BAB 18

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku memandang pelajar aku. Mereka kelihatan murung.

"Kenapa cikgu tipu? Cikgu ada kembar dan cikgu nak kami bunuh dia. Cikgu tak sayang ke dekat dia cikgu?" Kata Drake perlahan. Aku meraub wajah aku. Kesal.

"Saya ada sebab saya sendiri."

"Sebab? Cikgu kata pada kami jika kami bekerja sebagai pembunuh upahan kami kena buang perasaan kami walaupada ahli keluarga kami sendiri. Cikgu tahu tak kami percayakan cikgu. Kami anggap cikgu idola kami dan cikgu tipu kami!" Kata Drake lagi.

Aku tidak mampu untuk berkata kata. Aku tidak bersedia untuk semua ini.

Sebaik sahaja aku masuk ke pejabat attendants pelajar tiada di atas meja seperti sebelum ini. Suasana di dalam kelas juga sepi tidak bising seperti selalu. Apabila aku ingin mula mengajar Drake secara tiba tiba bertanyakan tentang Oz beserta bukti bukti aku mempunyai kembar di tangannya.

"Baiklah semua pelajar. Kelas untuk hari ini dibatalkan. Kamu semua dibenarkan balik. Untuk hari ini sahaja." Kata Phoenix yang secara tiba tiba masuk ke dalam kelas aku. Drake memandang Phoenix bengang.

"Tuan jangan ganggu kami. Kami perlukan penjelasan dari cikgu Echo." Kata Drake. Aku memusingkan tubuh aku. Aku capai fail yang aku letakkan di atas meja. Lalu aku menapak keluar dari kelas.

"Class dissmissed." Kata aku sepatah lalu berjalan keluar. Aku masuk ke pejabat sekolah dan aku capai beg tangan aku

Perasaan kecewa menyelubungi perasaan aku. Bukan kecewa pada pelajar aku. Namun kecewa kepada diri aku sendiri. Aku gagal berlaku jujur kepada pelajar pelajar aku.

Sampai sahaja di suite aku. Izz sudah menunggu aku ruang tamu. Dia tersenyum kepada aku dan aku hanya membiarkan senyumannya tanpa berbalas.

"Phoenix suruh aku tengok tengokkan kau." Kata Izz. Aku berjalan ke arah bilik aku.

"Aku bukan budak kecil. Tak payahlah." Kata aku dingin setelah itu aku menutup pintu gelangsar bilik.

Aku menghempaskan tubuh aku pada tilam. Penat, marah, sedih, kesal, gelisah yang aku rasa. Semuanya bercampur baur.

Aku tidak tahu bagaimana untuk terangkan kepada pelajar pelajar aku. Silap aku juga kerana tidak jujur pada mereka sejak mula lagi. Aku sangka mereka ini tidak boleh di harap namun semenjak kes Sid beberapa minggu yang lepas telah menyedarkan aku tentang kebolehan pelajar pelajar aku. Namun aku masih lagi ragu ragu dengan mereka.

Semakin lama aku berfikir semakin layu mata aku. Tidak lama kemudian aku membenarkan minda dan tubuh aku berehat seketika daripada masalah yang aku hadapi kini.

****
Drake POV

Aku melihat figura cikgu Echo yang sedang terbaring lesu di atas tilamnya. Sudah 10 minit aku berdiri di sebelah katilnya namun aku masih lagi tidak berani mahu mengganggu tidur lena cikgu. Dia pasti tertekan kerana kami.

Setelah cikgu pulang kami memaksa Tuan Phoenix untuk menceritakan hal yang sebenar tetapi jawapannya mengecewakan kami.

"Cukuplah kamu tahu Oz adalah pengkhianat seperti Sid. Yang lain kamu perlu tanya sendiri pada Echo." Kata tuan Phoenix. Kami semua terkebil kebil. Pengkhianat?

Aku dan rakan sekelas bersetuju untuk terus pergi ke hotel cikgu namun dari tadi apa yang aku lakukan hanyalah berdiri menunggu cikgu bangun entah bila.

"Er.. ci...cik....cik...gu..." kata aku perlahan dan tergagap gagap.

Cikgu membuka matanya perlahan. Dia mengerlipkan matanya beberapa kali sebelum memandang aku.

Aku tersenyum kepada cikgu. Cikgu lantas bangun. Dia mencapai tuala yang elok terlipat di atas meja solek.

"Tunggu di depan. Sekejap lagi saya datang." Kata cikgu dengan yakin. Aku menghela nafas lega. Tanpa berkata apa apa lagi aku terus keluar dari bilik dan berjumpa dengan rakan rakan sekelas aku.

"Cikgu mandi tak lama tu.." kata Vega. Aku tersenyum nipis. Gementar menyelubungi tubuh dan perasaan aku. Apa yang bakal cikgu bongkarkan agaknya. Aku menjadi tidak sabar.

****
Echo POV

Setelah pelajar aku pulang barulah aku berjaya bernafas dengan baik semula. Setelah sesi aku jujur dengan mereka, mereka mula kembali ceria seperti biasa. Kami ketawa dan menonton movie bersama sama.

Esok seperti yang di janjikan aku akan membawa mereka ke markas agensi kami. Di sana mereka akan berjumpa dengan ketua ketua yang berjawatan tinggi dan berpengalaman. Mereka akan dilatih, di nilai dan mereka akan di berikan senjata khas untuk kegunaan mereka untuk membunuh Oz. Setelah itu kami semua akan merancang plan untuk memerangkap Oz.

Tidak perlu aku pujuk mereka sendIri yang menawarkan diri mereka untuk menyertai misi ini. Dahulu tanpa mereka sedar mereka sudah menyertai misi ini namun kini secara rasminya mereka sudah bersetuju dan akan membantu aku menyingkirkan Oz.

Walaupun aku sudah tidur tadi namun lagi sekali mata aku mula perlahan lahan tertutup. Aku tertidur di atas sofa dan aku terasa seseorang sedang mengangkat aku ke bilik aku. Namun akibat ngantuk yang berleluasa aku hanya memejamkan mata aku.

Esok adalah hari yang baru dan aku perlu berehat secukupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience