BAB 15

Crime Completed 13602

Echo POV

"Okay kelas. Kelas kita akan tamat di sini. Pastikan pada hari isnin hadapan kamu semua sudah siap latihan yang saya berikan. Jumpa kamu pada minggu hadapan dan selamat bercuti." Kata aku kepada pelajar pelajar aku.

Mereka semua mengemas barang mereka dan begitu juga aku. Tanpa aku sangka aku terdengar bunyi laras pistol di tarik di hadapan aku.

Dah mula dah budak budak ni...

Aku segera mencapai fail tebal yang aku bawa dari pejabat tadi dan aku balingkan ke arah Juva yang berada tidak jauh dari aku.

Juva gagal menembak aku kerana dia terpaksa mengelak dari fail itu.

"Come on Juva. Waktu sekolah dah habiskan..." kata aku dengan wajah yang risau.

"Tapi cikgu saya tak dapat lagi markah untuk minggu ini... skill saya pun tidak sehebat yang lain." Juva mengadu kepada aku.

"kalau macam tu bila bila kamu free esok kamu datang hotel saya. Kita berlatih." Kata aku pada Juva. Juva tersengih begitu juga pelajar yang lain.

"Tapi saya hanya akan ajar seorang pelajar pada setiap minggu. Siapa yang nak ambil giliran bermula pada Juva. Faham?" Kata aku tegas. Mereka menganggukkan kepala.

"Kalau faham, saya nak gerak dulu. Juva kalau kamu dah sampai call saya." Kata aku serentak itu aku berlalu keluar dari kelas.

****

"Cikgu. Bangun. Saya dah lama tunggu cikgu.." aku terdengar suara Juva di dalam mimpi aku.

"Aku nak tidur lahh..." aku bercakap pada Juva. Huh. Dalam mimpi pun sibuk nak ikut aku budak ni.

"Cikgu, bangun!" Tubuh aku digoncang kasar. Aku bingkas membuka mata aku. Juva sedang berdiri di hadapan aku.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya aku pelik.

"Sayakan ada kelas dengan cikgu, cikgu lupa ke?" Kata Juva. Aku memandang jam di tepi meja katil.

"Ambil kunci kereta, panaskan enjin. Saya nak mandi sekejap." Arah aku pada Juva. Selepas itu sepantas kilat aku masuk ke bilik air.

30 minit Juva menunggu akhirnya aku siap juga. Aku memandu kereta aku menuju ke markas agensi kami yang terletak berdekatan kaki gunung.

"Dekat kaki gunung ni mana ada apa apa cikgu." Kata Juva. Aku tersenyum sinis kepada Juva sambil tangan aku ligat menekan skrin telefon aku.

"Watch this." Serentak itu kereta kami perlahan lahan bergerak ke bawah. Juva terkejut dia lantas beralih ke tempat duduk belakang lalu menyorok di belakang kerusi aku

"Cikgu!! Apa ni??" Jerit Juva. Aku ketawa. Geli hati melihat reaksi Juva.

"Markas kita dekat bawah tanah. Semua markas kita di seluruh dunia memang dibina di bawah tanah. Ini adalah cara untuk kita masuk ke sini." Terang aku pada Juva. Juva kembali relaks. Dia kembali ke tempat duduk di sebelah aku.

"Sedalam mana kita akan turun."

"50 meter." Jawab aku. Juva memandang aku dengan wajah terkejutnya.

"Gila dalam!!" Jerit Juva. Aku mengerutkan dahi mendengar suaranya yang kuat.

"Dekat bawah nanti lagi best." Kata aku pada Juva.

Kami tiba lalu aku terus memandu kereta aku ke parking bawah tanah yang tersedia itu. Suasana di parking tertutup itu semuanya berwarna putih susu membuatkan Juva menjerit keriangan. Dia melompat lompat teruja. Kami berjalan ke lif yang terletak di hujung kawasan.

Seorang pengawal yang akan memeriksa kami berdiri tegak apabila kami semakin menghampiri dia.

"Echo.." tegur lelaki itu sambil mula memeriksa tubuh aku. Setelah selesai dia tersenyum kepada aku.

"Siapa tu?" Tanya lelaki itu.

"Pelajar aku." Kata aku perlahan lalu lelaki itu memeriksa Juva. Juva ketawa kecil ketika perutnya dipegang oleh lelaki itu.

"Umur berapa?"

"17." Kata Juva sambil tersengih.

"Bakal assassin negara lah ni? Anak didikan Echo lagi." Puji lelaki itu. Juva tersengih sengih bangga. Aku menarik bahu Juva lalu terus berlalu masuk je dalam lif yang memang sudah terbuka untuk kami.

Juva semakin teruja apabila melihat dalaman lif itu juga berwarna putih susu.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala aku melihat Juva.

"hampir semua dekorasi di sini putih Juva. Kecuali peralatan peralatan yang akan digunakan ketika bekerja. Berwarna hitam." Kata aku pada Juva. Juva memandang aku tidak percaya.

"Biar betul cikgu!"

"Betullah buat apa nak tipu." Kata aku serentak itu pintu lif dibuka. Seperti yang aku katakan pada Juva, keadaan di situ semunya putih. Aku menarik Juva pergi ke satu koridor yang panjang. Koridor itu tiada orang kerana pada waktu ini semua pekerja sedang bermesyuarat di tingkat atas.

"Kita nak pergi mana ni cikgu?" Tanya Juva pelik.

"Kita pergi dataran. Dekat situ kamu akan berlatih menembak, berlawan dan sebagainya."

"Cikgu tak akan ajar saya? Kenapa?" Tanya Juva.

"Saya ada kerja." Aku membuka pintu utama menuju ke dataran lalu aku membawa Juva ke kawasan yang bernombor 17. Andik sudah menunggu aku di kawasan itu.

"Andik, ni Juva, Juva ni Andik. Dialah yang akan menjadi guru kamu untuk hari ini." Aku memperkenalkan mereka sesama sendiri.

"Latihan habis pukul berapa?" Tanya Andik. Aku melihat jam di tangan.

"Jam 9.00 malam aku ambil dia." Kata aku pada Andik. Setelah itu aku meninggalkan mereka dan aku menuju ke bilik persalinan yang terdapat pakaian aku.

Aku menukar pakaian aku ke sut hitam yang mengikut bentuk tubuh aku.

"Phoenix. Beri aku lokasi Oz." Arah aku pada Phoenix yang baru sahaja menjawab panggilan aku.

Hari ini, aku akan mula merangka pelan untuk aku memusnahkan Oz. Tapi benda yang paling penting sekarang ini adalah aku perlu tahu tentang kediaman dan keselamatan kediaman Oz sekarang ini. Pelbagai tempat untuk menyerang aku fikirkan dan kediaman Oz adalah salah satu daripadanya. Aku cuma perlu memilih sahaja satu daripada yang ada sekarang ini.

Jam di tangan aku pandang. Tangan aku menggenggam telefon dengan kuat menunggu maklumat terbaru daripada pemberi maklumat aku.

Tak lama lagi, segalanya akan berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience