EPILOG

Crime Completed 13602

Drake POV

Aku memandang sekujur tubuh yang sudah kaku di atas tilam hospital itu.

"Cikgu.." bisik aku perlahan. Phoenix menepuk bahu aku perlahan.

"Ehem!" Satu suara garau berdehem dibelakang aku.

"Kau nangis ke? Buat apa nangis, cikgu kau dekat sini." Kata Alex pelik. Aku memandang wajah cikgu yang sedang buat muka blurnya.

"Saje je tangkap feeling." Kata aku kepada cikgu yang sedang duduk di kerusi roda itu. Cikgu menggelengkan kepalanya sebelum Alex menolak dia mendekati tubuh Oz yang sudah kaku itu.

Cikgu mencapai tangan Oz lalu di ciumnya.

"Aku minta maaf Oz." Kata cikgu perlahan. Oz yang sudah tidak bernyawa itu dicium oleh cikgu. Walaupun cikgu beriak biasa namun aku tahu, cikgu sedih kerana sudah kehilangan kembarnya.

Selepas cikgu ditembak oleh Izz. Kami satu kelas mengambil alih perlawanan tersebut. Tanpa belas kasihan kami memukul Oz dan Izz. Mereka di masukkan ke hospital akibat cedera parah. Oz koma selama seminggu dan telah disahkan mati 5 minit yang lalu. Manakala Izz pula akan dimasukkan ke dalam penjara sebaik sahaja dia sembuh nanti. Tuan Phoenix patah tangan dan tulang rusuknya. Cikgu bernasib baik kerana peluru tersebut tidak mengenai jantungnya. Tetapi cikgu akan bercuti dari mengajar sementara waktu ataupun dia akan berhenti terus. Kata tuan Phoenix. Cikgu akan melakukan satu lagi misi yang melibatkan keselamatan negara.

Jadi dia terpaksa berhenti dari mengajar kami.

"Echo. Sudah." Kata Phoenix. Dia menggosok gosok belakang cikgu lembut.

Cikgu berhenti dari mencium Oz. Dia lalu mengarahkan Alex menarik dia kebelakang.

"Tolong uruskan dia Phoenix. Aku tak sanggup." Kata cikgu perlahan. Aku menghampiri cikgu. Aku melutut dihadapan dia.

"Saya mewakili rakan rakan sekelas saya ingin meminta maaf atas kesilapan kami. Kami tahu kami dah bunuh Oz tanpa kebenaran cikgu dan tanpa kehadiran cikgu. Kami minta maaf cikgu." Kata aku perlahan. Cikgu tersenyum.

"Kamu tak buat apa apa kesalahan dengan saya. Saya tahu kamu cuma nak pertahankan saya." Balas cikgu. Senyumannya kelihatan ceria.

"Belajar rajin rajin. Jadi assassin yang terbaik untuk negara kita." Cikgu memberikan semangat kepada aku.

"Saya janji cikgu!" Kata aku dengan penuh bersemangat.

Dan hari itu merupakan hari terakhir aku berhubung dengan cikgu. Kami lost contact dengan cikgu. Tetapi kadang kala aku ada ternampak kelibat dia memerhatikan kami berlatih di kawasan hutan di sebelah padang sekolah.

****
Echo POV

10 tahun kemudian...

Aku mengacukan senapang ke arah selebriti terkenal di negara ini. Berselindung di sebalik kekacakkannya dan kelayakkannya dalam bidang lakonan tetapi sebenarnya dia sedang melakukan ancaman untuk mengambil alih kerajaan.

Aku menghela nafas. Sudah seminggu aku menjalankan misi ini. Namun aku tidak ketahui juga siapa partner aku. Phoenix tidak habis habis mengingatkan aku. Cari partner cari partner tetapi dia langsung tak nak beritahu aku identiti partner aku.

Lagi sekali aku melihat mangsa aku. Sedikit lagi sebelum aku menarik picu seseorang tertolak mangsa aku itu. Aku tergamam. Nasib baik aku tak tembak tadi.

Setelah meminta maaf mangsa aku berlalu pergi begitu sahaja masuk ke dalam dewan besar. Aku berdecit geram.

Mata aku kembali memandang orang yang tadinya terlanggar mangsa aku. Yang menyebabkan mangsa aku berjaya meloloskan diri.

Lelaki tersebut hanya berdiri tegak sambil tersenyum kepada aku. Aku menelan liur.

"Macam aku kenal senyuman tu." Aku menggigit bibir. Lagi sekali aku memandang lelaki itu. Aku memandang dia lama.

Aku tahu! Jantung aku tiba tiba sahaja berdegup kencang. Aku lantas mengemas peralatan aku. Senjata aku masukkan semula ke dalam bank.

Setelah selesai aku berlari menuruni tangga.

"Drake!!" Jerit aku apabila aku tiba di parking berhadapan dewan besar itu. Drake juga ketika itu sedang berlari ke arah aku.

"Echo!!" Jerit Drake. Kami berlari menghampiri masing masing.

Setelah tiba kami berpelukan. Ketat pelukan kami. Rindu. Lama tidak berjumpa sudah semestinya aku rindukan pelajar kesayangan aku ini.

"Echo apa khabar?" Tanya Drake. Aku mengerutkan dahi.

"Echo?"

"Ehemm... saya dah besar tak akan nak panggil cikgu lagi.." bisik Drake perlahan sambil tangannya menghalang mulutnya. Aku ketawa kecil.

"So, kau lah partner aku ni?" Tanya aku ceria. Drake menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum. Ceria. Seketika kemudian wajah aku menjadi serius. Drake terkejut melihat perubahan drakstik wajah aku.

"Err, Echo?" Tanya Drake pelik. Aku serta merta mencapai tangannya laku memulaskannya sebelum membawanya kebelakang. Drake menjerit kesakitan.

"Kalau betul kau partner aku kenapa kau halang aku daripada tembak dia?!" Tanya aku keras. Drake masing mengaduh kesakitan.

"Tak... tad.. tadi saya nak pastikan cikgu nampak saya. Sebab tu sa.. saya buat macam tu..." kata Drake. Aku melepaskan tangannya kasar Drake menggosok gosok tangannya yang sakit.

"Sorry.." kata Drake perlahan. Aku menjeling dia.

"Kita perlukan plan baru." Kata aku tegas. Drake tersengih lebar.

"Tentang tu jangan risau. Aku dah ada banyak back up plan." Kata Drake bangga.

Aku tersenyum sinis. Budak ni. Dari dulu tak pernah berubah. Tak habis habis dengan back up plan dia.

"Kita balik rumah aku. Cerita dekat sana." Kata aku selamba. Drake memandang aku teruja dia lantas memeluk lengan aku seperti yang dia selalu lakukan apabila dia teruja 10 tahun yang lalu.

Aku tersenyum nipis. Teruja sebenar kerana aku bakal bekerjasama dengan bekas pelajar kesayangan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience