BAB 10

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku mengelak tumbukan Edna. Budak ini memang mahir dalam seni mempertahankan diri. Semput aku dibuatnya ketika diserang oleh dia.

Kaki Edna cuba menyepak pergelangan kaki aku namun berjaya dikesan oleh aku dan aku elak sambil menghadiahkan Edna tumbukan padu aku tepat pada perutnya. Edna terundur ke belakang. Dia terbatuk batuk.

"Cikgu! Kuatnya!" Kata Edna. Aku tersenyum sinis.

"Mestilah kuat, saya nak hidup lama lagi." Kata aku sinis.

Edna kemudian menarik nafas panjang. Lalu dia berlari ke arah aku dengan laju.

"Saya janji saya akan jadi assassin yang terbaik cikgu!!!" Jerit Edna. Dia melayangkan penumbuk ke arah aku. Hampir sahaja mengenai wajah aku loceng menandakan waktu rehat tamat tiba tiba sahaja berbunyi.

Aku tahan menggunakan tangan aku lalu aku menumbuk perut Edna dan mencampakkan tubuhnya ke lantai

"Waktu rehat tamat. Pergi masuk kelas." Arah aku tegas sambil kembali mengemas buku buku yang berteraburan di koridor ini akibat pertarungan kami.

Edna bangun lalu menundukkan kepalanya kepada aku.

"Baik cikgu. Kita jumpa esok!" Kata Edna seraya itu dia berlalu pergi sambil berlari ke arah kelas yang terletak di hujung koridor.

Aku tersenyum nipis. Beginilah aku sekarang ini. Rutin biasa yang yang akan aku hadapi ketika aku menjadi guru mereka. Kadang kala diluar waktu sekolah mereka akan turut menyerang aku. Nak menyesal pun tak guna kerana ini sahaja satu satunya cara untuk aku mengalahkan Oz.

Oz, sudah lama aku tidak mendengar khabar berita darinya. Apalah khabar dia agaknya.

Sedang leka aku berangan tiba tiba seseorang menegur aku.

"Echo, okay tak ni?" Tanya Julia. Julia, setiausaha pengetua sekolah ini. Aku tersenyum pada Julia.

"Okay je." Kata aku perlahan. Julia tersenyum.

"Aku ada pesanan dari tuan Maverick. Dia nak tengok prestasi pelajar kau menggunakan senjata dan berlawan esok." Kata Julia.

Aku mengganggukkan kepala.

"Okay, noted." Kata aku lalu Julia segera berlalu pergi.

Tak perlu aku risau. Setiap hari mereka berlatih hanya kerana misi yang aku berikan. Saban hari, semakin kuat mereka. Sedikit sebanyak timbul perasaan bangga aku melihat mereka. Tapi ada sesuatu yang meragukan aku tentang Maverick. Seolah olah dia ada menyembunyikan sesuatu.

****

"Echo, jelaskan kepada saya setiap seorang kelebihan dan kelemahan pelajar kamu." Arah Maverick. Aku tersenyum. Mata kami berdua masih ralip memandang pelajar aku.

"Drake. Seorang perengus namun kini secara perlahan sudah mampu mengawal sifatnya itu, dia mahir menggunakan pisau. Cuma acap kali saya perasan cara dia memegang pisau salah membuatkan pisau yang dipegang mudah jatuh. Mungkin kerana dia pengguna tangan kiri dan tenaga pengajarnya tangan kanan membuatkannya kekok untuk menggunskan pisau pada tangan kiri. Tapi tuan jangan risau, saya akan memastikan dia mahir menggunakan pisau dengan kedua belah tangannya tanpa rasa kekok walaupun sedikit." Maverick mengganggukkan kepalanya perlahan.

"Macam mana dengan Red? Ada peningkatan?" Tanya Maverick.

"Red, semakin mahir menggunakan senjata. Malah fizikal dia juga semakin kuat. Tapi Red lebih mahir merangka pelan. Setelah melakukan ujian beberapa kali, Red yang akan memberikan arahan kepada yang lain, Drake pula ditugaskan memastikan arahan Red akan dijalankan." Kata aku sedikit bangga dengan pencapaian Red. Setelah itu, Maverick berterusan bertanyakan tentang keadaan pelajar pelajar aku.

Aku memandang Maverick yang sedang fokus memandang pelajar aku. Senyuman sinis kadang kala terbit di bibir tuanya itu. Timbul perasaan syak wasangka aku kepada dia.

****

"Maverick bekerja untuk Oz bukan?" Tanya aku tegas pada Phoenix yang pada tika itu datang melawat aku di bilik hotel aku.

Perlahan sahaja dia mengganggukkan kepala. Aku menghela nafas berat.

"Sebab tu ke kau tak benarkan aku jujur kepada dia tentang kebolehan pelajar pelajar aku?" Tanya aku lagi.

"Ya. Orang dalam kita yang menyiasat Oz memberikan laporan bahawa dia sudah tahu lokasi kau. Oz meminta agar segala identiti, kebolehan dan kelemahan pelajar kau untuk memudahkan dia membunuh kau. Aku mahu kau berhati hati. Jaga pelajar kau sebaik mungkin. Kita tidak tahu apa lagi helah kakak kau tu." Phoenix memberikan peringatan.

"Aku nak kau beritahu aku jika Oz mula bertindak. Supaya aku boleh persiapkan pelajar aku untuk membunuh Oz." Kata aku tegas. Phoenix mengganggukkan kepalanya.

"Tentang tu, kau jangan risau. Orang dalam kita merupakan orang kanan kepercayaan Oz. Kita pasti akan selangkah kehadapan dari Oz." Kata Phoenix meyakinkan aku.

Aku memandang keluar tingkap. Runsing memikirkan hal Oz dan juga keselamatan pelajar aku.

Benar mereka kuat dari segi fizikal dan mental. Namun mereka itu semua masih amatur. Membunuh manusia sebenar masih belum menjadi kebiasaan mereka. Aku risau sekiranya mereka menjadi ragu ragu dan akhirnya takut. Semua itu pasti akan menjadi sia sia dan membuka peluang kepada Oz untuk membunuh aku.

Aku tidak boleh biarkan semua itu berlaku. Walau apa pun yang terjadi, Oz harus di bunuh!

****
Drake POV

Tersengih lebar aku apabila melihat tuan Phoenix sudah terpacak di hadapan kelas. Dia mengangkat tangan kepada aku dan aku membalasnya dengan tundukan hormat.

"Selamat pagi tuan. Cikgu Echo tak sampai lagi." Kata aku dengan nada bergurau. Tuan Phoenix tersenyum lebar.

"Saya tahu, ketika saya meninggalkan hotel tadi dia masih lagi sedang tidur." Terperanjat aku apabila mendengar kata kata tuan Phoenix.

"T....ti... tidur? Tuan pasti ke?" Tanya aku lagi tidak percaya.

"Ya. Betullah." Kata tuan Phoenix. Aku memandang ke arah lain. Tak guna punya cikgu. Kitaorang datang awal kau boleh sedap tidur. Tak boleh jadi ni... hari ni hari apa? Jumaat? Hmm, bolehlah aku bunuh dia pakai senjata apa sahaja yang aku suka. Hehehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience