Harris akmal yang masih di dalam bilik kerja. Jam dinding di perhati kejap sebelum ia kembali menaip pada keyboard laptop.
TOK
TOK
TOK
"Siapa?"
"Nadira ni Tengku.."
"Oh masuk lah pintu tak kunci tu.."
CLACK.
"Assalamualaikum Tengku.." Nadira membawa dulang separa dada ke dalam bilik itu.
"Waalaikumussalam.. Kau tak tidur lagi dah lewat ni" Laptop kerja di tutup rapat.
"Tengku dinner tak tadi.? Minum dulu saya buatkan nescafe panas dengan egg tart ni makan panas-panas sedap tau." Dulang sudah di letak atas meja depan Harris.
"Aku makan di luar dengan kawan-kawan aku tadi."
"Duduklah.." Nescafe tadi di cicip sedikit dan seketul egg tart di masuk ke mulut.
"Macam mana rasa dia. Sedap tak..? Saya tak sempat rasa inti dia tu kalau ada yang kurang bagitahu eh.."
Dinner dengan kawan atau dinner dengan Mariya? Hm! tak apa. Biar aku sajalah mengalah untuk rumah tangga aku yang entah akan bertahan sampai bila ni hehe..
"Okay saja .." Sudah tiga ketul egg tart selamat masuk ke dalam mulut.
Boleh tahan juga air tangan perempuan ni! Aku kena tukar plan sekarang ni shit! Tak boleh! Tak boleh!
"Kau ikut resepi ke?" lima ketul egg tart sudah selamat mendarat ke dalam perut.
"Eh tak ikut resepi juga Tengku. Dulu saya rajin masuk dapur sebelum pindah kesini."
"Maksudnya.?" Harris mengambil mug air nescafe tadi di hirup hingga separuh.
"Zaman muda dulu saya rajin juga buat kuih-muih macam ni bagi dekat rakan sekolah. Rakan kerja.. Tapi bila pindah tempat kerja baru ni saya tak pernah berbagi pada sesiapa lagi." Terang Nadira dengan jujur.
"Siapa je yang puji kau masakan kau dulu selain aku..?"
"Oh.. dulu Amir pun memang suka puji masakan saya. Katanya macam kat kedai hehe."
"Amir..??" Penumbuk di kepal dia tak suka isterinya menyebut nama lelaki lain di depannya.
"Itu.. kawan saya" Sungguh dia terlepas cakap terlalu banyak cakap sampai terlepas pandang kiri kanan.
"Siapa jantan tak guna yang kau sebut tadi! Cakap sekarang!!" suaranya agak meninggi.
"Amir tu kawan sekolah menengah saya dulu. Kitorang cuma berkawan saja. Tak lebih dari tu pun Tengku sebab sekarang dia pun dah bertunang dengan adik saya tahun lepas."
"Dia pernah sentuh kau?" Tegas saja suaranya bertanya pada Nadira.
"Sentuh? Tengku rasa saya m..." Nadira terdiam seketika.
"Sudahlah! Jangan banyak cakap lagi! Keluar lah sana.." Dia melepaskan keluhan berat.
"Faham. Semangat buat kerja Tengku saya minta diri dulu.." Nadira terus mengambil dulang kosong keluar dari bilik kerja Harris.
Harris terdiam dengan tingkah Nadira keluar dari bilik tiba-tiba. Dia berlari mendapatkan Nadira yang sudah menuju ke tangga.
"Nadira! Tunggu aku Nadira..!" tangan isterinya di tarik dekat dengannya.
"Sakitlah Tengku.. Ada apa?" Ia merentap kasar tangannya yang masih di pegang Harris akmal.
"Kau marah aku sebab tadi ke..?" Harris menghalang jalan Nadira untuk pergi dari situ.
"Untuk apa saya nak marah Tengku? Sebenarnya tak baik marah-marah ni nanti cepat tua macam orang tu." Ia terus pergi dari situ.
Harris tercengang sendiri mendengar semua kata-kata Nadira, Isterinya sudah berani lawan cakap depan-depan.
Harris Akmal terus menerus mengambil kesempatan memeluk Nadira semasa mereka mandi di bedtube. Semasa Nadira menyikat rambut.
Harris juga mahu benda yang sama seperti yang Nadira lakukan. Dan Harris merengek mahu Nadira memakaikan pakaian dari ziro hingga ke stokin dan lain-lain.
"Masih marah aku ke Nadira..?" Wajah bersih isterinya ditatap begitu lama.
Ia menolak tangan Harris menjauh dia tak selesa begitu.
"Kau tidur tak peluk aku semalam..? Marah-marah ni nak ke mana hah! Nak ke bulan?" Harris mencubit pipi Nadira.
Jelas sekali pipi Nadira sudah naik kemerahan seperti biji tomato yang di picit. Dia suka Nadira tak mengena sebarang solekan pun.
"Aku salah."
"Hulfff... Aku mengaku salah sebab halau kau semalam"
Mata Nadira naik memandang wajah Harris. Dia mengigit bibir malas nak bertekak bukan menang pun.
"Sebenarnya hari ni aku ada satu meeting saja itupun pagi nanti. Tengah hari nanti dah free.." Harris mengelus rambut panjang Nadira ke belakang.
Sesaat.
"Cakaplah Nadira! Jangan hukum aku macam ni." Harris terus mencium kedua-dua pipi isterinya dan terus turun ke leher.
NGAP
"Nadira." Leher Nadira di gigit kiri kanan. Dia geram kerana Nadira tak jawab satu patah pun wanita ini dah kenapa?
Berdesis suara sakit dari bibir Nadira. Tetapi dia tetap mendiamkan diri bibirnya di katil rapat.
"Hm.."
"Jadi kau masih marahkan aku kan!" Terus tubuh Nadira di cempung naik ke atas katil.
"TENGKU..!" Dada Harris akmal di tolak jauh.
"Boleh tak lepas ni kau panggil saja aku dengan panggilan abang ataupun hubby ke.?"
"Untuk apa? Buang tabiat ke Tengku ni.."
"Aku ni suami kau Nadira!"
"Kau tak bosan ke panggil aku dengan panggilan Tengku dua puluh empat jam!" Kedua tangannya sudah mengepung tubuh Nadira.
Bibir isterinya menjadi mangsa ciuman Harris.
"Tengku!.."
"Hye! aku dah cakap apa tadi!" Harris bercekak pinggang.
"Oh! Maaflah saya dah terbiasa.." Nadira tersenyum sinis.
"Anak mata kau bersinar lain macam! Kau tak apa-apa ke Nadira.?" Anak mata Nadira di tenung kasar.
"Entah." Nadira mengangkat dua bahu dengan memek wajah tak bersalah.
Kenapa dia dapat rasa isterinya seperti lain lepas dia hambur kata-kata semalam.
Memang benar dia halau Nadira pergi kerana dia masih banyak kerja. Tapi takkan itu pun jadi isu hingga sekarang?
"Kenapa pandang saya macam tu..?" Ia bangun dan melangkah kaki ke meja solek beberapa niqab di pilih sebelum mengenakan di wajah.
Hampir sepuluh minit
"Nadira dengan anak turun dulu abang.." Mereka sudah keluar dari bilik Harris.
"Apa dah jadi ni? Kenapa aku tak dengar apa-apa lagi dari lubuk hati dia. Sihir aku dah lentur terus ke sekarang ni.? Ah tak guna betul.." Ia menepuk dahi dengan kuat.
Selesai breakfast.
"Mak Jah ambilkan bag tangan Nadira dan barangan Aqtar juga aku nak bawa mereka ke pejabat ni.." Baju kemeja putih di lipat sampai ke siku.
"Kejap-kejap"
"Ada apa lagi Nadira."
"Untuk apa nak bawa kami ke pejabat? Saya lebih selesa di rumah saja Tengku."
Harris menatap mata bundar Nadira. Dia lagi memikirkan sesuatu yang bukan-bukan tentang si isteri.
Dia betul-betul nak bawa kami ke pejabat ke? Hm.. mungkin Mariya tengah bercuti di luar negara tak sebab tu senang sangat dia nak ajak kami keluar ni.
"Astaghfirullah hal azim.." Cepat-cepat dia istifar kepala di geleng kiri kanan untuk membuang fikiran kotornya jauh-jauh.
"Jom. Nanti lambat pula.." Harris menggeleng kepala melihat Nadira mengelamun sorang diri adakalah mengeleng kepala kiri ke kanan.
Ia memicit dahi sambil memejam mata.
Apa sihir aku dah luntur terus ni..? tapi sebab apa! Nadira bukan penyihir macam aku shit. Sungguh dia tak habis fikir kenapa sihirnya benar-benar lentur sepenuhnya.
Hampir dua puluh lima minit perjalanan ke pejabat. Mereka bertiga sampai di bangunan yang Nadira pernah berkerja beberapa bulan lepas.
"Morning Tengku.." Beberapa pekerja di situ menunduk hormat pada Harris akmal dan Nadira.
"Morning.." Tangan Nadira di genggaman kemas dia membawa isterinya naik ke lift tapi lift peribadi.
Kenapa? kenapa hati aku resah sangat ni Ya Allah kau lindungilah kami. ya Allah.
"Silakan Datin, Tengku ke dalam.."
"Mari.."
"Korang tunggu saja di sini apa-apa nanti aku hubungi"
"Baik Tengku.."
Harris melangkah lebih lebar kearah Nadira.
"Nadira Safira tunggu."
"Nadira!!.."
"Shit! dia tak dengar ke?"
Dah kenapa dengan dia ni!. Harris Akmal mengambil langkah lebar untuk mendapatkan Nadira yang sudah berjalan ke lobby.
Tanpa sedar dia sudah masuk ke dalam pejabat Harris holding. Dia mula sedar sesuatu. Tiba-tiba kaki terpasung betul-betul di depan meja Harris Akmal.
Aku ada dimana ni..? Dia mula berfikir kejap dia ada di mana sekarang ini.
"EH! Aku dah sampai di pejabat Tengku rupanya. Allahuakbar.. Apa yang aku fikir ni.." Nadira menggeleng kepala.
"Ya Allah kenapa dengan aku ni.." Dia memicit dahi sejak dua hari lepas kepalanya tak henti-henti berdenyut kesakitan.
Apa dia punya darah tinggi ke..?
"Kau tengah fikir apa ni Nadira?" Pintu pejabat di tutup baru dia bertanya kepada sang isteri.
"Um tak fikir apa-apa pun.." Nadira terus duduk di sofa.
"Umie susu.."
"Dah lapar ke sayang..? Kejap ya.." Nadira tersenyum lebar sambil mengeluarkan fhone dari bag tangan.
Ia mendail nombor bodyguard Harris.
"Awak tolong bawa bag Tuan Aqtar naik keatas ya"
"Ya saya tunggu.."
TUT
Ada yang aku tak tahu apa-apa ke ni! Pelik sangat perubahan perempuan ni! Ternaik kening lelaki itu bila Nadira sedang berbual seketika sebelum menutup panggilan semula.
"Kau call Alif..?"
"Ya kejap lagi Alif bawa barang-barang Baby kesini.."
"Kau dapat mana nomor dia tu?" Harris sudah berdiri di depan Nadira.
"Tengku! Dia driver Tengku pastilah saya ada nombor telefon Alif! Kenapa..?"
"Oh! Aku tak tahu pun!" Terdengar benar suaranya seperti cemburu.
Cemburu dengan driver sendiri.
"Tengku selalu sibuk saya tak sempat nak bagitahu pun. Maaf ya.." Ia memicit dahi sejak tadi.
Kepalanya benar-benar rasa sedikit berat entahlah kenapa. Ini bukan main-main lagi.
TOK
TOK
TOK
Nadira terus berjalan ke pintu.
"Datin.."
"Oh awak masuk lah.."
"Baik.." Lelaki itu terus melangkah kaki ke dalam sambil membawa keperluan harian Aqtar.
Dalam diam Harris jadi pemerhati yang khusyuk tanpa di upah sesen pun. Sejak bila isterinya jadi seorang friendly? Dia tak pernah habis fikir tentang Nadira sejak semalam.
"Awak balik ke atau tunggu kat bawah je..?"
"Saya tunggu di bawah saja ada apa ya Datin..?" Alif menunduk kepala.
"Ouh... Okeylah saya saja bertanya.."
"Baiklah. Kalau ada apa-apa terus hubungi saya ya.." Alif mengangguk kepala sebelum beredar pergi.
Pintu di tutup dengan rapat.
Nadira di bawa ke bilik peribadi Harris sejak beberapa client mula membanjiri di ruang tadi. Harris tak suka susuk tubuh isterinya jadi tatapan beberapa lelaki itu. Hatinya seperti terbakar kerana cemburu buta.
Beberapa jam sudah berlalu pergi.
Nadira beralih kearah Aqtar anak itu di tarik masuk ke dalam pelukannya.
"Fuh panasnye.." Nadira bangun dari katil dia segera merapikan pakaian semula niqab di pakai dengan sempurna.
CLIK
CLIK
"Eh kenapa tak boleh buka ni.."
CLIK
CLIK
Tombol pintu bilik peribadi Harris akmal di pulas beberapa kali tetapi terkunci dari luar.
"Aduh abang ni kunci pintu pula. Haus ni.." Handfone di ambil di dalam beg dia mendail nombor bimbit Harris akmal.
TUT
TUT
TUT
TUT
"Hello..." Seorang perempuan menjawab panggilan telefon dari Nadira.
Terdiam dia disitu.
"Hello.. siapa ni.." Perempuan itu masih menunggu jawapan dari Nadira.
"Hello erm boleh saya cakap dengan Harris akmal? Dia ada di situ tak.." Dia mengigit jari.
Dia tak save nombor aku ke sebelum ni..? Sampai hati abang isk! Dah jangan makan hati banyak sangat ya cik Nad! Merana kau nanti!!!! Sabar-sabar.
"Oh ni datin Nadira ke..? maaf saya Ain PA Tengku! Tengku tak ada dia dah keluar tadi."
"Fhone ni pun tertinggal di bilik mesyuarat tadi. Ada apa Datin..?" Ain mendengar dengan teliti.
"Oh. Saya.. Saya ada di bilik peribadi Tengku ni. Dia kunci dari luar rasanya. Cik Ain tolong buka boleh panas ni.."
"Tunggu kejap ye saya ambil kunci dulu.." Ain segera mengambil kunci di dalam almari.
"Baik. Terima kasih."
"Sama-sama Datin."
TUT
Dia terus ke pintu bilik Harris akmal.
Selang beberapa minit kemudian terbuka pintu peribadi Harris dari luar. Ain berjalan ke bilik peribadi majikannya pintu bilik di buka dengan master key.
"Umiee.." Aqtar Danish pun dah bangun dari tidur.
"Ya sayang"
CLIK..
Pintu bilik peribadi Harris akmal di buka dari luar.
"Datin.." Ain tersenyum lebar.
"Terima kasih cik Ain.." Nadira tersenyum sambil memberi sedikit kehormatan pada gadis itu.
"Sama-sama.." Ain tersenyum juga.
"Tengku pergi mana dah lama ke dia keluar tadi..?" Hatinya ingin tahu dengan siapa suaminya keluar dan berjumpa dengan siapa tadi.
"Datin.." Ain mengapai tangan Nadira dia mengelus lembut tangan gadis itu.
"Kenapa..? Cakaplah cik Ain.."
"Sebenarnya Tengku dah keluar dengan cik Mariya lepas habis meeting dua jam tadi."
Oh! Begitu rupanya! Jadi kenapa dia bawa kami ke sini..? dia lupa tentang kami ke. Atau dia memang sengaja nak kunci kami di sini lepas tu...
"Oh.. dengan Cik Mariya.."
"Datin jangan marah dulu! Saya takut kalau-kalau nanti.."
"Sebenarnya saya dah tahu semuanya siapa Mariya tu cik Ain. Cik Ain jangan risau lah.."
"Hahh seriuslah Datin!" Ain takasima.
"Ya! Kami pernah berjumpa dekat rumah Bonda! ihik dia memang cantik dari saya ihik.."
"Datin.."
"Awak jangan rasa bersalah sebab hal ni saya sendiri yang tahu. Bukan awak yang cerita.. ihik isk"
"Datin kena bersabar banyak-banyak tau apa-apa pun bertahan lah demi sebuah keluarga ya.." Ain terus keluar dari ruang bilik Harris.
Seminggu kemudian.
Atas bawah Harris melihat belakang tubuh Nadira. Sejak akhir-akhir ini dia langsung tak dibenarkan menyentuh kulit tubuh isterinya!
Apa dia ada salah dengan Nadira sebelum ini.
"Kau masak apa malam ni..?" Jam di dinding di perhati lama sudah 10.45 minit malam.
Bunyi air di singki mengalir laju.
Nadira segera mencuci sayur-sayuran yang akan di masak untuk esok. Beberapa sayuran di tos dengan penapis. Dia berjalan ke peti ais air kosong di tuang ke dalam cawan dia meneguk sedikit rakus.
"Panasnya fuh!" Nadira melihat ke kotak aircond dengan mengesat peluh di dahi.
"Nadira... Kau dengar tak ni aku rasa macam lapar malam ni padahal tadi dah makan." Harris duduk di kerusi bar.
Lima minit berlalu begitu saja.
"Aku lapar Nadira.."
"Tadi masa Dinner aku makan sikit saja dengan kawan-kawan aku di luar."
"Kalau ada apa-apa yang kau boleh masak. Tolong masak sikit untuk aku! Boleh..?"
"Saya takde masak apa-apa. Tadi kami dah makan malam. Tengku.. lebih baik Tengku suruh MakJah masak saya letih!.." Nadira mengambil bekas-bekas yang berisi Ayam dan ikan tadi simpan ke peti sejuk semula.
"Nadira tunggu.."
"Maaf saya dah mengantuk ni bye!.." Nadira cepat-cepat keluar dari dapur tanpa perdulikan Harris akmal lagi.
Dia naik ke bilik yang ada satu set katil dan berbagai keperluan di situ. Pintu bilik kunci rapat.
Dia jijik dengan Harris akmal.
"Nadira! Kau kenapa?" Harris mengejar langkah Nadira sampai di ruang tamu.
"Papi.." Aqtar yang berada di lantai atas memanggil Harris akmal untuk mendapatkan dirinya di sana.
"Mana umie..?" Harris akmal mendapatkan Aqtar di situ.
"Umie pergi sana.." Dia menunjukkan di bilik sebelah.
Dia dapat rasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran Nadira sejak seminggu lalu. Apa salahnya.
Apa jangan-jangan dia dah tahu aku keluar dengan Mariya tak? Tapi siapa bagitahu dia! Tak guna betul. Harris Akmal mengepal penumbuk dia tak suka ada orang lain ikut campur halnya dengan Mariya.
"Jom masuk tidur esok Papi tanya umie kenapa dia tinggalkan Aqtar di sini ya.." Harris mendukung anaknya ke bilik semula.
"Ocey Papi.."
Selama seminggu jugalah mereka berpisah tempat tidur. Harris akmal pula hampir subuh baru boleh tidur kerana memikirkan tentang Nadira yang langsung tidak perdulikan dirinya sama sekali.
Harris akmal menaip sesuatu di screen aplikasi whatsapp.
ANAK MAK!
[Kau dah tidur?]
Hampir sejam baru Nadira membalas.
Menaip...
[Baru saja nak tidur ni kenapa Tengku..?] 12.15
Menaip...
[Kau period ke nak aku sapu ubat..?]
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2:24 minit Pagi. Tapi Nadira langsung tak membalas mesejnya sama sekali.
"Tengku buatlah kerja baik-baik k.. Ada masa nanti kita chatting lagi bye] 3.35
"Argh panas!" Nadira menyudahi mesej terakhir dengan memejam mata.
"Tuhan apa salahku di masa laluku. Kenapa kau takdirkan dia sebagai suami aku.! Aku tak berhak bahagia ke isk..?"
Selepas solat subuh Nadira sudah ke dapur untuk membuat sarapan pagi untuk Harris dan Aqtar sekaligus. Bahan masak sudah di keluarkan dari peti.
"Selamat pagi Datin.."
"Ya selamat pagi makcik.."
"Masak apa jer arini Datin?"
"Erm masak simple macam biasa. Selalu Tengku makan sikit jer awal pagi.." Nadira tersenyum sambil memasak.
"Ya.. betul tu.."
Macam mana dia nak makan banyak-banyak di rumah ni. Sedangkan ada hati lain dia kena jaga siap bawa keluar breakfast bersama lagi. Jijik!
TING
Nadira selesai memasak dengan segera sia mencuci periuk belanga di dapur. Dahi yang berpeluh di usap kasar. Penat lelahnya biar dia saja yang tahu.
"Ya Allah.. Indahnya pagi ni.." Matanya sempat memerhati awan mula bergumpal menjadi besar.
TING
"Siapa pula pepagi hantar mesej ni.." Ia segera menyudahi mengelap keringat di hujung jari dengan pantas Nadira mengambil fhone di atas meja bar.
Dua nombor baru tidak di save di perhati lama.
TICK
-PICTURE-
[LUNCH WITH TERSAYANG]
-PICTURE-
[DINNER WITH TERSAYANG]
6.55 pagi. [Kau masak banyak-banyak pun dia takkan jamah. Sebab dia akan ajak aku keluar breakfast kejap lagi. Hahaha!]
[Harris cakap kau masak tak sedap langsung! Baik dia makan di luar lagi sedap dan nikmat.]
Nadira terus tekan screen tiga segi.
Nombor tertera di ketik.
TICK
[Saya Zaddy..]
Zaddy? Siapa dia.
Menaip...
[Maaf.. ada apa ya?]
[Awak... isteri Harris bukan?]
Menaip..
[Ya..]
[Saya abang Mariya.. Saya cuma nak tahu apa awak tak marah ke kalau adik saya sedang menyulam kasih dengan suami awak..?]
"Menyulam kasih? Ah apa semua ni!.." Dahinya mula berdenyut sakit.
[Saya sebagai abang! Saya tak rela kalau adik saya merebut hak orang.]
[Saya minta maaf atas apapun yang terjadi pada adik saya dan suami awak Datin]
[Saya minta maaf sangat-sangat dengan awak Datin. Saya dah larang adik saya untuk berhubung dengan suami awak lagi. Tapi dia degil!]
Menaip...
[Itu tandanya jodoh mereka sangat kuat tuan..]
[Saya...]
[Saya sebenarnya yang jadi punca!]
[Saya sanggup lepaskan suami saya pada adik tuan kalau mereka berdua memang benar..]
[Saya izinkan adik Tuan berkahwin dengan suami saya.]
BLOCK!
Dia hanya wanita lemah.
Sebagai seorang isteri apa haknya untuk mencegah semua kelakuan sang suami diluar sana.
Dia di mata lelaki itu hanya seorang hamba.
"Sakinya hati aku isk! Sakit sangat ni ya Allah! isk.."
"Ya Allah.."
"Apa boleh aku berubah jadi lebih kuat dari sekarang ke..? Dada aku sesak sangat ni isk! Sakit sangat ni.! Boleh ya, Ya Allah..? isk.. isk.." Ia terduduk kerusi buatan yang berada di belakang rumah dengan linangan airmata.
"Isk... Ampunilah aku ya Allah! Aku berdosa! isk aku berdosa!"
Cepat-cepat dia bangun dan berjalan ke dalam rumah semula. Pintu bilik yang dia masuk beberapa minggu lepas pun tak pandang sama sekali.
"Umieee..."
"Umieee.." Aqtar menepa kedua-dua belah tangan pada Nadira tetapi wanita itu langsung tidak perduli dengan sesiapa pun.
"Nadira! Tunggu.." Harris mencengkam tangan Nadira yang hampir-hampir naik ke bilik.
Harris mengertap gigi dengan kuat.
"Kita perlu bincang!"
Sesaat!
"Kau dengar tak ni..? Nadira Safira.."
"Cakap jelah ada apa?"
"Pandang aku! Jangan sampai aku minta hak aku sekarang ni.."
"Sakitlah!.." Nadira terus merentap tangannya sekuat hati.
"Pandang aku! Kita bincang pasal masalah ni.." Harris mengepal penumbuk.
"Tak ada apa yang perlu bincang pun! Saya tak sihat.."
"Kau tengah cakap dengan tiang tangga ke tu..? Aku ada di belakang kau Nadira." Harris merentap tangan Nadira hingga tertoleh kearahnya.
"Saya sakit kepala ni.."
"Ak..."
"Well! Sorry Te-n-gku hati-hatilah pergi kerja nanti bye.." Nadira terus berlari naik ke bilik.
"Nadira safira.! Tunggu.." Harris mengejar langkah Nadira ke bilik pintu dengan langkah besar.
"Nadira buka pintu ni. Jangan sampai aku guna master key! buka!.." Daun pintu di ketuk bertalu-talu tetapi tiada sahutan pun di dalam.
SHIT! puih.
DRRTTT
DRRTTT
DRTTTT
TUT
Panggilan dari Mariya terus di abaikan.
Share this novel