BAB 14

Crime Completed 13602

Writer POV

"Kenapa kau nak jumpa aku secara tiba tiba ni sedangkan kita baru sahaja bercakap dalam telefon tadi." Kata Jordan. Echo tersenyum sinis.

"Aku bukan Oz." Kata Echo jujur. Jordan tersenyum pelik.

"Kenapa dengan kau ni. Tiba tiba nak bergurau pula." Kata Jordan sambil menghampiri Echo. Ketika tubuh mereka sudah hampir, Echo mengeluarkan pistolnya dan segera menembak perut Jordan. Pistol masih lagi melekap di perut Jordan. Echo menahan tubuh Jordan dari jatuh menggunakan tangannya.

"Ec......ho?" Tanya Jordan dengan suara yang perlahan dan tersekat sekat.

Echo tersenyum sinis.

"Ya, aku Echo. Dan tujuan aku di sini untuk membunuh kau." Kata Echo sinis. Dia menolak tubuh lemah Jordan sehingga lelaki itu terjatuh ke lantai.

"Kauuu... kauu... Oz, tak akan lepaskan kau." Kata Jordan.

"Begitu juga dengan aku." Itu adalah kata kata terakhir Echo sebelum dia menembak Jordan tepat di kepalanya.

Dengan penyenyap bunyi yang di pasang menyebabkan kerjanya menjadi mudah.

Setelah selesai kerjanya, Echo menyimpan senjatanya sambil berjalan keluar dari bilik. Pintu dibuka dan Echo melangkah pergi dengan perasaan gembira kerana kerjanya telah berjaya dilangsaikan.

****
Echo POV

"Kerja aku dah settle. Bayaran aku jangan lupa pula." Kata aku pada Phoenix yang sedang membaca surat khabar.

"Settle dah? Aku rasa aku baru je beri misi tu dua hari yang lepas bukan?" Tanya Phoenix. Aku tersengih.

"Walau apa pun, thanks. Kau dah boleh mula mengajar esok kalau kau rasa kau nak pergi mengajar." Kata Phoenix. Aku tersengih lebar.

"Okay. Tapi esok aku nak rehat dulu. Penatlah buat kerja." Kata aku sedikit mengada.

"Kau memang. Baru buat kerja sikit dah mengadu penat. Pemalas." Aku menjegilkan mata aku kepada Phoenix.

"At least kerja aku settle cepat and kerja yang aku buat lagi bagus dari kau." Kata aku belagak lalu Phoenix ketawa kecil dan aku pun berlalu ke dalam bilik aku.

Pakaian untuk aku memulakan kembali kerja aku sebagai pengajar aku sediakan. Aku tidak mahu waktu aku berehat esok terganggu.

Senjata aku keluarkan dan aku gilap sehingga berkilat. Kotak peluru aku keluarkan dan aku mengira seberapa banyak stok yang aku ada kini. Ini untuk memastikan supaya keadaan terdesak nanti aku akan sentiasa mempunyai bekalan senjata dan peluru yang mencukupi.

Di dalam minda aku mula mrmikirkan perancangan untuk membunuh Oz. Satu hari, satu tarikh, satu tempat akan aku pastikan Oz akan dibunuh. Jika pelajar aku sendiri gagal membunuh Oz, aku nekad aku sendiri akan mengotorkan tangan aku dengan darah dia.

****

Seminggu lebih aku bercuti akhirnya aku kembali bekerja. Sebaik sahaja aku tiba di pejabat aku, aku lihat seperti biasa buku kedatangan pelajar akan berada di atas meja aku. Selama aku tiada , Nyx yang menguruskan pelajar pelajar aku dan berdasarkan kata kata Nyx, pelajar aku tetap menepati masa ketika menghantar kerja ataupun kedatangan pada hari itu.

"Echo? Awal kau sampai. Selalu kau datang pukul 9 kan?" Tanya Nyx. Aku tersengih.

"rindu nak kerjalah." Kata aku sambil tersengih lebar. Nyx lalu keluar sambil membawa bukunya meninggalkan aku seorang diri di pejabat itu.

Keadaan pejabat itu yang dahulunya rosak akibat pertarungan antara aku dan Meverick kini sudah berubah sama sekali. Sudah di cat baharu dan meja juga ditukar membuatkan bilik itu seperti keadaan seperti sedia kala. Pertarungan itu juga tidak diketahui oleh mana mana staff di sekolah ini.

Aku mencapai fail pelajar aku lalu aku terus berlalu keluar menuju ke kelas aku.

"Cikgu!!" Jerit Drake sebaik sahaja aku masuk kedalam kelas.

"Cikgu!!" Jerit pelajar pelajar aku yang lain. Mereka semua berkerumun ke arah aku lalu memeluk aku.

Aku terharu akan sambutan mereka lalu aku membalas pelukan mereka.

"Lama cikgu cuti." Kata Drake. Aku tersengih. Tiba tiba aku ternampak satu kilauan di sebelah kiri aku.

"Cikgu, selamat kembali!!!" Serentak itu Andrea melibas pisau ke arah aku. Aku mengelak lalu aku berlari ke arah belakang kelas. Aku lihat semua pelajar aku memegang pisau ditangan mereka. Mereka tersengih lebar.

"Kami nak kumpul semula markah kami sepanjang ketiadaan cikgu selama ini." Kata Drake dengan penuh semangat. Serentak itu mereka semua menyerang aku.

Aku melarikan diri dengan melompat ke arah tingkap kelas yang terbuka. Tanpa teragak agak aku terus melompat ke tingkat bawah yang mana terdapat pokok pokok yang merimbun di tingkat bawah.

Gila! Baru sahaja aku masuk sekolah namun aku sudah diserang oleh mereka. Betul betul serius budak budak ni.

Aku selamat mendarat di tanah. Dari tingkat bawah aku lihat mereka sedang memandang aku sambil mulut mereka kecoh mengarahkan agar mereka turut turun ketingkat bawah.

Apabila Drake mula memanjat tingkap aku segera melarikan diri ke hutan di belakang sekolah.

Buat masa ini aku perlu melarikan diri. Aku tidak bersedia dengan serangan drastik mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience