BAB 13

Crime Completed 13602

Phoenix POV

Jasad Maverick yang sudah kaku itu aku tendang menggunakan kaki. Orang seperti ini tidak layak untuk hidup.

Jurang yang curam itu aku pandang lama. Kedalamannya adalah 10 meter dan seperti biasa, mayat mayat yang di uruskan oleh agensi ini akan dicampak di jurang ini.

Aku teringat kepada Izz. Doktor peribadi aku merangkap rakan baik aku.

Bila aku meminta pertolongan dia untuk menjaga Echo tanpa mengeluh dia terus bersetuju untuk menjaga Echo. Walhal ketika itu dia baru sahaja pulang dari melakukan misi.

"Berapa lama kau nak tenung mayat tu?" Tanya Izz.

"Aku tunggu kau. Tak nak tengok ke aku campak mayat ni ke dalam jurang? Dulu beriya iya sangat kau nak tengok." Bebel aku pada Izz. Izz ketawa.

"Cepatlah. Aku nak tengok ni." Kata Izz.

Aku lantas menolak tubuh kaku Maverick. Aku melihat tubuh Maverick berguling dengan laju menuruni jurang itu, batu, pokok dan dahan dahan pokok berlanggar dengan Maverick.

”tu je?” tanya Izz pelik. Aku buat muka.

”itu jelah, kau nak macam mana lagi?” Izz menjeling aku. kepalanya digelengkan.

"Settle dah. Jom balik. Echo dah tunggu kau dekat bilik hotel dia." Ajak Izz. Aku ketawa kecil sebelum mengekori langkahnya.

****

Aku membuka pintu gelangsar yang menghubungkan bilik Echo dan ruang tamu suite hotel ini.

Aku lihat Echo sedang terbaring lesu. Walaupun sudah seminggu dia bercuti kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

Siang tadi pelajar pelajarnya datang melawat dan aku mengambil kesempatan itu untuk menghapuskan bukti bahawa Maverick pernah wujud di muka bumi ini.

"Hei..." aku duduk di sebelah Echo sambil mengejutkan dia. Echo membuka matanya perlahan. Dia tersenyum kepada aku.

"Bila aku boleh mula kerja aku semula?" Tanya Echo tanpa berselindung lagi.

"Seminggu lagi." Kata aku perlahan. Dia menjeling aku. Lalu menutup wajahnya menggunakan bantal.

"Oz, pasti tak akan duduk diam lepas salah satu orangnya mati." Kata Echo memaksudkan Maverick yang sudah mati dibunuh oleh Izz.

"Aku tahu, dan aku sedang mengerjakan sesuatu." Kata aku sambil berbisik.

"Banyaklah kau." Kata Echo dengan suaranya yang tidak jelas kerana tertutup oleh bantal.

Aku baring di sebelah Echo.

"Sementara kau cuti ni tak nak ke pergi holiday mana mana?"

"Pelajar aku lagi penting dari holiday tu semua." Kata Echo perlahan. Wajahnya masih tertutup oleh bantal.

"Benarkan aku pergi kerja please. Kalau tak pun beri jelah aku apa apa misi untuk buang perasaan bosan aku ni." Rayu Echo.

Aku mengeluarkan telefon aku. Email aku buka lalu aku tunjukkan pada Echo.

"Salah seorang rakan subahat Oz. Dia merancang untuk mengambil alih ketenteraan negara kita. Sekarang ini dia sudah berjaya menyusup masuk menjadi salah seorang pegawai tertinggi askar negara kita. Dalam masa tiga hari lagi dia akan di lantik menjadi ketua askar negara. Hapuskan dia sebelum pelantikan itu diadakan." Kata aku serius. Echo memandang aku.

"Serius ke ni?" Tanya Echo dengan wajah tidak percaya.

"Apa tak seriusnya. Betullah ni." Tersengih lebar Echo.

"Okay. Aku terima misi kali ini." Kata Echo dengan senyuman yang masih terukir di wajahnya.

"Aku akan emailkan maklumat yang selebihnya pada kau." Kata aku lalu tersenyum kepada Echo.

****
Writer POV

Echo melihat susuk tubuh Jordan yang sedang bersarapan pagi di salah sebuah cafe di tepi pantai.

Echo duduk bersembunyi di dalam kereta sambil tangannya ligat membalas mesej pelajar pelajarnya yang sudah bising menyuruh dia kembali mengajar.

Tiba tiba kelibat Oz melintas di hadapan kereta Echo yang sedang terparking di tepi jalan tidak jauh dari cafe itu. Oz berjalan dengan yakin sebelum masuk ke dalam kedai dan berjumpa dengan Jordan. Mereka berbual bual sebelum Oz kelihatan marah dan dia mula mengepal penumbuk aku akibat terlampau marah.

Echo melihat mereka sebelum dia membuat keputusan untuk memandu pergi menyelesaikan misi yang diberi oleh Phoenix.

****

Satu jam memandu, akhirnya Echo tiba di hadapan pagar rumah Jordan yang mempunyai pengawal menjaga pintu pagar itu. Echo hanya beriak biasa walaupun sebenarnya dia sudah risau jika dia tertangkap. Silap dia juga kerana berhenti betul betul di pagar hadapan rumah Jordan. Seorang pengawal keluar menghampiri kereta Echo. Echo membuka tingkap ingin bersemuka dengan pengawal tersebut.

Sebaik sahaja pengawal tersebut nampak wajahnya dia tersenyum manis.

"Cik Oz. Tukar kereta baru ke?" Tanya pengawal tersebut.

Echo tersenyum sinis dan pengawal tersebut kelihatan seperti sudah biasa dengan keadaan itu kerana Oz biasanya datang ke rumah tuannya ini.

"Tuan Jordan tiada. Dia keluar sekejap. Nak saya call dia ke kata cik dah sampai?" Tanya si pengawal itu.

"Aku dah call dia." Kata Echo dingin. Si pengawal itu tersenyum.

"Kalau macam tu, cik tunggu di dalam ya." Serentak itu pintu pagar di buka.

Echo memandu keretanya sehingga ke laman rumah yang agak besar. Dia memarkingkan kereta lalu terus masuk ke dalam rumah yang memang sudah dibuka untuknya.

"Silakan duduk cik. Saya akan buatkan air." Kata seorang pembantu rumah yang menyambut Echo di hadapan pintu.

"Hantarkan air ke pejabat Jordan. Aku tunggu di sana." Arah Echo masih kekal dengan kedinginannya.

Echo belagak seolah olah dia adalah Oz. Di dalam fikirannya sudah resah kerana risau identitinya terbongkar.

Echo mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Di fikirannya sudah memikirkan tingkat berapa agaknya pejabat Jordan berada.

Sesampai sahaja dia di tingkat atas seorang lelaki bersut lengkap sedang berdiri di tepi tangga sedang tersenyum kepada dia.

"Ikut sini cik Oz." Kata lelaki itu. Echo mengikuti langkah lelaki itu. Matanya tajam melihat keadaan rumah Jordan yang kelihatan mewah dan antik itu.

"Air akan tiba tidak lama lagi." Kata lelaki itu sambil membuka pintu untuk Echo. Echo masuk lantas duduk di atas sofa. Pintu ditutup dan Echo lantas mengeluarkan pistol miliknya. Di letakkan di atas meja sambil sehelai kain di capai yang memang diletakkan di dalam poket. Kain yang disediakan khas untuk mengelap senjatanya. Echo gemar melihat barang barangnya berkilat.

Penyenyap bunyi yang di simpan di poket baju dikeluarkan dan turut dilap sekali.

"Tamat lah riwayat kau selepas ini Jordan..." bisik Echo sendiri sebelum dia terdengar bunyi kenderaan di laman rumah. Echo menjenguk ke arah panel tingkap yang besar itu. Kelihatan Jordan baru sahaja keluar dari kereta.

Echo tersenyum sinis. Dia berjalan semula ke arah senjatanya. Pistol di capai bersama sama penyenyap bunyi.

Penyenyap bunyi dipasang. Lalu dia menyimpan pistol di dalam jaketnya. Echo bersandar pada meja kerja Jordan. Suara seseorang sedang bercakap jelas kedengaran di sebalik pintu.

Pintu dibuka dan Jordan muncul di sebalik pintu.

"Hai Oz." Sapa Jordan. Echo tersenyum sinis. Nampaknya dia berjaya menipu Jordan bahawa dia adalah Oz.

"Hai Jordan." Sapa Echo semula. Senyuman sinis kekal terukir dibibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience