BAB 19

Crime Completed 13602

Echo POV

Pistol yang berisi peluru berwarna biru aku isikan ke dalam senjata aku. Perang antara aku dan para pelajar aku akan berlansung sebentar lagi. Aku, Izz, Phoenix dan Alex akan berlawan dengan keseluruhan pelajar aku. 4 melawan 28.

Kami mengambil posisi masing masing. Bangunan bawah tanah milik agensi kami hari ini akan dikosongkan untuk kami. Hanya tingkat G1 dan G2 akan di gunakan oleh pekerja. Tingkat yang lain kami akan gunakan sebagai medan perang.

Aku turun ke tingkat G5 dan aku terserempak dengan Izz.

"Aku nampak Raven dan Red di tingkat G7." Kata Izz. Aku mengganggukkan kepala aku. Jam dibtangan aku tekan muncul peta bangunan di skrin jam aku.

Aku tandakan tingkat G7 di jam aku sebelum aku kembali mematikan jam aku. Alat pendengaran di telinga aku berbunyi dan suara Phoenix bergema di telinga aku.

"Tingkat G8 dan G5 ada Blade dan Juva." Kata Phoenix. Lagi sekali aku menandakan tingkat yang terdapat pelajar pelajar aku.

Aku tiba di G5 dan aku segera mencari tempat persembunyian Juva. Setelah aku cuba mencari namun aku gagal. Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Pandai betul budak ni bersembunyi.

Aku kemudian memutuskan untuk bersembunyi di sebuah bilik berdekatan lif. Tetapi tanpa aku sangka satu peluru berwarna merah sedang melayang menghampiri aku. Aku sempat mengelak dan peluru tersebut mengenai dinding di belakang aku. Rupa rupanya Juva bersembunyi di dalam lif.

Aku segara berlari bersembunyi di sebalik dinding. Aku melihat Juva yang keluar dari perut lif.

Dia kelihatan buntu melihat aku sudah hilang. Aku acukan hujung senapang pada Juva.

"Juva!" Panggil aku serentak itu aku bergerak melintasi Juva sambil jari aku laju menarik picu. Juva terkejut akan serangan aku sehingga dia tidak sempat mengelak dari serangan aku. Satu di kepala dan dua di dada. Kalah teruk Juva. Aku tersenyum dan Juva terduduk pasrah.

"Juva dead." Serentak itu juga suara Alex bergema di pendengaran aku.

"Blade and Vega dead." Kata Alex. Aku tersenyum nipis. Aku beralih ke G10 dan aku terserempak dengan Phoenix.

"Hampir kena tembak tadi tapi aku sempat lari." Kata Phoenix.

"Asal tak serang balik?" Tanya aku pelik.

"Ada lebih kurang 7 orang tadi. Aku larilah." Kata Phoenix. Aku menggelengkan kepala.

"Tingkat berapa?"

"G15"

"Okay jom." Ajak aku. Phoenix mengikuti langkah aku.

Aku turun ke G14 bersama sama Phoenix.

"Dekat sini ada tangga. Rahsia ke tingkat bawah kan?" Tanya aku. Phoenix mengganggukkan kepalanya lalu membawa aku ke bilik paling tersorok di tingkat G14 ini. Aku melihat tangga yang di sembunyikan di sebalik kain kain hitam di dalam bilik tersebut.

Lantai yang merupakan pintu ke tingkat bawah di buka. Aku sangkutkan senjata di belakang aku sambil aku melihat lihat keadaan di tingkat bawah. Kepala aku keluarkan dari pintu itu.

Sebuah bilik yang gelap tetapi cahaya daripada koridor luar tembus ke dalam bilik. Membuatkan aku dapat melihat dekorasi bilik tersebut.

"Tu bilik pengawal. Level ni terdapat banyak dokumen dokumen rahsia. Tetapi beberapa bulan yang lepas sudah dipindahkan jadi level ni jarang di gunakan." Kata Phoenix. Aku kemudian melompat turun diikuti oleh Phoenix. Kelibat pelajar pelajar aku kelihatan berlegar legar di luar bilik itu.

"Kita nampak mereka tapi mereka tak nampak kita." Bisik aku perlahan lalu aku menghampiri cermin besar tersebut. Aku tersengih lebar. Ada lebuang lubang kecil yang mampu memuatkan hujung senjata di cermin tersebut. Aku menahan ketawa begitu juga dengan Phoenix.

Kami mengambil posisi masing masing.

Di hadapan aku terdapat 3 orang pelajar. Drake, Indigo dan Edna. Di bahagian Phoenix terdapat 4 orang pelajar. Zane, Azalea, Xavier dan Altair. Mereka berdiri secara berkumpulan sambil berbual dengan gembira.

Aku menghela nafas cuba menenangkan diri. Jari aku bersedia untuk menarik picu.

Aku menjeling ke arah Phoemix dia sudah mengacukan senjata kepada Altair.

Aku memandang semula ke arah mangsa mangsa aku. Drake yang akan ditembak dahulu kerana dia berdiri membelakangkan aku.

Picu aku tarik. Cecair warna hijau mengenai baju Drake aku menukar mangsa aku kepada Indigo dan aku tarik picu setelah itu cecair warna biru mengenai lengannya dan Edna aku membidik ke arah bahunya.

Tanpa berfikir panjang aku menarik picu dan warna biru memenuhi bahunya. Drake terkejut. Lalu melihat sekeliling. Begitu juga dengan Edna dan Indigo apabila mereka sedar mereka sudah ditembak. Aku tersenyum sinis.

"Tak guna, siapa yang tembak ni?" Kata Indigo. Aku ketawa kecil. Phoenix aku lihat sudah ketawa. Seronok nampaknya.

"Jom gerak." Serentak itu Phoenix membuka pintu bilik tersebut dan kami keluar dengan bangganya ke arah lif. Pelajar pelajar aku memandang kami tidak percaya.

"Cikgu jahat!!" Jerit mereka dan aku hanya mampu ketawa.

Akhirnya. Setelah tiga jam berperang kemenangan akhirnya berpihak kepada kumpulan aku. Pada jam pertama Izz mati setelah menembak 5 orang pelajar dan pada jam kedua Alex pula di tembak dengan berjaya membunuh 7 orang pelajar. Diikuti dengan Phoenix yang mati serentak dengan pelajar aku.

Hari yang menyeronokkan dan mencabar bagi aku dan pelajar aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience