BAB 5

Crime Completed 13602

Oz POV

"Aku akan jalankan rancangan untuk bunuh Echo mulai esok." Aku kata keras pada Alex yang sedang membalut luka di bahu aku.

"Kau nak. Buat apa? Rehat dulu lah bagi luka kau kering. Lepas tu kau boleh mula. Lagi pun kau perlukan rancangan untuk bunuh dia. Tak akan nak main serbu macam tu je.." kata Alex. Aku diam sambil memandang tingkap.

"Tapi aku yakin aku akan berjaya kalahkan dia." Kata Aku lagi. Aku nekad. Aku akan bunuh juga Echo.

"Aku tahu, tapi kau perlu berehat juga. Kalau kau cedera macam ni macam mana nak lawan dengan Echo. Kau tahukan dia tu licik." Kata Alex lagi. Aku mendengus kasar. Benar apa yang dikatakan Alex itu. Echo licik. Sekelip mata sahaja dia mampu mengalahkan aku.

Selepas berfikir beberapa kali aku akhirnya membuat keputusan untuk menyerang Echo seminggu dari sekarang.

****
Echo POV

Aku duduk di sofa yang disediakan di dalam bilik Phoenix. Mata aku resah memandang Phoenix yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.

Tiba tiba pintu bilik Phoenix di buka dari luar. Alex masuk sambil tersenyum kepada aku. Dimata Alex terdapat getaran. Dia seperti faham akan rasa yang aku alami sekarang ini.

"Kau cedera?" Tanya Alex. Aku menggelengkan kepala.

"Oz?"

"Dia kena tembak di bahu dan dia tuduh kau tembak dia."

"Sebab dia nampak aku tengah berlari. Sebab tu dia tuduh aku." Alex mengerutkan dahi.

"Bukan kau yang tembak dia?" Tanya Alex pelik.

"Bukan aku. Aku tak sanggup nak tembak dia." Kata aku jujur. Alex mengganggukkan kepala.

"Kau patut tahu seminggu dari sekarang dia akan bunuh kau. Apa plan kau?" Tanya Alex. Aku memandang Phoenix.

"Kena tanya Phoenix." Serentak itu Phoenix duduk di hadapan aku.

"Aku akan pindahkan kau ke Hawaii. Cawangan agensi kita di sana memerlukan tenaga pengajar untuk sekolah assassin kita. Pelajar berumur dalam lingkugan 14 tahun hingga 17 tahun akan menjadi pelajar kau." Kata Phoenix. Aku mengerutkan dahi.

"Oz??" Tanya aku pelik.

"Lambat laun dia pasti akan tahu kau di sana. Kau bunuh dia di sana." Kata Phoenix.

"Aku tak akan sanggup untuk bunuh dia Phoenix. Dia kakak aku." Kata aku sebak. Alex memeluk bahu aku.

"Kakak kau dah tak ada perasaan Echo. Tiada apa yang perlu kau sedihkan." Kata Alex cuba menenangkan aku.

"Bila aku perlu bertolak?"

"Seminggu dari sekarang." Kata Phoenix.

****

Seminggu kemudian...

Aku berjalan perlahan menuju ke pintu perlepasan sambil mengalas beg sandang di bahu aku. Mata aku memandang kawasan sekeliling aku melihat lihat jika Oz berada di sini.

"Cari aku?" Suara Oz kedengaran jelas di telinga aku. Pinggang aku terasa ditekan oleh sesuatu.

"Kau melawan aku tembak kau." Kata Oz lagi. Perempuan ni. Kalau ikutkan aku mampu melawan semula tetapi aku teringat akan kata kata Phoenix. Sebaiknya aku tidak membunuh dia di tempat awam. Keadaan dilapangan terbang ini ramai dengan orang. Aku tidak mahu menjatuhkan reputasi negara dengan membunuh Oz di sini.

"Macam mana kau jumpa aku?" Tanya aku sinis. Oz ketawa sinis.

"Itu masalah aku. Kau tak perlu tahu." Kata Oz. Lalu dia menekan pistol dipinggang aku dengan lebih kuat.

"Jalan!" Arah Oz.

"Nak pergi mana?" Aku bertanya sengaja ingin menyakitkan hati dia.

"Jalan!!" Kata Oz bengang. Aku ketawa di dalam hati. Mudah sangat aku jangka si Oz ni. Panas barannya, tidak mudah bersabar, gelojoh. Aku yakin dia menyerang aku kini buta buta tanpa rancangan. Aku berjalan ke salah satu tempat yang sunyi. Oz, di belakang aku berjalan resah. Aku memerhatikan kawasan sekeliling. Tiada orang aku lantas memusingkan tubuh aku. Pistol ditangannya aku tepis hingga tercampak jauh. Lutut aku naikkan lalu aku hentakkan pada perutnya. Tangan aku menyiku belakang leher Oz beberapa kali. Lalu aku melepaskan Oz yang sudah lemah itu.

Oz terbaring lemah dilantai. Mulutnya keluar darah.

Aku memijak perutnya.

"Belum masanya untuk kau mati. Kita jumpa lagi di masa yang lain." Kata aku sinis sebelum aku melarikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience