BAB 3

Crime Completed 13602

Echo POV

Aku berjalan masuk ke dalam pejabat Phoenix. Phoenix sudah menunggu aku bersama seorang lelaki yang dahulunya musuh aku namun kini merupakan salah seorang kawan baik aku dan pembekal senjata untuk aku.

"Alexander Walker! What are you doing here?" Tanya aku ceria. Alexander tersenyum. Aku dan dia berjabat tangan.

"Aku ada maklumat baru untuk kau." Kata Alex. Aku memandang dia keliru.

"Alex setuju untuk menjadi pencari maklumat untuk agensi kita. Dia telah menerima satu misi dari aku untuk memudahkan kerja kau." Kata Phoenix. Aku duduk di hadapan Phoenix.

"Maklumat apa yang kau ada?" Tanya aku gusar.

"Beberapa hari yang lepas aku mesej Oz dan aku ajak dia untuk berjumpa. Aku berikan dia misi untuk dia bunuh kau dengan apa cara sekali pun. Setiap misi dia haruslah dilaporkan kepada aku dan aku sempat meletakkan cip pengesan di dalam telefon dia." Kata Alex sambil menghulurkan aku telefon bimbitnya. Kelihatan peta di sesebuah tempat dan bintik merah di dalam skrin telefon miliknya.

"Ni Oz?" Tanya aku menginginkan kepastian.

"Setiap kali dia menjalankan bergerak kau boleh tahu dimana dia, segala perbualan dan pesanan yang diterima dan di buat oleh Oz akan kita juga terima." Kata Alex.

"Dalam masa beberapa hari lagi, Oz akan membuat satu serangan pada hospital awam. Dia cuba mengkucar kacirkan negara ini. Rakan subahatnya adalah Ryo. Dia dari Hawaii dan bercadang untuk meletupkan hospital itu untuk membalas dendam atas kematian keluarganya yang mati akibat letupan gas di negara kita beberapa tahun yang lalu. Pihak hospital gagal menyelamatkan ahli keluarganya." Kata Phoenix pula.

"Apa hubungan Ryo dan Oz?" Tanya aku serius.

"Mereka tiada apa apa hubungan melainkan mereka ini terserempak beberapa bulan yang lepas." Kata Phoenix.

"Aku nak kau pastikan bahawa rancangan Oz untuk meletupkan hospital itu gagal dan Ryo mati. Dia merupakan ancaman buat negara ini." Kata Phoenix lagi.

"Oz pun ancaman buat negara ini, tapi kenapa kau arahkan aku untuk bunuh Ryo sahaja." Tanya aku walaupun aku sendiri sudah tahu jawapannya.

"Sebab aku tahu kau nak tengok kakak kau tu terseksa dahulu. Betul tak Echo?" Tanya Phoenix. Aku tersenyum sinis.

****

Aku melihat jam tangan aku. Sudah setengah jam aku menunggu di lobi ini namun bayang Sid langsung aku tak nampak. 15 minit kemudian aku terlihat Sid keluar dari lif emas itu dengan terkocoh kocoh. Rambutnya serabai dan wajahnya sembab. Hmm, baru bangun tidur. Aku sibuk kerja dia tidur.

"Echo! Sorry lambat. Aku sakit perut tadi." Kata Sid cuba menipu aku. Aku terus menumbuk perut Sid dengan kuat. Sid tertunduk kesakitan.

"Apa ni Echo?" Tanya Sid runsing dia tercungap cungap mencari nafas.

"Kau kalau baru bangun tidur cakap je. Tak perlu nak menipu aku. Aku bukan bodoh." Kata aku keras. Sid tersengih sengih dihadapan aku. Aku lempang juga mamat ni nanti.

"So, kita nak pergi mana sekarang ni?" Tanya Sid. Suara diperlahankan sedar kedudukkan kami yang terbuka ini.

"Kediaman Ryo di Kensington." Kata aku tegas.

****
Writer POV

Echo memasuki rumah Ryo dalam keadaan yang berhati hati. Rumah setingkat yang kelihatan comot itu sunyi sahaja seperti tiada sesiapa yang menetap disitu.

Sid duduk di dalam kereta memerhatikan kawasan. Walaupun sudah malam namun mereka perlu berhati hati kerana kawasan kejiranan yang diduduki oleh Ryo ini telah menjadi pemerhatian polis kerana terlalu kerap berlaku kes ceroboh dan merupakan sarang penagih dadah di sini.

Echo memeriksa segenap ruang rumah namun dia langsung tidak nampak kelibat Ryo.

"Clear." Kata Echo pada microfon kecil yang dipasang pada kolar jaketnya.

"Saya dapat maklumat Ryo biasanya akan pulang ke rumah tepat jam 8 malam." Kata Sid. Echo memandang jam di pergelangan tangan kanannya.

"15 minit lagi. Aku akan stay dekat dalam. Kau perhatikan keadaan diluar." Kata Echo.

"okay. Kata Sid. Aku berjalan ke dalam bilik Ryo. Keadaan bilik yang bersepah tidak menghalang aku dari masuk ke bilik itu. Aku menghampiri meja kerja Ryo. Terdapat sebuah bom jarak jauh yang di reka dan dibuat oleh Ryo sendiri.

"Tak mungkin hanya ada sebuah bom di sini." Bisik aku perlahan. Aku kemudian melangkah keluar dari bilik.

Langkah aku dihayun perlahan menuju ke sebuah bilik stor di sebelah dapur.

"I told you. Mana mungkin ada satu je bom."

"Banyak sangat ke?" Tanya Sid yang sedang duduk di dalam kereta memerhatikan kawasan tersebut.

"cukuplah juga untuk letupkan bangunan tertinggi dekat Abu Dhabi." Kata aku perlahan.

"Echo, ada kereta nissan sillvia masuk ke halaman rumah. Ryo dah balik." Aku melihat jam ditangan aku.

Sedar tak sedar lagi lima minit jam 8. Aku segera berjalan ke dalam bilik Ryo. Aku duduk di atas tilamnya yang keras.

Ryo membuka pintu biliknya. Matanya ralip memandang surat khabar

"Hai." Tegur aku selamba. Ryo terkejut apabila ditegur aku. Surat khabar dicampak ke lantai dan sepucuk pistol dikeluarkan.

"Kau siapa?! Macam mana kau masuk rumah aku?" Tanya Ryo kasar dan cemas.

"Senang je. Pintu tak berkunci." Kata aku sinis. Aku bangun mengampiri Ryo. Pistolnya di acu pada aku.

"Apa tujuan kau datang sini!" Tanya Ryo lagi. Jarak kami hanya beberapa kaki.

Aku tersenyum sinis.

"Bunuh kau." Sepantas kilat aku mencapai leher Ryo. Aku memusingkan tubuhnya membelakangkan aku lalu mengkelar lehernya menggunakan pisau milik aku yang aku sisipkan pada paha aku.

Darah memancut keluar mengenai pintu dan lantai bilik Ryo. Aku melepaskan jasad kaku Ryo ke atas lantai. Tangan aku menyeluk saku aku dimana sehelai kain putih aku simpan. Aku keluarkan dan aku lap tangan dan pisau aku yang kotor dengan darah Ryo yang masih panas.

Telefon aku keluarkan dan aku menangkap beberapa gambar Ryo yang sudah kaku itu.

Lalu aku emailkan kepada Phoenix. Mission done.

"Sid. Hidupkan enjin kerja kita dah selesai oh call polis sekali." Kata aku melalui microfone kecil yang dipasang pada kolar jaketnya.

Aku keluar dari rumah Ryo dengan hati yang senang. Rancangan aku untuk menghalang Oz sudah selesai. Kini aku hanya perlu menunggu tindakan Oz yang seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience