BAB 6

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku melangkah dengan yakin menuju ke kelas yang sudah ditugaskan untuk aku. Di bangunan tiga tingkat ini hanya terdapat empat kelas yang mana setiap satu kelas terdapat 10 orang pelajar, kecuali sebuah kelas ini yang dikatakan paling nakal dan terdapat ramai pelajar yang jahat dan nakal mempunyai 25 orang pelajar. Aku ditugaskan menjaga kelas itu. 28 orang pelajar yang mana guru assassin yang lain tidak mampu menjaga mereka.

Aku masuk ke dalam kelas yang agak berselerak itu. Pelajarnya ada yang tidur ada yang sedang membuat grafiti di dinding belakang dan ada juga yang sedang menembak botol kaca yang di susun di tingkap kelas.

Aku meletakkan pistol aku di atas meja. Kedengaran bunyi kuat akibat hentakkan pistol pada meja itu. Semua pelajar diam sambil memandang aku.

"Guru baru? Layak ke kau?" Kata salah seorang dari mereka. Aku memandang seorang budak lelaki yang rambutnya berwarna kuning keemasan. Aku syak dia ini ketua kepada yang lain.

"Sila duduk semua." Arah aku tegas. Ada di antara mereka semua yang mendengar kata kata aku tetapi yang selebihnya termasuk budak berambut kuning emas itu kelihatan membantah kata kata aku.

"Kau dan guru guru yang lain tak layak mengajar kami semua. Keluar!" Jerit si rambut kuning keemasan itu. Aku mengeluh sambil duduk di hujung meja. Tangan aku memeluk tubuh.

"Aku di tugaskan untuk mendidik kau orang menjadi assassin. Walau apa sekali pun kau kata aku kau tak akan mampu menghalau aku berhenti dari menjalankan tanggungjawab aku."

Aku memandang wajah mereka satu persatu.

"Duduk." Arah aku tegas. Namun mereka membantah. Aku mengganggukkan kepala. Pistol aku yang sudah diletakkan di atas meja aku capai lalu aku acukan pada si rambut kuning emas dan aku tembak tepat mengenai tepi lehernya. Segaris luka panjang yang berdarah timbul di lehernya di selangi jeritan kesakitan dari budak berambut kuning emas itu.

"Macam yang aku cakap. Duduk." Arah aku lagi sekali.

Mereka semua menurut arahan aku.

"Nama aku Echo. Aku akan jadi guru kau orang semua mulai hari ini. Segala arahan aku, kerja yang aku beri aku nak kau orang siapkan tanpa apa apa alasan. Faham." Kata aku tegas. Mereka semua hanya diam.

"Kau, apa nama kau!" Tanya aku pada budak lelaki berambut kuning keemasan itu.

"Drake." Kata dia dengan wajah bengang dan tangannya memegang tepi lehernya yang calar.

"Setiap hari aku nak kau ambil kehadiran pelajar dan letakkan di meja aku setiap pagi tepat jam 8 pagi. Aku akan selalu masuk lewat tapi itu bukan alasan untuk kau orang semua masuk lewat. Tepat jam 7.30 pagi pastikan semua dah ada. Senarai kedatangan tepat jam 8 dimeja aku. Faham." Kata aku tegas. Lalu aku berdiri tegak dan aku simpan semula senjata aku di pinggang.

"Pergi tukar pakaian, aku tunggu di padang." Kata aku tegas lalu segera berlalu keluar dari kelas.

****
Drake POV

"Tak guna punya perempuan. Berani beraninya dia arah arahkan aku." Bebel aku bengang. Raven menghampiri aku.

"Leher kau okay tak?" Tanya Raven sambil menyarung jersi hitam yang menjadi pakaian rasmi kelas kami. Sekolah ini mempunyai peraturan dan pakaian seragam yang wajib kami patuhi namun aku dan rakan sekelas aku membuat keputusan untuk membuat peraturan sendiri.

Kami membuatkan semua guru yang ditugaskan untuk mengajar kami berhenti malah pakaian seragam juga kami tidak pakai dan memakai pakaian yang kami suka.

Tapi walau nakal dan jahat mana pun kami, gred kami adalah yang tertinggi berbanding gred kelas kelas yang lain.

"Calar je. Tepat betul tembakan perempuan tu." Kata Aku perlahan.

"Dia nampak tegas dan tidak takutkan kita." Kata Indigo.

Aku menjeling ke arah tingkap.

"Aku nak buat perempuan tu surrender mengajar kita." Kata aku dengan azam yang membara.

"Aku rasa kau lupakan jelah impian kau nak tendang dia dari sini." Kata Zane. Aku mengerutkan dahi pelik.

"Echo Scarlet Ezryk. Tu nama penuh dia. Aku rasa tak perlu aku terangkan siapa sebenarnya dia betul tak?" Aku terkelu. Echo Scarlet Ezryk. Siapa saja yang tidak kenal dia. Assassin terbaik negara. Aku tahu dia siapa cuma aku tidak tahu rupanya. Echo terlalu sibuk dan identiti dia juga di rahsiakan kerana khuatir negara negara lain akan menghantar assassin yang lain untuk membunuh Echo.

Aku memandang wajah rakan rakan sekelas aku. Mereka semuanya kelihatan teruja. Nampaknya untuk kali ini aku mengalah. Demi rakan rakan aku.

Jujur, aku juga agak teruja untuk memulakan pembelajaran aku bersama assassin terbaik negara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience