BAB 11

Crime Completed 13602

Echo POV

"Cikgu!!!!" Drake memanggil aku dengan wajahnya yang ceria. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

Comelnya Drake. Aku melihat langkah dia yang sedang berlari kearah aku. Semakin lama semakin dekat jarak dia dengan aku.

"Cikgu!!! Jom makan sama sama!" Suara pelajar pelajar aku yang lain memanggil aku. Mereka juga sedang berlari ke arah aku.

Tak menyesal aku datang ke sini sebagai pengajar. Sifat pelajar aku semakin ceria dan mereka juga semakin mahir berlawan.

Tiba tiba mereka mengeluarkan batang kayu besbol. Tergamam aku.

"You're dead cikgu!!" Jerit Drake. Lantas dia menghayunkan batang kayu itu kepada aku. Aku mengelak lalu aku memberikan tumbukan kepada Drake.

"Cikgu!!" Jerit Raven lalu batang kayu dihayunkan kepada aku. Aku tidak sempat mengelak lalu batang kayu itu tepat mengenai belakang aku.

"Arghh..." aku lantas memusingkan tubuh aku. Aku rampas batang kayu Raven. Aku patahkan dua menggunakan paha aku lalu aku mencampakkan ke dalam semak.

Raven aku tolak ke belakang. Dyaniel pula menyerang aku. Namun kayunya aku tahan menggunakan tangan sebelum aku mengkilaskan tangannya ke belakang. Belakang lututnya aku sepak membuatkan dia melutut lalu aku memukul belakang lehernya membuatkan dia pengsan.

Red menyerang aku. Tetapi kali ini menggunakan pisau. Dia cuba menikam aku di perut tetapi aku aku elak. Satu sepakan di pahanya aku berikan.

Perlawanan antara aku dan anak anak murid kelas aku berlanjutan selama setengah jam sebelum kami semua terduduk lemah. Aku bersandar pada batang pokok manakala pelajar pelajar aku yang lain terbaring di tanah.

Dada aku berombak laju. Penat berlawan dengan mereka.

Tiba tiba rumput tinggi yang berada berhampiran dengan aku berbunyi seolah olah ada seseorang yang sedang berjalan di dalamnya.

Ahh sudah... siapa pula yang aku harus berhadapan ini.

Aku berdiri bersandar pada batang pokok. Nafas aku masih lagi termengah mengah.

Pelajar pelajar aku yang terbaring mengangkat kepala mereka melihat ke arah rumput yang tinggi itu.

Aku perlahan lahan menghampiri batang golf yang tersadai di tepi Zullen yang sedang terbaring kepenatan.

Batang itu aku pegang erat. Bersedia jika seseorang cuba menyerang aku.

Tiba tiba seseorang yang aku kenal menyergah aku dengan melompat keluar dari kawasan rumput yang tinggi itu.

"Warghhhh!!!" Dr. Izz tiba tiba sahaja menyergah aku. Hampir sahaja aku memukulnya menggunakan batang golf itu kerana terperanjat.

"Izz?? Kau buat apa dekat sini?" Tanya aku sambil aku mencampakkan kembali batang golf itu.

"Aku datang atas arahan Phoenix." Kata Izz. Aku tersenyum sinis. Lelaki ini yang sudah merawat aku ketika aku sakit selepas berlawan bersama Oz.

"Pelajar semua. Bangun. Kenalkan Dr. Izz Carell." Aku memperkenalkan Dr. Izz kepada pelajar pelajar aku. Mereka semua bangun dan berjabat tangan dengan Dr. Izz.

"Wah! Kotornya kau orang semua? Bergaduh ke apa kau orang ni? Dengan darah, lumpur? Kau orang buat apa ni?" Tanya Izz terkejut.

Izz menghampiri aku.

"Nak aku rawatkan?" Tanya Izz. Aku menjeling ke arah pelajar pelajar aku.

"Rawatkan mereka dahulu." Kata aku lalu berjalan ke arah bangunan sekolah yang terletak tidak jauh dari tempat aku berlawan di dengan pelajar pelajar aku.

Izz dan pelajar pelajar aku mengikuti langkah aku masuk ke bangunan sekolah.

"Bila kau datang ke sini?" Tanya aku pada Izz.

"Baru je. Aku datang atas arahan tuan Phoenix. Dia suruh aku jaga kesihatan kau sepanjang kau dekat sini." Kata Izz.

Aku mengganggukkan kepala.

"Habis siapa yang jaga Phoenix dekat sana pula?"

"Pembantu aku ada dekat sana."

"Lelaki ke perempuan?" Tanya aku sengaja. Izz tersengih kepada aku.

Hmm, dah agak dah, si Phoenix tu macamlah aku tak kenal.

"Drake, bawa Dr. Izz ke bilik rawatan. Biar dia rawat kamu semua dekat sana." Arah aku pada Drake. Drake mengganggukkan kepalanya sebelum membawa Izz ke bilik rawatan. Aku berjalan ke arah pejabat aku.

Aku buka pintu lantas aku duduk di kerusi aku.

Aku memasukkan markah pelajar pelajar aku ke dalam komputer lalu aku emailkan kepada Phoenix. Dari situ Phoenix akan memasukkan data tersebut ke dalam fail miliknya sebelum mengubahkannya dan memasukkan di dalam data sekolah.

Kami amat berhati hati kerana risau sekiranya pengkhianat berada di dalam kalangan kami. Salah satunya adalah pengetua sekolah ini Maverick.

Aku harus melindungi rahsia pelajar pelajar aku daripada mereka. Lagipun mereka ini jugalah yang akan membunuh Oz. Bukan aku.

Tiba tiba pintu bilik dibuka dari luar. Aku memandang ke arah pintu itu, Maverick memandang aku tajam.

Aku berdiri lalu menundukkan kepala aku.

"Tuan, ada apa tuan datang ke sini?" Tanya aku pelik.

"Saya ada hal sedikit dengan awak." Serentak itu aku terdengar bunyi pintu dikunci.

Shit, apa orang tua ni nak buat?

Aku mengeluarkan pisau dari pinggang aku lalu aku sembunyikan di belakang aku.

"Saya ada benda sedikit nak bincang dengan kamu." Kata Maverick. Dia menghampiri aku perlahan.

"Tentang apa ya yang tuan nak bincangkan dengan saya?" Tanya aku sambil aku memerhatikan pergerakkannya.

"Saya perasan ada penyelewengan markah pelajar yang dihantar oleh kamu." Kata Maverick. Aku tersenyum nipis.

"Kamu cuba nak menjatuhkan reputasi agensi ni ke Echo?" Tanya Maverick.

Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa pula saya nak jatuhkan agensi ni? Saya dah lama bekerja di agensi ni." Kata aku pelik.

"Kamu ubah markah pelajar kita jadi semakin teruk. Apa masalah kamu Echo?" Tanya Maverick. Wajahnya kelihatan mencurigakan.

Apabila dia semakin hampir dengan aku, aku memandang ke arah cermin yang terletak di meja Nyx.

Di belakang tangannya ada selaras pistol berwarna perak.

Aku tanpa membuang masa segera menyerang Maverick.

Perutnya aku tumbuk membuatkan dia terundur kebelakang.

Maverick mengeluarkan pistolnya. Dia cuba menembak aku namun aku bersembunyi di sebalik meja.

"Bilik ni kalis bunyi Echo, kalau aku bunuh kau tiada sesiapa yang akan sedar." Kata Maverick sinis.

Aku memejamkan mata aku...

Shit. Macam macam hal lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience