BAB 9

Crime Completed 13602

Echo POV

"Tak sangka. Bergeliga juga otak kau ni." Kata Phoenix ketika kami keluar untuk lunch bersama sama.

Aku tersengih ceria.

"Gunakan pelajar sendiri untuk membunuh kembar kau dan dengan cara itu kau tak perlu mengotorkan tangan kau dengan darah daging kau sendiri." Kata Phoenix.

"Tapi tulah, gaya aku bercakap dengan apa yang aku buat tak kena langsung. Aku tak sanggup nak bunuh kakak aku tapi aku kata dengan pelajar aku bahawa seorang assassin perlu mengetepikan segala perasaan demi memenuhi kehendak client. Tak guna betul aku ni." Rintih aku. Phoenix hanya diam sambil memerhatikan aku.

****

Aku membuka laci meja milik aku. Sudah dua hari berlalu sejak aku memberikan misi kepada pelajar aku untuk membunuh aku. Aku teringat apabila Drake dan pelajar yang lain bertanyakan ganjaran selain daripada markah jika aku berjaya di bunuh oleh mereka dan aku mengatakan mereka akan terus dilatih dan menjadi assassin sebenar tanpa graduate dari sekolah ini. Berseri wajah mereka apabila aku kata begitu.

Beberapa hari kemudian mereka mula membuka langkah mereka untuk menyerang aku. Namun aku sentiasa berjaya mempertahankan diri aku. Untuk pagi ini sahaja aku sudah diserang sebanyak lima kali dan jam masih lagi menunjukkan pukul 11 pagi. Lunch hour pun belum lagi.

Pintu bilik aku diketuk. Nyx tiada kerana dia masih sedang mengajar kelasnya.

"Masuk!" Jerit aku sedikit kuat. Drake membuka pintu itu dengan perlahan. Dia menjengukkan kepalanya ke dalam sambil tersengih lebar kepada aku.

"Hello cik. Ni kerja yang cik minta saya kumpul." Kata Drake. Aku tersenyum nipis kepada dia.

"Letak dekat meja sana." Kata aku perlahan sambil menunjukkan meja di mana aku meletakkan fail dan buku buku pelajar aku. Drake berlalu ke meja di tepi dinding itu.

"Cik, ramai bertanya. Tak boleh ke kami panggil cik cikgu? Sebab macam formal sangatlah." Kata Drake dari sudut meja aku. Aku mengerutkan dahi.

"Panggil je lah, apa masalahnya." Kata aku pelik. Drake berjalan perlahan berdiri di hadapan meja aku.

"Mana tahu, kami ingatkan cik tak selesa. Maklumlah, cik bukannya mengajar pelajar biasa. Cik mengajar bakal bakal assassin negara." Kata Drake. Aku ketawa kecil.

"Saya tak pernah halang kamu semua panggil saya cikgu. Kalau kamu rasa selesa panggil saya cikgu, kamu panggil jelah." Drake tersenyum lebar. Aku menyambung semula memandang komputer aku.

"Kalau macam tu, baiklah cikgu..." suara Drake tiba tiba kedengaran sinis. Ketika itu barulah aku tersedar bahawa aku sudah terleka. Membuka peluang kepada Drake untuk menyerang aku.

Aku memandang Drake. Drake menghunus pisaunya ke arah kepala aku. Aku tepis menggunakan tangan dan serta merta aku jatuh dari kerusi.

"Jangan lari cikgu..." kata Drake sambil mengambil pisaunya yang terjatuh di atas meja.

Dia melompat ke atas aku dan pisau di angkat tinggi bersedia untuk menikam dada aku. Aku pegang pergelangan tangan Drake menahan dari hujung mata pisau itu menikam jantung aku.

"Kuat juga kau ya..." bisik aku sambil mengetap gigi. Manik manik peluh mula terbit di dahi. Tak dapat di sangkal kan lagi, Drake memang layak menjadi assassin. Walaupun masih amatur tetapi dia mampu melawan aku.

"Jangan pandang rendah budak budak macam saya cikgu." Kata Drake. Bibirnya tersenyum sinis.

Dia mula menambahkan tekanan kepada pisau tersebut. Semakin hampir hingga hujung mata pisau itu sudah mengenai jaket yang dipakai oleh aku.

"Habislah cikgu hari ni..." kata Drake. Aku menghela nafas kasar.

Kaki aku menolak lantai dengan kuat cuba memusingkan tubuh aku. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku berjaya memusingkan tubuh aku. Keadaan aku dan Drake kini berubah Drake sedang terbaring dilantai dan aku duduk di atasnya. Pisau aku rampas dan campakkan jauh dari kedudukan kami.

Namun Drake tidak mengalah. Dia lalu mencekik leher aku. Aku ternganga menarik nafas kerana kekurangan oksigen.

Aku cuba meleraikan tangan Drake namun gagal lalu aku pula mencekik leher Drake. Kami berdua tercungap cungap menarik nafas. Apabila pegangan Drake semakin longgar aku mengambil peluang itu untuk meleraikan tangan Drake dan berdiri bersandar pada tingkap.

"Dah banyak kali kami cuba tapi masih gagal. Cikgu memang betul hebat!" Kata Drake yang sedang terbaring di lantai. Kami berdua masih lagi terbatuk batuk. Dada aku berombak laju, tercungap cungap aku menarik nafas.

"Kamu lupa kamu sedang berhadapan dengan siapa ke Drake?" Tanya aku sinis sambil terduduk lemah bersandar pada dinding.

Drake bangun dan duduk bersandar pada tepi meja. Dia tersenyum kepada aku.

"Second round cikgu?" Tanya Drake. Aku ketawa.

"Kelas kamu dengan Nyx dah nak mula. Pergi kelas dulu, lepas tu kita sambung." Kata aku sambil menjeling ke arah pisau Drake yang tercampak berdekatan dengan rak buku. Aku capai dan aku balingkan pada Drake.

"Perbetulkan cara kau pegang pisau." Arah aku tegas. Drake tersengih sambil berdiri. Menundukkan kepala dia sedikit sebelum berlalu pergi. Aku berdiri sambil membetulkan jaket aku. Barang yang bersepah pun aku kemaskan semula.

Nampaknya semakin hari semakin menarik kerja aku di sini. Aku akan pastikan aku didik setiap seorang pelajar di sini untuk menjadi assassin yang terbaik dan tidak akan jadi seperti Oz.

****
Drake POV

"Sumpah, cikgu Echo kuat gila. Selama ni kita cuba dari jarak jauh je kan, siang tadi aku cuba berlawan dengan dia guna pisau. Aku kalah wei!" Kata aku kepada rakan rakan sekelas aku.

"Gila berani kau wei!" Kata Edna. Aku tersengih bangga.

"Aku rasa kau orang pun patut cuba."

"Aku ada cadangan!" Kata Zane secara tiba tiba. Tumpuan kami semua beralih kepada dia.

"Apa kata kita buat jadual penggunaan senjata untuk membunuh cikgu! Hari ini kita pakai pisau, esok kita free hand, lusa kita guna pistol, hari seterusnya pula kita guna sniper. Dalam seminggu setiap hari kita ada jadual penggunaan senjata. Di samping itu kita dapat juga melatih diri kita tak perlulah kita tunggu kelas kelas penggunaan senjata yang di ajar oleh cikgu Nyx!" Kata Zane teruja. Aku memandang rakan rakan sekelas aku yang lain. Mereka kelihatan bersetuju dengan cadangan Zane.

"Aku okay je kalau kau orang okay."

Setelah berbincang semula, kami semua bersetuju untuk menggunakan jadual tersebut dan pada hari jumaat adalah hari bebas di mana kami semua boleh menggunakan mana mana senjata yang kami suka untuk menjayakan misi ini.

"Okay class, buka buku teks bab 5. Hari ini kita akan belajar cara buat bom. Walaupun agensi kita ada membekalkan bom kepada kita namun, kita tak tahu sekiranya ada apa apa yang berlaku sehingga membuatkan kita terpaksa membuat bom baru menggunakan bahan bahan di sekeliling kita." Tergesa gesa aku membuka buku teks aku.

Di samping itu aku mula perasan beberapa rakan sekelas aku mula mengeluarkan pisau di bawah meja.

Hmm, nampaknya hari hari aku disekolah ini tidak lagi membosankan. Aku akhirnya mula fokus pada pembelajaran aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience