BAB 7

Crime Completed 13602

Echo POV

Tepat jam 9.30 pagi aku masuk ke pejabat aku. Di atas meja aku lihat ada sebuah buku kedatangan pelajar. Aku selak dan aku lihat kedatangan pelajar untuk hari ini. Semua hadir.

Aku memandang Nyx yang duduk di mejanya berhadapan dengan aku. Dia sedang leka menaip sesuatu pada telefonnya.

"Nyx, pukul berapa Drake hantar buku kedatangan ni dekat meja aku?" Tanya aku pada Nyx.

"7.50 dia dah tercongok dekat depan pejabat. Tepat pukul 8 dia letak atas meja kau." Kata Nyx lalu memandang semula telefonnya.

Aku mengganggukkan kepala perlahan. Bagus.

"Macam mana dengan kembar kau, Oz?" Tanya Nyx tiba tiba.

"Macam mana lagi, macam tulah. Masih lagi nak bunuh aku."

"Kau ni, melawanlah sikit. Jangan sampai dia bunuh kau. Dia tak layak bunuh kau. Taraf dia dan kau berbeza sangat." Kata Nyx bengang.

"Aku memang nak bunuh dia. Tapi Aku mana sanggup bunuh dia. Jahat mana pun dia, dia tetap kakak aku, kembar aku, darah daging aku."

"Jadi apa plan kau?" Tanya Nyx lagi. Aku memejamkan mata sambil menyandarkan tubuh aku pada kerusi.

Sengaja aku membiarkan soalan Nyx tidak berjawab.

****

"Okay kelas. Siapkan tugasan yang saya beri. Saya mahu esok tugasan kamu semua sudah ada di atas meja saya tepat jam 8 pagi bersama sama kedatangan hari esok." Arah aku tegas sebelum aku berlalu keluar dari kelas. Belum sempat aku menarik pintu pejabat aku, bahu aku ditarik oleh seseorang.

"Cik, ramai yang bertanya, bila cik nak beri kami tugasan membunuh. Asyik tugasan teori sahaja yang diberi. Kami tak suka teori. Kami lagi suka aktiviti fizikal yang mencabar dan ganas." Kata Drake kepada aku. Selama sebulan aku mengajar di sini aku tidak pernah memberikan mereka sebarang aktiviti yang biasa dilakukan assassin. Aku cuma memberikan mereka tugasan teori bagaimana untuk menembak, menyerang hendap mangsa dan sebagainya.

"Esok pakai pakaian yang sesuai." Arah aku perlahan sebelum masuk ke dalam pejabat.

****

"Macam mana dengan kerja kau dekat sini?" Tanya Phoenix sebaik sahaja dia duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik aku.

"Okay je. Banyak perubahan yang aku berjaya lakukan. At least mereka tiadalah asyik menghalau guru mereka."

"Kau lah guru pertama yang paling lama bertahan mengajar mereka. Kau sedar tak." Aku tersengih bangga.

"Apa boleh buat, nampaknya mereka memang sukakan cara aku mengajar.." kata aku selamba dengan sedikit riak. Phoenix menjeling aku.

"Sebab kau Echo Scarlet Ezryk je mereka setuju terima kau sebagai guru." Kata Phoenix sinis. Aku ketawa kecil.

"Ada laporan aku baru terima Oz sudah datang ke sini." Kata phoenix tiba tiba. Senyuman aku mati. Wajah aku menjadi dingin.

"Kau nak aku buat apa?" Tanya aku perlahan.

"Bunuh dia. Tapi jangan sampai kau terbunuh. Dia dah tak boleh di ubah Echo. Tolonglah ubah perasaan kau dekat dia." Kata Phoenix separuh merayu.

"Tak mengapa. Oz akan mati. Aku akan pastikan itu " kata aku perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience