BAB 1

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku cuba membuka mata aku. Namun gagal. Tangan aku cuba gerakkan namun hanya jari sahaja yang mampu aku gerakkan. Nafas aku menjadi semakin laju. Aku tiba tiba teringat kepada kembar aku. Kembar aku yang sudah hidup bersama sama dengan aku selama 19 tahun akhirnya sudah pergi meninggalkan aku. Yang paling mengecewakan aku dia pergi dengan dendam yang membara kepada aku.

Tiba tiba aku terdengar satu suara mengejut aku supaya aku bangun.

"Echo Ezryk, wake up. Wake up you can do it." Kata suara itu seolah olah memberikan semangat kepada aku.

Lagi sekali aku cuba membuka mata aku, namun gagal. Suara itu berterus terusan memberi semangat kepada aku agar aku bangun. Dia meminta aku bangun dan jangan mengalah. Namun setelah beberapa kali mencuba aku mengalah.

Akhirnya aku tertidur semula tidak tahu bila agaknya aku mampu bangun semula.

****

Aku membuka mata aku. Cahaya matahari yang menyinari segenap ruang bilik yang luas itu menyilaukan aku. Aku menutup mata aku dengan belakang tangan aku.

"Finally, you awake. Dah lama kami tunggu." Suara seseorang menegur aku yang masih terbaring lesu di atas tilam. Aku memandang ke arah datangnya suara itu.

Seorang lelaki yang memakai kemeja berlengan panjang berwarna biru gelap dan seluar slack hitam sedang memandang aku sambil tersenyum.

Aku memandang dia pelik. Dia membantu aku untuk bangun dan meletakkan bantal pada kepala katil untuk aku bersandar.

"Berapa lama?" Tanya aku perlahan.

"Sebulan." Kata dia pendek sambil menulis sesuatu pada kertas yang diletakkan di meja sebelah katil.

"Kau siapa?" Tanya aku serius. Aku ingat segala galanya. Oz yang berdendam dengan aku dan dia cuba membunuh aku. Tetapi aku dibantu seseorang cuma aku tidak tahu siapa orangnya.

"Izz Carell. Dr. Izz Carell." Kata lelaki itu sambil tersenyum. Aku mengerutkan dahi. Macam pernah dengar nama tu tapi aku tak ingat di mana aku dengar nama tu.

"Doktor peribadi Tuan Phoenix, abang saudara cik." Kata Izz lagi, seperti tahu tahu sahaja apa yang difikirkan aku.

"Phoenix? Dia yang selamatkan aku? Macam mana pula dia boleh selamatkan aku? Bukan dia dah bersara ke dari jadi assassin?" Tanya aku pelik.

"Tentang itu, cik kena tanya pada dia sendiri. Apa yang saya tahu sebelum dia selamatkan cik dia suruh saya bersedia dengan peralatan saya." Kata Izz. Aku memandang tangan aku. Izz kemudian mula memeriksa aku. Aku hanya membiarkan sahaja kerana lesu akibat koma selama sebulan.

"Luka cik sudah semakin sembuh, cuma luka cik yang dijahit masih belum kering sepenuhnya. Pastikan luka cik tidak kena air ya." Kata Izz. Aku mengganggukkan kepala perlahan. Lalu aku memandang ke arah luar tingkap yang menunjukkan panorama gunung yang sudah dilitupi salji putih.

"Saya minta diri dahulu. Saya akan beritahu Tuan Phoenix tentang cik dan sekejap lagi makanan akan di hantar untuk cik." Kata Izz lalu berlalu keluar dari bilik yang di duduki aku.

Aku kemudian bangun dari duduk aku. Aku berjalan ke arah bilik air. Aku melihat wajah aku pada cermin bilik air.

Wajah yang sama, mata yang sama rambut yang sama namun, hanya senyuman yang sedikit berbeza.

Apa aku nak buat satu satunya orang yang rapat dengan aku sudah pergi. Dia tinggalkan aku dengan dendam yang aku sendiri tidak tahu puncanya.

Tiba tiba pintu bilik air diketuk.

"Ya." Jerit aku perlahan.

"Ni aku." Suara tu.. Phoenix.

Aku segera membuka pintu. Aku memandang Phoenix yang sedang berdiri tegak sambil tangannya memegang dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air epal untuk aku.

"hai!" Tegur Phoenix ceria. Aku hanya memandang dia dingin. Seandainya aku sempat beritahu pada Oz bahawa kami masih ada lagi saudara yang prihatin tentang kami. Tapi aku gagal. Aku terlewat.

"Apa muka muram je ni, come on lah. Senyum sikit. Jom duduk." Ajak Phoenix lalu dia menarik tangan aku menuju ke katil. Dulang makanan di letakkan di meja kecil sebelah katil sebelum kami sama sama duduk di birai katil.

"Okay tak? Lama aku tunggu kau sedar. Tak sangka waktu waktu aku buzylah kau nak sedar. Mengada ya kau." Kata Phoenix bergurau. Aku tersenyum nipis. Phoenix memegang bahu aku.

"Wei, janganlah sedih macam ni. Akukan ada." Pujuk Phoenix.

"Tapi Oz tu kakak aku, susah senang dahulu kami sentiasa bersama. Kenapa sekarang ni dia beralih arah?" Rintih aku pada Phoenix.

"Kita dah terlambat Echo, Oz dah tenggelam dalam dunia dendam dia. Dia dendam dengan semua orang terutamanya kau. Selena ibu angkat kau di bunuh beberapa hari selepas kau diserang. Kawan kawan kau pun tak kurang juga. Mereka semua diserang. Virgo dan Zolen mati kerana Oz. Dengar cakap aku Echo, Oz dah berubah, mungkin dia tidak pernah berubah. Aku syak dia memang sudah lama berdendam." Aku memandang Phoenix tajam.

"Jangan kata Oz macam tu! Dia tak jahat! Bukan macam yang kau sangkakan!" Kata aku marah.

"Aku bukan cakap suka suka Echo, Oz dari dulu memang dah macam tu. Dia bukan baik macam yang kau sangka. Dari dulu dia selalu cuba jatuhkan kau. Dia pernah cuba bunuh kau ketika kau dan dia masih dalam latihan. Kau tak sedar semua tu? Ketika kau dinobatkan sebagai assassin terbaik, kau ada nampak tak reaction dia? Dia bencikan kau, kejayaan kau, kebolehan kau, segala galanya tentang kau. Kau tak nampak ke?" Aku terdiam. Ya, aku benar brnar terdiam.

Aku tidak dapat menidakkan kata kata Phoenix. Segala yang dia cakap memang benar. Aku nampak tetapi aku abaikan. Aku hanya menganggap bahawa aku salah pandang.

"Come on Echo. Wake up. Kau kena sedar. Sekarang ni dia sedang memulakan misi untuk mencari dan bunuh kau. Kau ingat aku nak biarkan ke semua tu? Aku minta maaf bagi pihak ayah kau. Dia tak mampu nak tanggung kau dan Oz. Dia sakit dan tak berduit dan aku turut minta maaf, sebab aku baru sedar salah seorang pembunuh upahan yang terhandal di agensi kita sebenarnya adalah adik saudara aku sendiri. Aku minta maaf." Kata Phoenix. Aku memejamkan mata. Nafas aku tarik dalam.

"Kau, selama ni kau kata kau sudah bersara dari agensi kita. Tapi dari gaya kau bercakap aku tahu kau bukan bersara. Kau di naikkan pangkat bukan?" Tebak aku dengan mata yang masih terpejam.

Aku terdengar Phoenix ketawa.

"Tak ada apa yang aku boleh sorokkan dari kau kan?" Kata Phoenix. Aku tersenyum kecil mata aku masih terpejam rapat.

"Ya, aku dinaikkan pangkat. Identiti aku dirahsiakan. Agensi kita yang selama ini di jalankan oleh tuan Que kini sudah di ambil alih oleh aku. Sebab tu semua misi kau orang terima melalui tablet kau orang dan bukan lagi berjumpa dengan ketua secara berhadapan." Aku menghela nafas perlahan lalu aku buka mata aku.

"Apa misi yang seterusnya untuk aku?" Tanya aku serius. Oz ingin membunuh aku namun aku akan pastikan dia gagal. Dia bukan lagi kembar aku. Aku tiada kembar atau ahli keluarga seperti dia yang sanggup menikam belakang ahli keluarga dia sendiri, khianat rakan rakannya dan membunuh satu satunya wanita yang sudah menjaganya dari kecil. Aku tak akan maafkan dia.

Phoenix memandang aku dengan senyuman. Dia tahu aku serius.

"Bunuh Oz. Dia akan melakukan beberapa serangan kepada orang awam dan menteri kabinet negara kita. Lambat atau cepat bunuh dia mengikut cara kau."

Aku mengganggukkan kepala aku tanda faham. Misi baru sudah aku terima. Kekuatan fizikal dan mental aku perlu di uji semula. Setelah itu aku hanya perlu melaksanakan misi aku. Membunuh kembar aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience