Prologue

Crime Completed 13602

Writer POV

Pasangan kembar Echo dan Oz yang dikenali oleh seluruh agensi pembunuh upahan mereka kini sedang bergaduh sesama mereka.

Oz menyerang dan Echo seboleh bolehnya mahu mengelak dan menahan dirinya daripada menyerang kembarnya itu semula.

Oz si kakak yang sudah lama berdendam kepada adik kembarnya kini sedang menyerang adiknya secara bertubi tubi. Echo yang sudah kepenatan terbaring lemah pada tanah merah yang kering kontang itu. Debu sudah memenuhi wajah dan pakaian hitam Echo.

"Oz, stop it. Mum mesti sedih kalau tahu kita gaduh macam ni.." kata Echo perlahan. Dia cuba bangun namun Oz memijak perutnya kuat.

"Pergi mampus dengan semua tu! Kau sedar tak kita ini cumalah anak angkat! Selena jaga kita sebab dia di arahkan untuk melatih kita jadi pembunuh!" Jerit Oz marah. Echo memegang kaki kakaknya.

"Tapi kita ada pilihan untuk menolak. Kenapa kau terima tawaran ni?" Kata Echo perlahan.

"Sebab kau! Aku nak bunuh kau! Aku nak jadi lebih kuat dari kau! Dan hari ini aku akan melunaskan dendam aku pada kau!" Kata Oz sambil mengeluarkan senjata apinya. Pistol berwarna perak di acukan pada kepala Echo.

"Selamat tinggal, twins!" Kata Oz sinis. Serentak itu sedas tembakan dilepaskan. Echo memejamkan matanya. Ajalnya semakin tiba namun dia berasa pelik kenapa dia langsung tidak berasa sakit seperti ditembak.

Echo membuka matanya apabila dia terasa ada sesuatu menitik pada pipinya.

Oz sedang berdiri kesakitan. Matanya memandang di hadapannya. Tangan kanannya memegang tangan kirinya. Pistolnya terjatuh tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Berhenti Oz!" Jerit satu suara. Serentak itu sedas lagi tembakan di lepaskan namun Oz mengelak dengan melarikan dirinya.

Sebelum Oz menghilangkan diri Oz memandang Echo. Wajahnya kelihatan bengis.

"Aku akan datang balik Echo! Kau ingat tu!!" Kata Oz lalu dia terus menghilangkan diri di dalam hutan.

Echo yang sudah lemah hanya terbaring kaku. Langit yang tadinya mendung mula menumpahkan airnya. Rintik rintik air hujan mengenai Echo. Echo memejamkan matanya sambil dia menangis dalam diam. Salah seorang ahli keluarganya sudah hilang, kembarnya sudah beralih arah.

Tuan Phoenix berlari menghampiri Echo. Dia melutut di sebelah Echo.

"Echo! Bangun!" Dia mengejutkan Echo namun Echo hanya diam. Pistol di selitkan di dalam kotnya. Dia memandang sekelilingnya. Kawasan yang tadinya kering dan tandus kini sudah berlecak kerana air hujan. Air hujan yang jatuh ke tanah berwarna oren mula bertakung. Kot dan seluar korporat Phoenix sudah basah dengan air hujan.

"Echo!!" Phoenix mengoyangkan tubuh Echo namun Echo masih lagi mendiamkan diri.

Dia memeriksa nadi Echo sebelum dia mengangkat tubuh Echo rapat ke dadanya.

Phoenix meletakkan Echo di tempat duduk belakangnya. Dia kemudian menyelimuti tubuh Echo yang sudah basah dan kesejukkan itu dengan jaket kering miliknya.

Phoenix kemudian segera ke tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan sebelum dia memecut laju menuju ke rumah agamnya dimana doktor peribadinya sudah bersedia menanti dia untuk merawat Echo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience