jelas Ketua Som kepada aku.
“ apa!? Tidak!! ” jerit aku. Dengan itu aku memukul-mukul tilam katil dengan tujuan untuk melepaskan amarah.
Ketua Som dan Siti cuba untuk memberhentikan dengan memeluk kedua lengan aku. Aku meronta-ronta kerna tidak puas lagi mahu melepaskan rasa marah.
“ zharif!! ”
Share this novel