BAB 17

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku melihat Sid yang sedang menyembunyikan diri. Sudah dua jam dia diserang oleh pelajar pelajar aku, namun dia masih lagi tidak sedar bahawa sebenarnya pelajar pelajar aku mahu membunuh dia. Dia cuma sangkakan ini adalah satu latihan yang aku berikan kepada pelajar pelajar aku.

Drake acap kali mengarahkan rakan rakannya mengepung Sid. Namun Sid tetap berjaya melarikan diri. Tanpa Sid sedar, sebenarnya Drake berjaya membaca pergerakkannya dan melihat dia di tempat persembunyiannya.

Drake kini berada di atas pokok di dalam semak tempat Sid bersembunyi.

Blade berada di dalam semak di kiri Sid. Dihadapan semak Sid berdiri Edna dan Raven berpura pura sedang berbual dan berehat. Belakang Sid, Red sedang berpura pura membuang air. Tetapi yang paling berani adalah Vega yang turut berada di dalam semak yang sama dengan Sid namun Sid langsung tidak menyedari akan kehadiran dia.

"Mula kalau semua sudah bersedia." Arah aku melalui mikrofon kecil yang aku sembunyikan di kolar jaket aku.

Drake membuat isyarat tangan dan setelah itu dengan serentak mereka menangkap Sid. Vega yang paling dekat mengunci tangan Sid. Drake melompat ke atas tubuh Sid menahan Sid dari bangun. Edna dan Raven memegang kaki Sid. Blade dan Red mengikat Sid supaya Sid tidak mampu bergerak.

"Yes, berjaya!!!" Sorak mereka dengan lantang. Gembira kerana sudah berjaya menangkap Sid.

Sid buat muka kerana dia sudah kalah dengan amatur. Tanpa dia sangka penangkapan dia ini hanyalah satu permulaan kehidupan dia yang baru.

"Dah tangkapkan, lepaslah balik.." kata Sid dengan lagaknya. Drake tersenyum sinis. Ganjaran pasti sudah terbayang bayang di matanya.

Phoenix yang tadi berdiri belakang aku kini sudah berdiri di sebelah aku sambil memberikan isyarat kepada Drake untuk membawa Sid ke arah kami yang sedang berdiri di puncak bukit.

"Apa ni tuan, lepaskan lah saya." Kata Sid. Aku tersenyum sinis.

"Baiklah semua. Ganjaran untuk kamu kami akan berikan esok pagi. Saya akan pastikan sebaik sahaja kamu semua bangun tidur, ganjaran sudah berada di hadapan mata kamu." Kata aku kepada pelajar pelajar aku. Mereka tersengih.

"Baiklah cikgu, seronok betul bila dapat rasa pengalaman macam ni." Kata Drake bagi pihak rakan rakannya.

"Ini baru sedikit, jika kamu berjaya habiskan sekolah di sini kamu akan merasa lebih dari semua ini." Kata aku pada pelajar pelajar aku. Mereka tersenyum bangga.

"Apa maksud kau?" Tanya Sid tiba tiba. Aku tersenyum sinis.

Aku menarik kolar baju Sid. Sid yang sedang terbaring di tanah terangkat tubuhnya sedikit.

"Aku dah tahu kau siapa Sid." Kata aku sinis lalu tanpa sempat Sid membalas kata kata aku, aku sudah menumbuk wajahnya membuatkan dia pengsan.

****

Sid terjaga dari pengsannya. Apabila dia buka sahaja mata dia, dia lihat dirinya sedang terduduk di atas lantai. Di hadapannya terdapat palang palang besi yang menutup laluannya. Apabila dia sudah sedar sepenuhnya barulah dia perasan dia berada di dalam penjara. Sid bangun memamdang aku yang sedang duduk di sebalik penjara besi itu. Dia meraung berang dan cuba mencapai aku namun gagal. Aku cuma tersenyum sinis.

"Oz akan tahu tentang ini! Kau tak akan terlepas!" Jerit Sid berang. Aku menghela nafas tenang.

"Untuk pengetahuan kau. Setiap komunikasi kau dan Oz selama seminggu kau di sini sudah di ambil alih oleh Alex. Oz tak akan tahu sebab Alex akan sentiasa reply mesej Oz seperti mana kau selalu buat." Kata aku sinis. Sid terpaku.

"Alex? Dia... sudah ambil alih komunikasi aku dan Oz? Alex sepatutnya benci kau! Dia yang upah Oz untuk bunuh kau!" Kata Sid lagi. Wajahnya memerah menahan marah. Aku tersenyum dan ketika itu jugalah Alex datang ke arah aku.

"Dah sedar ke? Bisingnya." Kata Alex. Aku tersenyum nipis.

"Kau pengkhianat!!" Jerit Sid. Alex ketawa kecil.

"Aku ke kau pegkhianat ni? Lagi satu. Kau ingat aku ni apa? Come on lah, Echo ni kawan baik aku tahu tak.." kata Alex ceria tetapi terselit nada sinisnya. Tangan lelaki itu juga cekap bergerak seiring dengan mulutnya menepuk nepuk belakang aku. Sakit juga namun aku sudah biasa.

"Kau..." Sid seperti sudah tidak mampu berkata kata lagi.

"Okaylah. Aku ada benda nak buat. Meringkuklah di dalam penjara selamanya ya." Kata aku sinis lalu terus berlalu keluar dari pintu yang menempatkan sel sel penjara.

Itu hanyalah penjara sementara buat Sid. Tidak lama lagi dia akan dipindahkan ke penjara besar di tengah tengah lautan.

Di situ jugalah penjara untuk Oz di sediakan. Kami sudah sediakan untuk Oz istimewa untuk dia. Itu pun jika dia tidak mati.

Aku dan Alex makan dengan senyap. Masing masing memikirkan nasib masing masing di penghujung hari nanti. Tidak lama lagi segalanya akan berakhir. Sama ada Oz mati ataupun dia di tangkap dan di penjara selama lamanya ataupun aku yang mati kerana di bunuh oleh Oz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience