BAB 4

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku memandang fail yang bertimbun di atas meja kerja aku. Segala fail tersebut ada berkaitan dengan misi aku untuk menjatuhkan Oz.

Aku mencapai fail berwarna hitam yang diletakkan di atas sekali di antara fail fail yang lain.

Aku buka dan aku baca.

Misi seterusnya. Aku dikehendaki membunuh Oz disebuah majlis makam malam yang dianjurkan di dewan besar di tengah tengah kota London.

Aku ragu ragu untuk mendail nombor Sid. Sid seorang pelatih yang baru belajar dia juga tidak beberapa cekap. Identiti dan kisah silam dia juga tidak diketahui. Aku tidak yakin pada kemampuan dia untuk jadi pembantu aku.

Tiba tiba telefon aku berbunyi. Nama Sid tertera di skrin telefon aku.

"Helo." Suara Sid kedengaran di corong telefon.

"Ya Sid ada apa kau call aku ni." Tanya aku perlahan.

"Saya dapat arahan yang kita ada misi baru. Bila kita nak mula?" Tanya Sid ceria.

"Untuk misi baru ni kita terpaksa berpecah, aku ke utara dan kau ke selatan. Aku nak kau bunuh salah seorang rakan subahat Oz. Segala maklumat aku sedang faks kan kepada kau sekarang." Kata aku sambil tangan aku mengambil salah sebuah fail yang merupakan misi aku yang seterusnya. Aku baca dan setelah aku yakin misi itu serupa dengan apa yang aku kata kan dengan Sid segera aku fakskan.

"Dapat tak Sid?" Tanya aku. Kedengaran bunyi mesin faks Sid berbunyi.

"Dapat. Okay nanti dah settle saya send email pada kau." Kata Sid. Aku kemudian mematikan talian. Aku keluar dari pejabat dan menuju ke pejabat Marvel.

"Kau tengah freekan? Tolong aku." Kata aku dengan selambanya masuk ke pejabat Marvel. Marvel duduk di sofanya begitu juga dengan aku.

"Apa?" Tanya Marvel serius. Mamat ni kalau tentang kerja dia akan menjadi serius.

"Kau kenal Sid? Pelatih baru tu. Aku nak kau siasat dia. Dalam masa seminggu dia akan pergi ke utara untuk membunuh rakan subahat Oz. Aku nak kau siasat latar belakang dia lambat atau cepat aku tak kisah. Yang penting ada."

"Kenapa? Apa yang kau nampak dekat dia?"

"Aku ragu ragu dengan dia. Segala tentang dia aku tak tahu. Agensi kita pun tak tahu kisah lama dia, apa yang kita tahu dia sendiri datang kepada kita tawarkan diri dia menjadi pelatih kita."

"Harga boleh bincang." Kata aku lagi.

"Okay. Aku setuju." Kata Marvel.

****

Oz POV

Aku mematikan hasrat aku untuk keluar dari kereta apabila aku lihat terdapat ambulance dan kereta polis di perkarangan rumah Ryo.

Apa dah jadi? Kenapa dengan Ryo. Aku membuka tingkap aku lalu aku memanggil seorang budak lelaki berumur lingkungan 13 tahun.

"Kenapa tu dik?" Tanya aku sambil membetulkan cermin mata aku.

"Uncle tu mati kena bunuh. Mak saya jumpa dia dekat dalam rumah dia masa mak saya nak hantar vakum yang mak saya pinjam dengan dia." Kata budak itu sambil melihat lihat didalam kereta aku.

"Oh, takpelah terima kasih." Kata aku lalu aku menutup semula tingkap. Aku menekan pedal minyak. Dada aku berombak kencang.

"Tak guna!! Hancur rancangan aku!" Jerit aku marah sambil menghentak hentak stereng kereta. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan.

Siapa? Siapa yang buat semua ni? Echo. Ya, aku pasti Echo. Dia yang buat semua ni untuk jatuhkan aku. Dia gagalkan rancangan aku. Aku akan balas semula aku akan pastikan dia menyesal!

"Echo! Kau akan mati! Aku sumpah Echo!!!" Jerit aku kuat sambil menggenggam stereng dengan kuat.

****
Echo POV

Aku berdiri di tepi tingkap dari bangunan lima tingkat itu. Di hadapan bangunan itu terdapat dewan besar yang bakal di hadiri oleh Oz.

Aku melihat jam di dinding. Masih awal lagi. Masih ada dua jam sebelum tetamu hadir. Aku melihat telefon bimbit aku. Bintik merah yang menandakan kedudukan Oz sedang bergerak 34 kilometer dari tempat aku.

Aku mencapai beg yang berisi sniper aku.

Aku sangkutkan pada bahu dan aku berjalan keluar dari bangunan itu. Aku melintas jalan dan masuk kedalam dewan besar. Dekorasi mewah dewan itu aku abaikan. Aku berjalan ke belakang pentas dimana tangga untuk ke tingkat atas dewan disediakan.

Tingkat atas itu hanya tempat dimana pihak dewan menyimpan barang. Cahaya yang samar samar akibat diterangi cahaya lampu di dewan itu membuatkan aku terpaksa berhati hati ketika melalui ruang yang sempit itu. Aku kemudian memandang meja yang bakal di duduki oleh Oz. Oz bakal duduk secara membelakangkan aku.

Sniper aku letakkan pada atas batu berukir yang dijadikan sebagai penghadang supaya tiada orang jatuh jika berjalan di tingkat atas itu.

Aku acukan pada tempat duduk Oz.

Setelah yakin segala kelengkapan aku sudah siap disediakan aku melihat jam ditangan. Satu jam lagi. Satu jam sebelum segala galanya tamat.

Aku menghela nafas kasar. Perasaan aku bercampur baur walaupun aku sudah bersumpah untuk membunuh Oz tapi aku masih lagi ragu ragu untuk melaksanakan sumpah aku itu.

Oz, kembar aku. Darah daging aku. Aku dan dia memang tak boleh dipisahkan dari kecil lagi. Tapi aku tak sangka akibat cemburu dia berubah.

****
Oz POV

Aku melangkah masuk ke dalam dewan besar itu. Dekorasi dewan yang kelihatan mewah sedikit mengkagumkan aku. Aku disambut oleh seorang lelaki yang aku kenal. Alexander. Dia yang telah mengupah aku untuk membunuh kembar aku Echo. Cuma aku belum lagi melaksanakan misi itu. Aku mahu mengkucar kacirkan negara ini dahulu sebelum aku membunuh kembar aku. Aku mahu dia melihat kejayaan aku. Biar dia tahu siapa aku yang sebenarnya.

"Awal kau datang Alex." Kata aku pada Alex. Dia tersenyum sinis kepada aku.

"Majlis ni penting untuk aku. Jom duduk." Ajak Alex. Aku mengekori langkah dia dengan seiring.

Sampai di kerusi yang tertulis nama aku. Aku lantas duduk apabila Alex menarik kerusi untuk aku. Such a gentleman.

Setelah semua tetamu hadir majlis di mulakan. Seorang lelaki bercakap di atas pentas dengan nada yang ceria. Majlis ini sebenarnya adalah tempat di mana assassin yang berpaling pada negara dan penjahat penjahat di seluruh dunia berkumpul. Kami di sini akan membentangkan idea kami untuk menjatuhkan negara di sini dan Alexander yang sedang duduk di sebelah aku adalah salah satu penyumbang terbesar untuk kami semua. Senjata dan peralatan dia amat kami perlukan.

Setelah 15 minit majlis berlalu aku pula sudah mengantuk mendengar pembentangan di hadapan aku mengeluarkan telefon aku untuk menghilangkan kebosanan.

"Bosan?" Tanya Alex.

"Aku dah nak tertidur."

"Ini First time kau pergi dimajlis ni dan kau sudah nak tertidur?" Tanya Alex lagi.

"Pembentangan dekat hadapan semuanya dari budak budak mentah. Mereka bukan level aku. Aku malas nak tengok."

"Sekejap lagi akan menjadi menarik Oz, percayalah. Ini hanya pembukaan." Kata Alex lalu memandang semula ke arah stage.

Tiba tiba ketika aku sedang menundukkan kepala aku terasa perit di bahu aku. Aku melihat bahu aku yang terdedah. Darah! Aku angkat kepala melihat dari mana datangnya peluru itu dan aku ternampak seseorang sedang berdiri di belakang pentas sambil memegang sniper. Tak guna! Mereka tembak aku.

"Ada penceroboh!!!" Jerit aku sambil menahan sakit. Tangan aku tekapkan pada bahu menghalang darah dari keluar. Sekelip mata suasana menjadi hingar bingar aku bangun berlari menuju ke luar. Alex sudah hilang entah kemana. Mengejar penembak itu barang kali.

Arghhh... darah menitik dengan laju.. Aku tahu bahu aku sudah berlubang akibat ditembak.

aku berlari ke arah kereta aku yang aku parking kan di luar dewan. Setelah itu aku terlihat kembar aku Echo sedang berlari sambil.mengalas beg senjata di belakangnya.

Aku sudah agak. Ini pasti angkara Echo. Aku mengeluarkan pistol yang aku letakkan di paha aku. Aku keluarkan lalu aku acukan pada Echo yang sedang berjalan laju ke bangunan di hadapan dewan.

Di saat aku ingin menarik picu, Alex memanggil aku.

"Oz, lari! Polis dalam perjalanan!" Jerit Alex. Aku mendengus kasar! Echo sudah hilang dari pandangan. Alex menarik aku.

"Mari cepat!" Aku memandang bangunan yang dimasuki Echo tadi buat kali terakhir sebelum aku masuk ke dalam kereta bersama sama Alex.

****
Echo POV

Aku melihat kemasukkan Oz dan Alex ke dalam dewan ini. Oz kelihatan kurus sedikit berbanding ketika kali terakhir aku berjumpa dengan dia.

Senjata aku acukan kepada dia. Oz sudah duduk namun aku masih lagi tidak menembak. Majlis dimulakan dan aku masih lagi ragu ragu untuk menembak Oz.

Aku ingatkan aku sudah cukup benci untuk aku membunuh dia namun, ternyata tidak. Aku tidak mampu untuk membunuh dia.

Aku menghela nafas kasar lalu menjauhkan diri aku dari senjata.

Aku ambil beg senjata aku lalu aku simpankan semula sniper.

Tiba tiba sahaja aku tersedar keadaan menjadi kecoh. Aku melihat ke arah tetamu dewan yang tiba tiba berlari ke arah belakang pentas dan ada juga yang melarikan diri keluar dari dewan. Aku risau jika mereka menjumpai aku. Naya aku nanti. Aku segera melompat turun ke lantai dewan. Carpet yang tebal mengurangkan impak pada lompatan aku.

Aku lantas terus berlari ke arah pintu keluar dewan menuju ke bangunan di hadapan dewan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience