BAB 2

Crime Completed 13602

Oz POV

"Kau tak sedih ke bila kau terima tawaran untuk membunuh kembar kau?" Tanya Alexander pada aku. Tiga hari yang lepas aku menerima panggilan dari seorang lelaki untuk berjumpa dengan aku. Hampir sebulan aku bersembunyi. Aku wanted oleh semua agensi pembunuh upahan. Aku dikatakan hampir membunuh saudara kembar aku sendiri dan aku dikritik akan tindakan aku.

Bagus sangat ke perempuan tu sampai aku dikritik sebegitu sekali? Aku lebih bagus dari dia, mereka semua buta tak nampak kebolehan aku. Dari kecil hanya Echo yang menyerlah. Budak perempuan tu suka betul bila ramai orang beri perhatian kepada dia. Dari kecil hingga besar hanya dia. Asyik asyik dia dan kini aku menerima tawaran untuk bunh Echo. See? Perempuan tu lagi.

"Perempuan tu tak bermakna dalam hidup aku." Kata aku keras. Alexander ketawa sinis.

"Aku tak kisah bila kau nak bunuh dia, tapi pastikan dendam aku terbalas." Kata Alexander sinis lalu dia meletakkan sampul surat coklat di atas meja sebelum berlalu pergi.

Aku tersenyum sinis. Ketika bekerja di agensi pembunuh upahan dahulu segala wang upah kami di masukkan terus ke dalam bank. Wang aku juga tidak sebanyak ini. Kini aku bersendiri. Wang aku tiga kali ganda lebih banyak.

Aku tersenyum sinis. Sebanyak mana wang aku dapat aku tak akan berjaya mengalahkan pendapatan mingguan Echo. Wajah aku menjadi panas secara tiba tiba.

Asyik asyik dia, nampaknya aku perlu bunuh dia supaya hidup aku tidak lagi dibayangi oleh dia. Aku menarik nafas kuat sambil aku mula merangka pelan aku untuk membunuh kembar aku Echo.

****
Echo POV

Aku memandu laju ke ibu pejabat aku ditengah tengah bandar. Aku memarkingkan kenderaan lalu aku teruskan melangkah masuk ke dalam lif. Orang orang kenal aku sebagai Echo Scarlet namun sebenarnya itu hanyalah samaran semata mata.

Aku melangkah masuk ke dalam lobi. Beberapa orang pekerja yang aku kenal tersenyum kepada aku dan aku membalas senyuman mereka.

"Hai Maria." Aku menegur Maria gadis kaunter pertanyaan. Maria tersenyum kepada aku.

"Lama tak nampak Scarlet. Cuti ke?" Tanya Maria ceria. Tangannya sibuk mencari jika jika ada surat untuk aku.

"Adahal sikitlah. Tu yang lama tak masuk office." Aku memberikan alasan.

"Oz mana? Dia pun saya dah lama tak nampak." Kata Maria. Aku menelan liur zambil memandang tangan Maria yang sedang meletakkan surat surat milik aku di hadapan aku.

"Dia dah berhentilah." Alasan terbaik yang aku mampu fikirkan. Maria menghela nafas lega.

"Lega saya dengar Scarlet. Bukan apa saya takut tengok Oz. Dia suka marah marah saya macam dia bos. Lepas tu saya tak suka betullah cara dia pandang awak macam awak ni ada buat salah besar je." Kata Maria lega. Aku terdiam. Maknanya semua orang tahu yang aku ni di benci kembar sendiri.

"Entah apa yang dia benci sangat dengan awak pun saya tak tahu." Bebel Maria lagi.

"Takpe, saya dah biasa dah kena macam tu dengan Oz." Kata aku perlahan. Aku tersenyum pada Maria.

"Saya dah lambat ni Maria, saya naik dulu ya." Kata aku cemas. Memang betul aku dah lambat.

Aku melangkah ke lif yang berwarna emas. Bangunan ini terdapat pejabat kabinet kabinet menteri dan di bangunan ini juga mempunyai lif yang berwarna menunjukkan pangkat setiap pekerja. Bagi menteri menteri di negara ini untuk menuju ke pejabat ini mereka harus menaiki lif berwarna emas. Aku dan rakan rakan sekerja yang lain turut naik lif yang sama kecuali kami menuju ke tingkat bawah tanah berbeza dari menteri menteri yang perlu naik ke atas. Pekerja pekerja biasa di bangunan ini menganggap aku dan rakan rakan aku bekerja dengan menteri sebagai penasihat ataupun pembantu peribadi namun hakikatnya kami dan menteri menteri bekerjasama membangunkan dan menjayakan agensi assassin ini.

Ketika sedang menunggu lif seseorang menegur aku.

"Hai Scarlet." Kata Alberto. Aku malas mahu menoleh. Alberto, mana mungkin aku tak kenal lelaki dari sepanyol ni. Setiap hari wajib sahaja dia menegur aku. Bukan sombong tetapi selepas aku tahu niat sebenar dia yang mahu mempermainkan aku membuatkan aku malas mahu membalas senula teguran lelaki itu.

"Sombongnya. Maklumlah dah cuti lama." Kata Alberto lagi. Aku memandang sekeliling aku. Tengok mak cik cleaner mop lantai lagi bagus.

"Hei tegurlah saya balik." Kata Alberto. Dia menghampiri aku. Aku memandang dia terkejut. Berani beraninya dia dekat dengan aku. Bahu kami sudah bersentuhan.

Lama lagi ke lif ni nak sampai.

Aku menjarakkan tubuh kami. Masih tidak membalas teguran Alberto aku melihat jam aku pula. 8.55 minit pagi. Shit, pleaselah aku tak nak buruk rekod kedatangan aku.

"Tengok tengok jam pula. Orang ajak berbual tak nak sombong." Bebel Alberto. Aku tersenyum sinis. Mamat ni buat aku rimaslah.

Ting! Akhirnya lif yang aku tunggu tiba jua. Aku melangkah masuk ke dalan lif sambil setiap langkah aku diperhatikan Alberto.

"Pergilah naik lif biru kau tu ya." Sindir aku sinis. Berubah wajah Alberto apabila disindir begitu oleh aku.

Aku menyentuh skrin sebesar ipad yang diletakkan. Di dalam lif itu. Id aku keluarkan lalu aku menyentuh kad itu pada skrin itu.

"Level B5, black assassin Echo Scarlet Ezryk." Aku tersenyum sendiri.

"Hai lah, suka betul aku dengar perkataan black assassin tu. Tak pernah bosan." Bebel aku sendiri. Black Assassin adalah rank aku di dalam agensi itu. Rank paling tinggi. Menunjukkan kehebatan dan kemahiran seseorang assassin itu. Setakat ini hanya ada 7 orang pembunuh yang mendapat gelaran black assassin itu. Namun dua sudah mati kerana di bunuh oleh Oz ketika aku sedang koma beberapa minggu yang lalu.

Aku keluar dari lif sebaik sahaja aku tiba di level B5 dimana pejabat aku diletakkan.

Ketika melalui pantry aku terdengar suara suara rakan. Sekerja aku berbual namun aku abaikan kerana aku sudah terlambat untuk thumb in. Aku melihat jam lagi dua minit sebelum pukul 9 pagi.

Aku meletakkan jari aku pada skrin dan cahaya merah menyinari ibu jari aku. Cahaya merah bertukar menjadi cahaya hijau. Aku tersenyum. Sempat pun aku thumb in sebelum pukul 9.

"Echo?" Aku terdengar suara rakan aku Marvel menyebut nama aku. Aku memusingkan tubuh aku.

"Kau ke tu? Kau hidup lagi?" Tanya Marvel teruja. Gloria turut berlari menghampiri aku apabila mendengar kata kata Marvel. Evan, Julian dan Donzer turut mengikuti langkah Gloria.

"Echo! Kiraorang ingat kau dah tak ada!" Kata mereka sere tak sambil memeluk aku erat.

"Err, gaiss. Please. A... aku sesak nafas ni.." kata aku sesak. Mereka ketawa lalu melepaskan pelukan mereka pada aku.

"Kitaorang ingat Oz dah bunuh kau. Sedih kami semua.." kata Gloria sebak. Aku tersengih.

"Aku cedera lah. Oz punya kerja. Aku koma. Sorry ya." Kata aku perlahan.

"Eh, jom duduk. Dah lama kan kita semua tak berjumpa dengan kau. Kitaorang nak juga tahu apa yang Oz dah buat dekat kau." Ajak Evan. Aku tersengih serba salah.

"Sorry korang, aku kena jumpa pihak atasan. Ada job baru aku kena settle." Kata aku serba salah.

Mereka semua memasamkan wajah mereka. Namun kemudian mereka bersetuju untuk berjumpa dengan aku sebaik sahaja aku selesai berjumpa dengan Phoenix.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience