BAB 16

Crime Completed 13602

Oz POV

Aku melihat ke arah keadaan rumahku yang sudah rentung. Pengawal peribadi aku mengatakan rumah aku dipecah masuk oleh Echo dengan bertujuan untuk memberikan amaran kepada aku bahawa tidak lama lagi perang akan tercetus.

Aku menghentak meja. Segala bom dan senjata aku sudah di rosakkan oleh Echo. Dia melakukan kerja ini dengan sendiri.

Aku mencapai telefon aku lalu aku mendail nombor telefon pemberi maklumat aku.

"Helo, Sid. Aku tak kisah macam mana kau buat tapi yang paling penting aku nak kau berada dekat dengan Echo!!!" Jerit aku pada Sid.

"No excuse! Apa yang aku tahu kau kene ada dekat dengan Echo. Siasat segala maklumat Echo. Rancangan dia aku nak tahu semua tu! Faham takk!!!" Jerit aku berang. Sid kedengaran ketakutan lalu dia segera patuh akan arahan aku.

"Echo.... aku akan pastikan aku selangkah lebih cepat dari kau.. aku akan pastikan!!!" Jerit aku lalu membaling telefon aku ke lantai.

****
Echo POV

"Kenapa kau bakar rumah dia?" Tamya Phoenix. Aku mengerutkan dahi. Kejadian semalam di rumah Oz terbayang di minda aku.

"Hal tu, sebenarnya aku tak sengaja. Pengawal dia serang aku dan ada lilin berdekatan dengan tempat simpan arak. Aku mengelak serangan dan terlanggar lilin. Lilin tu terkena karpet dekat lantai. Mungkin ada arak tumpah api makin marak. Aku tak jangka benda tu aku cuma datang nak tinjau tempat." Terang aku pada Phoenix.

"Baguslah. Senjata Oz pun berada dalam rumah dia. Semua rosak akibat kebakaran tu." Kata Phoenix sambil tersengih.

Aku menggelengkan kepala aku.

"Sid memohon untuk kembali bekerja dengan kau." Kata Phoenix tiba tiba. Aku memandang dia terkejut.

"Kau luluskan ke?" Perlahan lahan Phoenix mengganggukkan kepala.

"Okay." Kata aku perlahan. Lalu aku masuk ke dalam bilik.

Satu satu bala datang. Oz, Maverick sekarang ni Sid pula.

Aku mengeluarkan fail yang di beri oleh Marvel sebelum aku pindah ke Hawaii.

Aku tidak sempat lagi meneliti isi di dalam fail tersebut.

Aku buka dan aku baca.

Setengah jam aku cuba proses ayat ayat di dalam itu. Seperti yang aku jangka. Sid merupakan pengkhianat bersama sama dengan Oz.

"Ish... macam macam hal lah.." bebel aku sendiri.

****

"Semua pelajar, saya ada satu permintaan. Seorang rakan saya, Sid akan datang. Jadi kalau dia ada bertanyakan apa apa pastikan kamu semua hanya diam sahaja. Act macam kamu bisu." Kata aku kepada para pelajar aku.

"Ambil markah ke cikgu?" Tanya Drake. Aku tersengih.

"Ya. Markah akan di ambil." Lancar sahaja aku menipu pelajar aku.

"Cikgu pasti?" Tanya Drake lagi. Aku menghela nafas berat.

"Dia pengkhianat agensi kita. Tangkap dia dan kamu akan dberikan ganjaran." Kata aku malas. Tersengih mereka semua. Lantas mereka bangun lalu mengeluarkan segala senjata mereka dan senjata itu di letakkan di atas meja.

"Oh yeah! Ada ganjaran!" Sorak mereka semua teruja. Aku hanya mampu tersenyum melihat mereka sambil dengan perlahan lahan aku bergerak ke arah pintu.

"Cikgu nak pergi mana tu." Suara Edna kedengaran di belakang aku.

Aku tersengih. Tiba tiba Edna menyerang aku. Dia menumbuk aku tepat pada dada aku. Aku terundur kebelakang. Lagi sekali Edna menyerang aku. Dia cuba membentes kaki aku namun aku segera melompat dan menyepak wajahnya. Edna terjatuh kebelakang.

Namun apabila aku sudah berjaya mengalahkan Edna, Blade pula menyerang aku.

Dia mengeluarkan pisaunya dan dia melibas ke arah aku. Aku semakin kagum, pelajar aku sudah semakin mahir dan cekap. Tapi, aku risau sekiranya di kemudian hari mereka gagal membunuh Oz.

Tidak mengapa, jika kalau situasi begitu berlaku aku sendiri akan membunuh Oz.

Libasan pisau dari Blade aku elak. Lalu aku mengunci tangan Blade ke belakang apabila melihat Blade seolah olah terleka. Aku mengunci tangannya ke belakang lalu aku menyepak belakang lututnya membuatkan dia jatuh melutut ke lantai.

Giliran Drake pula ingin menyerang aku. Aku mengeluarkan pistol elektrik aku lalu aku tembak pada paha Drake. Tubuhnya mengejang akibat arus elektrik.

Pelajar pelajar aku yang lain cuba menyerang aku dan aku menggunakan kaedah yang sama aku gunakan pada Drake. Aku menembak setiap seorang pelajar aku di paha, pinggang dan leher mereka.

Sekelip mata sahaja pelajar pelajar aku rebah ke lantai. Kelas yang tadinya bising kini menjadi sunyi. Aku tersengih penat.

Setelah itu aku turut duduk di lantai dan bersandar pada dinding.

Setiap hari kalau tak huru hara kelas ni memang tak sah.

****

"Kau ada kelas ke hari ni?" Tanya Sid. Aku menggelengkan kepala. Hari ini sabtu memang tiada kelas kecuali kelas latihan tambahan untuk pelajar aku. Itu pun diuruskan oleh Phoenix.

Makin lama makin cekap pelajar aku. Dahulu. Nak serang aku pun tak pernah dapat. Kini setiap hari aku pulang dari kelas, pasti akan ada lebam ditubuh aku.

Aku melihat Sid yang sedang menaip sesuatu pada telefonnya.

"Awek ke?" Tanya aku ceria. Sid memandang aku. Kelakuannnya kelihatan cemas. Aku tersenyum kepada Sid.

"Haah, awek. Dah lama dah... dah aku dengan dia." Kata Sid teragak agak. Aku tersenyum nipis sebelum kembali menyambung pembacaan aku semula. Walaupun mata aku kekal memandang ayat ayat di novel tersebut, namun minda aku asyik memikirkan rancangan untuk membunuh Sid. Menyingkirkan Sid dari mengganggu rancangan aku.

"Sid, esok teman aku buat mission." Pelawa aku.

"Mission apa?"

"Mission pertama pelajar aku. Mereka kena bunuh musuh secara berkumpulan. Aku nak kau jadi musuh untuk mereka bunuh." Kata aku selamba. Sid tersenyum sinis.

"Okay. Pukul berapa nak gerak?" Tanya Sid.

"7.30 malam kita gerak." Kata aku.

Setelah itu aku masuk ke dalam bilik. Aku mengambil laptop aku lalu aku email plan esok kepada pelajar pelajar aku. Masing masing teruja dengan rancangan esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience