BAB 20

Crime Completed 13602

Oz POV

Aku mengeluarkan pisau yang aku letakkan di dalam poket lalu aku lap menggunakan kain. Wajah Echo aku pandang lama. Sudah lama aku merancang dan hari ini aku akan melaksanakannya.

Echo sedang berjalan dengan pelajar pelajarnya. Di bahu mereka semuanya membawa beg. Dengar cerita mereka akan pergi berkelah di puncak gunung. Aku akan pastikan di atas sana aku akan memberikan kejutan kepada mereka.

****
Echo POV

"Mana kembar cikgu, saya tak nampak dia pun.." kata Drake secara berbisik. Matanya meliar memandang sekeliling kawasan hutan.

"Sabar. Maklumat mengatakan dia sudah tunggu kita di puncak bukit. Kita akan jumpa dia di sana." Kata aku perlahan.

"Tapi kenapa kawasan gunung yang cikgu pilih? Kenapa tidak di kawasan terpencil je." Kata Edna pula.

"Supaya tiada sesiapa yang ganggu kita. Kalau ada bunyi pistol pun tak akan tarik perhatian sesiapa."

"Lagipun, kali terakhir cikgu berlawan dengan dia di kawasan gunung seperti ini." Sambung aku lagi. Mereka memandang aku serentak.

"Waktu tu cikgu hampir mati bukan? Tapi cikgu diselamatkan oleh Tuan Phoenix dan di rawat oleh Dr. Izz." Kata Juva. Aku tersenyum.

"Ya. Betul tu." Lalu kami semua meneruskan perjalanan dengan senyap. Masing masing serius. Walaupun semua ini mengikut perancangan tetapi debarannya tetap aku rasa dan aku yakin pelajar pelajar aku juga seperti aku. Ini adalah misi kedua mereka selepas misi menangkap Sid beberapa minggu yang lalu.

Segalanya sudah di rancang. Daripada Alex yang menghasut Oz agar menyerang aku pada hari ini sehinggalah perkgemahan kami yang sebenarnya adalah serangan kami untuk mengalahkan Oz.

Ganjaran untuk Oz di tangkap secara hidup hidup adalah tinggi berbanding ganjaran untuk membunuh Oz. Aku tak tahu. Hidup atau mati.

Anak anak murid aku semuanya mahu aku bunuh Oz. Kata mereka Oz tidak layak hidup. Tapi bagi aku, Oz perlu hidup untuk dia menerima balasan atas perbuatannya dahulu. Oz dan Sid akan menerima hukuman sepanjang hidup mereka.

Aku memandang cahaya matahari yang bersinar terang di puncak gunug. Setelah tiga jam mendaki akhirnya kami sampai juga. Lelah dan penat sudah tidak terasa lagi kerana gunung ini selalu menjadi tempat latihan buat aku dan anak anak murid aku. Kelebihan untuk kami kerana tempat ini sudah menjadi kebiasaan kami. Segala struktur di puncak ini, jenis pokok juga sudah kami ketahui. Perangkap perangkap sudah lama kami pasang. Persediaan sekiranya Oz cuba melarikan diri.

"Kita dah sampai cikgu." Kata Blade. Kami semua meletakkan beg yang dipenuhi senjata ke tanah. Udara segar kami hirup sepuas puasnya.

Aku melihat pelajar pelajar aku. Mereka semua kelihatan teruja. Tubuh mereka aku pandang.

"Edna, saya boleh nampak kamu sembunyikan pisau di paha." Kata aku perlahan. Edna lantas duduk menyembunyikan pisau di pahanya lalu membetulkan posisi pisau di pahanya sambil dilindungi oleh Indigo, Altair dan Red

Ditubuh mereka sekarang ini terdapat banyak senjata di sembunyikan. Persediaan katanya.

"Cikgu. Nah minum air dahulu." Kata Drake sambil menghulurkan sebotol air kepada aku.

Aku tersenyum sebelum mengambil botol air tersebut.

Tiba tiba aku terpandang tubuh seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari kedudukan kami semua. Aku melihat ke arah wanita tersebut.

"Oz.. lama tak jumpa." Kata aku lalu aku meneguk air pemberian Drake tadi. Drake kelihatan terkejut melihat betapa tenangnya aku.

"Diam perempuan!" Marah Oz. Aku tersenyum sinis. Botol aku tutup lalu aku berikan kepada Drake. Drake sambut lalu melangkah kebelakang bersama rakan rakannya yang lain.

Aku pula melangkah kehadapan.

"garang. Jangan gelojoh Oz." Kata aku perlahan. Oz aku lihat tubuhnya seolah olah menggigil.

"Hari ini, kau akan mati Echo. Aku akan pastikan tu!" Kata Oz. Aku menghela nafas berat.

"Apa boleh buat. Itu pun ayat yang sama aku nak katakan pada kau. Nampak sangat kita ni kembar bukan." Kata aku sengaja memprovok Oz.

"Kau diam! Aku tiada kembar macam kau!" Jerit Oz.

"Sebab kau aku tak dapat capai apa yang aku nak. Sebab kau!" Jerit Oz lagi. Dia seolah olah melempiaskan amarah dia kepada aku.

"Maksud kau? Sebab aku kau tak dapat jawatan tinggi dalam agensi kita? Macam tu?" Sindir aku wajah Oz memerah menahan marah.

"Kau tidak diterima sebab kebolehan kau tak setanding aku Oz. Aku dah recommend nama kau dekat pihak atasan namun mereka tak nak lantik kau. Aku tak boleh buat apa Oz." Pujuk aku perlahan. Oz mendengus. Aku menjeling ke arah pelajar pelajar aku. Mereka semuanya membuat wajah takut namun sebenarnya tangan masing masing sudah bersedia mencapai senjata masing masing.

Tiba tiba aku terdengar bunyi trigger di tarik. Dari arah Oz. Aku melihat Oz sedang mengacukan pistolnya kearah aku.

"Oz. Stop it. Pelajar aku ada dekat sini." Kata aku perlahan. Aku mula menjauhi pelajar pelajar aku dengan bergerak ke kanan aku.

Oz ketawa seperti orang gila.

"Oh, dulu assassin terbaik negara sekarang ini guru kesayangan pula ya." Sindir Oz sambil muncung pistolnya bergerak mengikut arah aku. Tanpa dia sedar itu hanyalah taktik untuk aku membuka ruang kepada Raven mengeluarkan senapangnya yang sudah kami sembunyikan di belakang batu besar malam semalam.

Raven hilang dari pandangan aku. Oz tidak menyedari hal itu kerana pandangannya terlindung dengan tubuh pelajar pelajar aku yang lain.

Sekejap sahaja Raven sudah bersedia dengan senapangnya. Batang senapang di letakkan di bahu Drake yang sedang melutut di tanah. Drake menutup telinganya dengan penutup telinga. Menghalang bunyi tembakan daripada mengganggu telinganya.

"Shoot her gun Raven." Bisik aku perlahan. Tiada masalah komunikasi antara kami kerana kami memakai mikrofon di kolar jaket dan speaker kecil di telinga.

"Yes sir." Balas Raven perlahan. Dia mengacukan senjata pada Oz. Tubuh Drake dan Raven di halang oleh Edna dan Altair namun terdapat ruang sedikit untuk Raven menembak senjata di tangan Oz.

Nafas Raven kedengaran di telinga aku. Aku tahu dia pasti gugup dengan keadaan ini. Sedikit lagi sebelum Oz menembak aku. Oz tersenyum sinis memandang aku.

Tiba tiba senjata Oz tercampak ke bawah. Dia terkejut lalu memandang pelajar pelajar aku. Aku tersenyum sinis.

Peluang.

Serentak itu aku berlari ke arah Oz. Aku menumbuk perut Oz wajahnya. Sepakan padu aku berikan mengenai leher dia. Oz langsung tidak sempat membalas serangan aku. Lagi sekali aku ingin menyeran Oz tetapi Oz melarikan diri. Dia tunduk sambil memegang perut dan lehernya. Nafasnya kedengaran kuat.

"Kau... kau dah rancang semua nikan?" Kata Oz lemah. Aku tersenyum sinis.

"Kau rasa?" Tiba tiba Drake menyerang Oz. Drake menumbuk dan menyepak Oz tapi berjaya di elak oleh Oz.

Blade mengeluarkan pisaunya turut menyertai Drake menyerang Oz. Mereka bertubi tubi menyerang Oz. Oz semakin penat. Dia sudah tidak dapat mengelak serangan daripada pelajar pelajar aku.

Tiba tiba aku perasan satu gerakkan di dalam semak di belakang Oz.

"Drake, Blake berhenti!" Jerit aku. Drake dan Blade segera berhenti. Mereka berundur ke belakang apabila perasan tubuh seseorang dibelakang semak.

Pistol mereka keluarkan.

Oz kini sedang terduduk lemah. Seorang lelaki berpakaian gelap keluar dari semak tersebut.

"Izz?" Tanya aku pelik.

Izz tersenyum sinis. Pelajar pelajar aku turut terkejut.

Izz menghampiri Oz lalu mengendong tubuh Oz. Izz menjeling aku begitu juga dengan Oz.

Aku terpaku. Izz? Izz juga pengkhianat? Selama ini dia menipu aku?

Ketika aku sedang keliru Izz segera melarikan Oz bersama sama dia ke dalam hutan.

"Cikgu!" Jerit pelajar pelajar aku. Aku tersedar. Aku memegang dahi aku.

Selama ini dia berada di depan mata. Cuma aku sahaja yang tidak perasan. Aku mengeluarkan telefon.

"Kejar mereka!" Arah aku keras. Semua pelajar aku mengejar mereka.

Aku mendail nombor Phoenix. Hanya beberapa deringan sahaja Phoenix sudah mengangkat panggilan aku.

"Aku tahu Echo! Aku on the way pergi sana!" Kata Phoenix. Dia kedengaran cemas.

Aku tanpa membuang masa membaling telefon aku lalu aku turut mengejar Oz dan Izz.

Kejar mengejar kami tidak lama kemudian Phoenix menyertai kami. Kepalanya berdarah, pipinya bengkak. Lariannya kelihatan agak perlahan daripada biasa.

"Izz tiba tiba serang aku tadi. Dia bongkarkan diri aku sebelum pengsankan aku." Kata Phoenix.

"Tak sangka Izz yang kita sangka baik turut khianat kepada kita." Lalu aku diam. Fokus pada larian aku.

"Yang penting sekarang ini dia tahu tak tentang plan kita selama ini? Tentang pelajar pelajar aku?" Soal aku.

"Aku tak tahu. Kalau dia tahu mesti Oz dah uruskan pelajar pelajar kau dahulu. Tapi sekarang tidak. Ada kemungkinan dia tak tahu." Telah Phoenix. Aku mengepal penumbuk. Risau akan keselamatan pelajar pelajar aku.

"Sebelah kanan!" Jerit Red. Kami semua menukar arah larian kami. Tidak lama kemudian aku terlihat tubuh Izz yang sedang mengendong Oz sedang berlari menyeberangi sungai kecil.

"Cikgu! Dekat penghujung jalan yang di lalui oleh Izz ada sebuah kabin lama. Saya sarankan kita lalu laluan shortcut yang kita jumpa beberapa bulan yang lepas." Kata Drake memberikan cadangan. Aku tanpa teragak agak mengganggukkan kepala.

"Pecah kepada dua. Phoenix kau ikut shortcut." Arah aku. Tubuh aku sudah dipenuhi peluh namun aku masih lagi bertenaga untuk berlari.

Setelah mendapat persetujuan kumpulan kami berpecah kepada dua. Aku mengekalkan laluan aku manakala setengah daripada pelajar aku dan Phoenix mengambil jalan singkat.

10 minit kami berlari tiba tiba Izz berhenti. Phoenix dan pelajar aku sudah menunggu dia di kabin lama tersebut.

Apabila dia ingin berpatah semula aku sudah menunggu mereka di belakang. Kiri dan kanan juga di penuhi oleh pelajar pelajar aku.

Mereka sudah dikepung dan tiada lagi jalan keluar untuk mereka.

"Penat?" Soal Phoenix. Aku melihat Izz yang sudah mengah.

"Aku percayakan kau Izz. Kaulah kawan dan kau lah yang merawat aku. Tapi kau khianat aku. Kenapa?" Soal Phoenix keras.

"Aku ada sebab aku sendiri dan kau tak perlu tahu." Kata Izz. Oz diturunkan lalu dia berdiri di sebelah Izz.

"Macam tak adil 30 orang melawan 2 orang." Kata Oz sinis.

"30 orang belum cukup untuk melawan kau. Berapa ramai lagilah agaknya orang orang kau kerahkan untuk menyerang hendap kami. Eh, lupa pula. Semua orang orang kau aku dah bunuh." Kata aku sinis lalu aku ketawa kecil. Oz menjeling aku.

Tiba tiba Phoenix dan Izz mula berlawan. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan oleh mereka. Masing masing cuba untuk mencapai kemenangan mereka. Oz menjauhi mereka tetapi didekati oleh aku. Apabila dia sedar aku semakin menghampiri dia secara tiba tiba dia mula menyerang aku. Tumbukan dihalakan ke arah aku tetapi aku tunduk dan menumbuk perutnya. Lagi sekali aku melepaskan tumbukan pada wajahnya. Darah menyembur keluar dari mulut Oz. Tanpa ada niat untuk berhenti aku kembali menyerang Oz. Saat aku ingin menyepak Oz dia menghalang kaki aku lalu menyiku lutut aku.

Aku menjerit kesakitan. Lalu aku dicampak jatuh ke tanah.

Aku ingin bangkit tetapi tubuh aku diduduki oleh Oz. Dia menumbuk wajah aku berkali kali. Leher aku dicekik olehnya.

Tangan aku cuba mencapai apa apa untuk di jadikan senjata tetapi gagal kerana tiada sebarang kayu atau senjata di tanah tersebut. Tangan aku kemudian cuba merungkai tangan Oz yang melekap kuat di leher aku.

"Tidak kuat sangat bukan?" Sindir Oz. Aku lihat Blade hampir menolong aku tetapi aku memberi isyarat agar dia tidak datang membantu aku. Di saat aku semakin sesak dengan wajah yang aku pasti sudah membiru aku mencekak kolar jaket Oz. Aku menarik dia rapat ke arah aku sebelum aku mengunci kepalanya. Pegangan tangannya terlepas dari leher aku.

Aku terbatuk batuk mencari nafas. Walau bagaimanapun tangan aku ketat lagi mengunci kepala Oz. Tangan Oz terkapai kapai menolak wajah aku. Kaki aku angkat lalu aku lilitkan pada tubuh Oz. Oz perlahan lahan menolak tubuhnya kebawah tetapi gerakkannya itu membuatkan kepalanya pula dikunci menggunakan kaki aku. Tanpa aku perasan sebenarnya Oz mengeluarkan pisau miliknya lalu dia menikam rusuk kanan aku.

"Argh!" Aku menjerit kesakitan. Serta merta aku melepaskan Oz. Oz menjauhi aku. Aku memegang luka dirusuk aku. Agak dalam malah separuh daripada pisau itu turut. Tertanam di dalam. Tubuh aku. Oz sengaja berbuat begitu. Dia tersenyum sinis. Lalu cuba menyerang aku kembali dengan pisaunya yang baru.

Aku menolak dia dengan kuat menggunakan kaki. Oz tercampak ke belakang. Aku bingkas bangkit sambil memegang rusuk aku. Darah keluar dengan banyak.

"Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je Echo?" Kata Oz tiba tiba. Aku menarik nafas dalam.

Aku mula menyerang Oz. Pisau ditangan Oz aku campakkan dan kami mula bertumbuk semula.

Setelah lama berlawan kami semakin lemah terutamanya Oz yang baru sahaja di tikam di perut oleh aku.

Di saat saat aku ingin menghabiskan riwayat Oz tiba tiba Phoenix dan pelajar pelajar aku menjerit nama aku.

"Echo!! Cikgu!!" Aku memandang ke arah Phoenix. Dia sedang terduduk di tanah sambil cuba bangun ke arah Izz. Aku melihat Izz. Pistol miliknya di acukan ke arah aku.

Bang!!

Minda aku kaku. Aku tidak tahu apa yang patut dilakukan oleh aku ketika ini.

Sekelip mata sebutir peluru mengenai dada aku. Aku terjatuh ke atas tanah. Tangan aku memegang dada.

Bang!!

Lagi sekali tembakan dilepaskan. Dan ia mengenai perut aku. Aku terbaring. Mulut aku keluar darah. Pandangan mata aku semakin kabur. Lagi sekali darah menyembur keluar dari mulut aku. Anak anak murid aku menghampiri aku. Tubuh aku dirangkul oleh mereka. Seketika akhirnya aku sudah tidak merasakan apa apa dan pandangan aku langsung menjadi kelam.

Matikah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience