BAB 12

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku mengelak tumbukan daripada Maverick. Tubuh dan wajah aku sudah penuh dengan darah. Bilik pejabat yang menempatkan meja aku dan Nyx juga sudah seperti tongkang pecah. Meja terbelah kerusi patah segala fail dan buku pelajar bersepah di lantai. Darah kami menitik di lantai. Tangan aku sudah luka akibat terlalu banyak bertumbuk. Cermin pula sudah pecah akibat balingan pistol Maverick dari aku. Pisau aku juga turut tercampak di luar tingkap.

Kini kami sama adil. Dengan tangan kosong kami berlawan sesama sendiri.

Maverick sudah letih begitu juga aku. Tumbukan demi tumbukan kami berikan sehinggakan kami sendiri sudah tiada tenaga untuk berdiri. Aku terduduk lemah berhampiran pintu. Mata aku tajam memandang Maverick yang sedang tersenyum sinis.

"Aku menang Echo. Oz menang. Selamanya Oz akan menang, dia berjaya kalahkan kau.." kata Maverick sinis sambil tangannya mencapai pistol kecil yang di sembunyikan di kakinya. Aku memejamkan mata aku.

Aku menelan liur. Mahu bergerak tetapi sudah tiak mampu. Kudrat aku sudah tiada.

Beginikah pengakhirannya?

Aku mati di tangan pengikut Oz?

Mata aku pejam rapat. Mahu bergerak tapi sudah tak mampu. Aku hanya duduk kepenatan. Kepala aku dongakkan sambil mata masih erat terpejam.

"Oz..." bisik aku perlahan. Aku terdengar bunyi trigger ditarik. Tidak lama kemudian bunyi tembakan kedengaran kuat di bilik ini.

Satu detik....

Dua detik....

Tiga detik....

Kenapa aku tidak rasa sakit? Betulkah aku ditembak?

Aku membuka mata aku memandang Maverick yang sedang memandang belakang aku sambil tangannya memegang perutnya yang berdarah.

Siapa yang tembak?

Aku memusingkan kepala aku memandang pintu yang tadinya tertutup kini sudah terbuka. Izz sedang berdiri di belakang aku sambil tangannya memegang sepucuk pistol.

Aku memandang semula Maverick. Pistolnya di acukan semula kepada aku.

"Put down the gun Maverick!" Arah Izz. Maverick tersenyum sinis. Jarinya bergerak untuk menarik picu.

Lagi sekali aku terdengar bunyi tembakan dan serentak itu aku dapat lihat darah menyembur keluar dari dada Maverick. Tubuh Maverick jadi lemah. Dia diam tidak berkutik sambil tubuhnya tegak bersandar pada dinding.

Aku menghela nafas lega.

Sedikit demi sedikit pandangan aku semakin kabur namun aku dapat merasakan tangan seseorang sedang memegang tubuh aku menahan aku dari jatuh.

Akhirnya tanpa aku sedar, pandangan aku menjadi semakin gelap dan akhirnya ianya terus menjadi gelap.

****

Aku membuka mata aku perlahan. Keadaan bilik yang gelap gelita membuatkan aku terkejut. Aku lantas bangun tetapi kerana sakit yang teramat sangat pada tubuh aku serta tangan seseorang yang menghalang aku bangun membuatkan aku kembali baring.

Lampu tidur yang terletak di tepi katil dibuka oleh seseorang.

Aku mengerutkan dahi melihat gerangan yang muncul di sebalik kegelapan ini.

"Izz? Apa dah jadi?? Kau buat apa dekat sini?" Tanya aku pelik.

"Kau kena serang dengan Maverick. Ingat tak?" Tanya Izz. Aku mengganggukkan kepala.

"Kau yang tembak Maverick?" Izz hanya diam.

"Thanks." Kata aku perlahan.

"Aku dah hantar orang untuk hilangkan segala bukti tentang serangan pagi tadi. Jangan risau. Pelajar dan guru guru di sekolah itu tidak tahu apa apa."

"Maverick?"

"Phoenix yang uruskan." Kata Izz. Aku menghela nafas lega.

"Aku nak air." Minta aku apabila aku terasa tekak aku kering.

Dengan cepat Izz menghulurkan segelas air kepada aku.

"Kau kena cuti sampai kau sembuh. Aku takut dengan keadaan kau macam ni makin ramai pula yang serang kau. Silap hari bulan pelajar kau sendiri berjaya kalahkan kau." Kata Izz. Aku memasamkan wajah.

”ah, pelajar aku cuma berlatih dengan aku. aku sendiri yang tawarkan diri aku untuk dijadikan sebagai contoh latihan aku.” kata aku cuba berdalih. Phoenix pesan bahawa segala aktiviti aku harus dirahsiakan oleh orang luar. Well, aku rasa Izz adalah orang luar walaupun dia rakan kepada Phoenix.

Kalau cuti itu bermakna aku tidak dapat berjumpa dengan pelajar pelajar aku. Walaupun aku menjadi buruan mereka aku amat sayangkan mereka. Ada masa mereka akan serius dan ada masa mereka akan melupakan misi mereka dan hanya menjadi pelajar biasa.

"Jangan nak degil sangat. Ingat kesihatan kau kena jaga." Bebel Izz.

"Berapa lama kau ada dekat sini?" Tanya aku bagi menghilangkan bosan.

Izz yang sedang meyalin sesuatu pada kertas memandang aku.

"Selama mana kau di sini, selama itu jugalah aku akan berada di sini." Aku membeliakkan mata.

Aku cuba bangun namun kerana kesakitan yang teramat sangat aku terpaksa membatalkan hasrat aku untuk bangun.

"Kau biar betul!"

"Apanya, kan aku dah cakap siang tadi. Aku akan jaga kau sepanjang aku dekat sini." Kata Izz. Dia lalu duduk di birai katil.

"Aku dah besar, aku boleh jaga diri aku sendiri." Bentak aku.

"Ini adalah arahan tuan Phoenix. Aku ikut je.." kata Izz.

****

Seminggu aku di paksa cuti. Ini semua arahan Izz. Mentang mentang dia doktor, suka suka dia je nak paksa aku cuti lama lama.

Pelajar aku semuanya sudah bising dan Phoenix mengambil peluang itu dengan menggantikan kelas aku. Habislah fikiran pelajar pelajar aku diracuni oleh Phoenix yang otak kotor tu..

Lebam di tubuh dan wajah aku sudah semakin hilang dan sakit sakit pada tubuh aku juga semakin berkurangan.

Aku leka memandang panorama diluar balkoni sehingga aku tidak sedar ada bunyi pintu dibuka dengan perlahan. Apa yang aku sedar cumalah terdapat bunyi bisikan bisikan kecil yang mana aku yakin aku kenal akan bisikan bisikan itu.

"Huwarghhhhh!!!" Jerit Vega sambil berlari ke arah aku. Di tangannya terdapat pisau kecil.

Aku lantas memusingkan tubuh aku, menangkap tangan Vega lalu aku memusingkan tubuhnya membelakangkan aku. Kepalanya aku kunci menggunakan tangan aku. Pisau yang dipegang tadi jatuh ke lantai.

"Kalau nak serang orang dari belakang make sure kamu tidak mengeluarkan sebarang bunyi, kalau tak, akan jadi macam si Vega ni." Kata aku sambil memandang sekeliling suite hotel yang di duduki oleh aku ini. Ruang yang tadinya kosong menjadi semakin riuh apabila Drake dan Azalea keluar dengan serentak dari tempat persembunyian mereka sambil mulut mereka becok membebel tentang kehebatan aku. Aku menggelengkan kepala aku perlahan.

"Cikgu apa khabar? Lama tak nampak? Honeymoon ya dengan Dr. Izz..." gurau Andrea. Aku menggelengkan kepala aku.

"Kalau Izz dengar tu tersengih lebar dia macam kerang busuk. Dah, mari duduk. Datang tempat orang nak serang serang orang pula." Bebel aku pada pelajar pelajar aku. Mereka semua ketawa gembira. Ada juga yang dengan beraninya memeluk aku. Katanya rindu.

Hmm, tunggulah semua ya, lagi seminggu je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience