BAB 8

Crime Completed 13602

Drake POV

Selesai meletakkan kedatangan di atas meja cik Echo aku segera berlalu keluar sebelum aku terserempak dengan seorang lelaki berbadan tegap dan agak tinggi. Warna rambutnya juga di warnakan warna kelabu.

"Maaf tuan." Kata aku perlahan.

"Tak mengapa. Echo ada?" Tanya lelaki itu.

"Err, cik Echo tiada tapi tuan boleh tunggu di dalam bilik dia. Dia biasanya sampai dalam jam 9 pagi macam tu." Kata aku perlahan.

"Oh, kalau macam tu tak mengapalah, tapi tolong cakap dengan dia Phoenix nak ajak dia lunch tengah hari ni." Aku terkejut mendengar lelaki itu menyebut namanya.

"Ph... phoenix? Tuan ni Tuan Phoenix ketua agensi assassin negara ke?" Tanya aku gugup. Phoenix ni ketua yang sangat hebat dan kuat. Pada umur yang muda dia sudah mengambil alih agensi. Dia memang idola aku.

"Ya, saya Phoenix. Kamu pelajar dia ke?" Tanya tuan Phoenix. Aku tersengih lebar.

"Ya. Saya Drake. Drake Olive." Kata aku teruja. Phoenix tersenyum. Wow! Idola aku, tak percaya betul aku dapat berjumpa dengan dia.

"Okay Drake. Ni nombor saya. Kalau Echo dah sampai call saya. Boleh?" Tanya Tuan Phoenix sambil menghulurkan kad dia. Aku menyambut huluran dia dengan senyuman lebar. Suka gila.

"Baiklah tuan. Sebaik sahaja cik Echo sampai saya call tuan." Kata aku masih lagi teruja.

"Kalau macam tu saya pergi dulu ya." Kata tuan Phoenix lalu berlalu pergi.

Aku memandang langkah Tuan Phoenix sehingga dia menghilang dari pandangan aku.

Sungguh aku tak percaya. Aku berjumpa dengan tuan Phoenix. Idola aku. Nampaknya kehadiran Cik Echo ni tidak mensia siakan.

****
Echo POV

"Phoenix! Kau buat apa dekat sini? Bukan flight kau malam tadi ke?" Tanya aku pelik. Phoenix tersengih kepada aku. Ketika aku sedang mengajar dia tiba tiba sahaja masuk ke dalam kelas aku.

"Tertinggal flightlah. Aku ingat flight aku pukul 10 tapi rupa rupanya pukul 8." Kata Phoenix.

"Kalau macam tu pukul 8 maknanya masa kau dekat bilik hotel aku lahkan. Eii, apa masalah kau ni? Sampai nombor 8 dan 10 pun tak boleh beza." Kutuk aku selamba.

"Bisinglah kau. Sana sikit. Ni kau mengajar ke berbual ni?" Phoenix pula mengutuk aku. Sambil berdiri ditengah hadapan kelas.

"Okay class, let me introduce myself." Kata Phoenix. Dia mula mengambil alih kelas aku. Aku ketawa kecil lalu melangkah ke belakang kelas. Aku duduk di salah sebuah kerusi yang kosong di belakang sambil memerhatikan Phoenix mengajar. Pelajar pelajar aku ni semakin hari semakin ceria aku lihat mereka.

Aku mengeluarkan telefon aku. Aku taip beberapa mesej kepada rakan aku sebelum aku kembali bangun dan berjalan ke hadapan kelas.

"Okay class, semalam ada pelajar mengadu dekat saya. Dia kata dia mahukan aktiviti fizikal dan saya percaya kamu semua pun rasa begitu juga. Betul tak?" Tanya aku sambil tersenyum kepada mereka.

Tiba tiba pintu di buka dari luar. Dua orang lelaki lengkap berpakaian sut hitam masuk sambil kedua dua mereka mengangkat sebuah kotak besi berwarna hitam ke dalam kelas.

"Mulai hari ini, kamu semua perlu melakukan satu tugasan assassin. Saya akan mengambil markah melalui cara kamu menyerang, menghendap, menggunakan pisau, pistol dan sebagainya. Tetapi kamu semua akan mendapat markah penuh jika kamu dapat membunuh saya." Kata aku sinis. Wajah mereka yang ceria bertukar terkejut. Mereka semua terpaku. Drake bangun dari duduknya.

"Apa yang cik cakapkan ni?" Tanya Drake. Phoenix di sebelah aku turut memandang aku tidak percaya.

Aku mengarahkan dua orang lelaki yang bersut itu membuka kotak besi itu.

"Di dalam ini ada senjata. Gunakan untuk membunuh saya." Lalu setiap satu senjata tersebut diberi kepada mereka.

"Setiap minggu akan ada senjata baru yang akan di hantar untuk kamu semua menggunakannya. Latihan.. no misi kamu ini akan di lakukan sehingga kamu berjaya membunuh saya." Phoenix tersengih mendengar kata kata aku.

"Ingat. Dalam assassination, segala perasaan kita perlu dibuang bagi menyelesaikan tugasan yang diberi."

"Walaupun orang tu kakak kita sendiri?" Tanya Vega perlahan. Jantung aku terasa seperti direntap. Perlahan lahan aku mengganggukkan kepala.

"Kamu patut tahu risikonya jika kamu sendiri dengan rela masuk agensi ini." Kata aku sinis. Mereka semua terdiam.

"Mulai hari ini pakai pakaian yang sesuai untuk melakukan misi. Melainkan saya arahkan kamu semua pakai pakaian yang lain baru kamu semua pakai tetapi misi kamu tetap berlangsung seperti biasa." Kata aku tegas.

"Okay kelas. Bersurai." Kata aku lantas aku keluar dari kelas diikuti oleh Phoenix.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience